Friday, September 25, 2009

Ziarah Menziarahi

Hari ini telah memasuki raya ke 6. Pastinya rakan2 ada yang telah bekerja dan ada juga yang masih meraikan hari raya. Walau apa dan di mana sekalipun, jangan lupa ziarah menziarahi antara satu sama lain terutama sesama saudara dan rakan taulan. Dan yang paling penting adalah selamat kembali semula ke rumah masing-masing.
Bagaimana dengan rumah terbuka? Tentu banyak undangan bagi rumah terbuka sepanjang Syawal. Dalam ziarah menziarahi, jangan lupa pula kepada penyakit2 yang ada dalam diri masing2. Ubat jangan diabaikan sekiranya ada mengambilnya. Pendek kata, semua aspek perlu kita fikirkan. Selamat Berhari Raya semua rakan2 sekalian.
TK.

26 comments:

noris said...

Assalamualaikum kawan,
Kalau ada masa jumputlah datang ke rumah saya bila2 masa.rumah terbuka saya mungkin lepas buka sekolah nanti.Senang sikit sebab semua guru2 ada dan kawan2 yang ada kelapangan jemput datang pada 6 Okt nanti ,Insyaallah.

Faris said...

Noris,
Baguslah kalau sudi buat rumah terbuka. Saya dan Mahani sdg bergelumang dgn kuliah ganti dan final ezam. Sedih kami....

Yang lain-lain tu, kalau buat rumah terbuka sila buat pengumuman di sini. Ada kelapangan rakan2 boleh singgah.

TK.

noris said...

Saya dan kawan2 akan doakan kejayaan kamu dalam menghadapi peperiksaan.Saya harap U dan Mahani dapat hadapi kuliah dan exam dengan tenang.U dan Mahani memang rajin.
Saya baru dapat sms dari MGB negeri yang mana kami AJK MGB akan ke MIRI pada 3-5 Okt ini.Rumah terbuka saya pun terpaksa ditunda tarikhnya.

kak kiah said...

Selamat bertugas semula kawan2. Alhamdulillah semua hajat suci masing2 berkesampaian juga akhirnya.Moga semakin utuh persaudaraan dengan sanak saudara. Malam tadi datang 4 orang cucu saudara sampai.. tak menyempat dengan ibubapanya datang diajaknya mak saudaranya sebab nak jumpa Busu Ajim (anak saya). Kalau lambat nanti takdapat jumpa Busu Ajim sebab dah masuk asrama semula.Pandai sekecik nak menyambung siratulrahim sebagai penyambung pelapis. Busu Ajim pun dengan bangganya melayan kerenah anak buah saudaranya 3-6 thn bermain mercun. KAK KiAH HANYA SEMPAT JAMU YONG TAUFU YANG CUKUP POPULAR DI KG PANDAN, Satay Kajang yang dibawa oleh anak saudara tadi dan udang serta sotong goreng tepung yang KAK Kiah siapkan sendiri. Sebelum hantar anak ke SMK. Teknik dan SMK Alam Shah kami di lawati oleh perkerja am sekolah seramai 6 orang. Yg ni tak sempat sebab ke dua pihak nak cepat..Cuma Kak Kiah jamu kueh raya dan teh tarik yang kau.. kau..yang Kak Kiah siapkan sendiri.. Hai..Usop. Faris, Sabri, Joni, Noris, rugilah hang...Datanglah..

noris said...

Kak Kiah, hari Sabtu lepas saya ke KL.ingat hati nak singgah rumah kak kiah, tapi tak kesampaian kerana habis beraya rumah kakak2 dan abang2 dah jam 7.00 mlm.segan pulak nak beraya sampai malam2.
Sepatutnya saya ada kursus di IAB dari 27 Sept hingga 2 Okt.tapi terpaksa tolak sebab nak ke Miri pada 3 Okt pula.Asyik tak ade kat rumah,marah panjang pula en.abang tu....
Kak Kiah masak udang dan sotong goreng tepung tu ,bestnya kegemaran saya tuuu.....nanti nak datang lah.....

teropong said...

noris engkau ni tak habis-abih dgn kursus....nak lari dari sekolah ye?

kak kiah tarik teh tu dgn apa? kalu tarik dgn tali kapal lagi best, mesti kau,kau punya.

sebut saja teh tarik teringat pula teh tarik karim korner di tg. malim tu.selepas kuliah mesti pekena segelas bersama mpmn,tuk ya, ya ansori, khalil, hafiz, awal,joni,sabri dll.....

nostalgia betul......

jon said...

hai teropong. aku ingat jg teh tarik kat karim korner tu. satu lg albayam hehehe. tgh member present kat kelas kita dok sembang kedai mamak...kat terengganu ni susah kedai mamak.mamak tak dapat hidup sini gamaknya.

jon said...

dr faris dan dr mahani...sory ye tak dapat ajak ke rumah terbuka.sb hang ada kuliah kan... sabor je lah ...

teropong said...

apa susah jon,kalu tak ada kedai mamak, mu buka la satu. mu pun ada iras-iras mcm mamak. oooopppsss sori .heheheheh.

jon said...

amboi...teropong mu gak weh. sedap sangat ngata ke org ye..kalau macam tu kita share lah buka kedai ala mamak....

ybs said...

aku setuju dgn cadangan teropong tu jon, ko bukak ler kedai minum....hehehe

kak kiah, kalau tak dlm bulan raya ni, bulan tak raya pun sy nak dtg jugak rumah kak kiah, boleh kan???

azamboy said...

ahad,aku ke kl,bertolak jam 4 pagi,ke mtd, ke klia dan last ke uitm.kembang punggung bawa kereta.pergi sekolah pening dan sakit kepala,tak tidur malam...letih,mulut pahit.pagi ni gi sekolah,,seronoknya,,anak itam aku ramai yg menunggu..

Anonymous said...

kak kiah yong taufu tu sapa buat? muslim ke? aku suka pd yong taufu tp tak berani makan.
teropong tak sangka kau ingat lagi peristiwa kita di karim korner. tp kau tak sebut satu nama iaitu kajul. dia selalu bagi diskaun. pak ya selalu order air guna gelas besar. haru dibuatnya. ragam kwn2.
jon aku setuju kau buka gerai mamak. mesti larislah. bila aku ke sana boleh pekena segelas teh tarik. kalau kau tak pandai buat teh tarik gi belajar dgn kak kiah.

kak kiah said...

Noris.. senang je buat goreng tepung tu..Tepung gandum lebih sikit dari tepung jagung ,campurkan black paper, garam dan sedikit je serbuk perasa dan putih telur 2/3 biji nak lagi rapuh taruk tiga biji.masukkan air..kacau22 macam tepung jemput-jemput. Udang buang kulit atasnya sebelah ekor dan kepala jgn tanggal, nampaklah cantik..konon yuu..Rumah kau ramai tetamu..nanti geng tuan Isa tanya sape buat ni tuan..isteri saya.. Naik saham..Kalau nak rasa kak kiah punya lagi best..keluarga memang suka..tapi kena kawal jugalah..

Anonymous said...

Yong Tau Fo tu Melayu yang buat..Kuahnya yang cukup special..Anak-anaknya bekas murid SK.TUN HUSSEIN ONN.Kedainya biasa je..Kayu, pakai pinggan ayan masa kita kecil2 dulu...skrag ganti plastik. Pilih222, ditulis dengan magic pen disudut atas piring mkn tu Digunting dengan cepat sekali.Datang..Kalau tidak rugi/..Ari tu sempat dia pelawa saya mkn kueh raya..semua buat sendiri cikgu..Yelah orang biasa berniaga kalau orang lain buat mesti rasa tak lengkaplah..tak cukuplah ..baik buat sendiri..Saya pun puji..sempat tu...

teropong said...

ye lah, mcm mana leh lupa kat kajul pula ? kajul selalu beri diskaun kpd group kita.mujur tak bankrup tokey dia.

pak ya mmg pandai mengayat kajul,org lain kalu makan bayar mahal, kita bayar ada diskaun.di iab pun mcm tu juga....mmg kump kita muka diskaun, tapi tak apa jimat duit.

budak putih said...

Dey ane zam! awak punya budak itam ada sambut ka?

ayoyooooo, banyak baik punya budak.mesti dia kata "ayo ma, ayo pa kita punya GB sudah datang "kadewale ,kadewale,nalade"

itu pining, sakit kapala,pahit mulut , mcm tanda2 mau mengandung la. sapa sudah mengandung, ane atau aka ?

mak lang said...

Assalamualaikum,
Ramai anak-anak buah mak lang bersuka ria di selatan, barat dan timur tapi kami di utara ni bersedih.Rakan sekuliah kita Fidah admited kat Putera Medical Center, perlu darah AB.Nasib baik ada heroin Kohort 5 menjadi penyelamat.Rusma yang kebetulan Darah AB terpanggil menderma darah.
Fidah yang hanya ada 5 pt darah dalam badan perlu 3 pt lagi. Alhamdulillah akhirnya semua selamat.

pak lang said...

awat mak lang habaq lewat.pak lang hang ni darah AB+.lagu mana dah cukup ka dgn darah rusma tu.kalu tak cukup pak lang nak derma darah pak lang la.

bersabar la fidah, lepas ni cuba minum susu higoat(susu kambing).susu ni pun kawan pak lang yg syorkan.

jon said...

teropong..kau orang selalu kat kajol karim corner tu. sehari tak jengok tak sah. si usop pulak selalu kat kedai abu ya...ade ape ape ke kat sana tu tu teropong..kat terengganu ni kedai nasi dagang kepala ikan tongkol lah maju sikit...

jon said...

alhamdulillah kawan kita si fidah dah selamat dpt darah AB tu..macamne boleh jd kurang darah tu ye

ybs said...

ko darah jenis ape jon? wokey ke darah ko tu??? hehehe...

paberet aku nasi dagang tu jon, ko pandai ke masak nasi dagang???

teropong said...

nasi dagang tak apa,aku takut nasi @#$%!!kang.oooii minta simpang.

jon said...

aku darah A cop.Gred bagus lah tu cop..
teropong..nasi yg kau sebut tu tak dijual kat pasaran hehehe

jon said...

kau kena order nasi tu teropong sb limited agaknya..

kak kiah said...

SOrrylah tertukar address antara noi dengn noris..Non dan En Aziz beritahu semalam..Engkau orang ni banyaknya n..dah tua-tua ni keliru habis..Jadi maklumat yang Kak Kiah hantar sebelum ni tukar ye..Noris kau gi Miri ada apa? Bestnya..Timah nak datang KL cuti November ni..tarikh tak pasti lagi..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites