Salam kepada rakan2,
Marilah sama-sama kita mengucapkan tahniah kepada rakan kita kerana telah selamat menimang cahaya mata perempuan pada hari semalam (21 Oktober 2008) melalui pembedahan. Alhamdulillah kerana ibu dan bayi selamat.
Cucunya bila pula Yusof? Walau apapun, kau memang hebatlah Cop.
Terima kasih.
15 comments:
Tahniah Usop,Bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW.Semoga bertambah bahagia keluarga kamu.Bagi Saya rasanya dah cukup ada 6 orang ahli. Kamu masih kurang boleh tambah lagi tahun depan .Siapa nama cahaya mata kamu kali ini.
Terima kasih Faris! Tak sangka pulak yg kau akan buat satu entri khusus sempena kelahiran anak aku. Dah tua2 ni dapat baby lagi, gembira laa, tak terkata, hehehe.... InsyaAllah cucu coming soon, bulan Mac tahun depan, saing ler pulak dgn datuk dia nak konvo!!!
Noris, terima kasih. Aku rasa cukup dah, 2nd wife pun kata cukup ler dua.... Nama lom pilih lagi laa.... ada cadangan nama?
tahniah untuk usup.
anak isteri mana tu? kalu tak silap aku thn ni pun dapat anak juga, kan.
jgn2 setahun 2 kali kot. nanti org kata 'tak kering bulu' pulak.tak apa usup selagi ada kudrat produce banyak2,kalu tak larat,bagi saja baby tu kpd aku, dapat 2 kali ganda pahalanya usup.
apakata kalu kau dia namakan "sofiyyah".
congratulation sof. org Johor mesti buat berzanji n marhaban ya tk. kalau buat molek sangatlah tu. mudah2an anak hg akan menjadi anak yg solehah.
byk bersabar sof jk ada yg bertya, anak ke cucu? hg sengih aje.
baru ni aku jumpa penyelia Hem Muar di PTK 34. Aku tya dia, knl tak hg. Dia kata hg psg dua.
emzex, terima kasih, aku rasa cukup dah banyak tu... dua2 wife aku dah surrender. Kau nak baby ye? Senang jer, tak kan ler tu pun kau tak tahu mcm mana caranya.... hehehe. Terima kasih juga atas cadangan nama tu, elok nama tu....
mpmn, thanks a lot. Mudah2an semua anak2 aku menjadi anak2 yg soleh dan solehah, amin. Sempat kau tanya ttg aku dgn GPK HEM tu ye, amacam, kira popular tak aku kat Muar?
usup, aku tahu le macam mana nak buat,tapi tak ada rezeki lah.mkn org rumah dah expired kut.
mpmn kau pun boleh tambah lagi tu.apa tersongeh2 tu.aku cakap betul nie.
emzex, bukan itu yg aku maksudkan la, yg itu kalu, orang buta pun pandai buat.... slow la kau ni bab2 mcm ni, nanti kalau aku cakap, ada pulak yg menyangka aku pengaruh korang utk ikut mcm aku.... hehehe. Ada faham ka macha???
Tahniah cikgu Yusof.
Masih hebat kau lagi. Bukan semua kawan perempuan kita yang dah expired. Cuma orang sebelah yang tak nak anak lagi. Malu katanya dah tua-tua. Nanti bila pencen orang tanya anak atau cucu?
Semoga berbahagia.
mz aku rasa hg ni salah org tau . noi dgn noris org yg berbeza tahu. tp yg pasti negeri sama. aku dah tak nak baby lg. tak daya basuh lampin, budak kembung perut, sawan tangis lg. tak daya. tp tak tahulah kalau berbini muda.
Salam,
Buat Ucop, kalau nama Hilmun Hayati yang kau cadang nak beri kepada anak kau tu, agak bagus juga. Kalau kau cadang nak panggil dia 'Moon' lagi okey. Besar esok boleh jadi angkasawati. He he he...
Sorry cop, gura aje.... walau apapun nama tu mempunyai makna yang bagus. Aku sokong kau cop.
TK.
faris, aku tak pasti lagi nak letak nama tu, adik ipar aku yg jumpa nama tu dlm buku senarai nama2 anak. Ada masa 2 minggu utk daftar nama kan?
Wah.. seronok dengar khabar kawan kita dapat baby girl. Tahniah cop! Mesti comel dan manis senyumannya semanis senyum simpul ayahnya kan? Cop , kalau u baca post ni pagi ini, I tgh bersiap nak holiday ke johor 3 ari ni. Sempat bercerita dgn hubby pasal u dpt baby...kalau ada rezki diizinkan Allah..rasa nak juga tgk baby u.
Minggu depan I akan ke Penang 3 ari pula, tgk anak yg nak amek SPM tu.
Ok lah nampaknya semua anak dah ready masuk kereta... adios.. johor here we come!!
Ta, terima kasih bebanyak kerana sudi singgah dan tengok my newborn baby girl. Tak sangka sungguh yg u sanggup singgah, terima kasih sekali lagi. Pagi yg u post komen i tak baca pun, tu yg i terkejut jugak bila tengah hari u call beritahu nak singgah... Waktu i tengah memasak kat rumah 1st wife sbb dia tak sihat, hehehe... ntah apa2 ntah yg i masak.... I tak edit sempat lagi nak edit gambar yg ambik hari tu, nanti dah ada i post kat dlm blog ini atau blog PPGB kita.
Kalau Ton pun dpt singgah kan best, kebetulan tarikh lahir anak i tu kan sama dgn tarikh lahir dia...
(post sekali lagi sbb yg pertama tu ada typing errors, very sorry....)
Ta, terima kasih bebanyak kerana sudi singgah dan tengok my newborn baby girl. Tak sangka sungguh yg u sanggup singgah, terima kasih sekali lagi. Pagi yg u post komen, i tak baca pun, tu yg i terkejut jugak bila tengah hari u call beritahu nak singgah... Waktu itu i tengah memasak kat rumah 1st wife sbb dia tak sihat, hehehe... ntah apa2 ntah yg i masak.... I tak sempat lagi nak edit gambar yg ambik hari tu, nanti dah edit i post kat dlm blog ini atau blog PPGB kita.
Kalau Ton pun dpt singgah kan best, kebetulan tarikh lahir anak i tu kan sama dgn tarikh lahir dia...
Tahniah Usop, dah lama tak buka web ini, sekarang baru tahu u dapat new baby. Hari itu kat High School nampak u dari jauh, tak sempat nak sembang. Anyway, tahniah sekali lagi, hebatlah u.....
Post a Comment