Thursday, October 29, 2009

Corat Coret, Geletek Sikit2.... Gelak Banyak2

Nak letak entri apa ye? Kadang kala terasa buntu juga. Terlebih dahulu nak dimaklumkan bahawa rakan kita Rofidah sekarang tidak sihat. Minggu lepas sewaktu Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor di Crystal Crown, Port Klang, Ita dan Ton telah berkesempatan menemui saya dan sempatlah kami berbual seketika kerana hari dah agak lewat petang. Timbullah cerita Rofidah tak sihat dan sakitnya tidak berkait dengan sakit yang pertama dulu. Oleh itu sama2lah kita mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Rofidah.

Berbalik semula kepada tajuk entri kali ini. Pastinya semua sekolah kita sedang sibuk menjalani peperiksaan akhir tahun. Tambah mendebarkan lagi ialah apabila keputusan UPSR dah hampir nak keluar. Bagaimana agaknya prestasi tahun ini? Prestasi apabila kita sebagai GB telah mula berada di sekolah sepenuh masa setelah tamat belajar. Semoga semua rakan2 dapat melonjakkan prestasi UPSR sekolah masing2.

Bagaimana pula dengan persiapan untuk penutupan sekolah dan perancangan persediaan persekolahan tahun 2010? Tentu semua rakan2 telahpun mula merancang dan melaksanakannya.

Cuit2, coret apa yang patut, geletik jgn smpi terlebih krn nnti ada yang tersinggung dan gelaklah sepuas2nya. Entri caca marba untuk kali ini.

Terima kasih.

11 comments:

ybs said...

ko demam ke faris? tu ler nape tido lewat, berjaga sampai lewat mlm? jaga kesihatan, kalau sakit nt, sapa susah?

aku turut mendoakan moga Rofidah segera sembuh, amin!

noris said...

Assalamualaikum semua,
Faris,tak sangka juga U ni.Sejak bila pula pandai main geletek2 ni.Tapi tak apa .sesekali hiburkan hati.
Saya juga doakan supaya Rofidah cepat sembuh dari sakitnya.

ybs, kamu juga suka main geletek2 ke?........

Faris said...

YBS,
Mana Ade....... aku sihat lah.

Noris,
Sesekali menghiburkan hati. Bila tajuk entri serius sangat takut ramai yang tak nak respon.

rozita said...

Salam semua.

PERKHABARAN DARI UTARA

Dengar khabar semalam geng kita di utara (Khalil, Ya Ansori dan Rusma)telah pegi ziarah Fidah di rumahnya.Berbunga hati fida bila kwn2 rapat dtg melihat dia. Sekurang2nya ceria skit dia dgn crite2 dari kwn2 maklumlah dia dah tak byk bergerak sekarang.

Jam 3 tadi I contact dia.. rindu dan bertanya khabar. Sedih dengar suaranya ..hampir i menangis. Dia masih lemah dan sakit apatah lagi bila nak gerakkan badan. Selera kurang dan semakin kurus katanya.

Menurut doktor lagi selain dari gangguan pada urat dan saraf , darah fidah pula agak pekat dan mengalami high kolesterol pula. So Fida di beri cuti hingga 18 Nov. Further check up akan dibuat ke atasnya selepas itu takut pula melibatkan jantung.

Sebelum kami mengakhiri perbualan, fida berkirim salam kepada semua dgn ucapan tk di atas ingatan dan doa sahabat semua kpd nya.

Ok geng.. i rasa she really needs our moral support to cheer her up.

jon said...

sekali sekala kau masukkan isu-isu sensasi sikit.kasi panas. bukan apa. minta respon kwan2.. semoga fidah makin baik.insyallah

mpmn said...

aku rasakan.. jom kita pakat2 n gi lawat fidah tu. dpt berjumpa cara live lg bagus. kita sharelah duit myk n tol. sape ada kete besar2 boleh bawa ramai2.

sape dah buat power point utk meeting akhir tahun, paslah. boleh aku tumpang n edit n tambah. inilah kepakaran aku sejak di iab lagi. bkn kau org tak tau. tlg ya.

azamboy said...

syukur,,rafidah makin sihat...seronok aku dngar..lagi satu..sapa sapa grup kita..kalau terbaca..tolong sms no hp kome,sebab no kome dah tak ada...anak aku ambik telefon tu..so sms aku dan tulih nama kome..aku nak call kome semua..please..bol dan aziz,aku dah ada

noris said...

Assalamualaikum
Cantik juga paparan yang baru ni.Faris ,memanglah U layak jadi Sifu ICT.

noris said...

Assalamualaikum
TQ Faris .barulah senang nak tengok blog kawan2.

azamboy said...

terima kasih,cantik,syok tgk.tahniah faris

azamboy said...

terima kasih,cantik,syok tgk.tahniah faris

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites