Salam Kepada Rakan2,
Dimaklumkan bahawa KPM telah mengeluarkan surat siaran berhubung cuti tersebut.
Bagi Cuti Berganti dan Peristiwa Hari Raya Aidil Fitri boleh merujuk kepada surat KP(BS/Dsr)201/001/19(IV) bertarikh 9 Julai 2008. Cuti berganti pada 26 Julai dan 9 Ogos 2008.
Bagi Cuti Berganti dan Peristiwa Deepavali boleh merujuk kepada surat KP(BS/Dsr)201/001/19(IO) 9 Julai 2008. Cuti berganti pada 6 September 2008
Untuk lebih kepastiannya boleh layari laman web KPM atau download surat tersebut yang telah saya letak dalam yahoo groups.
Terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
20 comments:
eh, dah nak raya ke? hutang puasa tak abis bayar lagi bang.....hehehe
dah nak puasa rupanya kita. Ya Allah masih adakah kesempatan pd hambaMu ini utk menyambut dan melaksanakan tj sebagai seorang muslim. sdr yusup rupa2nya ada hutang puasa ya. ini mesti hutang puasa dgn fidyh. bayar jgn tak bayar. kan dah cakap bulan puasa mesti tabah iman. tapi hamba faham, org beristeri dua memang begitu byk cabarannya. nasihat teman, byr hutang tu sebelum ramadhan muncul dan tabahkan iman kali ini jika diberi kesempatan oleh Allah utk menjalani ibadah puasa. kalau tidak bertapuk hutang 2. selamat menyambut bulan yg penuh keberkatan ini.
terima kasih sang cenderawasih, sepertimana si goblog, kau juga suka mewar2kan tentang status aku yg beristeri dua... aku tak faham apa tujuan sebenar kau berbuat demikian namun kalau itu menjadi satu jenis kebahagiaan pd kau, terpulanglah....mungkin ada masalah kat 'qalbu' kau tu.
alahai usup,itu kau nak marah,,buat apa buang karan..lantak le.yg syok kamu...yg mengigit jari dema.heheheheh..usah kelahi..
teman sokong ckp azam.sdr ybs yg mike marah sgt teman highlight mike berbini dua 2 nape. mcm ada udang sebalik batu aje. mcm takut rahsia diketahui oleh org lain aje. patutnya mike berbangga yg mana org lain tak leh buat tp mike leh buat. bulan mulia ni jgn marah2 ybs. tak baik nanti cepat tua. kalau kena heart attack kan susah. mcm mana dgn baju raya yg sdh ditempah. azamboy mike nempah baju raya juga thn ni.
aku bukan marah la, nasiihattttttt.........
syukur kepada Allah kerana sejak kita di UPSI, kita tidak mengalami fasa pengajian dalam bulam ramadhan. semoga ruang dan peluang ini dapat digunakan untuk meningkatkan tahap ibadah dan banyakkan ibadah kita, InsyaAllah
TAHUN NI PALING TERUK DLM SEJARAH KEWANGAN AKU,,ANK 4 DI UNIVERSITI.PTPN LAMBAT..JADI MUNGKIN AKU BERHARI RAYA TAPI PAKAI BAJU DAN KAIN LAMA AJE,,KUIH,,AKU BUAT SIKIT SIKIT,,YG LAIN2 TU AKAN MAKAN AJE KUIH DI RUMAH ORANG.BERBUKA PUASA DI MASJID ATAU SURAU,,MANA ADA MOREH AKU PERGI,,TIME TERAWIH AKU HILANG,,DEMA PANGGIL AKU LEBAI KANJI..HEHEHEH
teman ucp tahniah di atas kejayaan anak mike2. ttg kewangan 2 mike tak teruk sgt mcm teman ni. mike ada kemahiran ambil gambar n buat video. so boleh buat income tbhn. teman ni tak ada kemhrn apa. anak teman baru sorg di ipt. tp teman tak pinjam pptn. nanti hdp dia dibeban dgn htg. anak2 yg lain kalau ke ipt nmpknya teman kena buat pinjaman juga mcm mike. pening teman bila memikior hal duit ni. teman nak lelong seluor dlm tak laku. lain le kalau seluar dlm britney spears.
teman ingat nak belajar dari ybs. mcm mana dia maintain bab kew. kata org isteri lebih dari satu ni murah rezeki. mungkin teman nak tambah serog lagi, mudah2an murah rezeki. diberi kelapangan oleh Allah dlm bab kew. nii. apa pendapat kwn.2
Isy...isy...isy...!
Seronolnya kalian membicarakan soal beristeri dua ni ye! Hey, sensitif ler sikit dengan kami kaum hawa ni. Mungkin pada awak kaum lelaki begitu teruja bila tiba bab ni, tapi bagi kami agak sayu dan terkilan. Kita boleh berbangga mengatakan dah jodoh tapi , tak semua isteri tega, gembira dan rela berkongsi kasih. Permainan bicara secara gurauan ni pun kadangkala melukakan kami seolah-olah isteri satu yang setia tu kurang bernilai hingga sanggup nak mencari lagi untuk tambah nilai. Udah-udah le
tu !
Assalamualaikum,
Maafkan saya melati putih, di atas keterlanjuran kata dan bicara, bukan niat hendak mempersenda atau menyakiti hati sesiapa terutamanya kaum hawa. Saya begitu menyanjungi dan memuliakan kaum hawa seperti yg dituntut agama kerana ibu saya pun adalah seorang wanita! Namun persoalan poligami ini memang menuntut keterbukaan fikrah di antara kita walaupun kelihatannya seperti lebih menyebelahi kaum bapa. Apa yang lebih utama dan menjadi asas yang mesti difikir dan diusahakan ialah kebahagiaan hidup kita di dunia dan di akhirat dengan kita benar2 beriman dan mentaati segala perintah Allah SWT dengan cara yg telah ditunjukkan oleh Nabi SAW. Wallahualam, terima kasih, wassalam.
aduhai melati putih...
oleh kerana teman ni kaum lelaki maka teman sokng pdpt ybs 100%. bab jodoh ni ssh nak cite. walau bagaimana kita usahakan sekalipun kalau dah bkn jodoh kita tak akan berlaku. tp kalau itulah suratan di loh mahfuz, biar seluruh isi dunia menentang ia tetap akan berlaku kerana itulah yg dikatakan ketentuan Ilahi. Maka kita sebgai org yg mengaku beriman kena 'sami'na wa ato'na'. biar betapa pedih,betapa dlm luka di hati. kalau tak mahu terima takut2 iman dan islam melayang. wp org lelaki dari segi tabiinya kalau boleh nak kahwin lebih dari satu tp berapa ramai sgt yg buat begitu. Mengapa.. ada yg tak sampai hati, kasihan tgk isteri n mcm alasan2. ada yg tak dpt anak pun tak mahu kahwin lain. sdgkan nabi bagi tahu dah, lebih baik kahwin dgn hamba yg hitam tp boleh bagi zuriat dri isteri yg cantik bak bidadari tp tak boleh lahirkan zuriat. nabi kata ada 3 perkara yg bertuah di dunia ini. satu rumah yg bertuah selalu dikunjungi oleh tetamu, 2 kuda yg bertuah laju larinya dan 3 isteri yg bertuah byk anaknya.
Kawan2...di mana sebenarnya kita letakkan nilai atau kebahgian d dalam hidup kita??? very subjektifkan? lain padang,lain belalang,,lain org lain ragamnya..sebagai manusia kita meletakkan taarif kepuasan hidup di pelbagai peringkat,,ada orang ras puas bila ada byk bini,,macam aku,,memang teringin tapi aku tak mampu melukakan hati isteri yang terlalu baik,,isteri yang sanggup membasuh berak kencing ibu ku,,aku sangat terhutang budi padanya..dan satu yang maha penting,,ALLAH TIDAK MENGUJI AKU DGN DUGAAN INI YANG BELUM TENTU MAMPU AKU MENGHADAPINYA, ..ORG BERKAHWIN DUA,TIGA ATAU EMPAT ADALAH MEREKA YANG TERPILIH OLEH ALLAH,,,BUKAN MUDAH MENANGANI KERENAH ISTERI2 JIKA TIADA KESABARAN DAN IMAN.. aku bangga dgn mereka yang mampu berbuat sedemikian, sebagaimana aku bangga melihat ayah ku yang berkahwin 3..aku sebagai anak belum mampu mengikut jejaknya..apalah nak di polemikkan kerana masalah kawin dua tiga atau empat ialah masalah yang biasa dalam masyarakat,,yg penting bagaimana kita menghasilkan kualiti yang baik dlm perkahwinan kita,,hubungan yang baik,,kerukunan yang tiada taranya,,,kebahagian berkeluarga yang aman dan damai..aku punyai 18 abang dan kakak,,aku yang paling manja dgn mereka,,aku juga punyai 3 emak yang menyayangi aku..kini,,ayah,,ibu aku telah tiada..malah abg2 dan kakak2 byk yang telah pergi...so,,punyai isteri isteri dan anak anak yang ramai,,pada ku adalah satu kebahgiaan.di tambah lagi jika anak anak kita mampu menyumbangkan peranan yang bermakna untuk bangsa, negara dan agama..nikmat dunia ini terlalu sedikit jika dibandingkan dgn akhirat...betul tak?
sejak akhir2 ni, komen daripada azamboy menyentuh rasa menikam kalbu. tak macam dulu - gila2. kan bagus gitu.
sangatlah betul azamboy, seluruh nikmat di dunia ini hanyalah ibarat setitis daripada air selautan, dan lautan yang luas itu adalah nikmat di akhirat....
sebab sebab berubah.
1.aku sayangkan kome
2.rasa tak sanggup berpisah dgn kome
3.aku dah tua
4.umur dah tak panjang
5.iyo kome kenangkan aku sebab manusia ini memag unik.
Apa kabar kawan2...ini aku sertakan lagi satu petikan untuk tatapan dan komen
Assalammualaikum / Salam Sejahtera,
Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya” (QS Al Anbiyaa’ 26-28)
Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci’” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2. Orang yang duduk menunggu shalat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Shahih Muslim no. 469)
3. Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalm shaf).
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu” (Shahih Bukhari no. 782)
6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia’” (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)
7. Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan ‘ashar secara berjama’ah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat ‘ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat ‘ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’” (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)
9. Orang - orang yang berinfak.
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’” (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
10. Orang yang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11. Orang yang menjenguk orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh” (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)
12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain” (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
terima kasih azamboy, tapi macam tak larat ler pulak aku nak membacanya kerana panjang...
Post a Comment