Tuesday, October 28, 2008

Kesesuaian Masa Kokurikulum

Salam kepada rakan2,

Ini ada isu kedua yang sering tidak dapat kita selesaikan kerana sentiasa ada pro dan kontranya. Masa kokurikulum ini sering menjadi perbualan hangat kerana kita terpaksa memenuhi kehendak dan permintaan guru, ibu bapa dan murid-murid itu sendiri. Pendek kata ada pelbagai cara boleh kita laksanakan ia mengikut kesesuaian 'stake holder' kita.

Soalan dari Puan Aishah ialah :

masa kokurikulum - waktu hari sekolah sebelah petang atau sabtu lebih elok

Oleh itu kita perlu melaksanakannya mengikut kebijaksanaan kita dan komuniti setempat kita.

Terima kasih.

3 comments:

yusofsipan said...

Sejak tahun 2006 aku laksanakan aktiviti kokurikulum pd waktu sekolah. Sebelum laksanakan aku bagi tahu dah kat PPD. Waktunya ialah pada setiap hari Selasa, jam 7.30 hingga 8.30 - sukan dan permainan. Hari Rabu, jam 12.10 hingga 1.10 - persatuan dan badan beruniform. Pd tahun ini ada surat siaran yg melarang menggunakan waktu2 tsb utk kokurikulum, so utk tahun depan mungkin aku akan buat pd hari Sabtu minggu kedua dan keempat ler, dr jam 8 hingga 12.00 tgh hari, ok ke???

Anonymous said...

surat pekeliling koko - untuk tahun 3 dan 4, 1 jam seminggu dan untuk tahun 5 & 6, 2 jam seminggu.kalau buat sebelah petang (selepas waktu sekolah) memang ok sebab tak perlu dtg pada hari sabtu, tetapi cikgu letih. dan ada kalanya ibu bapa nak bawa anak balik bersaing dgn masa rehat tengahari mereka - kehadiran koko tak memuaskan. dan ada juga ibu bapa yang jemput anak lewat petang bersaing dgn waktu pulang mereka dari kerja.sekolah satu sesi, so pengawal keselamatan yang temankan anak mereka. kalau hari sabtu ok juga sebab ia boleh disaingkan dgn tasmik jqaf. susunan jadual boleh diselaraskan. apa2pun, kena timbang tara dan dapatkan feedback untuk buat keputusan terbaik.

Anonymous said...

Semasa di Shah Alam tahun lepas, saya jalankan koku pada hari sabtu.Memanglah kehadiran tidak memuaskan. Tapi saya suruh cikgu fikirkan perkara yang murid suka untuk lakukan seperti belajar sambil bermain. Belajar memasak, so ada kelas memasak. Kehadiran memang ramai.
Tapi di sekolah baru di Melaka pula, koku dijalankan pada setiap selasa selepas balik iaitu jam 1.10 hingga 3.00 petang setiap minggu. Sekolah agama untuk tahun 4,5 dan 6 tiada pada hari selasa. Kehadiran memang 100%.
Terpulang pada keadaan, budaya persekitaran, ibu bapa, guru dan juga JPN masing-masing.

Fikirlah mana yang terbaik.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites