Sunday, July 19, 2009

Selamat Bertemuduga Rakan-rakan Pada Minggu Ini (20-24 Julai 2009)

Salam rakan2,
Minggu ini giliran 8 orang rakan kita yang akan menghadapi temuduga di tempat masing2. Didoa dan diharapkan mereka seperti senarai di bawah akan dapat menghadapi dan menjawab dengan tenang dan berjaya.

1 Goh Chai Ean - 21 Julai 2009
- Jawab jangan pelat2 Goh. Jgn jwb pasal itu CRV hilang.

2 Maznon bt. Mohd Sidin - 21 Julai 2009
- Jgn gelabah Non. Relaks and steady. Nk entertaint pd hari tu, tak tahu lagi sebab kami semua GB Daerah Hulu Langat dan KP Sains/Matematik di arah ke PICC untuk sesi KPM

3 Valarmathi a/p Balakrisnan - 21 Julai 2009
- Try the best Valar.

4 Lee Ai Hiang - 22 Julai 2009
- Kalau konvo dulu boleh dpt first class, jwb interview senang aje.

5 Yusof b. Sipan - 22 Julai 2009
- Kau ni banyak sgt study sampai hari sabtu dan ahad pun pergi sekolah. Tak boleh study kat rumah ke? Almaklum kau study dgn komputer. Jgn kau jawab soalan lain dah lah Cop.

6 Mohamed Al-Awal b. Othman - 23 Julai 2009
- Pengalaman bertugas penting Awal. Dia tanya pasal pengalaman kerja aje dan perkaitannya dgn dasar2 semasa. Kacanglah Awal.

7 Mohd Pirzan b. Md.Noh - 23 Julai 2009
- Ucop ckp kau nak interview di Sabah? Org Negori, keje Pahang, nk interview di Sabat? Tak usahlah Jang. Kau pergi aje interview, di mana erk...???

8 Rozita bt. Sulaiman - 24 Julai 2009
- Dah tertinggal kereta api sekali cukuplah. Kali ini dah tak tertinggal. Jangan gugup sebab kembar tak ada sama. He he he... Kalau nak ajak kembar temankan pun boleh juga. Interview hari Jumaat ni boleh dapat markah penuh 100%. Good luck tu you Ita.

Itulah serba sedikit coretan yang dapat diberikan diwaktu sedikit kelapangan masa.

Diucapkan Selamat Menghadiri Temuduga To All of You.

17 comments:

NON said...

Faris,,
Orang di kl pun kena juga berjumpa Tan sri pada masa dan tempat yang sama. so l hantar my PK to replace.
Tak apalah faris, maybe next time kita dating. Anyway tq for your support.
Good luck to myself.

NON

gce2009 said...

Faris, Org sdh dlm ketakutan sbb umur limapuluhan pun kena interview. Aslksn sya blh jwb, tdk kesah pelatkah. Tdk tau jwb pun blh goreng sjalahkut?? Anyway tq for remaind us to go for interview.

ybs said...

sejak smlm aku cuba menghafal FPK hingga anak aku yg umur 8 thn tu tegur; buat ape papa hafal2 ni? Aduhai, memory dah ler berkarat....

Good luck to myself too....hehehe

mpmn said...

tk faris. sop tu memandai je. apa kena sabah dgn aku. aku tgh kalut ni sebb byk nak kena buat tp buku tak baca lagi. Tuhan tlglah hambamu ini. Mudah2an org yg menemuduga aku hari tu asyik nak terkucil je kejenya.

anas sabah said...

Firzan, ko relak ja bah.nothing to be afraid of. Aku doakan korang dapat jawab soalan dengan lancar. Non, GCE,ybs, good luk to u.Jawab jangan tak jawab.biar penemuduga tu melopong he heh

rozita said...

TQ Faris.
Nampaknya I terpaksa berkelana sorang2 hari tu tanpa ditemani rakan2 yg dikenali. Sedih gak tapi better late then never kan! Moga Allah permudahkan segalanya.

Good Luck to all ... Kak Maz, Goh, Valar, Pirzan, Awal, Lee, Cop and to beloved myself.

Eh!.. Esok ada chance kita jumpa kan Faris? Rombongan dari Klang naik 4 bas esok, hope kita boleh jumpa ramai2.
Sampai hati anas tak ucap selamat kat I!

Faris said...

Ita,
Orang Klang pun kena gi PICC juga ke? Kalau macam tu kita jumpa di PICC esok.

valar said...

TQ, Faris dan rakan-rakan.Good Luck to everyone. Saya tidak dapat ke PICC dan jumpa kawan-kawan. Kalau sempat setelah temuduga.Anywhere i'm sad Anas terlupa saya.

zaimz said...

Salam untuk semua,
Selamat bertemuduga kepada rakan2 yang akan ditemuduga sepanjang minggu ini terutamanya kepada kembar tak seiras saya tu..
Hai, takkan orang-orang kuat macam ybs dan mpmn pun menggelabah nak menempuh temuduga tu. You berdua kan memang pandai berhujjah..apa lagi keluarkanlah hujjah2 you yang bernas tu.
Untuk Non dan Goh semoga tenang dan sukses.
Member2 KL yang lain, esok ke PICC ke? Harap dapat jumpa semua di sana esok..

zaimz said...

Valar,
maaf mula2 tak perasan you pun akan bertemuduga minggu ni, semoga you tenang dan dapat melaluinya dengan mudah..

anas sabah said...

Rozita, Vala.Al-Awal,semoga u all dapat jawab dengan tenang setenang Sabah di bawah bayu.Anda semua guru besar yang cemerlang. go go go.Best of luck

Lee said...

Tkasih kawan-kawan sekalian, feel warm of your wishes.
Sama juga cop, I hafal FPK bbrp hari pun tak dpt ingat. Memory makin turun, hai, nanti esok hanya jwplah whatever I can remember shj.
Once again, thanks a lot and good luck to all of you.

emzex said...

aku temuduga pada hari jumaat 31 julai 2009 7.30 am pulak tu.doakan semoga aku juga japat jawab dgn tenang pada hari tu. FPN & FPK tak hafal lagi.

harap2 ada barakah pada hari tu dan ilham laduni datang.isu2 semasa mungkin di tanya kut.PPSMI, UPSR relevan atau tak,reformasi pendidikan ke.jenuh juga kalau disuruh berkhutbah pada pagi tu.....nak goreng apa haaa....

rozita said...

Apalagi Emzex... hari jumaat kan ramai jemaah bawa sedekah pisang... so kita goreng pisanglah! Amacam?

ybs said...

ita,
banyak ler pisang kat masjid tu kau nak goreng....pisang tu mane boleh goreng, bknnye pisang awak ke pisang tanduk ke.... kalau buat cekodok mungkin boleh ler....ke kau tak kenal jenis pisang???....hehehe

gce2009 said...

Selamat pagi kwn2,
Semalmn masa temuduga,bila sya beri jwapan shj pegawai itu selalu senyum dan ketawa. Nampaknya beliau sgt tertarik dgn jwpan sya ha, ha, ha......mungkin ada slent orang cina cakap Bahasa Melayu itu. Nasib baik skhir sekali beliau tlh mengatakan sya blh jwp soalan yg diberikan sbb sya mempunyai byk pengalaman, hati sya bru lega sikit. Betul juga Faris cakap, sya tunggu pegawai itu tanya ttg PIPP, PPSMI,1 Malaysia tapi nampaknya tiada soalan itu , sya pun pandai2 ceritakan jika tdk rugilah sya sdh banya sedia ttg isu2 itu.

goh tong said...

haiya GCE,lia senyum bukan kelana lu cakap melayu,tapi lia senyum kelana lu nampak cantek.

lia ada ngorat lu ka?habis apa lia tanya ma?kongsi sama gua juga.gua belum lagi ditemuluga.

gua ingat gua mau senyuuum sajaa, bila lia tengok gua.

lu memang pandai goda ma.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites