Sunday, December 28, 2008

Keputusan Peperiksaan Semester 4

Salam rakan2,

Keputusan peperiksaan semester 4 yang merangkumi fasa 7 & 8 telahpun diterima oleh sebahagian rakan2 kita. Diharap semua rakan2 dapat bersabar menanti keputusan tersebut.

Kepada mereka yang ingin berkongsi terutamanya PNGK / CGPA, bolehlah reply post ini atau email kepada saya di afarisj@yahoo.com bagi saya senaraikan dalam blog kita seperti blog kumpulan A. Jika sesiapa yang tidak mahu tu, terpulang atau terserahlah jika tidak mahu berkongsi.

Tahniah kepada mereka yang cemerlang. TK.

23 comments:

Anonymous said...

Usop Sipan...3.63 sebab satu salinan UPSI hantar kat aku...tanhniah sop

Anonymous said...

Siapa Labi ni? Berapa si Labi dapat? Isytiharlah result sendiri kalau dah dapat.

Anonymous said...

Maaf usop sipan..kau tak sabo sabo beritau si Faris ni..patut kau yang beritau..tapi sebab kau tu tukang sampok, kali ni aku sampok bagi pihak kau..apamacam...marah? marah nanti kena jual. Labu Labu..ikut kau lah labu. Faris..spa labi? kau tanya usop sipan dia taulah sapa. Hahahaha

Anonymous said...

si Labi tu dr grup A, kaki sibuk, org Muor jugak, dia pulak yg dah lebih dulu sebarkan cgpa aku, kureng asam betul!!!

Anonymous said...

Tahniah Sop dan rakan-rakan yang dah dapat result, sy belum dapat lagi, tak kisahlah dapat berapa pun janji kita dah cuba buat yang terbaik kan?
Selamat menyambut Maal Hijrah, Jumpa lagi.

Anonymous said...

tengok sop, kau akan dapat banyak ucapan tahniah..dari kawan kawan..tahniah usop..tahniah usop labu dan tahniah ybs...kau memang jempol...jangan marah sop...sapa lagi yang berani usik kau..kalau tak aku...faris, kau janganlah sampai hello kat usop tu sebab nak tau sapa labi...labu dan labi...kat situ jer kau dah faham sapa aku..ok sop..jangan marah..

Anonymous said...

Tahniah kepada Usop Sipan. Memang layak dia dpt 2nd class upper sebab jarang balik, kuat study

Anonymous said...

anonymous, terima kasih, syukur alhamdulillah. Kau dpt dah result ke lom? Aku jarang balik dulu tu bukan kerana nak study sangat, saja nak rehat, rasa tak larat la nak pergi dan balik sorang2. Bila tak balik tu, assignment dpt ler disiapkan tapi study tak jugak. Rehat memanjang. Ada beberapa kali yg aku terpaksa balik, wife bersalin, wife kemalangan dan kecurian handphone di rumah. Banyak jugak halangan dan rintangan yg telah kita tempuhi dan apabila tamat belajar dan telah dapat keputusan, semua kesusahan itu rasanya berbaloi jugak, alhamdulillah!

Anonymous said...

Aku tak dapat lagi sop.Kena sabo le.Harapnye minggun kot. Member lain tak tau lagi.Aku nak hubungi kau pun aku tak dapt nombor h/phone ko yang baru.boleh tak bagi nombor h/phone di blog ni.Hari tu aku tak perasan yg ko hilang h/phone.
fasa 7& 8 ko skor ye?

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah kepada rakan semua.
Wah.. tahniah cop dan rakan lain yang dah dapat result tu! Nampaknya I terpaksa sabar menunggu lagi ni. Bukan ape.. rasa berdebar2 dada I ni, mana dgn result PMR anak esok, mesyuarat Guru dan entah2 esok juga dpt result UPSI! Ni tgh domam selsema lak...

Anonymous said...

Kepada saudara anonymous,
Cubalah berterus terang je dgn nama u tu agar mudah , senang dan dekat di hati serta lebih ikhlas perhubungan ni.

Anonymous said...

Ita, hopely you will get better result for yourself and for your daughter/son.(PMR)
Actually i forgot to insert my real name, i just use anonymous.
best regards from me.

Anonymous said...

Kekawan semua.
Setelah faris call teman, teman pun gi le ke sekolah utk dapatkan result teman. Debor debor le juga. Teman tak espek tinggi sebab teman tahu kebolehan teman. Sah le ada result tu kat meja teman. Buka buka, tengok PGNS 3.59 dan PGNK 3.60. Bersyukur teman, grad juga le teman insyaallah.Pada kekawan sabor dan doa le kuat2. Teman percaya kome semua akan capai keputusan lebih baik. yang teman seronok sgt ke 4 empat semester teman masuk dalam senarai dekan.Besuk mesyuarat guru.Kepala dah lega, satu bab dah selesai(Belajo). Kepada kekawan selamat menyambut tahun baru maal hijrah.Teman doakan kome semua berbahagia dunia dan akhirat.

Anonymous said...

wuaaa,
aku lom dapat result lagi.wua,wua,wuaaaa....

Anonymous said...

Saya tak dapat result lagi. Tadi Kharudin telefon kata dah dapat. Lepas mesyuarat guru, tanya kerani di pejabat sama ada surat dah sampai ke belum. Kerani cakap dah sampai tapi tak ada surat result tu. Suspen sangat, Selangor ni selalu lambat serba serbi, nama aje negeri maju.
Result ooooo result, mana kau pergi ni.....

Anonymous said...

sampai sekarang lom dapat lagi.
lemah jantung dibuatnya.dup-dap-dup-dap.wuaa,wua.wuuuuaaaaa.....
kenape lambat sangat.

Anonymous said...

Penantian aku terlerai sudah akhirnya.Alhamdulillah,aku tak sebaik mana kau orang,aku cuma dapat PNGK 3.51.Aku redha dengan apa yang aku dapat.Memang itu pun kemampuan aku nak buat macam mana.Kekawan yang lain aku harap dan doakan keputusan yang memberangsangkan.Faris, mesti baik punye.Bol dan Aziz harapnya dah dapat result. Kepada semua tahniah untuk anda.

kembara kelana said...

tahniah din dan anas..

Anonymous said...

Tahniah KBO dan Anas!

Kekawan yg lom dpt, nak kata macam mana lagi, sabor jer la.... kalau sanggup korang tido ler depan pintu tunggu posmen dtg!!!

Faris, kau nak buat senarai ke result tu?

Anonymous said...

Aku dah semakin cemas kerana sehingga petang hari ini masih tak terima result tu. Apalah nasib aku. Aku dah telefon pejabat lama takut2 diposkan ke sana tetapi tak ada juga. Kena tunggulah lagi. Tadi pergi ke sekolah Ton dan result Ton baik tetapi tak boleh beritahu tanpa izin tuan punya diri. Ton kena pindah sekolah mulai 1 Januari 2009. Kepada Ton, sahutlah cabaran dan tunjukkan kebolehan Guru Besar lepasan NPQH dan UPSI boleh buat sesuatu yang membanggakan.

Kepada Usop, tentang nak produce dan pamerkan result tu aku tak berani komen kerana biarlah tuan punya diri isytiharkan dalam blog baru boleh aku publishkan. Juga jika masing2 emailkan result tu kepada aku untuk dipamerkan.

Tahniah kepada mereka yang setakat ni dah dapat result dan berjaya dengan cemerlang.

TK.

Anonymous said...

alhamdulillah,aku dapat pgns 3.34 dan pgnk 3,48 tak dapat anugerah dekan kerana meamang usahanya sebegitu aje..tahniah din,,berjaya hasrat kamu..apapun aku sangat gembira kerana sekurang kurangnya berjaya juga rupa orang lain.aku sakit perut lagi.polip tu dah besar,15/1 akan jumpa pakar decide samada ianya sel kanser atau tidak,,rasa rasanya tidak tapi kalu betul kanser,aku redha kerna tuhanpun dah banyak bagi kebaikan pada aku,,ini adalah satu lagi ujian.Sabri ada call aku ketika di depan kaabah,,,terima kasih,,sekurang kurangnya suara aku begitu hampir didengar oleh baitullah,,ubat akan sampai sabri minggu depan..khalil pula akan dipos pada minggu depan..so jumpa kita bulan 3 di upsi

Anonymous said...

Sesiapa di dalam kumpulan B yang terima surat bertajuk Tamat Pengajian dan Keputusan Peperiksaan dari UPSI.Ikut usop rompin katanya penting.Buat beberapa salinan dan pergi ke JPA bahagian pengiktirafan untuk di iktiraf. Setakat ini aku hanya terima keputusan sahaja. Kekawan yang lain bagaimana.please respon

Anonymous said...

faris...i mewakili kumpulan kerusi belakang... 3.26 jer..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites