Saturday, July 5, 2008

Pindaan/Ralat Kuliah Fasa 8

Salam Sejahtera Rakan2,

Adalah dimaklumkan bahawa Penghulu telah SMS kepada saya pada 5 Julai 2008 jam 2.15 petang menyatakan bahawa KULIAH SEBENAR BERMULA PADA PUKUL 9.00 PAGI PADA 7 JULAI 2008 setelah ada pindaan oleh pensyarah terlibat.
Oleh itu rakan2 diminta abaikan makluman awal sebelum ini. Segala kesulitan yang dihadapi, Penghulu memohon maaf.
Terima kasih.

7 comments:

Anonymous said...

penghulu
sdr telah menghuru-harakan kehidupan saya. apa taknya, saya dah plan nak balik hari Selasa. tiba-tiba kena datang pulak hari Ahad. tugasan saya tak siap lagi ni. anyway tq 4 ur info faris. sdr yusuf n goblog minta maaflah kerana saya mendahului pula menulis dlm blog ini.saya tahu sdr berdua sdg sibuk brief pd isteri2 yg akan ditinggalkan. saya nak cadangkan pd penghulu, fasa ni tak payah adjust jadual. balik lambat pun tak apa. inikan fasa terakhir kita. satu lagi tlg penghulu kosongkan jadual malam jumaat. malam jumaat ni biarlah kita tumpukan pada bacaan Yassin dan berzikrullah.macam tak ada malam lain nak kuliah. minta maaflah saya sensitif bila malam jumaat ni terpaksa dikorbankan hal keduniaan.

Anonymous said...

selamat pagi.
saya setuju dgn cenderawasih agar jadual tak diadjust dan kita tiada kuliah malam jumaat. harap tidak seperti fasa yang lalu, di mana ada ahli group yang balik rabu malam, dan sukar nak buat group work dgn kehadiran penuh. pada pendapat saya, jadual yang disusun oleh penyelaras program memang dah cukup sesuai dgn kita yang hampir 50 tahun ni.

Anonymous said...

TQ faris for ur information.

yg sebenarnya cenderawasih,saya dan sby(usup kut)telah menulis dlm blog ni pada hari jumaat 4 jul.08,mungkis admin telah padam kut komen2 tu. tak apalah.

betui kata hang tu cenderawasih,kami dok sibuk memberi briefing kat yang tersayang.aduhai nak kena pi awai pulak.tapi nak buat macam mana,perjuangan belum selesai !!!.

aku setuju dengan cadangan hang tu,baik kita ikut jadual.tapi alang-alang kalau nak ubah baik ubah tinggal 2 ari saja belajaq, baru berbaloi.

malam jumaat tu malam sunat,tapi malam-malam lain wajib pulak...sby tentu tahu dan fahamkan?

aku harap fasa ni kita pulun betoi2.jumpa esok dikuliah no.

Anonymous said...

assalamualaikum saudara sby,

kenapa saudara usup guna nama samaran sby pulak.kata dulu nak telus tak mau guna nama samaran.ni macam langgar peraturan sendiri.tak takut ka nanti dimakan sumpah dan kena taulah.

tentang ayam kampung panggang tu bisa diatur. tapi ayam kampung macam mana. yg tidok atas pokok ke atau atas flat.

ok lah sby kita jumpa di UPSI nanti.

Anonymous said...

waalaikumussalam ya saudara goblog,

kenapa ler kau ni 'blur' sgt, ybs (bukan sby - mana ntah kau dpt) tu kan singkatan bagi yusof bin sipan bukannya samaran, yg aku dah guna sejak wujudnya blog ini. Nak guna cikguyusof dan ada gambar tu langkahnya panjang sikit, so kalau aku nak cepat guna jer ybs, ada faham ka??? dan jauh sekali berkait dgn langgar peraturan sendiri serta dimakan sumpah dan kena tulah, apa citer ni, tak relevan la....

tentang ayam kampung panggang tu kau jgn ler banyak tanya, nanti jadi mcm kisah kaum bani israel spt dlm surah al-Baqarah tu.


ok, kita jumpa nanti di UPSI, bye, wassalam.

Anonymous said...

assalamualaikum,
waduh gimana sudah lalok la aku ni.sori lah saudara ybs, aku tersasul panggil kau sby.eh,eh, terbalik pulak.
anyhow tak pa kut,orgnya sama.aku baru tanya sikit saja ttg ayam kampung tu ,kau dah banding beza dengan kaum bani israel laknatullah tu.
tu aku belum tanya lagi ttg warnanya,jantan betina,kecik ke besaq, liaq ke jinak,kalau jantan kokoknya macam mana,kalau betina tonggeknya berapa puluh darjah.lari deras ke slow. ha kalau aku buat soalan macam tu,aku ingat hang kena buat kajian tindakan ttg ayam.hantar proposal kpd pensyarah,tentu dapat A, sebab org belum buat lagi.
bila cakap ttg proposal kajian tindakan,baru aku teringat tugasan kita,mcm mana kekawan semua.dah hantaq ke belum?
oklah jumpa sat ni didewan kuliah jam 9.00am.

yusofsipan said...

assalamualaikum,

banyak ler songeh kau pagi2 ni ye goblog...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites