Monday, July 7, 2008

Bicara Julai 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan2,

Kita telah memasuki bulan Julai dan juga fasa 8. Tentu ia mengujakan kerana ini merupakan fasa terakhir kita. Fasa yang akan terus meninggalkan kenangan indah, manis dan pahit yang mengingatkan kita kepada sejarah dan kisah silam. Walau bagaimanapun kehidupan dan perjuangan perlu diteruskan. Usah patah semangat dan kecewa kerana itu adalah sifat orang yang lemah.

So, apa yang perlu dilakukan ialah terus berbicara di dalam blog ini supaya segala perbincangan akan menjadi suatu tempat percambahan fikiran.

Terima kasih.

42 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

kekawan, aku kembali ke upsi utk fasa akhir ini dalam keadaan hati dan perasaan yg bercampurbaur antara gembira dan sedih... rasa gembira kerana pengajian kita akan tamat namun sedih mengenangkan yg kita akan berpisah. rasa sukar utk menghadapi kenyataan dan hakikat bahawa kita akan berpisah setelah lebih dari 3 tahun kita bersama, sejak pertemuan di puncak genting pada tahun 2005 dulu.... masihkah kau ingat???

huhuhu, sedih.....

yusofsipan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

assalammualaikum..
ybs, tak payahlah sdr sedih ttg perpisahan. itu janji Allah. setiap yg baru ada permulaan dan ada noktahnya.just lalui sahaja hidup ini seadanya. apa yg penting kita sama2 lalui fasa akhir ini dgn semangat setiakawan. kalau pensyarah bagi pilihan topik, jgn berebut nak yg mudah bagi kump. kita. kita buat cara org dewasa dan sbagai pemimpin yg bijak mengurus.
author jgnlah delete komen kwn2. walaupun sensitif, pada saya tak apa. kita kena berani menghadapi komen yg tidak sesuai dgn selera kita.

Anonymous said...

assalamualaikum..
janganlah bersedih ybs,walaupun kita akan berpisah selepas ni.kita masih ada ruangan blog ni untuk berhubung.kawe harap faris teruskan dengan blog ni.
cenderawasih kawe setuju sangat dengan pendapat mu tu.faris pulak jange dok pade komen2 kawan-kawan,biar lah mereka melepaskan apa yang mereka nak lepaskan.kita terima saja sebagai rangsange.
kawe nak bagi cadange ttg jamuae kite tu.apakata kita buat diGenting di IAB.kite bermale di IAB.jamuae kite buat di Awana atau pun kalau tak cukup bajet, kita buat didewan make IAB.make bawal.....lagi. apa macae cadange kawe tu.

Anonymous said...

Salam,
Cenderawasih dan goblog, maaf kerana nak maklumkan bahawa saya tak delete komen rakan2. Yang delete ialah owner komen itu sendiri. Sekian dimaklumkan. TK.

yusofsipan said...

Assalamualaikum,

Betul la kata faris tu, deleted comment tu aku yg punya dan aku sendiri yg men'delete'nya, saja... sbb bila aku baca semula komen tu tak bape sedap jer bunyinye dan utk mengelakan daripada timbulnya implikasi yg tidak diingini maka baik ler aku segera men'delete'nya.

Sekian adanya, terima kasih.

Anonymous said...

salam sejahtera
goblog saya setuju nak buat di awana. cuma yg saya tak setuju atau was2 ialah bab makan. siapa yg berani jamin makanan di situ halal dan disediakan oleh org islam. maklumlah makan di hotel. segala bangsa ada di sana. jadi sudah tentu makanan pun bercampur baur. siapa yg nak check. kalau sdr goblog atau ybs berani jamin, aku setuju.
pada penghulu atau penyelaras sdri norizam pilihlah tpt yg private sikit, spy perpisahan kita ni lebih bermakna. korbanlah sikit masa dan wang. tanpa pengorbanan kita tak akan dapat yg terbaik. mmglah kalau nak senang kita buat di tpt lama. tp tak private, bkn group kita shj yg ada di sana. kecuali kita booking mlm tersebut hanya group kita shj. tp byr lebihlah. terpulanglah pd jk yg dilantik. sy dan kwn2 ikut mana yg baik.
cite2 ni sy teringat pd sdr sy iaitu rajawali, mana perginya sdr sy ni. rindu pula sy pd ceritanya. muncullah wahai sdrku rajawali. sdr ybs n goblog juga ternanti2.
ybs mcm mana caranya nak delete apa yg kita dah buat. jgn kedekut ilmu. mudahlah kerja author.

Anonymous said...

dari lenggok bahasa dan gaya penulisan, cenderawasih adalah rajawali.

Anonymous said...

assalamualaikum,

terkilat ikan diair aku dah tahu jantan betinanya.Memang sah benar cenderawasih tu adalah rajawali.aku memang saja perangkap dengan isu makan dihotel.dulu pun rajawali memang pernah komen tentang makan dihotel.

kalau tak nak buat diawana, kita buat didewan makan iab genting,cater sama toke dia.aku pun rindu nak makan bawal goreng iab dan lepak-lepak dengan member digothong jaya tu.itu pun kalau ajk boleh arrange.

usup kalau kau nak delete, tak apa, kerana kalau tak delete nanti panjang berjela komen2 tu.tapi biarlah komen2 tu sehingga 3 atau 4hari.kamu usup mungkin tak sedap dengar,tapi kekawan mungkin lain pulak.aku percaya mungkin kekawan lain mungkin terhibur membacanya.bukan apa,saja nak geletek hati kekawan saja.kesian kat faris tak pasal-pasal dia kena tuduh.ajar aku sama cara nak delete ni.pasal ayam kampung tak jadi hal.

tadi pagi semasa makan dikedai,aku terdengar member berbicara tentang siapa tu goblog dan cenderawasih.aku buat2 bodo saja.tak perlulah nak bincang.tapi lambat laun akan ketahui juga sekiranya termasuk perangkap macam cenderawasih tu.walaubagaimanapun aku mesti berwaspada...!aku harap kawan aku yang seorang tu jangan pecah rahsia,kerana dia memang pandai buat analisis tentang komen2yang aku tulis.
oklah selamat berblog.sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga rajawali(cenderawasih).aku memang tupai yang main ditanah...!

Anonymous said...

Assalamualaikum.

aku dah tak kisah dah siapakah di sebalik nama rajawali ke cenderawasih ke goblog ke, sapa2 ke, lantak korang ler... malas nak pening2 memikirnya, buang karan jer...

cenderawasih, maaf ler... aku tak berani nak jamin yg makanan kat mana2 hotel tu adalah halal, mana ler kita tahu, kalau setakat bertanya tentu ler pihak hotel kata halal. Halal cara dia ler...

ttg majlis perpisahan, pada aku apa yg terpenting ialah majlis itu sendiri. Tempat dan makanan adalah perkara sampingan. Kita boleh buat di mana2 sahaja asalkan majlis itu tercapai tujuan dan maksudnya. Tak perlulah kita nak menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit yg banyak, berpada2 la...
So, aku cadangkan kita buat majlis tu di mana2 tempat sekitar Tg Malim jer...

Cenderawasih dan goblog, kalau nak belajar datang ler jumpa aku, ke aku yg kena pegi jumpa korang? Lazimnya, murid yg mencari guru kan? So, sendiri mahu ingat la... Bukannya aku sombong atau kedekut ilmu, kita masing2 banyak urusan dan sentiasa sibuk.... Kalau betul kau nak belajar, datang la jumpa aku... ke korang tak mahu dikenali? Hai, susah ler kalau macam ni....sukati korang ler....tak kuasa aku nak melayannyer....

Terima kasih, wassalam.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

terima kasihlah saudara ybs kerana sudi nak ajar. tapi buat masa sekarang memang kita sibuk.kau pun nampak sibuk memanjang, atau buat-buat sibuk.

cenderawasih pun tengah sibuk juga ke? jengah-jengah lah laman blog ni....sekali sekala je beri komen.

perpisahan memang tak dapat dielak.walaubagaimanapun kita masih boleh berbicara dilaman blog ni.harap-harap faris boleh teruskan laman dia ni.maklumlah dia kan admin blog ini. jauh di mata tapi masih dekat dihati....!!!

ok lah dah larut pagi ni.hati kata mau teruuus jaga,tapi apa mau buat mata kata sudahlah, pi tiduuuur.

Anonymous said...

kita syukur dapat habiskan pengajian bulan ogos ni, kalau tak silap nam hari bulan. kita buat kenduri kesyukuran bersama orang kampung ke, anak-anak yatim ke dengan orang kurang upaya ke. kita ajak dia orang sertai kita atau kita sertai dia orang. kita keluar sedekah sikit atau sedekah banyak bagi yang mampu tu,,,, hulur banyak le... mudah-mudahan derma ini diberkati ilahi. Kat hotel kita pernah buat dah, kat resort kita dah buat dah.

Anonymous said...

assalamualaikum,

wah! ada ahli baru.selamat datang ninja.hait modeska? cadangan kau tu pun bagus juga.ada berunsur kebajikan,adala pahala.

kali ni aku nak cadang rkita buat jamuan sambil buat kebajikan, seperti buat jamuan dirumah anak-anak yatim atau gotong royong dirumah orang2 tua.kita juga boleh menghiburkan golongan ini sambil buat kebajikan pulak.bakat menghibur memang kump. kita ada.

oklah kita berblog lagi.aku tulis blog ni pun dalam keta.susah bergoyang2 pula.

yusofsipan said...

selamat datang ninja, tahniah kerana berkesempatan utk menjengah dan menulis komen di blog ini. Teruskan amalan yg sihat ini.

Satu cadangan yg baik dan bermanfaat utk orang lain dan diri kita sendiri jugak. Aku sokong!

Anonymous said...

Salam,
Tidak kira siapa atau nama betul atau nama samaran, sumbanglah sesuatu yang bermakna dan mencabar minda dalam segala bidang. Isu-isu semasa atau isu-isu seharian yang menggerak minda adalah amat dialu-alukan. Begitu juga dengan perkongsian ilmu. Oleh itu kepada sesiapa yang membaca blog ini marilah sama-sama menyumbang idea dan minda. Kepada ahli-ahli baru dan lama, selamat berblog dan yang lebih penting apabila kita berblog perlulah kita beretika.
Terima kasih.

Anonymous said...

salam kepada semua; sama ada yang sudah bersama keluarga atau yang berada di kolej.buat masa ini kita sibuk dengan kuliah, projek 3 dan assignment, di samping nak lihat juga persediaan sekolah untuk calon upsr 2008. saya masih ingat pesanan pengarah, dalam masa yang singkat ini, kita masih sempat untuk membuat penambahbaikan, jangan tension, kenalpasti murid near miss cemerlang dan near miss lulus.harap2, semuanya ini, kita dapat lalui dengan baik.

Anonymous said...

assalammualaikum
sdr goblog, ybs, ninja turtle n rkn2 sekuliah

sy minta jasa baik anda sekalian. jgn serkap jarang. iaitu jgn kaitkan sy dgn rajawali. wp kami sama bangsa tp etnik yg berbeza. jgnlah kerana makanan maka sy disamakan dgn rajawali. sbgi org Islam sy juga sensitif pemakanan yg sy ambil. perkara ni mmg jadi tj kita semua sbgi umat N. Muhammad saw. cuma rajawali blhlah dikatakan sbgi pelopor kpd isu ini.
sy tertarik dgn sdr goblog yg menyatakan diri sbgi tupai atas tanah. kalau tupai atas tanah, bknnya tupai tp musang. patutlah sdr arif sangat bab ayam hingga ybs tak larat nak layan.
bab jamuan, sy malas dah nak komen. sy ikut aje mana jk putuskan.
sbgi menyahut seruan author yg meminta kita berbincang cara ilmiah maka di sini saya nak cadangkan kita tubuhkan koperasi bgi kohort kita ni.dgn dana yg terkumpul kita boleh beli harta tanah, pinjaman tergempar dll. sy ingat azam n pak ya boleh menguruskan perkara ini. dia org byk pengalaman. setakat ni dulu.

Anonymous said...

Tentang januan akhir fasa tu, janganlah kita cerewet sangat. Kesian dekat pengerusi jamuan tu. Dahlah buat kerja secara sukarela, kena kutuk pulak tu... Kita bagi peluang dekat dia. Minggu ni pun dia nak survey tempat-tempat yang sesuai. nanti dia khabarlah hasil survey dia tu. Kita pilihlah yang mana sesuai. jangan kita buat keputusan untuk mengadakan jamuan tu atas kafetaria kolej zaaba sudahlah. Tak syok!

Anonymous said...

aku kesiannnnnn dan saaaaaaayang la kat semua orang fidah!!!

selamat kembali
setelah lama menyepi diri
ke mana kau pergi
kami di sini ternanti2???

selamat maju jaya fidah!!!

kembara kelana said...

assalammmualikum dan salam sejahtera, maaf kerana mengganggu perbincangan kawan kawan dari kumpulan b, hamba ni dari kumpulan a, namun atas nama persahabatn yang pernah terjalin dan atas nama insan sesama islam. tiada beza antara kita dan tiada gap yang perlu kita pertahankan. cuma kebetulan yang membataskan kesempatan bersama. di upsi, semakin terenggang kerana jadual kuliah yang padat dan sengaja di intensifkan demi kebahgiaan masing masing. lantaran itu hamba memberanikan diri menjengah khabar dan berbisik salam kepada semua kawan kawan di sebelah.

mujurlah tajuk blog faris ni agak terbuka dan tidak tertutup.

dengan salam keizinan tadi saya mulakan bicara mewakili diri saya dan semua kawan kawan di kumpulan a memohon ampun dan maaf pada tersalah bicara, tergores kata, tersilap menduga dan persepsi selama kita berkawan dan bersama. kerenggangan yang terjadi antara dua kumpulan adalah kerana keadaan bukan kerana kemahuan dan kerelaan. namun kita semua tahu, kita adalah satu kumpulan yang bersama sama menempuh suka dan duka dari IAb hingga ke UPSI... halalkan makan dan minum dan maaf zahir dan bathin.

meski ada yang rapat..contohnya...sopi, awal dan pirzan adalah satu rumah dengan aku ..azam tetap melucukan walau dimana dia berad, sobri, yusof, mail, joni dan geng lelaki semua masih rapat sebab satu asrama dan satu tempat kediaman...geng perempuan... maafkan saya.. kadang kadang kenal tapi tak ingat nama...yang biasa bergurau macam mak dara (maznun) tu ingat sangatlah..atau vinie yang lain dari yang lain tu...sure tak lupa.. mujurlah ada inisiatif usop sipan membuat DIYAK dalam blognya..maka kenalan itu menjadi lebih berimformasi...maaf aje lah. Rasanya situasi yang sama juga dipihak sana... contoh nak tanya kiah...kenal tak mohamad zainal abidin? atau nak tanya maznun...nun kau kenal tak lau siew tuan? hehehehe...kita serupa..


kedua
saya dan kawan kawn semua mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan dari kumpulan b semasa kita bersama..banyak dan tidak terhingga,kita saling bantu membantu mengumpul maklumat dan bertukar maklumat...sebab tugasan kumppulan b biasanya lebih bermutu dan berkualiti..terima kasih banyak banyak...

akhir kalam bikhairi wa ssalam.. harap faris dapat linkkan ke blog saya kerana banyak maklumat kumpulan A terkumpul disana. manalah tau anak anak kita esok perlukan pertolongan..dont worry..hubungi sahaja dan insya allah akan dibantu.

perpisahan kita di fasa lapan ini sebenarnya adalah satu permulaan kepada perkenalan dan keakraban yang lebih hebat dan tulus.

salam hormat
YUSOF MOHAMAD
PENGHULU KUMP A
soprompin@yahoo.com
waibim@gmail.com
http://ppgbupsikohot5a.blogspot.com/
salam manis penuh mesra untuk kumpulan b yang dihormati

PPGB Kohort 5 UPSI said...

Salam,
Terima kasih kepada saudara Yusof Penghulu Kumpulan A kerana sudi menjengah blog Kumpulan B. Bagi kumpulan B, tidak menjadi masalah sekiranya sesiapa dari kumpulan A untuk turut sama memberikan komen, pandangan, pendapat dan memberi idea yang bernas supaya dapat kita berkongsi bersama.
Lebih utama adalah agar perhubungan sesama kita tidak akan putus dan berkekalan walaupun sehingga tamat pada bulan Ogos ini. Rangkaian atau jaringan ini perlu diteruskan kerana ia merupakan satu nostalgia yang tidak akan terpadam sampai bila2 pun. Manalah tahu mungkin ada diantara kita nanti akan menjadi atau mencapai satu peringkat yang lebih tinggi dalam kerjaya ini maka bolehlah kita tolong menolong sesama kita.
Selamat menyertai blog kepada ahli kumpulan A.
Terima kasih.

PPGB Kohort 5 UPSI said...

Salam,
Saudara Yusof Rompin, sekiranya sudi bolehlah masuk ke dalam Yahoo Groups Kumpulan B di alamat :
http://groups.yahoo.com/group/ppgb5upsi/

Langkah 1 - sila sign in untuk masuk.

Langkah 2 - sila ambil menu data base

Langkah 3 - ambil buku telefon lengkap kumpulan A dan masukkan maklumat perhubungan kumpulan A

Sekian, terima kasih.

yusofsipan said...

sof rompin, selamat datang ke blog ppgb5 kumpulan B. Panjang dah langkah kau ye, namun ke mana2 pun kau melangkah pergi blog aku jangan sesekali dilupakan!!!

yusofsipan said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kekawan semua, aku ada projek baru dlm blog aku bersempena dgn perpisahan kita yg semakin hampir. Aku namakan diyak (dia yang kukenal). Aku akan beri persepsi/pandangan/pendapat ttg korang, mungkin ada yg tak suka, geram, marah, terasa, tersinggung, terluka atau tercedera, namun bukan itu niat aku. Sekelumit pun takde niat utk menyakiti sesiapa, kalau ianya berlaku maka sangat2 ler aku kesali dan dgn rendah diri dan buat sekian kalinya aku tidak akan jemu2 untuk menyusun jejari nan sepuluh memohon kemaafan drp kalian.

Sudi2kan ler menjengah blog aku yg tidak seberapa itu.

sekian, terima kasih, wassalam.

Anonymous said...

Aku dah baca korang punya komen.Pejam celik-pejam celik rupanya kita dah hampir ke penghujung destinasi.Apa pun aku mohon bebanyak maaf di atas keterlanjuran bahasa dan apa jua yang boleh menyebabkan hati terguris luka.

Anonymous said...

Ybs,tolong buatkan sajak untuk perpisahan kita kali ini.Aku tahu Ybs boleh cipta untuk kita semua

Anonymous said...

assalamualaikum,

selamat datang kepada blogger baru. usup rompin dan kekawan lain.bolehlah kita bertukar-tukar komen.

kpd saudara sby,baguslah kau dah buat laman blog diyak.tapi aku nampak dalam ruangan tu banyak diyak-diyak pompuan je,mana diyak lelaki.... takkan dah pupus kut atau pun kau tu memang banyak mengenali pompuan daripada lelaki.

kpd cenderawasih aku mohon maaf sekiranya tekaan aku silap.tentang jamuan tu kita serahlah kepada ajk menentukan tempatnya.kita dah beri empowerment kepada mereka,pandai2 lah mereka set yang terbaik.

kepada faris, sekiranya semasa berblog komen saya tidak beretika, saya memohon maaf.segala komen2 tu ,tidak terlintas di hati untuk melanggar etika,saja untuk mengusik-usik kekawan untuk memberi respon.kalau terlalu skima mungkin mereka tak ingin untuk respon.kadang2 komen tu saja nak provok bloggers lain untuk menjawab,baru la seronok.

sekian wassalam.

yusofsipan said...

anonymous,

aku memang minat jugak bersajak, kau masih ingatkah di IAB dulu aku masuk pertandingan dgn mendeklamasikan sajak "Atuk Merdeka" ??? Namun utk mengubah sajak tak dapat ler aku nak memberi jaminan yg aku boleh menghasilkannya. Nanti aku cubalah....kalau ada kesempatan.

Anonymous said...

assalamualaikum,
usup kenapa tak respon soalan aku tentang diyak lelaki tu? kau saja nak ngelak ke?

sedih aku kerana sekarang ni kau tak respon pun blog yang aku komen.aku harap kau tak ambil hati apa yang ditulis tu.kalau semua dah tak suka,mungkin aku akan menghilang macam rajawali.....!!

yusofsipan said...

Assalamualaikum,

Wahai saudara goblog, pertamanya, kau masih tersilap memanggil aku dgn nama singkatan sby, sepatutnya ybs!

Keduanya, aku kira kau agak prejudis, kurang teliti dan tidak berhati2 apabila kau mengatakan bahawa banyak diyak-diyak pompuan je,mana diyak lelaki.... takkan dah pupus kut atau pun kau tu memang banyak mengenali pompuan daripada lelaki..... memang ler aku lom sempat utk paparkan semua kekawan kita tapi cuba kau lihat kembali siapa dia diyak 1 hingga 5 dan diyak 12 hingga 15.

Aku mengenali semua orang dan tidak timbul isu bahawa aku hanya banyak mengenali pompuan daripada lelaki. Berhati2lah membuat pernyataan!

yusofsipan said...

assalamualaikum,

wahai goblog, jangan ler cepat sgt nak menuduh yg aku saja nak ngelak memberi respon ttg diyak lelaki tu. Kau post komen pada jam 1.51 pagi, abeh kau nak aku respon bila, kul 2 pagi??? Kau ingat aku takde keje lain ke selain ngadap dan melayan blog jer... rasional ler sikit....

pagi ni, lepas balik dari surau aku terus jengah blog dan telah pun beri komen. Aku tak ambil hati pun dan tidak akan mudah patah hati sepertimana si rajawali yg terus menghilangkan diri...kalau kau nak ikut jejak langkah si rajawali tu, terpulang... sbb kau pun lagak macam si rajawali jugak yg takut nak menggunakan nama sebenar!!!

Kalau benar2 kau ikhlas memberi komen dan pendapat di sini goblog, aku cabar kau menggunakan nama sebenar, isytiharkan sapa kau sebenarnya, jangan asyik nak berselindung di sebalik nama samaran.

Aku bukan nak marah2 namun aku bersedia utk respon ke atas setiap provokasi yg ditujukan kpd aku.

Selamat terus berblog!!!

kembara kelana said...

esok kami akan mendapat taklimat isu isu perundangan dalam pendidikan bersama Penasihat Undang Undang KPM Pn Maslina..ada apa apa soalan nak dibawa? sila respon before 11.30 pm boleh aku carry forwardkan ke sana.
kedua TERIMA KASIH PADA ADLI DAN ABU yang membantu dalam mendapatkan tempat dan pakej makan tengahari

salam hormat

yusofsipan said...

Aku cadangkan satu isu sof;

Dalam isu ibu bapa mendakwa pihak sekolah, antara kesalahan pihak sekolah/guru ialah tidak berperanan sepertimana dlm istilah 'in loco parentis'. Masalahnya, hampir semua guru di sekolah sama ada tidak pernah didedahkan dgn konsep ini atau pun langsung tidak pernah mendengarnya. Di peringkat Kursus Perguruan pun tidak dibuat pendedahan. Hanya mereka (terutama pihak pentadbir sekolah) yang menghadiri Kursus Perundangan pendidikan yang mendapat sedikit sebanyak pendedahan ini. Masalah ini perlu diberi perhatian, terima kasih, wassalam.

Anonymous said...

assalamualaikum,

saudara ybs(sby),tak kan lari gunung dikejor,lambat laun aku akan dedahkan siapa lah aku ini.insan yang kerdil dimuka bumi ini kalau nak dibandingkan dengan kau.

akan tiba masa dan hari yang sesuai akan aku kabarkan...!kalu pkl 2 pagi pun jawab lah,kan kau tu tidor dgn komputer..???!!!.

kpa sang kembara kelana,aku nak kau tanyakaan tentang kecuaian pendidikan di msia.apakah ada kes-kes sebegini yang telah dibawa ke mahkamah.berapa % ibu bapa berpeluang untuk mendapat ganti rugi kalau boleh dibuktikan kecuaian guru menyebankan anak mereka mendapat kecederaan intelek.

apakah liabiliti vikarius juga dikenakan kepada pentadbir apabila berlaku kes-kes sebegini.adakah kem.pel akan melindungi pihak sekolah dan juga guru2.adakah gantirugi yang dikenakan akan dipotong dari wang pencen apabila seseorang itu telah pencen.apakah peluang untuk mengelak dari disaman oleh ibu bapa.

kepada saudara ybs, dah jadi tugas kamu sebagai pentadbir untuk mendedahkan kepada guru2 kamu tu tentang kecuaian guru dan kecuaian pendidikan.kamu kan dah belajor, bila lagi nak aplikasikannya.aku cadangkan kamu dedahkan sedikit- sedikit semasa mesyuarat guru,baru la mereka faham dan tak pening kepala.ingat jangan nak mengertak dan menakut2kan mereka pula. aku dah pun melaksanakannya.

Anonymous said...

assalammualaikum kwn2.
izinkan teman menyusun bicara. rasanya lama sudah teman menyepi dari arus perdana. rasa tak ketahuan pula teman apb menjauhkan diri dari arus perdana.
tahniah pada sdr goblog yg masih lagi mampu menggunakan istilah2 perundangan dlm bicara ilmu. nampaknya sdr bukan goblog tp bitara. teman rasa mcm kenal aje dgn sdr. mungkin ngri kita bersempadan. teman rasa sdr mesti melewati daerah teman jika hdk blk kg.
teman nak ajukan satu soalan utk didebatkan oleh org yg prihatin. soalan teman ialah sejauhmana isteri2 sekarang setia dgn suaminya. byk sgt yg didengar, dilihat dan dibaca akan kebiadaban seorg yg bergelar isteri. sangat menakutkan. apa tidaknya. ada yg berakhir diranjang dgn jantan lain. si suami sangka isterinya seorg solehah.

Anonymous said...

????????????????????

Anonymous said...

Terkedu juga saya membawa coretan yang diutarakan oleh cenderawasih. Bukan semua wanita yang sering menduakan suaminya malah lebih banyak suami yang menduakan isteri mereka masing-masing. Dalam profesion perguruan ni, mana ade perempuan yang berlaku curang kepada suaminya. Kalau adapun sikit sangat.Itupun kekadang tu terdapat kekurangan pada orang lelaki yang depa sendiri tak mengakuinya. Itulah sebabnya...... Pada saya minta dijauhkan malaikat.Moga allah sentiasa melindungi dari perbuatan terkutuk itu.

Anonymous said...

asalamualaikum'

cenderawasih, aku nak bagi tahu adakah negeri aku bersempadan dengan negeri engkau,aku pun tak tahu sebab engkau tak nyatakan negeri engkau....???

fidah aku setuju dengan kau.lelaki bukan sahaja mendua malah mentiga dan mengempat....!!!

cenderawasih, sebab tulah Rasulallah telah memberi garis panduan dalam memilih calon isteri.salah satunya ialah memilih isteri yang beragama dan berketurunan baik-baik.rupa paras diletakkan paling akhir sekali.

kalaulah semua lelaki mengikut panduan ini,masalah isteri berlaku curang tidak akan berlaku.ini tak rupa paras diletakkan yang paling utama.sudah menjadi tanggungjawab sang suami untuk mendidik isteri dalam keagamaan.

sang suami pula mestilah seseorang yg beriman juga,perlu belajar hal-hal keagamaan.buatlah master dimasjid2 atau disurau2.nafkah zahir dan BATIIN perlulah mencukupi.

persoalan engkau tu menakutkan,nauzubillah minzalik minta dijauhkan perkara-perkara berikut dari menimpa umat islam dan diri kita.

eh macam baca khutbah pulak,cukuplah setakat ni.

usup kau memang arif,tlg beri komen sat.

Anonymous said...

aduhhhhhhhhhhhhhhhhh..argggggghhhhhhhhhggggggggggggggggggg aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Anonymous said...

azamboi, apa kena dengan kome?awak ingat kome ni terlebih makan asamboi la? sakit perut ke?
nang boi tinang,koi boti koi.

kembara kelana said...

maafkan saya sebab tak dapat baca pesanan kawan kawan sebelum pergi taklimat dgn Penasihat Undang Undang KPM semalam sebab tak dapat masuk internet.

namun begitu saya akan berikan amat email PUU KPM dan kawn2 boleh menghantar masalah yang dihadapi kepada dia

maslah hendaklah jelas dan tidak kelam kabut. ikut fakta undang undang....

salam

Anonymous said...

Sof, nape kau tak berikan teruskan alamat email tu kat sini. Hai, nak kena tunggu masa lain ler pulak....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites