Tuesday, December 16, 2008

Pak Pandir Beli Handphone

Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi namanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke sebuah kedai handphone. "Saya mahu beli handphone yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, handphone yang encik inginkan...tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin.

"Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ... baru boleh guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke kampungnya.

Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula.

"Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada signal encik".
"Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya sekali"

8 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Faris.
Macam2 cerita pasal handphone.Tapi saya rasa orang kampung sekarang dah canggih dengan telefonnya.Ada yang lebih mahal daripada HP kita.Whatever Faris U tukar HP baru ke? Sebab U juga suka tukar2 HP.Saya tetap guna yang lama.Yang lama tetap di hati......

Anonymous said...

Waalaikum Salam Noris,

Cerita HP ni memang pelbagai dan melucukan. Saya ni memang juga suka tukar HP, itupun bila ada wang. Bukannya apa, suka kepada perkembangan teknologi. Teknologi HP dan komputer memang saya suka ikuti. Dah baca pekeliling perkhidmatan bil. 14/2008 dan 18/2008 yang baru? Ia melibatkan cuti rehat tahunan dan pengumpulan cuti rehat tahunan bagi gantian wang tunai. Cuba fahamkan dan kongsi bersama. Ada yang keliru sikit lah.
TK.

Anonymous said...

Faris,cuti rehat Tahunan guru2 pun boleh bawa untuk ganjaran wang tunai jugakan.Saya belum baca Pekeliling baru tu.Cuti kita sebagai GB pun boleh kumpul hingga 150 hari.Untung lah U dah kumpul 120 hari tinggal 30 hari lagi.Saya baru 60 hari.U memang rajin kerja.Boleh jadi GB cemerlang Tahun ni....Insyaallah.

yusofsipan said...

Faris, belikan aku handphone, latest model dan signalnye sekali, hehehe.....

Kau pun sesekali nak melawak ye???

Anonymous said...

Noris, tak mimpi pun jadi GB Cemerlang tu kerana orang tak nak beri. Cukuplah rezeki yang ada ni. U dah pun jadi GB Cemerlang, so kenalah tunjukkan kehebatan yang ada dan semoga akan bertambah cemerlang.

Ucop, kalau kau nak HP dan signalnya sekali kenalah datang jumpa aku. Sesekali nak melawak, boring cuti2 sekolah ni duduk di pejabat. Tambahan rakan2 kurang respon kepada blog.

Kepada rakan2 yang lain, selamat bertungkus lumus kembali untuk persiapan sekolah 2009. Saya dah selesai awal cuti sekolah bulan Nov dulu lagi. Cuma buat taklimat guru pada 30 Dis dan pendaftaran pada 2 Jan 2009.

TK.

Anonymous said...

pertama kali gaya bahasa tulisan faris macam orang 'jauh hati' sahaja.

Anonymous said...

sape nak beli hp nokia n95 buatan cina. rm400 shj. murah ooo. faris aku nak beli hp samsung amnia seludup. hg ada kaki tak. beli di kedai mahal.

Anonymous said...

bila baca cerite ttg handpone, teringak aku kepada cerite siazam.cerite talipone dan radio, heheeee.sapa2 yg tahu cerite ni akan tersenyum sendiri. betul tak usup.

mpmn cuba lah berazam tahun baru ni.beli yg sah dan bukan yg seludup.tak habis2lah ekau ni dgn perkara
2 yg tak betul prosedurnya. dah sahhhhh ke belum lagi.heheheheh.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites