Thursday, October 16, 2008

Entri Baru atau Isu Baru

Salam kepada rakan2,

Ada kalanya entri yang saya masukkan dalam blog ini tidak menarik minat kita. Mungkin ada di antara rakan2 yang inginkan sesuatu entri yang sesuai untuk perbincangan kita. Oleh itu saya amat berharap sekiranya ada di kalangan rakan2 yang inginkan sesuatu isu atau perkara baru untuk dibincangkan, diharap tuliskan isu atau perkara tersebut dan emailkan kepada saya di alamat afarisj@yahoo.com dan saya akan postkan entri tersebut.

Kerjsama dan sokongan rakan2 amat diperlukan bagi meneruskan kewujudan blog ini. Rakan2 juga turut dipelawa untuk terus memberi komen dan respon supaya hubungan kita di alam maya akan dapat berkekalan. Janganlah jadi macam kumpulan A yang terpaksa menutup blog kerana akhirnya pengendali blog yang syok sendiri kerana saya juga turut mempunyai tugas2 lain. Penerusan blog ini adalah atas keputusan kita bersama untuk meneruskannya dan sekiranya dirasakan tidak perlu lagi jadilah blog kita seperti kumpulan A. Janganlah sampai nak luangkan masa 5 - 10 minit pun tak boleh. Kalau 5 - 10 minit pun tak boleh, saya pun rasa membazirkan masa saya sahaja menguruskan blog ini.

So, ayuh rakan2. Kewujudan blog ini adalah atas kehendak rakan2. Jika tiada keperluan sama2lah kita tutup blog ini kerana sejak kebelakangan ini responnya agak berkurangan.

Terima kasih.

22 comments:

Anonymous said...

Secara peribadi, aku tdak kisah langsung apa2 pun ttg tajuk/isu yg kau jadikan entri dlm blog ini Faris, jika berkesempatan aku akan tetap memberi respon, biasanya aku tak pernah miss memberi respon kerana hampir setiap hari aku akan jengah blog ini.

Cadangan supaya kekawan lain menyumbang entri kat sini adalah suatu usaha yg bagus, aku sokong.... moga mendapat sambutan baik drp kekawan lain jugak.

Tempoh hari, Usof Rompin yg mengendalikan blog kumpulan A memang ada beritahu nak tutup blog mereka tapi sebenarnya tak jadi kerana masih ramai member mereka masih meminta agar blog itu terus diwujudkan. Aku rasa blog kita pun tak perlulah ditutup. Sepertimana apa yg telah dinyatakan leh Faris, aku pun mengulangi perkara yg sama kepada kekawan kumpulan B supaya ambil ler bahagian dlm blog kita ini, sudi2kan ler menjengah dan memberi respon/komen.

Jgn patah semangat Faris, aku adalah antara yg tetap akan memberi sokongan pd kau!!!

Anonymous said...

salam en.faris.sebenanya, setiap petang lepas balik sekolah saya akan membaca semua entri dalam blog kumpulan kita dan semak email saya.cuma saya tak de idea nak memberi respon atau komen. saya seronok membaca gurauan rakan-rakan dan rasanya biarlah saya menjadi seorang pembaca blog sahaja sebab saya tak reti nak guna bahasa gurauan.ini bermakna: tak de respon tak bermakna tak de yang minat membaca blog.

Anonymous said...

ok,,iyo aku mulakan tajuk..bagaiman utk meningkatkan semangat PK yang dah tua,,langsung tak kisah,kompetensi yang rendah dalam perjawatan yang di beri sehingga perasaan hormat guru yang junior terutama mereka yang dah DG41 langsung tiada???sapa sapa boleh cadasngkan..aku dah beritau PPD tapi dema pun buat deeek aje sebab mungkin PPDR pun seumur dan sewaktu dgn mereka.....satu lagi aku nak tanya..jika PK Hem naik pangkat,,siapakah yang boleh memangku jawatan mereka selain dari PK KoKO..kalau suruh dia pangku alangkan jadi PK KoKo pun terkeleten keleten..apa lagi kalau bagi tugas dan elaun memangku,,boleh tak lantik guru yang lain??? tolong respon

Anonymous said...

Faris, janganlah bunyi macam merajuk saja.teruskan lah blog kita ni.janganlah tutup .aku suka baca.Tapi kebelakangan ini sibuk sikit .asyik pergi kursus saja .29 okt hingga 31 okt ni ada kursus integriti di Seri Malaysia Melaka.Siapa kawan2 kita yang kena pergi sebab kursus tu di buat oleh KPM.peserta satu Malaysia.
Azam,GPK kamu kalau tak buat kerja buat saja laporan bertulis.Kamu catatkan setiap apa yang dilakukan yang tidak mengikut dasar atau arahan.kumpulkan laporan itu dan hantar ke Ketua Unit sekolah Rendah JPN.Mereka akan turun dan siasat.Kamu siapkan Fail laporan kamu.JPN aku kalau ada laporan ,mereka tak reagak2 ambil tindakan.sign GB laku dan laporannya dipercayai......sign aku untuk tukarkan guru semua berjaya setakat ni.semua guru tu bermasalah. buat apa simpan.biar dia dapat situasi baru.
Kamu masakkan rendang tupai beri GPK kamu rajin lah dia nanti.. He..he.he..

Anonymous said...

kalau dah pk koko kau tak harap,begitu juga dgn pk 1 kau yang haprak tu,aku cadangkan kau tanya jpn boleh tak guru besar saja yg menjalankan tugas tu,hah hah hah.

kau bagi saja banyak2 tugas kepada mereka tu,selagi tak dpt jalankan kau bagi lagi sehingga selesai dan memuaskan. aku setuju dgn animal mouse tu, kau rebus tupai 2 tu buat sup,manalah tahu kut2 mereka boleh berubah.

Anonymous said...

sgt bagus azamboy kerana kau telah mendahului yg lain dlm mengemukakan tajuk utk perbincangan tapi lain kali tajuk itu hendaklah kau emailkan kepada faris dan nanti faris akan publish sebagai tajuk entri yg baru. kalau kau post tajuk itu sebagai komen maka dia tak ler jadi tajuk entri (yg tulisan merah tu)

jgn marah, aku sekadar mengingatkan, teruskan berblog!!!

Anonymous said...

Rakan2,

Saya tahu siapa yang jadi pengunjung setia terutama seperti Azam, Yusop, Zul, Animal Mouse, Aishah, Zaiton, Rozita, Pirzan dan animal mouse. Yang lain2 tu mana pergi ye??????? Macam tikus jatuh ke beras aje..... Sekurang2nya kita tunjukkan kepada guru-guru kita dan orang lain bahawa ada sesuatu perubahan apabila kita telah tamat belajar sampai ke peringkat ijazah.

Umum tahu bahawa blog adalah media utama pada masa kini. Senario politik negara kita sekarang pun disebabkan pengaruh blog yang hebat. Jika murid atau guru kita tanya, adakah kita boleh menjawab apa itu blog? Sama2lah kita fikirkan.

Terima kasih.

Anonymous said...

heheheheh aku dah petik satu suasana yang jadi perbincangan..bagus ..bagus..insyallah,sup tupai jantan aku rasa nak hidangkan pada mereka..mana tahu..kut kut rajin...kome tahu tak mana tempat boleh mengubat budak budak yang tak mahu gi sekolah????kalu turutkan hati aku,,aku hempok aje,,kesian pulak..aku ingat guru nya garang sangat le???

Anonymous said...

Azam, bebudak kamu yang tak mahu pegi sekolah tu senang aje, kamu bagilah dia ganjaran di minggu akhir sekolah sesiapa yang kedatangannya penuh. Mulai lepas periksa akhir tahun.alah, kamu beli saja hadiah dua ringgit tu.Aku siapkan hadiah dua ringgit tu banyak untuk murid Tahun 6 kedatangannya penuh lepas UPSR dan murid yang tak pernah ponteng dari darjah2 yang lain sekolah.setakat ni kedatangan baik.sorang2 yang sakit tu biasalah.........
Terima kasih Faris kerana tahu siapa saya.

Anonymous said...

amalan memberi hadiah sbg ganjaran kerana kedatangan penuh tu bagus, tahniah....., boleh dijadikan contoh ikutan. Di samping itu jangan ler lupa utk terus memberi galakan, peringatan dan motivasi ttg kepentingan datang ke sekolah walaupun selepas waktu peperiksaan.

Anonymous said...

bagus,,bagus,satu idea yang baik dan sangat munasabah..bagus juga soalan aku tadi ye,,boleh juga dapat respon..tapi animal mouse ni sapa ye????pirzan ke??bukan,,,,saupi ke??? bukan...Joni ke..???? bukan????? sapa ye?? nanti aku sunat kamu???? soalan seterusnya....bagaimana masalah kalau gurubesarnya pulak malas nak gi sekolah?????

Anonymous said...

salam untuk semua rakan.
Sememangnya kita semua sedang sibuk. Kesihan rakan kita. So... kita meriahkanlah blog kita ini.
Dengan mengunjungi blog ini saya terhibur dengan membaca cerita rakan-rakan. Saya juga seperti aisyah, kekeringan idea. Tapi jika ada cerita akan saya turut sama.
Minggu lepas saya menerima kunjungan dari Songla, Thailand. Mereka melawat sekolah saya. Tapi tak pandai berbahasa Melayu dan lemah dalam Inggeris. Saya hentam sayalah.
Minggu depan ada rombongan dari PPD Macang dan Alor Setar. Saya tak ada di sekolah. Kena kursus di IAB. Kursus e-spkb untuk sekolah PTJ. Ada rakan yang sama ke?
Saya juga seperti Azam. Nasib dapat PK yang lemah. Asyik nak disuruh. Letih dibuatnya.
Rakan-rakan yang berkursus atau berkunjung ke Melaka, bolehlah call saya. Itu pun jika saya ada di Melaka, boleh juga bawa makan ikan bakar.

Jumpa lagi.

Anonymous said...

azam budaya memberi hadiah kpd bebudak yg malas ke sekolah tu jgn diamalkan sangat.semuanya terletak atas usaha guru2.

aku pernah buat begini:kalu budak tahap satu aku akan ambil 5 minit untuk bercerita yg menarik tapi tk habis pada hari tu, disambung pada keesokkan harinya dan seterusnya.tentu mereka ingin mengikuti cerita itu sehingga tamat(tapi mesti cerita menarik la bkn cerita boring nanti mereka tak hadir sepanjang minggu tu pulak).

kalu yg tahap dua boleh bagi tayangan gambar video,janji cerita menarik juga.jgn tayang habis sambung keesokkan hari.

kalu GB malas,(ni yg aku malas nak cerita ni). senang aje.sekeh kepala gb tuu, baru dia ada akai,gaji mau tapi kerja tak mau.piraaaaaahhhh.

Anonymous said...

Hari ni lepas berbual dengan Faris di telefon, terasa bersalah pulak sbb dah lama tak respon dalam blog yang memang sy sayang kewujudannya ini. Teringat janji masa hari akhir diUPSI dulu untuk sama2 terus berhubung melalui blog.InsyaAllah lepas ni sy akan cuba memeriahkan blog ini bersama2 rakan-rakan yang lain yang setia berblog. kat sekolah sy sekarang ni sibuk dengan perlaksanaan projek RMK9. Sekolah saya dapat pembinaan tembok batu sekeliling sekolah, naik taraf kantin, surau dan bangunan pendidikan Khas. tapi yang peningnya semuanya nak disiapkan sebelum akhir bulan 11.Susah betul nak kawal murid-murid supaya tak bermain di kawasan pembinaan tersebut. Minggu depan nak periksa, harap2 tak ada komplain dari parent anak2 mereka tak dapat jawab soalan sbb bunyi bising.. Jumpa lagi.

Anonymous said...

.........bagaimana masalah kalau gurubesarnya pulak malas nak gi sekolah?????

- masalah ni bukan kita yg kena fikirkan, org2 kat PPD/JPN ler yg kena selesaikan..... hehehe. Kalau jadi kes, mungkin kita ditukarkan/diturunkan pangkat/ditamatkan perkhidmatan, baru padan muka kita!!!!!

- lu fikirlaa sendiri!!!!!

Anonymous said...

noi;
minggu lepas ada program solat hajat kat sekolah teknik Melaka Tengah, terfikir jugak nak singgah rumah Noi, tak berkesempatan laa, tunggu raya tahun depan laa kot...

emzex;
GB malas tu kau sekeh kat kepala mana??? Kau ingat dia budak kecik ke??? Nasib tak baik kau yg kena flying-kick tau...hehehe

ton;
dasat tol kau punya semangat menjengah blog ni, kau post komen kau tu kul 12.22 tgh mlm... nape tak tido lagi????, banyak keje ye.... Selamat menjaga keselamatan murid2 u ton!!!

Anonymous said...

usup, sekeh kat kepala mana lagi.. kepala yg ada otak la.kepala yg tak ada otak buat apa,memang dia tak berotak.

aku baru selesai PTK.nasib baik soalan ttg penyeliaan naik,boleh lah goreng lagi.mahani,asmah dan zalila pun ada sama.

kepada rakan2 dari Melaka, aku nak tanya macam mana bilik kebal di sana bermasalah ke.aku ingat penyelia kanan tu yg bermasalah. kunci dia kalau kelam-kabut buka memang boleh patah.ni mesti datang lewat punya kes nie. thn sudah pun jadi kes mcm ni juga.

kawan2 kalu jadi mcm nie disekolah kita,belanja banyak tau.murid yg kena kuarintin tu kena bagi makan.nak pakai duit mana?baru2 nie semasa UPSR ketua pengawas disek aku tersilap buka kertas masa kedua,murid2 kena kuarintin, tapi nasib baik la bulan pusas, kalau tidak aku juga yg kena keluarkan duit.haprak punya ketua pengawas tu,buat nanya budak aku aje.
lepas buat projek ka ton, yg tulis blog sampai pkl 12 t/mlm tu?apapun tak apa asalkan kau ada masa juga.

Anonymous said...

azam,kamu jangan malas2 nak pergi sekolah.gaji kamu mahu.kerja kamu malas.mana nak dapat DG38.Tapi kita kerja ni biar ikhlas.jangan harap gaji saja.Tanam saham akhirat juga betul tak emzex, usop?

Anonymous said...

Salam kunjungan.
Memang ada kes kunci patah semasa buka bilik kebal di Melaka. Penyelia PMR tu perempuan. Agaknya panik sampai patah kunci. Kepalanya tertinggal di dalam. Kenalah pecah bilik kebal. Kecoh juga. Tapi bukan sekolah yang kena keluar duit tapi jabatanlah. Pengalaman ini pernah saya alami tapi bukan kunci patah. Semasa saya menjadi penyelia UPSR di Shah Alam dulu. Sekolah pendidikan khas, soalan tak cukup. Ketua Pengawas menghubungi saya dan jabatan. So kena kurantin budak-budak pendidikan khas. Yang tak sedap tu disalahkan penyelia kawasan. Korang tahulah saya menegakkan kebenaran. Rupanya GB yang silap buat pendaftaran. Kena buat laporanlah. Satu hari tak keluar dari sekolah tu.

Usop ni memang. Dah lalu depan rumah pun tak nak datang. Nanti saya jemput bila nak buat kerja kahwin. Mungkin tahun depan kot!

Jaga kesihatan kawan-kawan! Umur dah semakin meningkat ni perlu jaga segala-galanya. Saya baru sahaja balik dari aerobik. Dah sebulan tinggal kerana bulan ramadhan.
Take care!

Anonymous said...

emzex, kalau kau jumpa lagi si mahani, asmah dan zalila tu, sampai salam aku dan kau tanya ler diorang tu tak pandai2 lagi ke nak menjengah blog kita, duduk kat rumah jer, dok mengeram apa???

noi, saya gi melaka tak lalu depan rumah noi laa... Saya ikut Lebuh AMJ tu, cepat sampai... Dah nak bermenantu ye, insyaAllah akan datang jika dijemput...

Anonymous said...

mz..hg kata aku dah ketinggalan n dah senja baru nak ambil PTK. Rupanya hg pun serupa jga. Hg tak ada masalahlah nak Public Speaking. Mesti merabuk hg berckp jgn spi penilai tak faham sudah le. Aku di Dynasty jumpa mek dah, dua2 jah ganu n non.
faris.. tajuk apa nak ko sumbat tak jadi masalah. aku pasti ucop tetap respon. tp kalau boleh ko ikut perkara semasa. aku rasa setakat ni apa yg ko buat kira menepati. teruskan aje. kita tak boleh mengalah pd keadaan.
ni aku nak beritahu anony salah seorg ialah normah melaka n seorg lg tu aku tak tahu tp yg pasti dia spesis yg berjanggut tp dlm situasi sebenar dia tak ada janggut.

Anonymous said...

mpmn aku memang lama dah ambil,cuma mengulang lagi tahun nie.goblog lah katakan....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites