Thursday, April 22, 2010

Remaja mangsa rogol derita, pensil di dalam kemaluan

Petikan berita ini memang memeranjatkan. Apa yang memeranjatkan bukannya kerana mangsa dan juga pelaku tetapi bagaimana kejadian itu boleh berlaku di dalam kelas dan di sekolah pula tu. Tak ada ke guru atau pengawal keselamatan? Mengapa murid boleh masuk ke kawasan sekolah selepas waktu persekolahan? Banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan. Diharap kita semua mengambil ikhtibar di atas kejadian ini kerana apa yang berlaku di dalam kawasan sekolah adalah tanggungjawab kita.

KUALA LUMPUR 21 April - Seorang pelajar tingkatan dua bukan sahaja dirogol rakannya, tetapi terpaksa menanggung kesakitan setelah suspek memasuk dan meninggalkan pensil di dalam kemaluannya.

Ia bagaimanapun disedari hanya setelah mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang dekat sini, sebagai sebahagian prosedur siasatan polis.

Hasil pemeriksaan, doktor menemui pensil berukuran empat sentimeter tersebut di dalam kemaluan gadis berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pemeriksaan sama turut mengesahkan gadis itu telah hamil sebulan.

Katanya, pengesahan kehamilan tersebut sekali gus membongkar bahawa mangsa telah dirogol oleh pelajar lain sebelum itu.

"Mangsa telah dirogol sebanyak dua kali sebelum ini dan kali ketiga pada minggu lalu apabila dirogol di dalam kelas.

"Dalam kejadian terbaru, perbuatan itu dilakukan oleh suspek dengan dilindungi rakan-rakannya yang membuat bulatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan seorang pelajar berusia 14 tahun telah dirogol rakan sebayanya di dalam kelas di sebuah sekolah menengah dekat Rawang, Selasa lalu.

Kisah itu didedahkan oleh mangsa yang menghuni sebuah rumah kebajikan kepada pengasuh sebelum laporan polis dibuat.

Berikutan itu, seorang pelajar telah ditahan reman bermula kelmarin sehingga 26 April ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Rosly memberitahu, dalam kejadian pertama, mangsa dirogol pelajar lain di tepi padang sekolah, namun perkara itu disembunyikan mangsa kerana khuatir tidak dibenarkan bersekolah lagi.

Menurutnya, berikutan maklumat baru itu, pihaknya menahan enam lagi pelajar sekolah tersebut yang kesemuanya berusia 14 tahun petang ini.

Katanya, mereka ditahan kerana disyaki terlibat merogol dan bersubahat dalam kejadian tersebut.

Jelasnya, polis akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap bayi tersebut selepas ia dilahirkan bagi mengetahui bapanya.

5 comments:

mpmn said...

pertama aku rasa mangsa dan pemangsa adalah budak melayu. tak retilah aku nak cakap bdk2 skrg. seolah2nya skrg ni org dah takut pd undang2 yg ada. org melayu (islam) sekarng ni lebih teruk dari zmn jahiliah. zmn jahiliah dulu hya bunuh anak perempuan dan ditanam. zmn skrg tak kira jantina dan buang merata-rata.

zorro said...

itu kes yg telah dilaporkan.... banyak lagi kes2 yg tak dilaporkan yg berlaku didlm kawasan sekolah..

bebudak sekarang ni mmg tak takut kpd sesiapa pun.kurang pend agama punca masalah ini.

agaknya budak perempuan tu pun sama gatalnya.kebanyakkan bebudak dari rumah kebajikan mempunyai masalah displin yg teruk.beberapa org rakan gb yg mempunyai bebudak spt ini yg mengatakannya.mereka ini biasanya terbiar......tapi ada juga yg bagus dan berdisplin.

ini masalah negara...kita semua mesti zaaaaaaaaappppppp sesiapa yg bersalah dlm hal ini.serius ni.....

a.z.n.e.e said...

dasatnye bebudak skrg... xtau lagi pd ms akan dtg mcmner...

jon said...

budak2 skrg jauh ke depan.benda2 yg dibuatnya tak terfikir dek akal kita.advance... kreatif tu.
apa pun kita sentiasa berawas.kena baca kemungkinan2 yg akan berlaku..ni kena masuk dlm ilmu perguruan nanti..subjek baru

prof.ingin tahu said...

Eh knapa dia masukkan pensil? Agaknya dia ingat itu kotak pensil la.

Kena ada matapelajaran baru ke?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites