Thursday, July 23, 2009

Sekolah Kebangsaan Subang Bestari (Sekolah Aziz) Ditutup H1N1

Sekolah rakan kita iaitu Cikgu Aziz telah diarah tutup kerana H1N1. Kita harap Cikgu Aziz akan dapat menangani masalah ini dengan tenang dan bijaksana. Kebijaksanaan akan meredakan ketegangan. Sama-sama kita doakan semoga musibah ini dapat dihindari seberapa segera.

1: MAKLUMAN TERKINI H1N1 SK SUBANG BESTARI (23.7.2009)
Kiriman pada Thursday, July 23 @ 16:00:35 MYT oleh myusaman
BERITA TERKINI 23.07.2009 / 30 Rejab 1430

Yang dihormati
Dato’ Datin, Tuan-puan
Ibu Bapa / penjaga
Dan Murid SK Subang Bestari.

MAKLUMAN H1N1 SK SUBANG BESTARI

Merujuk kepada perkara diatas.

2. SK Subang Bestari akan DITUTUP mulai Khamis 23.07.2009 (1.30 Petang) sehingga Khamis 30.07.2009 (6.30 Petang) atas nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekolah akan DIBUKA semula pada jumaat 31.07.2009.

3. Murid-murid yang tidak sihat dinasihatkan berehat dirumah. Sekiranya murid-murid mengalami simpthon H1N1 (deman, selsema, sakit sendi, dan sesak nafas) sila dapatkan rawatan dengan segera.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“SAYA YANG MENURUT PERINTAH”

En. Abd. Aziz Bin Hj Md Ali
abdaziz@sksb.net
Guru Besar
SK Subang Bestari
Tel. : 019-6111485
Tel. Pejabat : 03-78457401
Fax : 03-78591495

14 comments:

ybs said...

mudah2an tidak menjadi bertambah buruk.....

ama sksb said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terima kasih Faris dan rakan2....sekurang-kurangnya agak cepat juga pulih semangat saya krn rakan2 pasti turut mendoakan yang positif khususnya buat seluruh warga sekolah saya itu. Mudah-mudahan.....Maklum saje tidak pernah ada pengalaman melalui perkara/peristiwa ini.

Sebenarnya pada 20 hb (Isnin)lagi satu Kelas iaitu Th5 Lotus/3 Aun thurium telah dikuarantin/ditutup disebabkan salah seorang murid Th 5L tu(perempuan melayu ada asma&lelah...tiada kenamengena isu luarnegara samada kelrganya atau dia sdiri)telah dibawa ke Hosp Sg Buloh oleh ibubapanya utk dapatkan rawatan kerana demam,selsema,batuk dan sesak nafas sejak hari Khamis 16 Hb...Sabtu 17hb pihak Kesihatan Tel saya mengatakan positif H1N1-alhamdulillah hari Isnin 20 hb tu dah dibenarkan balik rumah kuarantin & beransur pulih. Pada 23 hb (Khamis semalam)+-jam 11 .30 pagi seorang Dr dari PKD Petaling tel saya mbritahu pula ttg 8 org murid darp 10 sample yg suspek terdiri 15 orang didapati positif yg milelah dan sudah balik rumah utk kuarantin....

ama sksb said...

sambungan...Aduh rakan2 waktu tu saya mcm dah nak tumbang spt tak percaya ingatkan dah ok sbb yg positif mula2 tu kan dah balik rumah dan agak stabil keadaan nya. Udg2/Peraturan ttg kes H1N1 ni jika melebih 6 org yg terlibat spt di IPTA (4 intitusi UiTM telah ditutup)akan diarahkan tutup seminggu. Alhamdulillah murid sesi pagi sempat tamatkan sesi persekolahan dan sesi petang sempat diberitahu tak perlu hadir (tp agak kelamkabut jugalah...para Dr & Peg. Kesihatan tu pulak hampir 4 jam berbincang,beri taklimat kpd guru&staf sek & tampal notis penutupan sek. Paren memang agak agresif dan sangat responsif tel bertalu-talu begitu juga tel bimbit saya, guru PK-PK, YDP PIBG dan guru-guru kelas...mcm pasaran saham situasi tu. Saya pulak Yg Bhg Dr Pengarah, PPD dan Peg Unit HEM (PPD/JPN) secara terus sering menghubungi status terkini & apa tindakan sekolah...

ama sksb said...

lagi...Huh rkn2 makan minum tu mcm dah tak boleh masuk tekak mjelang malam baru saya agak stbil spt biasa. Alhamdulillah pihak Syarikat pbuat bahan Dettol menaja bahan pencuci (klorok,sabun &sbnya) utk pembersihan semua bilik (Kelas combine 36 buah pagi/ptg-aliran perdana dan 8 buah PPKI, 12 bilik khas)....manpower dia tak supply sbb dah seluruh negara perlukan diaorg saya minta tlg pibg cari org luar bantu-cgu&staf tak boleh dtg sek sbb dikuarantin...gbnya budi bicara kena dtg jugak krn pengarah kata kena jenguk2 juga. Jumlah murid dah sampai 3267 orang-kelas 5 Lotus ada 43 orang maksima ada sampai 48-50 0rg setiap Aliran ada 12-13 kelas (jumlah 72 kelas + 8 PPKI-nasib baik Prasek tiada- kawasan dah tak ada utk bina bangunan).Insya-Allah 31 Julai sek akan beroperasi spt biasa dan dipohonkan rkn2 turut doakan akan kesejahteraan& keselamatan warga sek saya tu ye tp saya jangka 31 hb nanti ramai murid tak hadir sbb nak lajak sampai Ahad. Pengarah kata tak apa itu hak & urusan parens.....Yang sukarnya rakan-rakan, setaip hari pihak sek kena hantar data lengkap ttg murid yang tak hadir bagi semua kelas. Bg kes yg tak sihat/demam kena spesifik no tel parens, alamat rumah utuk pihak Kesihatan urus sdiri bg memastikan mereka pergi ke Hospital. Adala juga parens marah2 sek kenapa beri maklumat kpd pihak PKD tu kenalah sabar jelaskan elok-elok itu prosedur supaya tindakan boleh diselaraskan. Begitu juga bila mereka berada di Hosp mcm2 lah pulak rasa tak puas hati parens ttg layanan hospital sehingga didakwa pulak kenapa pihak sek tiada wakil berada di Hospt sdgkan kita sek pun tak tahu ttg hal tu krn pihak PKD berurus terus dgn parens....haai boleh tahan la rkn2.Apa pun memang banyak hikmah yg diperolehi oleh kami warga sek begitu juga dgn PIBG, PPD dan JPN sdiri...dan pihak PKD; InsyaAllah hubungan antara warga sek iaitu (murid,guru&masyarakat sek), ibu bapa dan masyarakat sekitar semakin erat dan wujud persefahaman....

ama sksb said...

....Maaflah agak panjang jugak ni al-maklum dah berada di rumah aje kan. Musk laku betul rkn2 habis stok (kan saya kena kuarantin...esok pagi saya kena pergi jugak,kami ada mesy khas antara pentadbir sek dgn ajk pibg ttp tempatnya menumpang di surau taman perumahan berhampiran sekolah..... moga-moga ok keputusan dan perbincangan yg terhasil nanti.

Seperkara lagi rkn2 nak kongsi aje - Alhamdulillah....sek sksb ni pd 5 julai lepas buat program sihathon dpt himpun dana pibg rm120 ribu tolak modal bersih 100 ribu......jk berminat nak tengok kertas konsep/kerja program tu boleh la saya kongsikan...idea saya sdiri dipersetujui oleh warga.

Ok rakan2 adiuuss.....jumpa lagi. Tk (utk baca blog kita saya memang rajin tp nak masuk sekali2 mcm ni ajelah. Maaf ya......).Salamm persaudaraaann.One Malaysia gitu!

anas sabah said...

Bang Aziz,semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Kertas konsep tu boleh lah dikongsi bersama yah

ama sksb said...

Tk bang Anas....ttg kertas konsep/kerja prog sihathon sek tu saya cuba masukkan dlm web site jk ok nnti abg atau rakan2 yg berminat boleh la layari tengok.......

Alhamdulillah mesy bersama ajk pibg tadi memuaskan. Diputuskan pa 31 hb (Jumaat) nanti setelah sek dibuka semula pibg anjurkan prog ceramah ttg H1N1 dgn mjemput pihak Jab Kesihatan Negeri menyampaikannya. Sebelum itu dijadualkan akt sembahyang solat hajat & baca Yassin di surau sek (bagi yg muslim) dan selepas itu ceramah.......parens kebanyakan masih bercuti atas status kuarantin di rumah.....Puan Maznon GB SK TTDI KL turut dijemput hadir (jk ada kelapangan....)dan dijangkakan murid ramai tak hadir.

Ok Adius.....selamat sejahtera.Tk

Anonymous said...

asalamualaikum aziz...hang sihat ka..mudah mudahan hang ok dan dapat bertugas kembali setelah sekolah hang buka nanti...tapi aku tabik dgn hang memamng dapat handle situasi yang berlaku di sekolah hang tu... good luck.

ama sksb said...

Salam.

Tk Anonymous...maaf saya tak perasan siapa ya. Apa pun tk dan juga suntikan semangat dari hang tu. Saya kira siapa pun akan dapat handle.... cuma mungkin idea dan pendekatan saje agak berbeza....nasib saya agak ok jugak. AJK PIBG khasnya parens agak positif dan supportive begitu jugak guru-guru & staf sokongan. Insya-Allah keadaan akan kembali spt sediakala hendaknya pada 31 hb nanti....tk.

Anonymous said...

oh ye sorry en aziz lupa letak nama. saya joni trganu.semoga keadaan semakin baik dan kesihatan en aziz pun baik.. insyaallah.

tok lebai said...

H1N1 semua org takut, tapi B1N1 bukan semua orang takut.sabri dan usup boleh jelaskan......

semoga warga sekolah aziz selamat semuanya.sedara aziz takut tak B1N1? hehehehehehe......

Anonymous said...

hai tok lebai... H1N1 satu penyakit ..B1N1 rezki tu... sb tu ucop dan sabri suka....

ama said...

Salam....dan selamat sejahtera.

Tk rakan2 kpd Sdr Joni dan tok Lebai....hrp kiat ni sentiasa ber jaga-jaga ttg H1N1 ni-nampaknya ia sudah jadi wabak serius di negara kita. Betul kata Faris mohon rakan2berwaspadalah....ia boleh menular kepada sesiapa jua dan kepada mana-mana organisasi pun. Apa yang penting langkah-langkah pencegahan awal eloklah dilaksanakan.Contohnya penerangan, makluman dan demontrasi boleh di buat di peringkat sekolah agar m,urid2 7 warga sekolah sentaiasa mengamalkan budaya bersih-'bersih segalanya' spt fizikal (tubuh badan, hati, mental & emosi);jemputlah pegawai dari jab Kesihatan datang sekolah minta beri ceramah & demo ttg hal ini. Bilik-bilik darjah elok gotong royong dibersihkan termasduk meja & kerusi di lap dengan bahan pencuci anti bakteria(ada dijual di Farmasi atau kedai ubat-rujuk jabatan kesihatan). Murid2 sering diingatkan betapa penting kebersihan bukan di sek shj ttp juga di rumah terutama basuh tgn, makan-minum yang dimasak, bertutup dsbnya,\. Dan lagi jk ada tanda-tanda(simpton H1N1) hendaklah segera minta rawatan ke hospital...
Tk. Wslm

jm said...

nampaknya H1N1(horlick 1 nescafe 1) semakin menular..cepat betul ye..sama-samalah kita berwaspada.ybs dan mpmn ..kau dah jumpa ke vaksin ..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites