Thursday, July 17, 2008

THANATOS versus EROS

Salam rakan2 sekalian,

Pastinya rakan2 telah melihat, mendengar dan memerhati apa yang berlaku dalam kumpulan kita. Pastinya ada yang tersentak atau tersedar bahawa adakah hubungan kita selama ini adalah bersandarkan kepada realiti atau kepura-puraan semata2. Sudah tentu inilah masa untuk kita bermuhasabah sama ada hubungan dan semangat setiakawan akan berterusan selepas kita tamat UPSI nanti atau masing2 akan kembali ke dunia asal mereka seperti sebelum memasuki UPSI. Semoga rakan2 renungkanlah kerana ada di antara kita yang sering menunjukkan kepura-puraan kerana tidak berani untuk berhadapan tetapi berani bercakap di belakang.

Berilah pandangan dan komen anda tentang apa yang telah berlaku. Terima kasih.

17 comments:

Anonymous said...

lupakanlah semuanya,,ambil yg jernih,buang yang keruh,,setiap manusia ada kelemahan,aku juga byk kelemahan..byk perkara yg melukakan hati kawan2.aku manusia yg lemah..semoga jamuan ini menjadi kenangan yg bakal kita ceritakan pada anak cucu kita...di saat saat akhir atuk dlm perkhidmatan,,atuk berpeluang menjadi mahasiswa di UPSI yg menjadi kebanggaan negara..disini atuk ketemu kawan kawan yg pelbagai kerenah.di bilik itu atuk pernah berkuliah,,di bilik itu atauk pernah bertekak,,di bilik ini atuk tinggal ,tidur dan makan..setiap kali bila tiba peperiksaan atuk dan kawan2 akan membuat ulang kaji,,berjaga sehingga ke pagi,,esoknya di hari peperiksaan,,atuk pergi dgn penuh semangat,,di dalam poket penuh dgn peranti,,tetapi takut untuk melihatnya,,apapun atuk dapat dg41 juga..dimana agaknya kawan kawan atuk sekarang,,,kalaulah ada peluang,,atuk ingin menemui mereka,,bermesra kembali,,bermaaf maafan...mujurlah atuk masih ada kesempatan...minggu yang berikutnya atuk akan hadir dlm satu majlis jamuan,,byk yg atuk ingat semasa majlis ini terutama bila merancangnya..ahhhh,,lupakanlah,,kerana walaupun terdapat perbezaan,,akhirnya kemanisan yg atuk kecapi dlm jamuan ini tiada taranya,,peluang atuk bersama kawan kawan yang kemudiannya akan berpisah,,entah kan jumpa entah kan tidak..mereka yg dari sabah dan sarawak..entah bila kita akan bertemu..kawan kawan,,ampunkan dosa dosa ku..demi allah,,tuhan yang menjadikan alam dan isinya..aku juga merasakan bahawa tiada dosa kalian yang tidak aku maafkan..amin

yusofsipan said...
This comment has been removed by the author.
yusofsipan said...

aku setuju sangat la dgn kau wahai tok azam, aku pun insyaAllah tahun depan akan menjadi 'datuk' kot, hehehe...

... apa yg lebih penting kita terima ler kekawan kita seadanya, tak perlu ler nak fikir dan risau hingga sakit2 kepala, hingga darah naik, hingga meragam perut, buang air tak henti2.... almaklumlah 'enjin' kita semua dah lama, hampir setengah abad dah, dah nak jadi 'antik' pun...

mula2 aku ingat nak komen panjang2, tapi rasanya cukup ler setakat ini, bimbang pulak banyak cakap (tulis) nanti banyak salah, banyak salah banyak ler pula dosa...dah ler pahala amal bakti tak banyak mana!!!

Anonymous said...

tumpang tanya apa dia thanatos dan eros. hamba dah lupa. pelik ya kenapa kita guna istilah yg susah2. adakah dgn istilah tersebut maka kita akan dilabel sbgi org berpendidikan tinggi. makan lama kita belajar makin pelik saya dibuat oleh pensyarah kita. pada saya boleh guna istilah yg mudah tp sengaja disusahkan.
balik cerita hal kwn2 ni, mmg tak habis. kita ni manusia yg lemah. sudah tentu byk salah dari betul yg kita lakukan. itu yg zahiriah belum ambil kira lagi batiniah. bg hamba kwn ni byk kategorinya. kwn yg sebenar adalah kwn yg mampu mengingatkan dan membawa kita kpd Allah. kwn yg lain hanya byg2 aje. nampak dipandang tp hilang apb dipegang. apa nak diherankan. azamboy tak payahlah mike risau memikiornye. selagi manusia ada nafsu amarah dan tidak mampu melemahkannya maka seribu satu ragam dari sifat mazmumah akan dizahirkan.

Anonymous said...

kawan2,,just to share:
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

jumpa ingat..kita selalu buat ke???

Anonymous said...

aku ada byk lagi petua..kome hendak ke?

Anonymous said...

hkyojasalamalaikum,

alhamdulillah pasal jamuan dah pun dapat kata sepakat. sebenarnya apa yang berlaku tu,tak lah menunjukkan group kita berpecah-belah cuma tak satu kepala saja.

keadaan ini pernah kita alami disekolah.apa yg penting kita bermesyuarah, spt apa yang kita lakukan. pada aku lah,ini lah caranya, biar kita bertekak dulu kemudian baru dapat satu resolusi yang terbaik.mungkin kauorang tidak biasa dengan cara ini sebab tu banyak memberi komen mengatakan kumpulan kita retak dan tidak bersatu hati. sebenarnya tidak seperti sangkaan kau orang.mungkin cara sebegini tidak biasa dengan budaya kita sebagai orang melayu.cuba lihat, bagaimana orang jepun atau barat bermesyuarat,mereka lebih telus dan mereka mengeluarkan pendapat tanpa prasangka akan mengecilkan hati sesiapapun.sebad tujuan utama kerana tidak mahu seperti kata perpatah "rumah dah siap , pahat masih berbunyi lagi.dalam bilik mesyuarat mereka bertekak tapi luar bermesra.itu yang kita hendak.kalau masing-masing pendam apa yang hendak dikata maka tidak akan dapat apa-apa keuntungan.

terima kasih pada pak ya yang berani menyuarakan pendapat kawan-kawan yang pengecut,dayus menyuarakan pendapat mereka.berani mengata dibelakang tapi tidak berani menyuarakan secara berdepan.

azamboy, terima kasihlah kerana memberi peringatan tersebut. tapi kalu boleh beri juga sebab musababnya. pada aku kalau nak diperjelaskan secara logik akal bolehlah seperti :
1. tidak sembahyang/ solah
sbg orang islam sembahyang itu tiang ugama.kalau tiang tak kukuh maka seluruh bangunan itu akan runtuh begitu juga dgn diri kita.

2.tidak membaca basmallah ketika makan.
syaitan akan tumpang sekakilah. sebab tu kita lihat orangnya kurus tapi mkn banyak.he,he,he

3. 4. no komen

5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
memangla tak kan tahi atau cicak jatuh pun kita buat2 tak tahu saja dan bedal makan .ingat tak apa yg berlaku di IAB.

6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
hukumnya makhruh...lagipun tempatnya dikhuatiri bernajis.air najis tu akan terpercik dikain kita pula.

7. 8. 9. 10. no komen

11. tidak membersihkan rumah.
rumh akan jadi macam tongkang pecah,jadi habitat haiwan lain pulak menumpang,kan susah.

12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
ya la nanti kotor pula kain kita,guna lah penyapu.sekarang ni orang dah gunakan vaccum la!

13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
eh jangan amalkan.malam kan gelap,mata dah pun tak nampak nanti tersapu segala-galanya.

14. suka tidur di atas muka.
meniaraplah tu.bahaya kepada sistem badan kita,sebab organ penting kita berada disebelah hadapan.takut nampak bontot montok......!

15. no komen

16. menjahit baju yang sedang dipakai.
takut terjahit pada anggota badan lah bahlol!

17. no komen

18. berdiri sambil bercekak pinggang.
takut nampak macam bos yang sombong .

19. tidur tidak memakai baju.
kenapa tak pakai,pakai la...nanti nyamuk mudah gigit,kesejukkan dan nanti mudah saja orang disebelah tu ganggu....! he,he.

20. makan sebelum mandi hadas.
makan biarlah semasa badan tu bersih dan suci.

21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
doa selepas subuh tu mustajab, berdoalah dulu.

22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
bahlol sungguh orang yang membuat begini,penat saja,mana ada siapa lagi kecualilah pasar borong selayang.

23. no komen,tak pernah dengan pun.

24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
anak durhaka sungguh.....?

25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
hoi jangan amalkan,syaitan suka ludah dan kencing kedlm makanan tu.patut la belajar sehingga kini,tapi bengap,periksa bawa peranti.

26. suka memadam pelita dengan nafas.
orang dah tutup pakai suis la

27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
binawe sungguh orang ni,tinaslah dulu kutu tu,nanti kalau dia hidup dia akan merayap kekepala org lain pula.

28. no komen.

29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
takut lemah sahwat,air tu digunakan oleh org lain, tercemar la.

30. memakai seluar sambil berdiri.
duduk la. takut jatuh apabila angkat sebelah kaki.

31. 32. 33. no komen

34. berjalan di antara kambing.
takut jadi atau bau mcm kambing.la tak dak keja cari keja.

35. berjalan di antara dua perempuan.
nanti org kata kasanova pula,timbul fitnah pula.

36. suka mempermainkan janggut.
takut janggut luruh kut.pasal ni kena tanya usup.

37. 38. 39. no komen

40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
kalau dibawah m/hari tu takut sunburn atau kanser kulit.ultra violet tu kan merbahaya.tapi kalau bawah cahaya bulan tu aku tau tau pula, entah2 takut datang bulan kut.

41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
kes tak sopan dak tak hormati arah orang sembahyang.

42. menguap ketika solat.
nanti 2 atau 3 ekor syaitan terjun masuk mulut kut.

43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
kuman nanti masuk mulut,gigi tak kuat sebab tu disarankan kita menggigit sesuata semasa U..uh, U..uh.

itu saja yang boleh aku komen kalau tersilap jangan marah atau dijadikan isu.tak telintas di hati untuk begitu.

baguslah kalau azam boy ada banyak petua, jangan tak amal,mesti amalkan.

yusofsipan said...

terima kasih azam kerana menyebarkan beberapa perkara yg kau petik drp kitab tersebut utk panduan kita bersama, moga2 kita diberi kekuatan utk mengamalkannya, amin.

Anonymous said...

goblog,,gua kagum le sebab lu perihatin,,hehhehehe,,nanti gu sampaikan petua baru..rajin betul you..gua x boleh le perjelas,,sebab tu dlm kitab..lagipun kalu gua jelskan..blog ni tk meriah..betul tak?

Anonymous said...

petua 19..tidur tak pakai baju....gua tidur tak pakai kain..heheheh tak caya tanya usup

yusofsipan said...

assalamualaikum saudara goblog, aku rasa tidak sesuai kau memberi penjelasan mengikut logik akal dan pendapat kau... kitab itu dikarang oleh ulamak muktabar dan penerangannya cukup jelas tak perlu nak ditambah2 lagi dengan logik atau sebab musabab. Banyak perkara yg berkaitan dgn agama yg kita hanya perlu beramal tanpa mengetahui akan sebab musababnya, wallahu'alam.

yusofsipan said...

azam, nape nak tanya aku pulak, bukannya aku tido sebilik dgn kau?
Si Sabri ler yg lebih tau, hehehe...

Anonymous said...

tk azamboy. mudah2an apa yg mike buat 2 mendapat balasan yg setimpal dari Allah.
sdr goblog, bab agama ni tak boleh guna akal. teman setuju dgn ybs. hrp mike dpt terima. jgn nak dilawakkan. tp teman fhm juga maksud mike 2. memang kdg2 dlam agama ni, sesuatu yg dibuat tu ada sebab musababnya

Anonymous said...

ybs dan cenderawasih memanglah dlm hal keugamaan kita tak boleh main pakai hukum logik akal saja.
sebab tu lah dari awal lagi aku dah nyatakan.tapi banyak perkara /petua yg serius diperjelaskan dengan hukum hakamnya. aku pun ada rujuk kitab dan pernah dengar tok-tok guru menyebutnya terutamanya petua no:1,2,5,6,. yg lain cuma amalan pantang larang shj yg diamalkan oleh tok nenek kita.

Anonymous said...

assalamualaikum,
pasai apala kawan2 lain tak jengok2bols kita ni,rindu aku pada komen2kawan2 semua. kerana kerinduan ini maka diruangan in aku ingin menukilkan sebuah sajak untuk renungan kita semua.

MUHASABAH DIRI
Hari demi hari,
Langkah disusun disisi,
Dgn harapan dpt diisi,
Tapi dgn apakah perlu dipenuhi,
adakah dgn hasrat al-hawa yg tiada mati,
atau dgn panduan wahyu-NYA agar diri diredhai

Wahai diri yg selalu sepi,
Kerna tiada usaha mahu mengisi,
bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi,
Basuhlah hati dgn tangisan dipipi,
Yg mengalir sebab terasa jauhnya diri,
bukan kerna impian dunia yg hilang sebentar tadi,

wahai pemilik mulut ini,
Yg sering mengatakan perkara yg jarang dilakukan diri,
Menegur mereka seolah diri bersih suci,
tapi hakikat diri sendiri tiada mahu peduli,
persoalkan lah diri dan hati,
Mampukah diri bertanggungjawab dalam mahkamah Iiahi,
atas kesalahan tiada buat atas teguran tadi,
Dlm tindak-tanduk sehari-hari,
Muhasabahlah diri sendiri wahai diri,
Yang akan berpisah selama lagi,
Dan tiada berjumpa sekian kali.

Anonymous said...

assalamualaikum,
rasa sepi disaat-saat perpisahan ini,membuat aku terpanggil untuk menukilkan sekali lagi puisi untuk buat renungan kekawan. harap maaf sekiranya puisi ini tidak seperti puisi seorang sasterawaan.

ANDAI WAKTU ITU MAMPU AKU TAKLUK

Andai waktu itu mampu aku takluk,
Akan aku setia pada rinduku,
Akan aku seru kawanku,
Menghimbau cinta abadi,
Membunuh prejudis kebencian,

Andai waktu itu mampu aku takluk,
Ingin sekali aku genggam tangan mu,
Biar kawan tahu,
Tidak rela akan kehilanganmu,
walau hanya sekujur bayangmu,

Andai waktu itu mampu aku takluk,
Ingin ku beritakan pada seluruh alam,
Keperitan perpisahan,
Keagungan persahabatan,
Dan selautan rindu ini,
Hanya untukmu kawan,

Andai waktu itu mampu aku takluk,
Akan aku sujud dikakimu,
Memohon jutaan ampun & maaf,
Hanya kerana persahabatan abadi,
hanya kerana merindumu.....!

Anonymous said...

hello...fasa 9 berapa subjek and bila agaknye lapor diri. boring pulak duduk kat skolah ni. hehehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites