Friday, July 25, 2008

Persiapan Peperiksaan Akhir

Salam dan Selamat Sejahtera Rakan2,

Kuliah kita hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Selepas itu kita akan menghadapi peperiksaan akhir dan seterusnya menamatkan sesi pembelajaran kita selama 2 tahun di UPSI.

Bagaimana dengan persiapan? Dah ada tips2 terbaru? Dah ada soalan2 bocor? Diharap rakan2 dapat berkongsi bersama maklumat2 peperiksaan kita.

Terima kasih.

18 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum kwn2
marilah kita sama2 berdoa mudah2an penghulu kita sihat walafiat dan dpt mengambil peperiksaan akhir. begitu juga teman2 lain mudah2an tiada yg uzur kecuali kaum hawa. teman tak dapat nak kongsi tips sbb teman pun hrp tip dr kwn2. kalau ada sesiapa yg buat peranti canggih, kongsilah dgn member. selamat berjuang.

Anonymous said...

assalamualaikum,
peperiksaan akhir tahun dah hampir tiba. perlulah kita bersama-sama mentelaah nota2 yang ada tu.

cenderawasih janganlah terlalu mengharap kpd peranti aje atau pun soalan spot. nanti dalam ijazah di catat lulus dgn peranti.

walaubagaimanapun usaha itu tangga kejayaan.disaat2 akhir ini aku merasa terpanggil untuk menghasilkan puisi untuk tatapan rakan2 bloggers,harap maaf sekiranya puisi ini tidak sebaik hasil seorang sasterawan.maaf ya.

MUHASABAH DIRI
Hari demi hari,
Langkah disusun disisi,
Dgn harapan dpt diisi,
Tapi dgn apakah perlu dipenuhi,
adakah dgn hasrat al-hawa yg tiada mati,
atau dgn panduan wahyu-NYA agar diri diredhai

Wahai diri yg selalu sepi,
Kerna tiada usaha mahu mengisi,
bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi,
Basuhlah hati dgn tangisan dipipi,
Yg mengalir sebab terasa jauhnya diri,
bukan kerna impian dunia yg hilang sebentar tadi,

wahai pemilik mulut ini,
Yg sering mengatakan perkara yg jarang dilakukan diri,
Menegur mereka seolah diri bersih suci,
tapi hakikat diri sendiri tiada mahu peduli,
persoalkan lah diri dan hati,
Mampukah diri bertanggungjawab dalam mahkamah Iiahi,
atas kesalahan tiada buat atas teguran tadi,
Dlm tindak-tanduk sehari-hari,
Muhasabahlah diri sendiri wahai diri,
Yang akan berpisah selama lagi,
Dan tiada berjumpa sekian kali.

yusofsipan said...
This comment has been removed by the author.
yusofsipan said...

assalamualaikum,

sepertimana biasa, setiap kali menjelang exam aku akan merasa agak gelabah juga, mengapa? Sebab utamanya ialah kerana aku tidak begitu bersedia..... membaca/mengulangkaji pun pada saat2 akhir namun masih mengharapkan keputusan yg baik.....mcm tak tahu malu ler pulak aku ni ye... Anyway, kuucapkan selamat menjalani exam buat semua kekawan, selamat maju jaya!!!

Anonymous said...

assalamualaikum,

saudara ybs,perasaan sebegitu memang lah normal bagi seorang yang normal.aku juga terasa begitu.

rasa apa yg disampaikan oleh pensyarah tidak dapat diingat sepenuhnya.rasa berdebar2 sangat.apakah peperiksaan itu nanti dapat dijawab ataupun tidak.sama2 lah kita berdoa agar aku dan kita semua dapat menjawab, amin.

entah mengapa,rasa sepi disaat-saat perpisahan ini,membuat aku terpanggil untuk menukilkan sekali lagi puisi untuk buat renungan kekawan. harap maaf sekali lagi sekiranya puisi ini tidak seperti puisi seorang sasterawaan.

ANDAI WAKTU ITU MAMPU AKU TAKLUK

Andai waktu itu mampu aku takluk,
Akan aku setia pada rinduku,
Akan aku seru kawan2ku,
Menghimbau cerita abadi,
Membunuh prejudis kebencian,

Andai waktu itu mampu aku takluk,
Ingin sekali aku genggam tangan mereka,
Biar mereka tahu,
Tidak rela akan kehilangann ya,
walau hanya sekujur bayangan,

Andai waktu itu mampu aku takluk,
Ingin ku beritakan pada seluruh alam,
Keperitan perpisahan,
Keagungan persahabatan,
Dan selautan rindu ini,
Hanya untukmu kawan2,

Andai waktu itu mampu aku takluk,
Akan aku sujud dikaki kawan2,
Memohon jutaan ampun & maaf,
Hanya kerana persahabatan abadi,
hanya kerana merindumu...kawan2..!

Anonymous said...

sdr goblog
membaca puisimu
aku semakin celaru
keliru dgn gaya bahasamu
spt kau bukan goblog
spt aku tahu siapa dirimu
termanggu memikirkan
di mana kau menciplaknya
menjadi khazanah milik sendiri
apa yg kau nak buktikan
adakah kau hendak menunjukkan
bahawa kau bukan sebarang goblog
pada saat-saat akhir ini
kau semakin galak bersajak
adakah kau sudah buang tabiat
saudara ybs
aku keliru dgn pendirianmu
tidak berani yakin pada diri sendiri
kau asyik nak delete aje apa
yg telah kau nukilkan.
apakah maksud dirimu.
adakah kau nak membuktikan bahawa
kau adalah insan yg sejati.

Anonymous said...

kita nak exam pada awal ogos ni. kita nak berjamuan pada 30 julai 2008 bersamaan dengan 27 rejab 1429 - israk mikraj. harap, kita tak lupa tentang irak mikraj, tidak asyik nak berseronok dan berhibur saja pada malam tu.

Anonymous said...

assalamualaikum,

aku setuju dgn anonymous,kenapa kita lupa mlm tu mlm israk mikraj.seronok tapi mesti berpada2,jgn dikatakan kita tidak tahu menghormati mlm tersebut.

wahai cenderawasih burung dikayangan,
usahlah kau keliru dan celaru dengan puisi aku ni.
kan aku dah katakan aku bukan seorang sasterawan.
himpunan puisi2 yg lama,
di pinda dan digarap semula
dan diikuti dgn kesusuaiannya.
tak apalah kalau kau masih kelirulagi,
jgn terbawa2 hingga kedewan peperiksaan,
nanti terkeliru kau dibuatnya.

mungkin yg ni kau tidak akan keliru lagi.kokopie ha..! ha..1ha..!

Karektor Manusia Berdasarkan Kentutnya

ORANG TIDAK JUJUR
orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.

ORANG BANGANG
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

ORANG BERWAWASAN LUAS
orang yang tahu bila harus kentut.

ORANG SENGSARA
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.

ORANG MISTERIOUS
orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

ORANG GUGUP
orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau harum.

ORANG SADIS
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

ORANG PEMALU
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri.

ORANG YANG STRATEGIK
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

ORANG BODOH
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar.

ORANG PELIK
orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

ORANG SOMBONG
orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

ORANG RAMAH
orang yang senang mencium kentut orang lain.

ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
orang yang kalau kentut sembunyi.

ORANG AKUATIK
orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk".

ORANG ATLETIK
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

ORANG JUJUR
orang yang mengaku habis kentut.

ORANG PINTAR
orang yang boleh menandai bau kentut orang lain. Nak tambah...

ORANG MALANG
orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi...

kekawan dan cenderawasih yang mana satu kah karektor kau.

Anonymous said...

goblog
utk pengetahuan hangpa, memandangkan cenderawasih adalah burung yg terpilih menjadi impian setiap manusia utk memilikinya. matinya pun masih lagi berbau wangi apatah lagi kalau hidupnya. kerana itulah cenderawasih tidak kentut. minumannya air langit, jadi cenderawasih hanya sendawa sahaja.

Anonymous said...

iye lah tu,

Anonymous said...

assalmualaikum,
buat cenderawasih dan kawan2ku.

Jiwa ku Di Gegar

aduh..
aku keliru...
kata2mu selalu menghantuiku...
setiap nukilanku hanya mushkilnya yang terdampar...
idupku penuh dgn kekeliruan....

aduh...
aku sedar sapa diri ini..
seorg goblog yang tidak sempurna...
ketebalan pedih jiwa menusuk ke sanubariku...
aku keliru aku buntu...

aduh...
pedih jiwa ku belum terubat...
tetapi jiwaku meronta ingin kepastian...
jiwa ku di gegar oleh sang cenderawasih kayangan....
yang hadir sebelum diundang....

aduh...
tuhan tunjukkan padaku....
bukakan jiwa ku yang beku...
aku sedar tidak semua kekawan begitu...
tuhan......
tunjukkanlah kepadaku...
siapa kekawan sebenar.....!!!

yusofsipan said...

......... busuk la kau ni goblog, pergi main jauh2 dgn busuk kentut kau tu!!!

Anonymous said...

Sebaik-baik teman adalah hati

“Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan”

Jika anda tanya diri sendiri anda tentu akan mendapat jawapannya. Tetapi jika anda bertanya secara lebih jujur anda tentu akan mendapat jawapan yang berbeza. Bertanya pada diri sendiri membangkitkan dua jawapan; satu bersumberkan hati kecil dan satu lagi bersumberkan hati besar.
Hati besar akan berkata, “Ah, persetankanlah. Aku bukan baru setahun dua dalam bidang ni. Kalau aku kena pecat pun, aku boleh kerja di mana-mana saja. Setakat kerja di sini apa sangat.”
Jika hati kecil yang ditanya, jawapannya mungkin berbeza. “Alamak, kalaulah betul aku dipecat, memang boleh dapat kerja lain, tapi senangkah nak dapat? Umur dah lanjut, siapa nak ambil orang tua bekerja?”
Diri anda adalah sahabat anda yang paling baik. Tatkala semua orang menolak anda, hati kecil anda masih di situ. Dialah teman tatkala sunyi, tatkala kebinggungan, tatkala gagal mengawal marah, tatkala gembira, ceria mahupun bersedih.
Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat yang terbaik, tetapi anda sendiri lebih tahu apakah nasihat yang paling baik. Terbaik bagi orang belum tentu terbaik bagi anda. Dalam soal ini anda hanya memerlukan teman bicara, dia adalah hati kecil anda sendiri.

Bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat paling setia. Tanyakanlah hati kecil supaya mendapat jawapan yang lebih jujur. Hati besar biasanya penuh dengan ego. Namun, bukan bermakna hati besar tidak berguna, di situlah letaknya booster motivasi. Tanpa ego seseorang lebih rela hidup daif konon takut riak, sombong dan takbur, padahal pemalas. Ego menolak manusia membuktikan sesuatu melangkaui batas keupayaan dia yang sebenar. Itu baik, itu perlu, itu penting.

Orang lain mungkin boleh menjadi sahabat kepada anda, tetapi ingat, diri anda sendiri adalah sahabat yang lebih memahami. Jurunasihat terbaik diri anda adalah diri anda sendiri, lantaran dia lebih memahami anda, dia lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan anda. Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik tetapi diri anda sendiri yang mengetahui sama ada nasihat-nasihat itu sebenar-benarnya baik untuk anda. Bukan semua nasihat yang baik itu dapat dilaksanakan, lantaran anda sahaja yang mengetahui apakah ia sesuai, tepat dan mampu anda gemblengkan tenaga ke arahnya.

Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah anda. Ia mungkin mudah, tetapi cukup berkesan untuk anda. Ia mungkin nasihat-nasihat biasa, tetapi anda mampu melaksanakannya.

Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang terkandung di dalamnya. Manusia bukan dinilai pada wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya. Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran.

Ramai orang menjadi gagal kerana terlalu mengikut rasa hati. Itu berbeza dari suara hati. Rasa hati kerap dibaur oleh rasa tidak puas, rasa tidak dipeduli, malah rasa sakit, sedangkan suara hati adalah teman berbual terutama tatkala anda rasa kesunyian. Suara hati selalunya lebih jujur dalam memperkatakan sesuatu. Apabila ia memberikan pandangan biasanya pandangan itu mengambil kira semua kekurangan dan kelebihan anda. Maka ia adalah sebaik-baik teman.
Suara hati adalah terbaik untuk menentukan hala tujuan. Sama ada yang besar atau yang kecil, kedua-duanya tetap teman. Anda boleh mendapatkan pandangan dan pendapat orang lain, namun bermuafakatlah dengan diri sendiri tatkala hendak menentukan arah tujuan.

Dipetik dari : www.drtuah.com

Anonymous said...

Disaat nak berpisah nie, ramai yang dah jadi puitis terutamanya si goblog nie. tersentuh rasanya hati kecil ini dengan puisi dan kata-kata renungan dari kawan-kawan. Moh! janganlah kau orang bersedih. perpisahan itu bukanlah penamat segala-galanya. kita masih lagi boleh berjumpa dan berbicara dalam blog kalau masing-masing mahu memanfaatkan blog kita kita bina selama ini. Buat masa ini, tumpukan lebih perhatian untuk mentelaah subjek peperiksaan kita ini moga dapat mencapai kejayaan saat-saat akhir kita di sini. Tahniah kepada goblog, cenderawasih, azamboy dan YBS yang tak jemu-jemu mencoretkan isi hati untuk menjayakan blog kita ini.

Anonymous said...

assalamualaikum,

harap kawan-kawan cuba menjawab soalah kaunseling dlm blog soalan peperiksaan.jangan menyesal kalau tak mencubanya.

fidah terima kasih kerana menghayati puisi-puisi aku nie.

Anonymous said...

hai jemunya aku menjalani kuliah pada kali ini. entah apa yg aku dpt. tlglah aku wahai kwn2. jemunya jiwa aku. nak berpuisi mcm goblog aku tak pandai. cepatlah kuliah tamat. aku dah malas sungguh. nak buat mcm prof datuk dr ahmad bajunid tak mampu rasanya. keupayaan manusia tak sama. biarlah aku dgn dunia di kygn. tak ada org boleh jumpa. bila dah mati baru aku turun ke bumi utk rakaman sejarah manusia yg jahil

Anonymous said...

goblog
mlm tadi aku bermimpi diri kamu.2 seolah-olah ternampak bhw dirimu ada misai tanpa janggut. aku rasa kenal sangat dgn dri kamu. jgn lagi kamu hdk menyembunyikan diri.

Anonymous said...

assalamualaikum,
aduhai cenderawasih, usah percsya dengan mainan mimpi tu.terutamanya mimpi disiang hari.
yang kau mimpi tu mungkin saudara aku siGobek kut.
hairan juga ya,aku pun macam pernah termimpi kau, sedang memandu kereta berwarna hitam,pulak tu dimana gigikau?asyik tesongeh,kenapa jang.
insyaalah mlm ni kalau ada kesempatan akan kau ketahui siapa aku.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites