Tuesday, July 21, 2009

Majlis Perhimpunan Warga Pendidik KPM di PICC

Salam rakan2,
Saya berkesempatan bertemu dengan Ton dan Ita. Che Norizam pun ada sama tetapi kami tak dapat duduk bersama. Foto ini selepas selesai program ini. Saya juga ingin berkongsi maklumat2 yang diperoleh semasa program ini untuk dikongsi dengan rakan2. Kepada Ton, Ita dan Che Norizam, bolehlah tambah mana2 yang patut maklumat yang tidak lengkap yang saya berikan disini.



Kandungan Ucapan YAB Menteri Pelajaran :

1. Sepuluh Mata Pelajaran SPM mula 2010

- Dipinda kerana tidak selari dengan anjakan sistem pendidikan
- Tujuan adalah pentaksiran dan bukannya menguji kebolehan
- Tumpuan yang lebih boleh diberi untuk kebolehpasaran pelajar, softskills (kualiti), berilmu dan berkemahiran tinggi

2. Memperkasakan Sukan Sekolah
- Bagi peningkatan softskills.
- Kurang mata pelajaran, maka tumpuan boleh diberi untuk kokurikulum
- Jurulatih sukan akan ditempatkan di sekolah2
- IPG Sukan yang khusus akan ditubuhkan

3. Syarat Wajib Lulus BI dalam SPM

- Memastikan penguasaan BI murid akan bertambah baik
- Peluang menceburkan diri dalam sektor ekonomi yang global
- Merupakan bahasa maklumat, komunikasi dan perdagangan
- Peratus kelulusan BI dalam SPM 2008 hanya 26.9% di sekolah luar bandar
- Pendekatan yang dibuat ini adalah untuk 'labeling-up' dan bukannya untuk tujuan 'labeling-down'.

4. Pemansuhan PPSMI
- Pencapaian pelajar dalam matematik dan sains telah menunjukkan kemerosotan dalam peperiksaan awam 2008
- Tahap penguasaan BI yang lemah menyebabkan kesukaran memahami matematik dan sains
- Guru2 sendiri menghadapi masalah guna BI sepenuhnya terutama sekolah2 luar bandar
- Murid gagal menguasai konsep2 asas (knowledge defisit)
- Ini disokong oleh UNESCO melalui laporan Education for All yang menekankan ekuiti dan kualiti kepada semua warga
- 5 IPG BI akan diwujudkan
- Guru2 BI terbaik akan ditempatkan di luar bandar
- Insentif kepada guru2 BI
- Jawatan pembantu guru BI akan diwujudkan
- Pandangan dari peserta menyatakan bahawa guru2 matematik, sains dan BI yang dapat BISP tidak menggunakan elaun tersebut untuk meningkatkan penguasaan BI mereka.
- Pemansuhan PPSMI akan menghapuskan semua terma2 dalam PPSMI.

5. Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
- Ganti PPSMI
- Penguasaan murid dalam Bahasa Malaysia disamping Bahasa Inggeris.

12 comments:

ybs said...

faris,
mekasih, boleh jugak aku buat modal utk temuduga esok.

Good luck 2 myself, hehehe

Faris said...

Cop,
Kau citerlah ckit kalau panel tak tanya pun. Baru panel kata, up to date kau ni mengalahkan panel sendiri. Kau nak aku buat apa lagi untuk bantu kau? Kalau perlu gunakanlah talian hayat yang kau ada tu. He he he...

emzex said...

info yg berguna semasa talian hayat.TQ my friends

mpmn said...

faris tlg bagi satu dua teori kepimpinan n pengurusan perubahan utk aku hafal. buku aku entah mana pulak hilangnya. besok nak temuduga ni. suspen

Faris said...

MPMN,

Model 3 tahap oleh Kurt Lewin dalam pengurusan perubahan iaitu :
PENCAIRAN ( UN-FREEZE )
PERUBAHAN (TRANSITION /CHANGE)
PEMBEKUAN ( RE-FREEZE )

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
- Kepimpinan instruksional ditakrifkan sebagai adunan daripada pelbagai tugas seperti pencerapan di bilik darjah, pembangunan staf dan pembangunan kurikulum (Smith & Andrews, 1989). Peranan guru besar sebagai pemimpin instruksional perlu memberi
•tumpuan kepada arahan dan tunjuk ajar,
•membina komuniti pembelajaran,
•berkongsi sama dalam membuat keputusan,
•memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas,
•memanfaat dan mengoptimumkan masa,
•menyokong perkembangan staf yang berterusan,
•merancang semula sumber-sumber untuk menyokong program sekolah.
•Mencipta satu iklim integriti, inkuiri dan penambahbaikan secara berterusan.

Itulah dua konsep dan teori yang boleh aku beri. Kau ulaslah lebih lanjut kerana kau pun dah belajar hingga khatam.

mpmn said...

tk faris. cuba cite sikit ttg path goal

Faris said...

MPMN,
Ko ni. Semuanya nk disuap. Bila lah nak berdikari. Ilmu ada dimana2. Kau bacalah di alamat web ini

http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=322

Nanti ko akan faham. Selamat membaca. Gunakan internet untuk mencari bahan2 maklumat. Ha ha ha...

valar said...

Temuduga kami tiga, non,goh telah selesai. hanya kami cerita ttg cabaran yang hadapi dalam pengurusan sekolah selama ini.berborak goh sehingga penemuramah ketawa besar-besar.Anywhere faris without u we woundn't have done well.Tq

mpmn said...

aku nak ckp pelat mcm gohlah bior dia gelak besar pulak. mungkin soalan akan jadi pendek aje.
faris aku ni bkn apa, nak cari tak tahu alamat. puas cari tak jumpa. masa makin suntuk ni. aku dah kalut ni.
pd member yg dah siap tahniah diucpkan. tgu je surat pelantikan tu. tak lama lg sampailah tu.

kunan said...

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kpd. sdr. Faris kerana sentiasa memberi maklumat yang cukup membantu untuk kita mengembangkan ilmu dan pengetahuan. Yang penting juga untuk rakan-rakan yang belum ditemuduga lagi....seperti saya. TQ Faris.

mpmn said...

alhamdulillah at last semuanya selesai dgn baik. tk faris atas bantuan dan juga sms tanda skgn. tk juga pd kby yg htr sms utk beri smgt pd member. dtg rmh aku, aku belanja mkn mee goreng atau chou kuey teaw atau ikan patin msk tempoyak

azamboy said...

cayalah lu,,walking dictionary pada en farish

Pages 381234 »

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites