Salam rakan2,
Pada petang tadi saya berkesempatan untuk mencari maklumat dan menyelesaikan kemelut yang kita hadapi dengan pergi sendiri ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). Sesampai di sana saya bernasib baik kerana dapat berjumpa dengan En Wan Roslan iaitu KPP Sektor Sekolah Rendah ini dan bersama-sama dengannya mencari maklumat. Pada awalnya macam 'missing in action' aje kerana tak jumpa. Saya mengambil kesempatan menelefon semula Cik Rosaliza dan dia menyatakan telah menyerahkan senarai nama tersebut menerusi serahan tangan ke BPSH. Dah kebetulan saya menelefon di BPSH, lantas saya terus menyerahkan gagang telefon kepada kerani yang disebutkannya sebentar tadi. Dari situ unsur salah menyalah dapat diselesaikan dan perkara itu dapat dijelaskan dan keluarlah surat yang dicari tersebut.
Surat tersebut rupa2nya telah diambil tindakan dan dihantar ke JPN masing2 KP(BPSH/SPSR)401/02/008/Jld.6(11) pada 9 April 2010. Kita tidak akan dapat melihat surat ini kerana ia dialamatkan untuk tindakan JPN sahaja. JPN akan mengeluarkan satu surat khas seperti yang telah rakan2 kita terima (Anas, Yusof dan Kharudin). Walau bagaimanapun ia melibatkan negeri Pahang, Melaka, Johor, Sarawak, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan serta Sabah sebelum ini. Bagi negeri Sabah (Anas) surat pindaan tarikh kuatkuasa perlantikan akan dipinda ke 5 Oktober 2010 juga. Bagi rakan2 di Pahang dan Perak yang dah terima, mungkin JPN akan membuat pembetulan surat arahan penempatan (JPN Pahang dan Perak telah proaktif).
Bagi rakan2 dari negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, P.Pinang dan WP Kuala Lumpur, anda diminta menghubungi BPSM segera kerana menurut BPSH hanya senarai yang dihantar oleh BPSM ke BPSH yang akan dikeluarkan surat penempatan. Ini bermakna senarai nama anda masih tersangkut di BPSM.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
19 comments:
tq faris, kami akn tel n find out
TQ faris.....akan usaha menalipon utk mengetahui hal yg sebenar....
skrg ni aku konfuse mana satu aku nak zaaaaaapppp ni. jpn ke atawa bpsm.bpsh ke ?
mcm ni kalu jpn aku ler yg lembab, huhu....
Saya dah tanya JPN saya dan dia akan keluarkan minggu depan.Allahamdulillah.
Tq faris,leas percakapan kita tadi..l minta k.kiah wakil KL dan semua utk ambil tindakan pada cik puan kita tuu.
l tgh nak call Tan sri Dr Ibrahim joned pasal kahwin anak dia.
tq again.
NON
T. kasih Cikgu Faris atas usaha dan makluman selama ini. Kita tunggu berapa cepat JPN Selangor kita boleh bertindak.. (nafsiah hussin)
non,
apasal bab kahwin keluar pulak dalam entri ni.ada kena mengena ke? sapa nak kahwin....en.abang ke ? bagus la kalu beri izin kpdnya,isteri mithali la ko ni..... heheeeeeeee
maaf kalu aku ter Zzzaaaaaaaappppppp
salam, saya tel bsm, dan di maklumkan surat telah hantar ke jpn bulan 3 lagi. jadi kul 11.30 tel unit sekolah rendah ckap dgn kerani dn tanya tentang surat- duk o ek o ek, saya kta saya telah tel.bsm dan bsm kta dah hntr, baru dia kta dah terima surat tawaran tapi surat penempatan di urus oleh unit naik pangkat. ni betul2 marah, minggu lepas tel kata belum skg bangau oh bangau bsm kata dah. diam dia.tel pula unit naik pangkat kerani jawab bila tanya dia kata kami kena buat ke- mangkuku betul, jadi sya minta ckap dengan ketua unit nasib baik dia bersuara lembut(lelak nama pun hamid sama nama arwah tk jadi nak marah)- jadi dgn lembut akau tanya dia kta surat penempatan pengarah kena tandatangan, insyallah minggu depan.aku pun merayu la minta cepat sb kawan2 negeri lain dah dapat.dia kta pengarah ttgn je dia kan tel suruh ambil. ai entahlah yang kerja tu orang ke "kera" ni.geram.mahani tel saya dia dah p mengamuk semalam dia ambil surat tawaran dulu.
apa punya lembab jpn ko zalila....
dah le lembab ,cuba nak kelentong pula....ini la akan terjadi kalau kita kurang maklumat...
dia dah tersalah zzaaaaapppp org la..ko Zaaaapppppp mereka tu cukup2 biar mereka tahu sapa Gb penang.
yg mami mahani ni pun satu,pi ambil seorg2 buat apa? ajak la kawan/ geng penang ramai2 pi zaaaappppp.
mana pergi itu binzain...dah lama tak muncul2.tak balik mekah lagi ke?
org penang jgn pening ko ZAAAAAPPPPP sama lu punya JPNPP.
kekawan,
alhamdulillah, aku baru terima surat penempatan dr jpn johor sebentar tadi dgn tarikh berkuatkuasa penempatan adalah pada 05 Oktober 2009.
jpn penang memang bengap. kena pangil zorro zaaap. mahani tel aku kata dia p ambil, aku pun tel jpn unit srek.rendah. mula2 aku buat2 tanya, dia nak klentong kata belum terima g, aku pun kta bsm kta dah hantar bulan 3 dan kawan aku tu dah p ambil semalam( sini sebut kelmarin) , apa lagi o ek o ek la, baru dia kta surat penempatan belum g, .aku pun marah juga, kta ni mcm mana bangau o bangau la,aku terus minta sapa sediakan surat penempatan, terdengar dia menjerit nama pegawai, dan dia pas pada pegawai- lelaki,ingat aku cair kut. aku pun tanya macamana ni, negeri lain semua dah dapat, penang pun sorang dah ambil yang lain macamna,. dia pun kta baru sampai lah dll.aku terus cakap nak p ambil petang ni, dai kta boleh tapi surat penempatan belum ada, takpa aku kta p unit naik pangkat tengok macamana- jumpa pengarah pun takpa( acahje). tapi malangnya aku tak dapat p- akutel che lah(group a0 sebab dia biasa kerja di jpn p, kmdn aku tel binzain emm, dia tanya macamana - aku kata hari isnin hang pula tel.biar ramai2 ghehodak perut depa.baru depa tau mami sapa.
ko tel pun la aku zalila....biar aku pergi sama zaaaaaappppppp perut mereka tapi knape nak zaaaapppp perut,, bhg lain tak de ke?
aku mmg suka zaaaap mengezaaaaappp ni. heeeheheeee
zorro kau ni asik zappp je sana sini.nanti terlupa kau zapp diri kau sendiri hahaha
zaaaaaapppppp diri sendiri tak mungkin kut. tapi tak ziiiipppp kadangkala ada le. heeehehhehehee
sambil2 kau zappppppp tu kau zipkan juga hehehe
jon n ybs ko selalu tak ziiiippppkan?
kalau selalu tak zip nanti kena zaaaapppp kan. heheheheheh
zalila n or penang. mamu ni dok kasian dgn hang pa. sabar jelah. lambat laun akan dpt gak.
mamu ingatlah org di jpn tu mamuk laut belaka.
binzain tak muncul jgn pelik. dia selalu pakai topeng org lain. mamu mmg dah lama kenal dia. lagu mana dia menyamar, mamu mmg kenal na.
mamak, mamu , nana tolong sat, tolong chek dgn kawan2 di penang.hai apa la malang nasib. tdi binzain tel dia p jpn penang p unit sek rendah depa bagi tau dia surat tawaran adala, surat penempatan depa kta dah hnatr surat pd bhg harian sek untuk penempatan. betul ke lagu tu. faris tolong sat.surat penempatan mesti ada surat tu yg di hantar kpd pengarah kmdn baru pengarah buat surat iringan ke mai pd kami.pening pening. ni depa nak rasa tsunami kut. mamu, zorro hampa p zaap sat.zapp perut apa2 yang boleh.kalu kita silap sikit pot pet pot pet kita kena.tang depa , mcm2 depa bagi alasan. nanti sat .jumaat ni mami pula p terkam, tengok apa pula depa nak bilang..eeeeeeeee
Zalila,
seperti yang telah dinyatakan bahawa surat tawaran pelantikan memang BPSM dh hantar ke JPN. Masalahnya JPN tak boleh keluar surat penempatan selagi BPSH tak keluarkan surat tu.
Seperti yang telah saya tulis dalam entri blog ini, saya telah ke BPSH dan BPSH menyatakan bahawa mereka tak terima lagi dari BPSM bagi negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, P.Pinang dan WP Kuala Lumpur. Sebab tu salinan surat yang saya lampirkan dalam blog ini tidak terdapat senarai negeri2 tu. Sebab tu saya minta U all contact BPSM sama ada dia dh hantar ke BPSH atau tidak?
Itu sahaja makluman. TK.
Post a Comment