Friday, October 31, 2008

233 guru besar naik gred DG44

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Kerajaan meluluskan pemangkuan secara Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada 233 guru besar untuk Gred DG44.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, angka itu menjadi rekod kumpulan pertama guru besar yang dinaikkan pangkat guru besar siswazah dari gred DG41 ke DG44.

''Kenaikan ini merupakan susulan daripada cadangan yang dikemukakan wakil kesatuan dan persatuan guru selama ini.

''Kenaikan pangkat dipercepatkan dengan kelayakan sebaik sahaja tempoh tiga tahun perkhidmatan sebagai guru besar di gred asal DG41," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2008 di sini hari ini.

8 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, mudah2an sampai pulak giliran rezeki kita nanti, amin!

Anonymous said...

Ucop,
Memang rezeki tu ada. Cuma kena tunggu 3 tahun dari mula perlantikan DG41. Kalau kita dilantik pada tahun 2009, bermakna tahun 2012 barulah dapat kita merasa DG44 tu. Selepas tu, kalau sesiapa yang ada servis lebih kurang 5 tahun lagi, sempatlah pula ke DG48. At least bila pencen nanti dapatlah merasa pencen DG48.
Tahniah kepada diri kita semua. Yang penting kerja kena ikhlas dan buat kerja bersungguh-sungguh.
Amin. Terima kasih.

Anonymous said...

faris..
tk atas penjelasan. mudah2an kenaikan ke 44 tidak ada sebrg pra syarat yg bkn2. guru aku beritahu, lecturer dia ckp, kertas kerja utk guru yg ada master sudah diluluskan. siapa yg ada master akan naik ke 45. tunggu pekeliling aje. faris cuba hg siasat kesahihan berita ni. kalau betul, aku syorkan kita semua buat master pula di UPSI. Byrn buat master di UPSI plg murah skrg. satu sem hya seribu lebih. senior kita ada yg dah buat dan dah tmt satu sem. dia gb sama daerah dgn aku. ant pengajar dia hj nazimuddin.

Anonymous said...

tahniah,tahniah kepada rakan2 kita yg dapat.

mpmn,betui ka hang nak buat master tu.master ada dua cara, satu melalui buat kajian dan satu lagi melalui hadir kelas.

kalau nak senang buat master of copy atau master of sedut.hehehehe.mpmn kau tak serik2 lagi kah.kalau nak buat buat betui2no.

Anonymous said...

Salam,
MPMN cadangan untuk gred 45 bagi yang ada master tu tak ada pulak maklumatnya. Kalau mengikut cadangan asal dulu, yang dapat ijazah akan dapat satu kenaikan gaji seperti yang telah diluluskan. Bagi yang mendapat master pula, mungkin akan dapat dua kenaikan gaji di mana gaji kita berada ketika itu (kalau di 41 naik 2 tangga di 41 atau kalau di 44, naik 2 tangga di 44). Begitu juga cadangan bagi yang memperoleh PhD juga akan dapat hadiah kenaikan gaji tetapi tak tahu berapa tangga.
Perubahan lain setakat ini, tak tahu pula saya. Walau apapun, marilah rakan2 kita sama2 menyambung pelajaran kita di peringkat master bersama2 supaya seronok sedikit belajar. Memang ada ganjaran hadiah kenaikan gaji tu bila kita tamat master nanti kerana ia akan diluluskan pada bila2 masa.
Ayuh kawan2, sama2 kita mendaftar.

Terima kasih.

Anonymous said...

emzek,
aku hanya menggalakkan member aje. buat diri aku cukuplah. org aku pula dpt twrn beljar GPSR. Bersungguh dia nak belajar. Masalahnya aku tak dpt petunjuk lagi, nak benarkan atau tidak. Apa pendapat engkau org?

Anonymous said...

mpmn...kalau hang dh rase belajo..org rumah hang nk belajo, kasilah die..agknye kau rasa die mcm kau jg tak kuat. asik tido je manjang. mgkin die lebih semangat dr hang. cume tkut hang je lah keseorangan kat rumah nanti. tak dapat adjust jadual hehehehe

Anonymous said...

mpmn...kalau hang dh rase belajo..org rumah hang nk belajo, kasilah die..agknye kau rasa die mcm kau jg tak kuat. asik tido je manjang. mgkin die lebih semangat dr hang. cume tkut hang je lah keseorangan kat rumah nanti. tak dapat adjust jadual hehehehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites