Monday, October 27, 2008

Selamat Menunaikan Fardhu Haji



Salam kepada semua rakan2,

Mengikut beberapa maklumat dan berita, dimaklumkan beberapa rakan kita akan menunaikan rukun islam yang kelima iaitu menunaikan fardhu haji dalam tempoh masa terdekat ini. Oleh itu sama2lah kita mendoakan kepada mereka agar selamat pergi dan selamat kembali dengan beroleh haji yang mabrur. Diharap mereka yang pergi tu dapatlah menyeru kita semua agar dapat menurut jejak langkah mereka.

Saya mewakili semua rakan2 memohon ampun dan maaf kepada mereka yang akan berangkat ke tanah suci terhadap segala tutur kata dan tingkah laku yang mungkin menyinggung hati dan perasaan sepanjang tempoh masa bersama.

Setakat ini yang didengar akan pergi ke Mekah ialah Saudara Adley (berangkat pada31 Oktober 2008) dan Saudari Normah. Kalau ada yang lain2 tu, maklumkan di sini.

Terima kasih.

3 comments:

yusofsipan said...

Seorang lagi ialah Sabri and wives, berangkat pada 14 November, kalau aku tak silap ler....

Anonymous said...

Salam untuk semua pembaca blog ini.
Dah musim pergi haji pula sekarang. Belum habis hari terbuka, dah sibuk dengan kenduri haji pula. Mewah betul rakyat Malaysia. Syukur...
Tak tahu pula Noris nak berangkat ke Mekah. Baru jumpa dia di Ayer Keroh jamuan hari raya anjuran MGB Melaka. Kalau betul, tahniah!
Kepada rakan-rakan yang berkemampuan dan masih sihat digalakkan pergi ke Mekah semasa kita berdaya. Jika dah tua atau dah pencen, banyak yang kita tak mampu nak lakukan. Oleh itu rakan -rakan yang akan berangkat ke tanah suci doakan mereka semoga rakan-rakan yang belum ke sana dipercepatkan pergi ke sana. Tidak ada tempat yang lebih baik dan indah selain dari Mekah dan Madinah.
Hidup kita tak lama.

Sedarlah......

Anonymous said...

Salam rakan2,
Petang tadi sempat ke rumah mertua Sabri di Bandar Baru Bangi. Dia buat majlis doa selamat dan bacaan yasin.
Selamat berangkat ke Tanah Suci diucapkan kepada Sabri dan isteri2. Semoga beroleh haji yang mabrur. Amin.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites