Salam kepada rakan2,
Sudah menjadi rutin kita sebagai pentadbir akan melaksanakan penilaian prestasi kepada semua staf @ subordinat kita. Tiba musim begini, memang pening kepala dibuatnya. Yang mana nak diberi APC? Yang mana nak dibentuk kembali? Walau apa pun itu menjadi tanggungjawab kita. Apa yang penting gunalah kebijaksanaan kita dalam menilai subordinat kita. Tambahan kita dah belajar dan diikat dengan prosedur penilaian.
Oleh itu jika rakan2 ada tips yang boleh dikongsi bersama, sumbanglah dalam blog ini agar kita dapat bertukar2 fikiran.
Terima kasih.
32 comments:
Ybs dan emzex jangan jelous sbb sy berjaya mendahului kalian memberi respon pada entri baru ni..Tentang tugas nak nilai staf ni memang pening dibuatnya, tambahan kat sekolah saya ni ada 81 orang staf. Untuk APC pula kena ambil kira staf pagi, petang, pendidikan khas, GPK, kt sokongan & bangsa agar tak timbul rasa tak puas hati..w/bagaimanapun sy selalunya menjadikan markah prestasi tahun sebelumnya sebagai panduan...tp dengar2nya dah ada guru yang melobi (mengungut?) GPK agar diberikan APC tahun ni, bagi sy cikgu macam ni tak perlu dilayan sbb kerja tak ikhlas.. Selamat malam.
Rakan2,
Pada tahun lepas ada seorang guru DG41 sekolah saya yang datang jumpa kerana tak dapat APC. Dia kata sebelum ini dia pernah dapat melintang/menegak semasa SSB. Terus saya cakap berdasarkan catatan saya seperti datang lewat, tak ada ciri kepimpinan (kerana DG41 ada komponen kepimpinan), P&P tak memberangsangkan dan beberapa perkara lain. Cikgu ni memang lebih tua daripada saya.
At last saya pesan kepada dia jika dia nakkan APC dia mesti totally change dia punya sikap dan jadi guru yang boleh dicontohi. So far, for this year memang dia perform habis. Jadi dia adalah salah seorang calon APC saya.
Seperti Ton, saya ada seramai 72 orang guru dan 8 orang staf sokongan. Jadi ada 80 orang yang nak dinilai dan kuotanya lebih kurang 6/7 orang. Faktor2 seperti yang Ton kata tu memang perlu diambil kira. Siswazah/bukan siswazah, pagi/petang, kurikulum/kokurikulum/HEM, guru/staf, guru biasa/GPK, ras, gender, inovatif/kreatif/komited dan beberapa perkara lain.
Pandangan rakan2 lain bagaimana?
Terima kash
Saya juga sedang membuat penilaian prestasi. Yng senang sedikit tolak yang dah 3 tahun dapat APC. Beri orang lain pula. Saya tengok tahun semasa. Kalau dah dapat APC tak perform, tak ikhlas kerja juga. Itu kena panggil dengan saya. Begitu juga yang nak confirm. Sebelum tandatangan, kena lecture dengan GB dahulu.
Nampaknya tak berani nak datang melobi dengan saya. Tapi ada juga yang minta pada GB lama.
Saya ingatkan guru tentang kerja hakiki mereka.
Penilaian bukan sahaja P&P tapi kerja-kerja sampingan dan ada tak yang memberi kejayaan serta inovasi yang dibuat di sekolah.
Walaupun ada 60 orang staf tapi poning jugalah.
Kita pula jangan lupa tentang borang prestasi kita. Dah siap ke?
Saya dah siap, lengkap dengan salinan brouser program sepanjang tahun ini. Tunggu untuk dihantar sahaja lagi.
Kawan-kawan macamana?
Assalamualaikum Faris,
Saya nak tanya luar sikit daripada bab prestasi. Dengar khabat gred gaji DGA 34 dinaikkan ke tangga gaji hingga T 11. Boleh jelaskan tak?. Bagi saya yang tak dapat DG 38 nie, kepingin juga nak tahu kot-kot boleh tolak dinding yang menghalang kenaikan gaji tahunan saya ni. Kalau ada tolonglah hantar dekat yahoo group sebab dengar kata negeri lain dah dapat tapi Kedah belum apa-apa lagi. Maaflah sebab lama tak join dalam blog ni. Baru balik kursus seminggu di IAB Utara.
noi ...
tlg email kat aku brouser yg hg dah buat. aku nak ubah suai. boleh tak. hg baik hatikan.
bab prestasi ni, aku nak tya sikit. skrg ni guna format baru ke? aku tak sempat mengikuti taklimat.
aku akan minta setiap pk buat penilaian ikut bidang msg2. lepas tu baru aku cantum n dapatkan keputusan.
ton, aku tak kisah dan tak jeles langsung laa bila kau jadi yg pertama memberi respon. Yg aku jeles sikit ialah ttg time kau post komen tu, hehehe, sepatah kata emzek; baru lepas projek ke?, jgn marah ton, nanti kena jual.... Kau ni boleh masuk dlm kategori 'Pengunjung Lewat Malam' la ton!
Sekarang ni memang ler tgh musim menilai prestasi tapi sejak aku jadi GB tak pernah pun ada yg datang jumpa aku utk lobi atau mintak APC, dulu zaman SSB pun takde yg datang jumpa aku... ke diorang malu kat aku, hehehe
Faris, berhati2 kau membuat penilaian tu sbb prestasi kau pun sentiasa diperhatikan....hehehe
Noi, takde staf yg nak jumpa melobi kat u sbb diorang sgt takut kat u, 'Harimau Berantai', berdarah srikandi dan pahlawan Tun Fatimah ler katakan....
Fidah, memang lama dah tak dengar berita dari hang, aku dok ingat ntah hang tgh sibuk mengeram kot... Aku nak tanya hang sikit, buleh ka? Hang ada jumpa Mak Lang ka? Sampaikan salam aku dan suruh laa dia jengah blog kita ni, lama tak dengaq habaq dia.... tak laa rindu cuma teringat jaa...
Ttg tangga gaji DGA 34 tu, kat Johor pun takde dengar citer laa...
Ybs, tak marah tapi sikit geram..nasib baik jauh kalau dekat rasanya nak mintak tolong sapa2 tarik janggut you tu. Sebenarnya sy ni memang selalu tidur lewat (sebab tu boleh study sampai larut malam masa kat upsi dulu, he.he.. ) ,selalunya menyiapkan kerja2 rumah seperti membasuh,kemas rumah, gosok baju, lipat kain dan yang paling penting siapkan beg baju anak kecik yang nak dihantar kepada mummynya pagi2 sebelum ke sekolah. Tapi nampaknya gelaran yang you berikan tu dah tak sesuai sekarang.
Faris, camne 21 Oktober ni, ada jemputan tak ke Holiday Villa tu? Harap dapat jumpa di sana. Bye..
Salam,
Buat Fidah, tentang tambahan mata gaji DGA34 tu, saya tak ada berita lagi. Tak nampak bayangnya pun lagi. Tunggu ajelah kerana kita senasib.
Buat Ucop, so far prestasi aku okey dan baik aje. Segala masalah dan rintangan berjaya dihadapi. Bak kata kau kena low profil. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. He he he..
Buat Ton, setakat ni tak dapat surat lagi untuk 21 Okt di Holiday Villa tu. Kalau boleh tolong faks kan salinan surat tu kepada saya di talian 03-87349678. Before faks, telefon dulu kerana telefon dan faks guna nombor yang sama. Esok saya tak ada di sekolah kerana ada taklimat SSQS di SK Taman Kosas, Ampang.
Siang tadi saya hadir rumah terbuka Che Norizam. Wah, pelbagai menu juadah disediakan. Masak sendiri lagi dan sedap juga. Tambahan pula sampai waktu tengah hari iaitu waktu makan. Apa lagi, balun ajelah. Terima kasihlah kepada Che Norizam kerana menjemput saya ke rumah terbuka dan tahniah juga kerana dapat DGA38.
Kepada Pirzan, jadi2lah kerja menciplak tu. Ambillah yang asli kerana Allah nampak apa yang kita buat. Cakap mesti serupa bikin. Kalau tak nanti cikgu2 kita pun kelentong kita. Jangan marah ye....
Kepada yang lain2 tu, masih tak ada berita lagi. Kemana tu? Bulan? Bintang? Planet? Or Nowhere....?????
Terima kasih.
nak tahu sapa dia anony? dia org utara dan pembekal daum ketum.
faris aku bkn ciplak tapi mengambil keutamaan maksudnya yg lebih afdal. Lagi pun tak ada dosanya. Yg berdosa ni kalau kau menipu Allah. Contoh kita ckp mempercayai al Quran. tp dlm masa yg sama kita mempermainkan ayat al quran tanpa kita sedari kerana kejahilan kita dan kelekaan kita pada urusan dunia kita. sdgkan Allah dah beritahu dunia itu tidak lebih tempat permainan dan tipu daya sahaja. Allah suruh mengutamakan amalan akhirat tapi kita pulun sakan utk pangkat, harta dll. Berapa persen agaknya kt menghabiskan waktu, hari, jam utk akhirat? Setahun Allah beri 365hari. Cuba kita renung diri kita. Berapa persen agaknya iman kita, itu pun kalau ada. Iman perlu dibuktikan. Aku mengingatkan diri aku dan kwan2. Terpulang pd tanggapan kau org. Inilah prestasi terhebat sebenarnya.
Renungkan bersama.
terima kasih mpmn di atas ingatan kau itu, mudah2an kita semua akan berusaha bersungguh2 utk memperoleh kejayaan hakiki di dunia dan lebih2 lagi di akhirat....
aku setuju dgn faris tu.mpmn buat lah brosur sendiri berdasarkan program apa yg kita buat.(negeri aku tak pernah pun minta menatang tuu).
dari dulu lagi hang mpmn, kulit assigment pun masih nak sedut contoh,apala.
ttg prestasi tu,aku cadangkan kau orang libatkan pandangan semua gpk .suruh mereka calonkan beberapa orang berdasarkan prestasi mereka dalam bidang masing2,kemudian kau orang match dan nilai persamaannya.ini baru adil,sebab kita pun bukannya ada disekolah selalu.
awal2 tahun dalam mesyuarat, nyatakan perkara ini kepada staf.penilaian berdasarkan kerja dan comitment masing2,lobi melobi sorilah tak main.orang yg sama boleh diberi kalau dia masih top performer dalam tugas.aku memang ada senarai semak staf aku yg dibuat dari awal tahun lagi.(mpmn nak ke?).
apalah usup ni,kesian kpd zaimz. habis rutin biasa baru dia nak jenggok blogkita nie.tapi tak apa zaimz, kau akan dapat pahala lebih, cuma jangan merungut nanti habis pahala tu.tapi aku nak pesan kalau habis kerja2 tu jangan lupa kejutkan sang suami yg sedang menunggu sehingga tertidur. kesiaaaaan dia.(takut kempunan dia nanti)heheh!!!...
i just back from penang,hantar anak di usm,meet dia punya dekan kerana anak aku tak mahu ambil periksa,,tertekan kerna di tinggalkan girlfriendny,,jenuh le aku mencari ayor penawar,,at last,,jumpa dan dia jadi very energytic..tak sabar nak mengaji,,jumpale aku dgn dekannya..so tamatlah satu episod dalam drma kehidupan aku pada minggu lepas dan minggu ini..semuanya beres..dan selamat,,esok aku ke sg petani..mesyuarat,,3 hari..so see all of you there..chup..bagi aku sambal tumis satu tupperware.
mz
hg ni apale... niat aku tu baik. bila aku minta tlg member dan member tlg dgn ikhlas, mudah2an dia dpt ganjaran yg baik dari Allah. aku nak le senarai semak hg 2. hg email kat aku no. aku serius ni. aku tak kisah. apa org nak bagi aku tadah aje. pandailah aku modifiednya.
ni aku nak habaq mai. member aku yg mohon 44, kena prestasi 95 ke atas utk 3 th tau. bukan boleh naik automatik. pendek kata kalau satu th bwh 95, alamat meloponglah mulut hg mz.
azam...aku ucap tahniahle pada hg atas kejayaan anak2 yg berada di menara gading. tahniah juga pd hg yg sabor melayan karenah anak. Nabi cakap anak ni adalah jantung hati. Jadi walaupun anak -anak menyinggung hati, kita sebagai org tua tetap memaafkan dengan karenah mereka. Tp kalau tak solat setelah cukup umur tak ada maaf. Anak yg tahu untung ialah mengutamakan ibubapanya lebih dari org lain hatta kekasihnya atau isterinya. Cth kisah Nabi Ismail dgn Nabi Ibrahim dan Saiyidina Abu Bakar dgn anaknya. Tp anak2 hari ni tak tahulah kita nak kata.
azam, aku sibuk laa sekarang, tak sempat nak buatkan kau sambal bilis, bini aku nak beranak laa!!! hehehe
tahniah usup, anak pun dapat,cucu pun akan dapat juga.sama2 naik lah kau orang anak beranak nie.
mpmn kalau nak juga borang semak tu nanti eden email kat ekau.tapi ekau kena guna tahun dopan sebab ia bermula dari awal tahun lagi.pendek kata sebarang aktiviti yg staf lakukan kita akan ada maklumatnya.staf tak akan komplen dan melobi sesiapa2 pun.
ttg prestasi 95% usah dibimbangkan, kalau kita dah perform dan ikut perintah ketua,insyAllah ada rezeki pula akan dapat laa.
azam jangan lupa contact aku, kita pekena mee rebus tajudin atau nasi bryani depan hotel emerald puteri tuu.ttg ayor penawar tu kau buat sendiri ka?entah2 ayor rebusan tupai.tupaikan rajin melompat dan menebuk. heheh!!!.
Hai mpmn,kamu jangan pakai serkap saja.Saya memang suka baca blog kita tapi bila mencelah saya guna nama saya.Hari raya belum habis dah nak buat dosa baru.Tapi tak apa saya maafkan.ok....
noris
jgn marah. aku saja je ckp gitu. bior hg melenting mcm hg jebat. hunus kerambit yg terselit di sanggul
tu laa ekau mpmn...! dah dua kali dah serkap jarang.jgn main tuduh2.pembekal daun ketum rasa2 den dia tak jengah pun blog nie.kalau dia terjengah blog nie mampus ekau kena hentam.
azam aku baru contact ,dia ada di stesyen bas k.kangsar.jimat betul azam nie.ada keta naik bas pulak.hai macam2 ragam manusia ....!!!.
hai noris apa kabor,baru kali nie dapat baca catatan blog kau.sibuk eskot suami kemajlis perasmian apa2ke?
Nak kongsi pengalaman dengan kawan-kawan tentang Laporan Nilaian Prestasi kami tahun lepas. Kami semua dipaksa oleh JPN menurunkan markah prestasi staf kami dan markahnya tidak melebihi 90%. kalau nak bagi juga kena beri laporan mengapa kita bagi dia markah itu. Tertekan juga kami atas arahan tersebut. Kalau macam tu, macam mana nak dapat markah cemerlang?. tak tahu pulak tahun ni macam mana. Kejadian ni berlaku tak di negeri lain. Buat usop pulak, Mak Lang sebenarnya selalu membuka dan membaca blog ni. Tapi dia takut nak respon sebab Pak Lang ganas sangat. Tentau kau faham kan, mak Lang tu, lemah lembut orangnya dan wanita Kedah paling sopan antara kami berempat tau!
mpmn,kamu dah siap ke buat prestasi untuk guru2 kamu.Saya belum siap2 lagi .30 Okt JPN suruh hantar.Pening kepala nak siapkan.Borang prestasi sendiri baru hantar PPD.biarlah mereka nilai kita.Tahun lepas tak sangka dapat APC, PTK dapat 4, dapat DG38 Banyak sungguh rezeki Allah beri.Memang Allah Maha Pemurah dan Penyayang.Alhamdulillah.........
noris...
aku belum buat apa2 lg.guru2 n diri sendiri. tak ada arahan apa2 lg dari PPD. sonyap jo. tadi aku baru arahkan PK2 aku buat prestasi ikut bdg msg2. n then baru bagi 3. tp utk sapa dpt yg APC aku dah sepakat dgn PK2. Biasanya di sek aku, tak timbul masalah bab prestasi n APC ni.
mz.. hg jgn pdg sebelah mata member sebilik hg tu. mana hg tau dia tak menjenguk blog ni. dia tu byk kebolehannya. apapun hg jgn lupa email kat aku senarai semak tu. aku boleh persediaan guna utk th dpn.
fidah.. takkan lagu tu JPN hg. Hg buat ajelah ikut penilaian hg sendiri. Dia suruh ubah jgn ikut. Dia tak boleh paksa. Mcm di daerah aku, pernah PPD suruh gb dari sek SJKC tkr semula prestasi. dia org ckp, dia lebih tahu apa yg guru2 dia buat. Kalau PPD nak ubah, ubah sendiri, dia tak akan ubah. Manusia ni mcm2. Pd akulah mcm mana sekalipun kita cuba berlaku adil, kita tak akan mampu kerana keupayaan sebgi manusia sangat terbatas. Sebab tulah aku kata prestasi dari Allah yg sangat adil kerana tidak akan tertinggal kebaikan dan keburukan wp sebesar zarah. Kita sbgi org Islam mesti setuju dan yakin. Betul tak?
Tentang Mak Lang tu.. kalau nak mencelah tak ada masalah. Pak Lang dah ok skrg. Lepas Ramadhan ni dia byk muhasabah diri spt aku juga. Maklumlah aku ni byk dosa.
fidah; betul ke maklang selalu menjenguh blog ni, awat takut nak beri komen..., dulu tak takut pun.... paklang dulu lagi ganas, laa ni dah 'cool' dah, lagi pulak baru dpt baby gurl baru... hehehe, comel mcm maklang...!
noris; alhamdulillah, murah rezeki kau...suami pun semakin sayang kan...sbb selalu pi aerobik...
mpmn; terima kasih kerana sokong paklang. Paklang laa ni bukan saja balik semula berat badannya spt sebelum ramadhan malah bertambah berat lagi... huhu, makan kuat laa....
Salam rakan2,
Semalam pergi Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor di Holiday Villa, Subang Jaya. Jumpa Ton di sana dan rupa2nya semalam adalah hari lahirnya. So, sempatlah ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ton yang jatuh pada 21 Oktober 2008. Buat Ton, balik semalam jem teruk. Sampai rumah pukul berapa? Celebrate birthday dengan husband pukul berapa? Moga panjang umur dan murah rezeki. Bab prestasi dan DGA38, bagi negeri Selangor hanya Aziz seorang saja yang dapat. Yang lain2, kekallah macam tu jugak kerana almaklumlah tak ada kroni.
Bagi Selangor setakat ni tak ada arahan apa2 lagi berkaitan penilaian prestasi. Kalau seperti yang Fidah cakap tu di Kedah kena leltak prestasi 90% ke bawah, itu tidak adil namanya. Kenapa kita mesti ikut arahan pihak atasan kalau kita rasa kita ada justifikasi dan fakta2 yang boleh kita hujahkan dengan mereka? Betul tak rakan2.
Buat Ucop, tahniahlah kerana tak lama lagi akan dapat anak can cucu serentak. Bertambah2lah rezeki kau Cop.
Buat yang lain2 selain dari Azam, Ton, Fidah, Ucop, Emzex, Noris dan MPMN, mana kau orang pergi? Jomlah sama2 menyumbang idea dan celoteh.
Terima kasih.
aku tau la mpmn,member aku tuu.kawasan dia mana ada reception internet yg kuat.alamat blog kita pun dia tak tau.dulu aku juga yg. buka utk dia.
usup tahniah dpt anak.satu lagi amanah yg Allah berikan kepada kau.ttjawab yg besar tu.ingattt.takkan muka dia macam maklang,kot mana dia mai?
kpd ton selamat hari lahir.yg keberapa ye?tentu suami beri hadiah yg special.(jgn2 beras jati special tak)
faris aku masih disini,cuma sibuk sikit. kelmarin jumpa azam,mujur aku tlg booking bilik htl,kalu tidak dpt tingkat 6 la ,kau azam.
fidah mana kau tahu maklang selalu jengok blog nie.ppd hampa awat teruk sangat.kalu aku ,aku tanya dia balik,sapa yg bagi prestasi, dia atau aku.ikut akulah sekolah aku.(jawab pd dia mcm tu lain kali)
Salam,
Seronok berjumpa Faris semalam, di samping tumpang rasa bangga sbb sekolah dia menang tempat kedua pusat akses N.Selangor, sek sy cuma calon Klang tp tak menang.Masa balik jem teruk masa nak keluar dari tempat parking hotel hampir setengah jam.sampai rumah 6.30 ptg.
T/K atas ingatan h.jadi tu, dinner tu biasa je, tapi yang penting ingatan.. Untuk emzex tq atas ingatan, hai kita ni kan sebaya dan bapa senama..
Untuk Ybs selamat menimang cahaya mata, comelnya anak you..Jumpa lagi.
ton, selamat ulangtahun kelahiran, sama ler pulak dgn baby girl aku.... hehehe, kalau aku letak nama zaiton, amacam? Gambar tu bukan anak aku la, ntah baby mana si faris dpt, nt kalau dah ambik gambar dia, aku post la kat blog aku.
Salam semua.
Baru sampai dari IAB. Hoi kawan-kawan, Noris tu bukan Norishah tapi Normah Ismail lah....
Untuk pengetahuan kawan-kawan, jadi isteri orang berpangkat ni memang sibuk tambahan pula berkerjaya. Banyak masa terpaksa mengiringi suami ke majlis-majlis rasmi. Protokol dan etiket yang kita belajar dulu banyak membantu. Baru-baru ini suami terima darjah DSM bukan datuk. Shah Rukh Khan dah ambil!
Esok pergi sekolah. Peang ada mesyuarat dan taklimat SSQS sama seperti Faris.
Jumpa lagi.
sori la noi aku ingat noris tu kamu.wah tak lama lagi dapatlah gelaran datin.yg negeri kau bagi datuk dekat mat hindustan tu buat apa,bagi la kpd rakyat melaka.apala, dia pun tak datang ambil,bagi dia tarak makna kut.betul tak datin.hehehe...
Lain kali jangan salah orang lagi kawan2.saya orang bawahan saja.Tak seperti noi yang selalu sibuk mengiringi suami ke majlis2 penting. Saya selalu iringi suami ke pasar saja.whatever saya tak kisah.
Dalam Kursus Guru Besar Negeri saya, pengarah saya dah kata,siapa2 GB yang dah lebih 10 tahun di sesuatu sekolah akan ditukarkan.Saya termasuk dalam kumpulan itu. Hai tak tahulah nak ditukarkan krmana agaknya.Tapi tak apa dimana saja kita boleh bertugas. Kerja ...cari rezeki...pertama Hublumminallah....dan kedua Hublumminan-nas. Apa pendapat mpmn dan emzex.....
noris tak apa iring suami tu bagus,kemana pun dikira bersama juga.
perhubungan dgn Allah dan perhubungan dengan manusia perlu dijaga.pertukaran itu adalah menurut perintah,perkhidmatan kita diperlukan.anggaplah ia satu hijrah, yg mungkin akan memberi faedah dan rezeki kepada kita.
salam sejahtera kwn2 seblog..
aku baru aje blk dr KL, gi survey IKEA, nak tgk brg apa yg blh dibeli utk rmh. Setlh beb hari di KL, sampai aje di rmh, terus buka blog kerana rindu dgn cite kwn2.
noris tkr di mana pun tak jadi masalah kerana Melaka tu bkn bsr mana, jika dibandingkan dgn aku di Phg ni. Lagi pun dpt berhdpn dgn serba serbi yg baru. Ini akan menghimpun pglmn dlm khdpn.
tahniah juga kerana hg rajin temankan suami ke psr. jgn selalu sangat. Nanti org kata hg queen control pula. he.he.he. jgn mare, nanti kena jual.
tahniah lagi sekali kerana akan menunaikan fardhu hj. moga dpt hj yg mabrur. bila dah di sana tu kena sentiasa bersabar dgn sebrg keadaan dan sentiasa ikhlas dlm setiap gerakan. niat jgn lari iaitu menjadi tetamu Allah. Lupakan pasal membeli belah hingga selesai mengerjakan haji.
noi..aku juga ucp tahniah pd hg yg telah berjaya menjadikan sek hg sbgi sek benchmark. teruskan usaha murni tersebut.
Post a Comment