Salam kepada rakan2,
Tahun 2008 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi yang telah meninggalkan sejarah dan kenangan sama ada manis atau pahit. Kejayaan dan kegagalan yang ditempuhi sepanjang tahun 2008 perlu dijadikan iktibar agar boleh dibuat penambahbaikan dan pembetulan kepada kelemahan yang sedia ada.
Tahun 2009 yang bakal menjelma pastinya melibatkan tekad dan usaha yang berkobar-kobar untuk menempuh kejayaan yang lebih cemerlang. Tidak ketinggalan, jalan menuju kejayaan melibatkan sumber manusia yang berada di sekolah. Pastinya rakan2 akan menerima guru dan staf baru. Ingat lagi tak dengan Pengurusan Sumber Manusia yang dipelajari?
Empat (4) fungsi PSM ialah Orientasi, Sosialisasi, Latihan dan Pembangunan. Perlulah kita bersedia dengan dua fungsi utama iaitu orientasi dan sosialisasi untuk staf kita baik yang baru mahupun yang lama.
Orientas adalah bagi menyediakan maklumat latar belakang organisasi kepada kakitangan baru.
Sosialisasi ialah proses berterusan mewujudkan dalam diri setiap staf tentang sikap, piawai, nilai dan bentuk tingkah laku yang diharapkan daripada kakitangan oleh organisasi dan jabatan didalamnya.
Huraian dan maklumat lanjut tentunya ada pada rakan2. Ini adalah sekadar sepintas lalu bagi mengingatkan kembali peranan dan tugas kita.
Terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
7 comments:
Sehingga ke hari ini, tiada guru baru yg masuk ke sekolah aku. Ada seorang guru bertukar ke Ipoh ikut suami.
Hari ni saya adakan mesyuarat guru Kali Pertama.Nam beri tugas2 dan minit mengajar 2009. Sekolah saya dapat tiga orang guru baru.Sekarang dah lebih guru.Bila beritahu PPD, katanya memang semua sekolah dapat lebih.Pening juga sebab saya dah sediakn tugas untuk guru yang cukup.
noris,
jangan terlalu seronok mendapat guru lebih.guru lebih perlu dimaklumkan kepada jabatan secara hitam putih. ini bukan apa, sebagai bukti kita dah maklumkan kepada jabatan.
kita sebagai pentadbir boleh dikenakan surcaj kalu tak laporkan bilangan staf yg sebenar.
apapun tahniah kerana bil.guru mencukupi,senang lah untuk membuat perancangan.yg lebih tu buat standby shj.
Noris, betul cakap Emzex tu. Guru lebih di sekolah kita, kita yang kena surcaj. Saya diberi taklimat oleh PPD dan JPN bahawa ABM Perjawatan Guru adalah berasaskan sekolah dan tidak berasaskan negeri dan daerah lagi. PPD dan JPN dah pesan, jika guru di sekolah kita lebih kerana nak kan lebih atau sengaja diberi lebih maka GB perlu bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan surcaj. Lebih baik lapor secara hitam putih supaya kita tidak dipersalahkan.
Saya buat mesyuarat Pentadbir pada hari ini bagi menjelaskan segala perancangan dan takwim yang dirancang sebelum mesyuarat guru pada 30 Dis nanti. Dari pagi sampai petang juga mesyuaratnya.
Dah buat perancangan awal tetapi terima lagi 2 orang guru baru dan seorang lagi dapat bertukar. Yang diperlukan 2 orang kaunselor tetapi yang dihantar opsyen Sains. PPD kata cukupkan body kerana opsyen tiada. Pening juga kepala kerana tak ada kaunselor, guru yang ada semua tak mahu jadi kaunselor. Disinilah kena guna kebijaksanaan dalam merancang dan menggunakan sumber manusia yang sedia ada.
Rakan2 yang lain ni sedang asyik bercuti lagi ke atau dah sibuk dengan tugas masing2. Senyap aje. Keputusan Fasa 7 & 8 katanya akan diterima dalam minggu ini. Tunggulah dalam debaran.
Terima kasih.
Saya dah pun beritahu PPD dan JPN unit rendah tentang guru lebih sekolah saya.kami juga dah diberi taklimat tentang surcaj tu.Tapi PPD kata memang ada sekolah yang diberi guru lebih kerana ada guru lama saya akan dilantik jadi GPK dan akan bertukar ke sek lain.Tapi yang susahnya PPD tak beritahu siapa yang dia org.nak ambil.Itu yang susahnya sebab saya kena rombak jadual jika ada yang bertukar setelah sekolah dibuka.
betul tu kwan. ape ape kena bgitahu kpd PPD/JPN kelebihan guru. paling mustahak..bertulis.
seminggu dua ni masing masing sibuk. maklumlah dekat nak buka sekolah.. nak semak pe2 yang dibuat.supaya keje brjalan lancar. persekolahan 2009 beres. ada yg pening...ade yg lega kot..
Post a Comment