Hari ini saya berkesempatan ke BPSM, KPM (unit tatatertib) bagi menguruskan tindakan tatatertib salah seorang guru sekolah yang telah bermasalah sejak dari sekolah lama. Tindakannya mungkin berhenti kerja dan mesyuarat terdekat akan dilakukan dan saya terpaksa mengemaskini segala maklumat.
Di samping itu saya sempat bertemu dengan Cik Rosaliza yang menguruskan penempatan kita nanti bila dah dapat senarai nama dari SPP. Sebenarnya saya telah mengambil peluang ke SPP sebelum hari raya lagi. Saya dimaklumkan bahawa penempatan kita (bagi PJJ) dilakukan 2 kali setahun iaitu Jun dan Disember. Oleh itu kita akan dilantik pada bulan Disember 2009 nanti. BPSM pula menyatakan bahawa mereka akan menempatkan kita setelah menerima senarai nama dari SPP. Besar kemungkinan penempatan kita akan back dated sikit iaitu pada 1 Oktober 2009. Itu serba sedikit makluman yang saya peroleh untuk dikongsi bersama.
Sekian, terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
15 comments:
alhamdulillah Faris, mudah2an segala urusan yg berkaitan berjalan dgn lancarnya....amin!
alhamdulillah...syukur.
Kalau betul bagai di kata, syukur Alhamdulillah.rezeki Allah bagi dan nanti banyakkan bersedekah semoga rezeki diberkati Allah...
betul,betul, rezeki Allah beri.Pulangkan sebahagian kepada yg berhak.
faris penempatan tu kena tukar ke sek lain ke?
Salam & tk Faris.....
Alhamdulillah.....mudah2an kita sentiasa muhasabah diri dengan nikmat sedikit yg diberiNya.
Isu kena Tukar sekolah jika berhajat mohon secara manual biasa....Kumpulan Pengurusan(Pengetua, GB, GPK & Ketua Bidang ) belum lagi secara on line intrnet. Tp jk digerakkan terima sajelah kot2 ada hikmahnya.
Terima kasih.
Tok Lebai,
Tukar atau tidak terpulang kepada JPN. BPSM akan hantar nama dan surat perlantikan ke JPN. JPN yang akan tentukan. Apa yang penting, jika nak tukar sila selaraskan sendiri dgn JPN masing2 kerana bila dah dilantik DG41 KUP dah tak boleh tukar lagi berdasarkan arahan terbaru. Baik atau tidak, cemerlang atau terlingkup, tekanan politik atau tidak, duduk ajelah di sekolah itu.
TK
tapi bila bab politik ni dia main terjah je.tak ikut peraturan dah.tapi..tak pe. ke mana dihantar, pegi je lah. ade hikmahnya...
pada semua kawan? aku lost handphone .tolong sms no kome..masih no lama aku .012-5554788
mudah mudahan begitulah ris
Alhamdulillah Faris, terima kasih bebanyak kerana mengambil berat tentang hal kami. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan yang telah Faria dilakukan. Apa pun segalanya ditangan Allah. Bertukar atau tidak bergantung kepada rezeki. Terima lah seadanya. Didoakan semoga segalanya dipermudahkan Allah hendaknya.
sapa pulak myhas ni. pendtg baru ke?
mpmn,
Saya bukan pendatang baru, anak Malaysia yang kenal sangat dengan faris. Cuma mungkin Faris tak kenal saya secara dekat. Alhamdulillah....... Saya sentiasa mengikuti perkembangan kumpulan kami walaupun telah menamatkan PPGB kami di UPSI. Maklumlah saya juga adalah salah seorang dari pelajar senja yang sama kohort dengan Faris dari IAB hingga ke UPSI. Cuma saya dari kumpulan A. Semoga saya tidak mengganggu keamanan dan kemesraan dalam blog ini. Selamat Hari Raya.
oh baru aku tahu myhas ni dari kump A. awat tak habaq awai2. selamat datang ke blog kump b. jgn segan2 dtglah selalu.
myhas jangan lah cepat kecik..hati tu....
myhas..
mpmn tu kau jentik jari je aku belasah dia..sebab dia kawan baik aku, dan selalu ganggu aku tidur masa kat upsi...
pijan
kau nak tau myhas kau call aku
kau memang nak kena belasah..pijan, kau dah buat permohonan belum?
ahli kump B..harap jangan ambik hati kami numpang sekali sekala
Post a Comment