Wednesday, September 30, 2009

Prinsip Baru Pengisian Jawatan Guru Besar

PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Semua Ketua Jabatan/Bahagian,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Semua Pegawai Pelajaran Daerah


Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 10 Tahun 2009 yang bersidang pada 15 Julai 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan satu dasar yang lebih komprehensif, adil, saksama dan telus bagi laluan kerjaya Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di sekolah menengah. Berikutan daripada keputusan tersebut, prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah telahpun diluluskan melalui Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil. 13 Tahun 2009 yang bersidang pada 26 Ogos 2009. Sehubungan dengan itu, surat siaran ini bertujuan untuk memaklumkan prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah.

3. Prinsip-prinsip baru pengisian jawatan naik pangkat Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua untuk sekolah menengah adalah seperti berikut:

3.1 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Guru Besar Di Sekolah Rendah

3.1.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) dan Guru Besar (GB) Gred DGA32

(a) Pengisian jawatan GPK dan Guru Besar gred DGA32 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DGA29 ataupun pengisian oleh calon Gred DGA32 Time Based.

(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) gred DGA29 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK atau Guru Besar gred DGA32. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Darjah
(vii) Guru Kanan Mata Pelajaran
(viii) Guru Bimbingan

(c) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK atau GB gred DGA32.

3.1.2 Pengisian Jawatan Guru Besar Gred DGA34

(a) Keutamaan diberikan kepada Guru Besar gred DGA32 dan GPK gred DGA32 dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat ke gred DGA34.

(b) Mana-mana pegawai gred DGA32 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk urusan pemangkuan bagi mengisi jawatan Guru Besar gred DGA34.

(c) Mana-mana pegawai gred DGA34 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar atau GPK juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Guru Besar gred DGA34.

3.1.3 Pengisian Kuota Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 (KUP)

(a) Pengisian kuota Guru Besar Cemerlang gred DGA38 (KUP) hanya dibuat dari kalangan Guru Besar gred DGA34 yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.

3.1.4 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Guru Besar secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran A.

3.2 Prinsip-Prinsip Baru Pengisian Jawatan Naik Pangkat Guru Penolong Kanan Dan Pengetua Untuk Sekolah Menengah

3.2.1 Pengisian Jawatan Guru Penolong Kanan (GPK) / Ketua Bidang (KB) Gred DG44

(a) Pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 akan dibuat secara pemangkuan oleh calon gred DG41 ataupun pengisian oleh calon DG44 Time Based .

(b) PPPS gred DG41 boleh memohon untuk urusan pemangkuan jawatan GPK / KB gred DG44. Walaubagaimanapun, keutamaaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran mengikut salah satu daripada bidang-bidang seperti berikut :

(i) Guru Penyelaras Bistari
(ii) Guru Perpustakaan/Media
(iii) Guru Data
(iv) Guru Disiplin / Kaunselor
(v) Setiausaha Peperiksaan
(vi) Guru Tingkatan
(vii) Guru Kaunselor
(viii) Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

(c) Mana-mana pegawai gred DG44 di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK / KB juga boleh memohon untuk pengisian jawatan GPK / KB gred DG44 secara pertukaran setara.

3.2.2 Pengisian Jawatan Pengetua Gred DG48

(a) Pengisian jawatan Pengetua gred DG48 akan diberi keutamaan kepada GPK gred DG44 dalam urusan pemangkuan ke gred DG48.

(b) Ketua Bidang gred DG44 yang berkebolehan juga boleh memohon untuk memangku jawatan Pengetua gred DG48 dalam urusan pemangkuan ke gred DG48.

(c) GPK dan Ketua Bidang gred DG48 (KUP) juga boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG48.

(d) Mana-mana pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian di KPM yang mempunyai pengalaman sebagai GPK atau Ketua Bidang (KB) boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG48 samada melalui urusan pemangkuan DG44 ke DG48 atau pertukaran setara gred DG48.

3.2.3 Pengisian Jawatan Pengetua Gred DG52

(a) Pengetua gred DG48 atau Penolong Kanan Tingkatan 6 gred DG48 atau GPK / KB gred DG48 (KUP) yang berkaliber dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang boleh memohon untuk pengisian jawatan Pengetua gred DG52 melalui urusan pemangkuan ke gred DG52.

3.2.4 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang Gred DG52 (KUP)

(a) Kuota Pengetua Cemerlang gred DG52 (KUP) hanya akan diperuntukkan kepada Pengetua yang telah dinaikkan pangkat ke gred DG48 dan telah berkhidmat sebagai Pengetua gred DG48 selama 3 tahun berturut-turut dan berpotensi untuk meningkat maju.

3.2.5 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang Gred DG54 (KUP)
(a) Kuota Pengetua Cemerlang gred DG54 (KUP) akan diisi oleh Pengetua yang telah dinaikkan pangkat secara hakiki ke gred DG52 ataupun oleh Pengetua Cemerlang gred DG52 yang telah dinaikkan pangkat dalam gred yang berkenaan.

3.2.6 Pengisian Kuota Pengetua Cemerlang JUSA C (KUP)

(a) Jawatan Pengetua Cemerlang JUSA C akan hanya diisi oleh Pengetua Cemerlang gred DG54 (KUP) yang telah dinaikkan pangkat dalam gred berkenaan.

3.2.7 Pengisian Jawatan Hakiki Gred DG54 oleh Pengetua Gred DG52 (Hakiki)

(a) Pengetua gred DG52 (Hakiki) boleh memohon untuk urusan pemangkuan ke gred DG54 bagi mengisi jawatan-jawatan pengurusan dan pentadbiran gred DG54. Sebagai contoh jawatan-jawatan hakiki gred DG54 adalah seperti berikut :

(i) Timbalan Pengarah Bahagian di KPM / IAB gred DG54;
(ii) Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri gred DG54;
(iii) Pegawai Pelajaran Daerah Wilayah Persekutuan gred DG54; dan
(iv) Pengarah IPGM / Kolej Matrikulasi.

3.2.8 Carta yang menunjukkan laluan kerjaya Pengetua secara lebih jelas adalah seperti di Lampiran B.

4. Tarikh berkuat kuasa prinsip-prinsip baru mengenai pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di Sekolah Menengah ini adalah mulai 27 Ogos 2009.

5. Di atas segala kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip tersebut di atas adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Ikhlas,




( TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

22 comments:

ama said...

Salam

Tk atas maklumat yg diberikan. Cuma jk dpt mohon tuan hyperlinkkn lampiran yg berkaitan.

Sebentar tadi dalam pukul 4 ptg lebih kurang - rakan kita Pn Maznon telah singgah ke sek saya bertugas (SK Sbg Bestari) bersama Pn Rokiah & seorg rakannya dr SK Tmn Damai KL,Pn Jamiah......skejap aje sempat lah juga bertanya khabar & berita. Diaorg beraya kat rumah Non.........Ok rkn2 tk.

mpmn said...

org mcm kita yg sdg menanti lantikan 41 boleh mohon ke? katalah kita mohon, yg spi dulu adalah 41. apa jadi dgn 38tu? mana borang permohonannya wahai saudara faris.

valar said...

hi kawan2 masih mood rayakah?

Kpd rakan2 DGA38, bilakah kita ini akan confirm, dah lebih setahun.

Anonymous said...

tunggu je lah 41.nanti banyak sangat gred susah pulak...

tok lebai said...

vanakam! valar, itu mood deepavali sudah mai ka? mari kalu boleh lah buat muruku banyak2.

mpmn buet apo ekau nak mohon DG 38, tunggu DG 41 udah la.ingat pepatah melayu kato, "nanti yg dikojar tak dapet, yg dikendong berciciran"

ama, gb 3 org tu pergi memantau sekolah kau ke? pompuan ni mmg la mereka suka tenggok sekolah org lain,kalu ada yg bagus boleh dibuat disekolah sendiri. bagus juga lawatan benchmarking ni.tok pun bila ada peluang free mcm ni nak juga ke sekolah kau ama.

tok lebai said...

vanakam! valar, itu mood deepavali sudah mai ka? mari kalu boleh lah buat muruku banyak2.

mpmn buet apo ekau nak mohon DG 38, tunggu DG 41 udah la.ingat pepatah melayu kato, "nanti yg dikojar tak dapet, yg dikendong berciciran"

ama, gb 3 org tu pergi memantau sekolah kau ke? pompuan ni mmg la mereka suka tenggok sekolah org lain,kalu ada yg bagus boleh dibuat disekolah sendiri. bagus juga lawatan benchmarking ni.tok pun bila ada peluang free mcm ni nak juga ke sekolah kau ama.

noris said...

Saya baru saja balik dari taklimat di PPD .Prinsip baru jawatan GB juga diterangkan dan diberikan carta alir untuk jadi GB dan pengetua tu. Bila tengok carta alir tu Faris, boleh ke kita sampai ke DG 48.Tapi bagi yang GB muda2 macam U mesti boleh sampai
DG52 kot.Tak tahu lah ,rezeki di tangan Tuhan.Kita syukur apa yang ada sekarang.
Valar, dah beli sari baru.cantik U pakai sari....

ama said...

Salam & Slmt sejahtera.

Tok Lebai & rakan2 mudah2an sentiasa dipermudahkan oleh Nya jua akan segala tugas2 harian. apapun ttg kunjungan rakan2 Non, Kiah dan rakannya cgu Jam tu sekadar singgah 7 tinjau sepintas lalu aje. Mereka lepas tu ke rumah Non beraya katanya tapi ada juga maksud lain iaitu meninjau rumah yg telah rakan diaorg cgu Jam baru beli jalannya selepas sek saya bertugas tu......itu saje. rasanya bukanlah lawatan bench marking ke atau lawatan khas cuma sajelahkan boleh bertanya khabar dsbnya.Sekejap sangat pun depa naik kereta mata belalang gitu....
Rakan2 spt mpmn, valar dan anonymous sabar ajelah....jk dpt dg41; dg38 tu abaikan aje....apa pun dari segi rekod telah tercatat gb dg38. Ok tukan......tk.

NON said...

Salam.
l dan k.kiah akan pegi PTK DG38 pada 3-5 Nov nanti Di Naza Melaka.Saja2 cari pengalaman.Nanti boleh jumpa normah dan noraishah yg nak bermenantu.
Pada valar Selamat berangkat ke London sambut Depavali disana sempena Konvo anaknya.and Thank u kerana belanja l di bangsar tadi.all the best to u all.Siapa nak ke rumah l tlg maklum

Faris said...

Valar,
how ur trip to UK? u dah contact my friend Ahmad Ismail yang belajar di Newcastle Univ tu? I hope u dah selesaikan masalah u semasa di UK nanti. Happy Holiday Valar.

Lee said...

Valar, when are u leaving to UK? All the best and Bon Voyage.
Enjoy your trip!

noris said...

Non dan kak kiah,hebat betul,dah PTK DG 38.Tapi sayang saya 3-5 Okt akan ke Miri lawatan bersama MGB negeri dan YB melaka.Hari Ahad kami ke Brunei .PTK DG 38 mesti presentation Program sekolah dan beberapa segmen lain selain ujian bertulis.Selamat menjawab dan harap Non dan Kak kiah berjaya dengan cemerlang.nanti boleh kongsi pengalaman dengan kami semua.

mpmn said...

macam mana nak mohon 34? ada borang ke? tunggu borang dulu ke? aku nak juga mohon 38 tu kalau dpt peluang. 41 tu KUP je. kalau kau pencen 41 KUP, pencen akan dibyr ikut 34 atau 38. 38 adalah hakiki. yg dah dpt 38 tu tp msh memangku lagi sabar je. perbendaharaan negara dah kering. gi lah ty org kementerian kewangan.

Anonymous said...

post GB kat sekolah tak de 41. sb tu dia kasi KUP. pencen tetap dikira juga....setiap yang diwujudkan ada kebaikannya nanti. tunggu masa je...

noi said...

Salam untuk rakan,
Selamat Hari Raya.Jamuan rumah terbuka di rumah saya pada 3 Okt. yang lalu. Maaf tak berkesempatan untuk melayari blog kita. Saya terlalu sibuk. Agak penat kerana banyak hal. Pertama, majlis pertunangan anak kedua saya pada 26 Sept. lalu. Kedua, PSS sekolah akan dinilai untuk peringkat negeri. Ketiga bilik pemulihan turut dinilai dan akan terus ke peringkat akhir, dan banyak lagi. Kalau di rumah sememangnya saya seorang yang mengurusnya, almaklum kesemua anak lelaki.
Hari Rabu penilai PSS akan hadir di sekolah. segala persiapan semakin rancak dilakukan. Entahlah... tiba-tiba rezeki datang. Dapat RM 5,000 daripada CM hasil kertas kerja yang telah dihulur. Alhamdulillah, banyak membantu menceriakan bilik-bilik khas.
Semalam, 4 Okt. ada 7 buah rumah yang buat open house. Sampai jam 11 malam baru balik. Cuma sentuh sikit-sikit saja.
Lepas ini nak cari kelas aerobiklah! Jaga kesihatan.
Semoga rakan kita Pn. Rofidah sihat dan cepat sembuh. Amin.
Buat Non dan Kak Kiah boleh call saya bila di Melaka.

kak kiah said...

Noi, nanti Kak Kiah nak tengok kertas kerja kau ye..Pandai kau ngurat penyumbang..senang-senaang dapat RM5K. Bnyk tu..Masa di NAZA nati ye..

kak kiah said...

Noris... bestnya MGB Melaka..Kak Kiah ari tu tumpang semangkuk je..Selamat ke MIRI, Brunei dan tempat menarik di Mlaysia Timur.

kak kiah said...

Mak Lang, Mcm mana Rofidah sekarang? Ni cuti Depavali pjg kut siapa ke utara siggahlah menziarahi Rofidah..

kak kiah said...

hai geng sekolah cam ne skrg? KL sedang mghabiskan HSP, buat ulangkaji utk PKSR 2 pada 26-29/10/09 soalan selars seluruh wilayah. Kak Kiah buat kelainan sedikit, selalunya program selepas UPSR dibuat sepanjang hari. Tahun ni sbb Gbnya ada kat sek Program SEGAK utk thn 4,5 dan 6 dibuat selepas PKSR 2..untuk mengelakkan kelang kabut suasana sek. Alahdulillah sekolah nampak tenang sedikit..cikgu sibuk habiskan sukatan.

lim said...

I was one of the GBs who were not promoted to dg3g G cemerlang post in 2008 despite fulfilling all the conditions.In 2008,many GBs who were studying for their degrees were promoted instead depriving us who did not further our studies of this dg38 posts.Since then these GBs have been appointed DG41 and thus had to give up their dg38 post.We who have applied since march 2010 have yet to get our letters of appointment.Initially these dg38 GB cemerlang posts were actually for GBs who performed and who actually teach at schools.sad to say,injustice has prevailed as many GBs who were promoted in the 2nd batch in 2008 were GBs who did not even teach and who were given the posts by virtue of their senority.Tne whole system sucks.We have no one to appeal to and I could only voice my despair and grievances here.Mr PM, please look into this as we are really disappointed as we have served for almost 35 years and we really wish to be emplaced in DG38 from DG34 before we retire soon.A zillion thanks in anticipation of positive and prompt action taken.

Anonymous said...

Awesome posting. Benar-benar menikmati membaca posting blog Anda.

Anonymous said...

Aku hanya ingin membuat komentar cepat untuk mengatakan saya senang saya menemukan blog Anda. Terima kasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites