Salam rakan2,
Petang tadi saya dihubungi oleh Saudara Pirzan yang ingin mendapatkan kepastian sama ada BRP dan Sijil Peperiksaan Am Kerajaan perlu dihantar atau tidak. Saya menyatakan jika tak yakin, boleh hubungi SPP. Selepas menghubungi SPP, beliau menelefon saya kembali dan menyatakan bahawa BRP perlu dihantar dan perlu sertakan juga Kew 8 pergerakan gaji terakhir untuk disemak oleh SPP. Keputusan Sijil Peperiksaan Am Kerajaan adalah urusan di JPN nanti untuk pengesahan dalam jawatan. Jika tiada PAK, kenalah menghadiri kursus induksi.
Oleh itu, rakan2 diharap peka dan mengambil tindakan terhadap makluman yang diberi. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pirzan yang mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat.
Seterusnya saya juga dihubungi oleh Saudari Rofidah berkaitan surat penempatan dan dimaklumkan bahawa Kedah masih belum dapat. Saya nyatakan bahawa saya sudah memberitahu saudara Khalil supaya mengambil tindakan proaktif. Saya minta saudari Rofidah menghubungi JPN Kedah dahulu bagi mendapatkan kepastian, selepas itu baru contact KPM. Kelantan tiada dalam makluman saya sama ada dah dapat atau belum surat penempatan kerana masih menyepikan diri. Setakat ini negeri2 lain dahpun selesai.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
8 comments:
kew 8 nak jg ye. esok minta dgn kerani.tq faris
mekasih pirzan dan faris....
hepi besday buat pirzan, moga kuat iman, panjang umur dan murah rezeki!!!
ybs..tk kerana ko ingat pd tarikh lahir aku. makin tua n makin dekat ke kubur. amal tak seberapa, dosa sentiasa bertambah.
dlm kita sibuk nak mohon pelantikan ni, kena ingat juga persiapan kita utk kembali pd Allah, tpt yg kekal abadi, tpt untung dan rugi seseorg.
Selamat harijadi En pirzan. Baguslah pirzan, dalam kita nak mengejar DG41 ,kita tak lupa persiapan utk ke akhirat.Aku pun dah bertambah sedar so akupun tengah buat persiapan utk pergi Umrah pada 10hb june ini. doakan semuga ibadat aku diterima dan selamat sejahtera kami sekeluarga.Disini aku ambil kesempatan utk mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa terhadap kawan2.
NON
non..
moga ko n keluarga diberi kesihatan n dpt ke tanah suci pd tarikh yg dinyatakan. tak semua org berpeluang ke sana.
Non, kalau di izinkan Allah kita jumpa disana ye.Aku bertolak pada 7 jun ini bersama keluarga,InsyaAllah.
kew 8 tu yang salinan ke( yang akhir buat utk dga38) dh hntr ke kewangan jadi ada 1 salinan di sekolah boleh ke. tapisan keselamatn jpn saya bagi 2 borang je, semua geng penang dpt 2 borang setiap sorang.macamana tu.
utk firzan slmt hari jadi ke....,moga dipanjangkan umur di murahkan rezeki.kpd non sekeluarga dan anonymous sekeluarga moga perjalan pergi dn balik serta ibadat di sana mendapat rahmatNYA.
Post a Comment