Friday, October 16, 2009

WARNING ! DONT READ THIS MESSAGE IF YOU HAVE NO GUTS. THE REVEAL OF NICK NAMES

Kepada kawan-kawan yg mengenali saya, mohon maaf kerana menggunakan title dalam bahasa inggeris.Bukan apa saja nak tarik perhatian kawan-kawan semua.Saya Mohd.Zulkifli rakan sekuliah anda ingin memohon ribuan ampuan dan maaf sekiranya catatan saya selama ini mengguris hati rakan-rakan bloggers.

Diruangan ini saya mohon maaf daripada admin (faris) kerana menggunakan blog ini untuk membuat pendedahan atas nama-nama-nama tersebut, penggunaannya bukan untuk niat yang tidak baik ianya semata-mata untuk menghidupkan suasana respon merespon rakan-rakan sahaja.Mungkin tanpa saya sedari respon dari saya telah mengguris hati rakan-rakan.Ampun maaf dipinta.

Sejak akhir-akhir ini saya telah menggunakan nama-nama samaran seperti "tok lebai,teropong,pak lang (walaupun orang selatan telah gunakan,saya guna loghat utara) dan goh tong. saya akan respon menggunakan goh tong kalau GCE membuat catatan.maaf ye GCE,kalau mak lang saya akan gunakan pak lang, maaf ye mahani kedah dan kebanyakkan menggunakan tok lebai dan teropong.Kepada teja saya mohon berbanyak maaf.kepada semua rakan sekuliah yg sering berblog, faris,ita,non,noris,mpmn,ybs,azam,sabri,valar,goh,usop rompin dan lain-lain....ampun lah akuuuuu.

SALAHKAH JIKA IBU DODOIKAN
TIDURKAN ANAK DIATAS PANGKUAN
SALAH DAN SILAP HAMBA LAKUKAN
AMPUN MAAF HAMBA POHONKAN.

BADANG KUAT BERTUBUH SASA
MENCABAR DIA ELOKLAH BERJAGA
TERSILAP KATA TERSASAR BAHASA
KESALAHAN HAMBA MAAFKAN JUA.

BULAN MENGAMBANG BINTANG BERKELIPAN
PUNGGUK MERINDUI AMAT MERAWAN
ANDAI MENYINGGUNG JUA MELUKAKAN
KU POHON MAAF DARIMU TUAN/PUAN.

CEKAP BERSAJAK DATUK PANGLIMA
GAGAH BERANI JUA PERKASA
ANDAI DIKAU TAK DAPAT MENERIMA
MOHON MAAF SEGALA DOSA

DITEPI PANTAI BERENANG-RENANG
TEBARKAN JALA TANGKAP GELAMA
JANGAN DISEBUT JUA DIKENANG
LUPAKAN SAJA SENGKETA LAMA

PUTERI BERSIRAM DITEPI PERIGI
MENCEDOK AIR BERHATI-HATI
IZINKAN HAMBA BERLALU PERGI
JANGAN ADA DENDAM DI HATI.

5 comments:

noris said...

Kami dah lama maafkan kesalahan kamu.Selamat mengerjakan haji .Semoga sihat dan dapat haji yang mabrur.amin....
Doakan untuk kami ,supaya murah rezeki dan dapat sampai ke sana juga nanti.

noris said...

semenjak ,dua menjak nak pergi Mekah ni kamu pandai pula berpantun.Tak sangka ye....Tok Lebai...

jon said...

i dah maafkan semua kawan2 included u selepas tamat pengajian di UPSI...semoga hang dapat kerjakan haji dgn baik..jgn berpantun pulak kat sana. dan balik nanti biarlah haji tu berpanjangan..jgn haji sekejap.hehehe

emzex said...

terima kasih noris dan jon.

entahlah kenapa pulak ilham utk berpantun datang secara tiba2.

insyaAllah jon haji tu akan berpanjangan.

kunan said...

Selamat menunaikan fardhu haji Cg. Zul. Semoga pemergian sdr mendapat haji yang mabrur. Saya bagi pihak kawan-kawan kump.A juga mohon maaf jika ada apa-apa kesalahan yang sengaja atau tidak disengajakan, sedar atau tidak sedar.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites