Wednesday, January 13, 2010

Bantuan Makanan Asrama (BMA) Menjadi 240 hari

Rakan2,

Isu berkaitan Bantuan Makanan Asrama (BMA) dah selesai kerana peningkatan bilangan hari kepada 240 hari daripada 200 hari sebelum ini. Alhamdulillah kerana sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa yang anak2nya tinggal di asrama. Bukannya bilangan hari rasanya yang menjadi pertikaian tetapi kesan di sebaliknya iaitu dimana peningkatan kos kepada ibu bapa yang perlu membawa anak balik setiap hujung minggu yang meliputi tambang perjalanan dan masa terutama jika rumah jauh dari asrama.

Sila klik hyperlink di bawah untuk melihat surat pekeliling tersebut :

Surat Dasar BMA

Sedikit sebanyak beberapa perkara boleh diperbincangkan kerana keputusan adalah di tangan penggubal dasar. Inilah bahananya apabila bukan orang pendidikan yang menerajui beberapa bahagian di KPM yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan pengalaman berada di sekolah, mengurus sekolah dan menghadapi situasi ini di sekolah. Keputusannya tidak akan melihat dalam skop yang meluas berasaskan pengalaman mengurus sekolah dan asrama terutamanya. Sama2lah kita renung dan fikirkan, rakan2 perlu melihat dan berjuang bahawa kitalah yang telah mengalami dan mempelajari pengurusan pendidikan menjadi peneraju serta memperjuangkan kredebiliti diri kita. Sama2lah kita menunjukkan dan menyakinkan semua pihak bahawa lulusan pengurusan pendidikan dan NPQH adalah pengurus terbaik.

Terima kasih.

12 comments:

ybs said...

bagus ler isu tsb dah selesai....
la ni pun semua harga barang dan kos perkhidmatan nak naik. duit tambang van sekolah anak aku pun naik rm5! huhu....

jon said...

cop, duit belanja bini ko pun naik kot.. sb dua rumah kan...

binzain said...

isu BMA dah selesai.bagaimana dgn isu RMT,thn ini hanya diberi 115 hari saja.

thn sudah juga kurang,pk hem aku terlepas pandang dan aku pun tak nampak langsung bagaimana boleh terlebih beri makan sebanyak 8 hari.mujur orang kantin beri balik duit tu,dah pun dimasukkan dlm bank tahun sudah.

tapi dlm bln jan ni mkn kena kurang kos kerana nak bayar balik kpd pengusaha kantin sehingga selesai amaun tersebut.

kawan2 pun kena pantau, mkn terlebih bayar RMT.kena tuntut balik no.

noris said...

Assalamualaikum.
Isu bantuan makanan asrama timbul.
saya pun ada anak diasrama.Setiap Jumaat mesti ambil dia,so ibu bapa nak bincang dengan pibg dan pengetua supaya kira berapa perlu dibayar jika murid tak balik hujung minggu.murid balik sekali sebulan saja.kalau sama dengan duit minyak nak jemput anak balik tiap minggu,lebih baik mereka diasrama.dapat ulangkaji pelajaran atau ke library.Tapi kalau yang jenis lasak biarlah dia balik,nampak dia buat apa di rumah.
Apa komen kawan2 yang ade anak diasrama.Kak Kiah....nak dengar idea kak Kiah.
Hari ini sempat jumpa noi di Taklimat NKRA diJPM.Dia cerita tentang majlis walimah anaknya yang akan berlangsung 30/01/2010.Hebat betul persiapannya.Dia dan husb. sanggup ke Jakarta hujung minggu lalu nak beli cenderamata untuk tetamu yang hadir.Noi juga cerita tentang juadah yang akan di buat,memang grand.Apa kata kawan2 kita pergi ramai2.Kad jemputan mungkin Faris dah terima untuk di keluarkan dalam blog kita.
Siapa lagi kawan2 kita yang nak dapat menantu.beritahu ya.....
Tapi kalau usop nak tambah yang ketiga lagi grand..........jangan marah ybs.

binzain said...

assalamualaikum,
mcm mana kawan2 nak pergi kenduri umah noi tu,jemput pun tidak lagi.kita mmg dah pasang angan2 nak buat reunion,tapi tuan umah tak jemput.angan2 mat jenin lah jadinya.

mpmn said...

noris..

aku setuju dgn pdgn ko tu. bcg dgn pibg n pengurusan sek. anak aku beritahu kalau tak balik kena byr duit makan rm11. kalau rm11, 2 hari baru rm22. lebih jimat lagi dari kos mengambilnya. cuma yg dibimbangkan dia sorg je tak balik. pelajar lain dah cabut.

aku rasa tak dpt hdr kenduri rumah noi. aku ada kursus lak. tak de rezeki aku nak jumpa kwn2, tgk kemeriahan majlis walimatulurus tu. sape yg pegi, selamat menjamu selera dan beramah mesra dgn rakan-rkan. maaf ye noi. moga majlis hari tu diberkati Allah swt.

noi said...

Salam,
Saya dah email pada Faris dan dah kirim kad sekali. Kalau tak terima yang di email akan saya hantar lagi.
Sememangnya saya jemput semua rakan-rakan sekelas upsi. Kalau ada kesempatan dipersilakan datang ke rumah saya. Tak termampu pula saya nak hantar semua rakan-rakan. Ada yang telah berubah alamat.
Pada rakan-rakan yang hampir di Melaka, jika tiada aral sudilah kerumah saya. Alamatnya:

6565, KM 11, Lorong Pernu 2, Umbai, Melaka. Dekat dengan tempat ikan bakar dan sekolah Henry Gurney.

Adley, Rozita , Zaiton,Abu kassim, orang Perak, Nogori dll. tak tertulis dipersilakan.....

ybs said...

mekasih noi di atas jemputan itu, insyaAllah jika tiada apa aral aku akan sampai....

Faris said...

Salam rakan2,
Untuk makluman, saya baru menerima kad jemputan tersebut pada hari Jumaat yang baru lalu. Almaklum, hujung minggu sibuk dengan kuliah. Esok pula semua Pengetua dan GB Selangor kena berkampung di Kompleks Belia, Seksyen 7, Shah Alam. Selepas itu bila ada kelapangan, baru saya boleh scan kad jemputan untuk dimuatnaik dalam blog kita. Jika sesiapa yang dah tahu tu, bolehlah hadir kerana kita semua dijemput. Bagi saya, 30 Januari tu ada kuliah. Tak pasti pergi atau tak.
Terima kasih.

jon said...

selamat berreunion kat melaka nanti..

Anonymous said...

Kirim salam kat Noi je.Kami dari Sabah tak dapatlah nak datang ke Melaka.

valar said...

terima kasih atas jemputan, tapi minta maaf sy tk dpt datang, ada reunion family sy diPP sempena Thaipusam.long weekend 1st feb cuti hari wilayah kl

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites