Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Friday, October 31, 2008

'Lihat sapa yg melawat rumah Usof Sipan.....'



Salam,

Ini ada satu teka-teki. Soalannya mudah aje. Cuba teka siapakah yang telah menziarahi baby saudara Yusof Sipan?
Kalau betul jawapan rakan2, baru boleh naik DG41. He he he...

Nama penuh anak Yusof ni ialah NUR KHALISAH NADHIRAH BINTI YUSOF BIN SIPAN.

Terima kasih.

233 guru besar naik gred DG44

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Kerajaan meluluskan pemangkuan secara Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada 233 guru besar untuk Gred DG44.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, angka itu menjadi rekod kumpulan pertama guru besar yang dinaikkan pangkat guru besar siswazah dari gred DG41 ke DG44.

''Kenaikan ini merupakan susulan daripada cadangan yang dikemukakan wakil kesatuan dan persatuan guru selama ini.

''Kenaikan pangkat dipercepatkan dengan kelayakan sebaik sahaja tempoh tiga tahun perkhidmatan sebagai guru besar di gred asal DG41," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2008 di sini hari ini.

Tuesday, October 28, 2008

Takwim dan Kalendar Persekolahan 2009

Salam kepada rakan2,

Saya telahpun download kalendar persekolahan 2009 dan bina takwim persekolahan tetapi bagi negeri Selangor. Masih boleh diguna juga tetapi hanya masukkan cuti umum negeri masing2. Saya juga memasukkan cuti2 umum persekutuan dan negeri untuk dirujuk.

Sila ambil dalam Yahoo Groups kumpulan kita di :

http://groups.yahoo.com/group/ppgb5upsi/files/

ATAU :

Di Hyperlink di bawah :

Cuti Umum Persekutuan dan Negeri 2009

Takwim Persekolahan Selangor 2009

Kalendar Persekolahan 2009

Saya telah mula membuat perancangan bagi tahun 2009. Rakan2 bagaimana?

Terima kasih.

Kesesuaian Masa Kokurikulum

Salam kepada rakan2,

Ini ada isu kedua yang sering tidak dapat kita selesaikan kerana sentiasa ada pro dan kontranya. Masa kokurikulum ini sering menjadi perbualan hangat kerana kita terpaksa memenuhi kehendak dan permintaan guru, ibu bapa dan murid-murid itu sendiri. Pendek kata ada pelbagai cara boleh kita laksanakan ia mengikut kesesuaian 'stake holder' kita.

Soalan dari Puan Aishah ialah :

masa kokurikulum - waktu hari sekolah sebelah petang atau sabtu lebih elok

Oleh itu kita perlu melaksanakannya mengikut kebijaksanaan kita dan komuniti setempat kita.

Terima kasih.

Program Tasmik j-QAF

Salam kepada rakan2,

Saya telah menerima emel daripada Puan Aishah supaya membincangkan topik ini. Sekurang2nya ia akan membantu beliau dan juga rakan2 kita yang lain dalam melaksanakan program Tasmik.

Soalan beliau untuk kita bincangkan ialah :

JQaf - tasmik (bila masa menjalankan tasmik), agihan jadual waktu / tugas khas untuk guru JQaf

Kepada rakan2, marilah kita sama2 saling membantu.

Terima kasih.

Monday, October 27, 2008

Selamat Menunaikan Fardhu Haji



Salam kepada semua rakan2,

Mengikut beberapa maklumat dan berita, dimaklumkan beberapa rakan kita akan menunaikan rukun islam yang kelima iaitu menunaikan fardhu haji dalam tempoh masa terdekat ini. Oleh itu sama2lah kita mendoakan kepada mereka agar selamat pergi dan selamat kembali dengan beroleh haji yang mabrur. Diharap mereka yang pergi tu dapatlah menyeru kita semua agar dapat menurut jejak langkah mereka.

Saya mewakili semua rakan2 memohon ampun dan maaf kepada mereka yang akan berangkat ke tanah suci terhadap segala tutur kata dan tingkah laku yang mungkin menyinggung hati dan perasaan sepanjang tempoh masa bersama.

Setakat ini yang didengar akan pergi ke Mekah ialah Saudara Adley (berangkat pada31 Oktober 2008) dan Saudari Normah. Kalau ada yang lain2 tu, maklumkan di sini.

Terima kasih.

Saturday, October 25, 2008

SMART Learning Programme

Salam Rakan2,

Hari ini sekolah saya buat program SMART Learning secara outsource dengan Smart Education Training Centre (SETC) bagi matematik dn bahasa inggeris. Program ini amat bagus bagi murid2 kerana ia memberi tips2 mudah bagi sifir dan grammar. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya untuk dapatkannya.

Terima kasih.

Wednesday, October 22, 2008

Permohonan ke Gred DG41 PPGB

Salam kepada rakan2,

Disertakan maklumat semasa dari Bahagian Sumber Manusia, KPM melalui laman web KPM di http://www.moe.gov.my

DOKUMEN – DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN BAGI PERMOHONAN KE GRED DG41 OLEH CALON YANG TELAH TAMAT PROGRAM PENSISWAZAHAN SECARA PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR(PKPGB), PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU BESAR(PPGB), PROGRAM KHAS PENSISWAZAHANGURU(PKPG) DAN PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH(PJJ)

Dua (2) salinan Ijazah dari universiti tempatan / luar negara atau kelayakan yang iiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ( termasuk surat kelulusan nilai taraf ijazah, jika berkenaan dan terjemahan dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris bagi ijazah luar negara yang diperolehi selain daripada Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris )
Kelayakan Ikhtisas – Sijil Perguruan Asas / Sijil Kursus Perguruan Lepasan Diploma / Diploma Perguruan Malaysia / Diploma Pendidikan / Sijil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah / Keputusan Latihan Mengajar Sepenggal, jika disyaratkan dalam nilai taraf

Salinan Surat Kelulusan / Kebenaran mengikuti Kursus Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ ) / Sambilan dari Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ), Kementerian Pelajaran Malaysia

Alamatkan Permohonan Kepada :
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 1-5, Blok E12
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p: Cik. Rosaliza Bt Adnan - ( KG1 – PJJ DG41) ( 03-8884 7714 )

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 03-8884 7714 / 03-8884 7768
En. Shahrizan ( Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya, Labuan, Sabah, Perlis, Kedah, Kelantan,Terengganu, P.Pinang)
Puan Rubiyah (Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak)

ARAHAN KEPADA CALON-CALON

Sila dapatkan Salinan Surat Persetujuan Penempatan SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN SECARA ONLINE. Sila gunakan No.rujukan Surat tersebut semasa calon memohon PPPS Gred DG41 secara on line didalam laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Pegawai yang telah menghantar salinan dokumen yang diperlukan ke Kementerian tidak perlu menghantar sekali lagi ke Kementerian. Sila semak dengan Kementerian samaada salinan dokumen yang dihantar telah diterima atau tidak, kerana salinan dokumen tersebut akan digunakan untuk cadangan penempatan setelah calon lulus temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Semua salinan dokumen hendaklah diikat/dibinding bagi mengelakkan kehilangan atau keciciran dan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan. Sila catatkan NOMBOR TELEFON (HP) dan alamat tempat bertugas untuk dihubungi.
Segala perkara berkaitan status permohonan, tarikh temuduga dan status calon selepas di temuduga sila berhubung terus dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pihak Kementerian hanya akan menguruskan surat tawaran pelantikan ke Gred DG41 yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) setelah lulus interview. Surat Pengesahan Pelantikan ke Gred DG41 akan dikeluarkan dan diberi oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) secara terus kepada calon.
Untuk maklumat lanjut mengenai Urusan Pengambilan Bagi Calon-Calon yang Memohon Untuk Dilantik Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(PPPS) Gred DG41 Setelah Tamat Program Pensiswazahan.
Sila lujuk lampiran dan format berkaitan

Pautan berkaitan adalah seperti berikut :

1. http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=proborang&unit=utama&info=37&bhs=my&mod=baca

2. http://apps.emoe.gov.my/bsm

Terima kasih.

Tahniah! Yusof Sipan Dapat Anak Perempuan



Salam kepada rakan2,

Marilah sama-sama kita mengucapkan tahniah kepada rakan kita kerana telah selamat menimang cahaya mata perempuan pada hari semalam (21 Oktober 2008) melalui pembedahan. Alhamdulillah kerana ibu dan bayi selamat.

Cucunya bila pula Yusof? Walau apapun, kau memang hebatlah Cop.

Terima kasih.

Saturday, October 18, 2008

Laporan Nilaian Prestasi Tahunan



Salam kepada rakan2,

Sudah menjadi rutin kita sebagai pentadbir akan melaksanakan penilaian prestasi kepada semua staf @ subordinat kita. Tiba musim begini, memang pening kepala dibuatnya. Yang mana nak diberi APC? Yang mana nak dibentuk kembali? Walau apa pun itu menjadi tanggungjawab kita. Apa yang penting gunalah kebijaksanaan kita dalam menilai subordinat kita. Tambahan kita dah belajar dan diikat dengan prosedur penilaian.

Oleh itu jika rakan2 ada tips yang boleh dikongsi bersama, sumbanglah dalam blog ini agar kita dapat bertukar2 fikiran.

Terima kasih.

Thursday, October 16, 2008

Entri Baru atau Isu Baru

Salam kepada rakan2,

Ada kalanya entri yang saya masukkan dalam blog ini tidak menarik minat kita. Mungkin ada di antara rakan2 yang inginkan sesuatu entri yang sesuai untuk perbincangan kita. Oleh itu saya amat berharap sekiranya ada di kalangan rakan2 yang inginkan sesuatu isu atau perkara baru untuk dibincangkan, diharap tuliskan isu atau perkara tersebut dan emailkan kepada saya di alamat afarisj@yahoo.com dan saya akan postkan entri tersebut.

Kerjsama dan sokongan rakan2 amat diperlukan bagi meneruskan kewujudan blog ini. Rakan2 juga turut dipelawa untuk terus memberi komen dan respon supaya hubungan kita di alam maya akan dapat berkekalan. Janganlah jadi macam kumpulan A yang terpaksa menutup blog kerana akhirnya pengendali blog yang syok sendiri kerana saya juga turut mempunyai tugas2 lain. Penerusan blog ini adalah atas keputusan kita bersama untuk meneruskannya dan sekiranya dirasakan tidak perlu lagi jadilah blog kita seperti kumpulan A. Janganlah sampai nak luangkan masa 5 - 10 minit pun tak boleh. Kalau 5 - 10 minit pun tak boleh, saya pun rasa membazirkan masa saya sahaja menguruskan blog ini.

So, ayuh rakan2. Kewujudan blog ini adalah atas kehendak rakan2. Jika tiada keperluan sama2lah kita tutup blog ini kerana sejak kebelakangan ini responnya agak berkurangan.

Terima kasih.

Monday, October 13, 2008

Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Salam Kepada Rakan2,

Pastinya semua masih sibuk kerana selain dengan sambutan hari raya, sekolah akan melaksanakan peperiksaan akhir tahun. Agak2nya bagaimana dengan prestasi akademik keseluruhan sekolah. Sedikit sebanyak ia ada juga kesan akibat dari peninggalan kita untuk ke UPSI sebanyak 3 fasa pada tahun ini. Saya percaya kita semua telah buat sesuatu yang terbaik.

Bagaimana dengan persiapan sekolah masing2 setelah bergelumang dengan UPSR? Semoga semua akan sukses.

Terima kasih.

Saturday, October 11, 2008

Selamat Hari Deepavali



Salam kepada semua rakan2,

Walaupun mood raya masih belum habis tetapi akan tiba mood Hari Deepavali. Seperti yang kita sedia maklum, salah seorang rakan kita akan merayakan Hari Deepavali pada 27 Oktober ini. Oleh itu saya dan semua rakan2 mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada Puan Valarmathi sekeluarga.

Terima kasih.

Tuesday, October 7, 2008

Rumah Terbuka Aidil Fitri



Salam kepada semua rakan2,

Kita masih lagi berada di bulan Syawal. Pastinya kemeriahan Syawal masih terasa. Apa yang berlaku setiap Syawal menjelma ialah budaya Rumah Terbuka. Saban minggu kita tidak lekang dari menghadiri rumah terbuka. Kepada mereka yang mengadakan rumah terbuka, moga bertambah murahlah rezekinya. Kepada yang hadir atau pergi pun, murah rezeki juga kerana perut penuh berisi. Kah... kah.. kah....

Kalau ada rakan2 yang mengadakan rumah terbuka tu, beritahulah kepada rakan2 lain dari segi tarikh, masa dan tempatnya. Manalah tahu jika ada di antara kita mempunyai kelapangan bolehlah juga menghadirinya.

Kalau dah beraya tu, janganlah lupa kepada puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Almaklumlah jika dah berseronok raya.

Selamat mengepos komen baru kepada semua rakan2.

Terima kasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites