Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Wednesday, January 27, 2010

High Performance School (Sekolah Berprestasi Tinggi)

KRITERIA PEMILIHAN
  • Pencapaian akademik yang cemerlang
  • Melahirkan personaliti unggul
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negaa
FAEDAH
  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran
  • Memanjangkan waktu persekolahan
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat)
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik,
20 BUAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Sekolah Berasrama Penuh
1. Sekolah Tun Fatimah, JB
2. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. SM Sultan Abdul Halim, Jitra
6. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
8. SM Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. SM Sains Muzaffar Syah, Melaka

Sekolah Menengah Harian
11. SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya
12. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
13. SMK Sultanah Asma, Alor Setar
14. SMK (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah Rendah
15. SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
16. SK Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
17. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur
18. SK Zainab 2, Kota Bharu
19. SK Convent Kota, Taiping
20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru


SLAID MAKLUMAT HPS















Senarai 20 buah SBT telahpun diuar-uarkan. Bagaimana dengan semangat rakan2? Adakah tahun 2011 adalah giliran sekolah kita? Pastinya rakan2 mempunyai semangat yang tinggi tetapi kudrat tidak seberapa. Walau apapun, usah berputus asa dan jika ada cita2 untuk menjadi SBT, usaha dari sekarang adalah amat perlu.

Tahniah kepada 20 buah sekolah yang telah tersenarai.

Tuesday, January 19, 2010

Jemputan Kahwin Hajah Norishah Pada 30 Januari 2010



Salam rakan2,
Dah terlalu ramai tak sabar2 untuk menatap kad jemputan perkahwinan ini dan hari ini saya gagahkan untuk scan dan masukkan dalam entri blog kumpulan kita. Mengikut maklumat kad jemputan ini adalah seperti berikut :

Tarikh :
30 Januari 2010 (Sabtu)

Alamat :
No. 6565, Jalan Pernu 2, KM 11
75460 Kampung Pernu, Melaka


Atur Cara Majlis :
11.00 pagi hingga 4.00 petang

Rakan2 semua dijemput hadir ke majlis tersebut. Terutama saudara Yusof Sipan kita yang tak sabar2.
Selamat menghadirinya dan diharap rakan2 dapat menyebarkannya kepada mereka yang jarang atau tidak menjengah blog ini.
Sekian, terima kasih.

Monday, January 18, 2010

Taklimat NKRA

Sekarang adalah musim semua Pengetua dan Guru Besar diberikan taklimat NKRA oleh pihak JPN. Di samping itu juga semua Pengetua dan Guru Besar perlu melafazkan Bai'ah atau New Deal mereka. Bagi negeri Selangor, aku telah menghadirinya hari ini dan satu sesi lagi pada hari esok bagi daerah2 lain.
Bersama2 taklimat tadi telah diselitkan ucapan oleh Tan Sri KPPM yang sudi meluangkan masa untuk menyampaikan ucapannya yang mengambil masa lebih kurang hampir 1 jam juga. Apa yang aku musykilkan adalah slogan 1Malaysia yang diutarakan oleh Tan Sri KPPM, sama ada baru atau dipinda atau ada kesilapan. Jika baru, mustahil aku rasakan, kalau dipinda takkanlah sewenang-wenangnya dipinda dan jika tersilap siapa pula yang buat kesilapan? Tan Sri KPPM hanya membawa powerpoint yang ditayangkan tetapi seolah2 dia sendiri tak menyedari kesilapan itu. Slogan yang dibacakan ialah :

RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN
setahu kita semua
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Cubalah rakan2 fikirkan sendiri.

Aku agak tertarik dengan ungkapan yang diberitahu oleh Tan Sri KPPM yang boleh dikatakan selari dengan hasrat KPM. Beliau menyatakan bahawa bagi mewujudkan keselarian dengan konsep 1Malaysia, beliau mengutarakan slogan berikut :

PELAJAR DIDAHULUKAN, KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN

Pastinya kita perlu memahami dan menyelami maksud yang hendak disampaikan oleh beliau. Nampaknya ucapan Tan Sri KPPM kali ini lebih banyak tertumpu kepada motto dan slogan2 dengan kupasannya berkisar dalam dunia pendidikan itu sendiri.

Selamat BerBai'ah atau New Deal kepada semua rakan2 seperjuangan.

Wednesday, January 13, 2010

Bantuan Makanan Asrama (BMA) Menjadi 240 hari

Rakan2,

Isu berkaitan Bantuan Makanan Asrama (BMA) dah selesai kerana peningkatan bilangan hari kepada 240 hari daripada 200 hari sebelum ini. Alhamdulillah kerana sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa yang anak2nya tinggal di asrama. Bukannya bilangan hari rasanya yang menjadi pertikaian tetapi kesan di sebaliknya iaitu dimana peningkatan kos kepada ibu bapa yang perlu membawa anak balik setiap hujung minggu yang meliputi tambang perjalanan dan masa terutama jika rumah jauh dari asrama.

Sila klik hyperlink di bawah untuk melihat surat pekeliling tersebut :

Surat Dasar BMA

Sedikit sebanyak beberapa perkara boleh diperbincangkan kerana keputusan adalah di tangan penggubal dasar. Inilah bahananya apabila bukan orang pendidikan yang menerajui beberapa bahagian di KPM yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan pengalaman berada di sekolah, mengurus sekolah dan menghadapi situasi ini di sekolah. Keputusannya tidak akan melihat dalam skop yang meluas berasaskan pengalaman mengurus sekolah dan asrama terutamanya. Sama2lah kita renung dan fikirkan, rakan2 perlu melihat dan berjuang bahawa kitalah yang telah mengalami dan mempelajari pengurusan pendidikan menjadi peneraju serta memperjuangkan kredebiliti diri kita. Sama2lah kita menunjukkan dan menyakinkan semua pihak bahawa lulusan pengurusan pendidikan dan NPQH adalah pengurus terbaik.

Terima kasih.

Thursday, January 7, 2010

Program Orientasi Sekolah Untuk Guru KPLI

Sama ada ini adalah arahan KPM/JPN/PPD, apa yang pasti kita telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program orientasi untuk guru2 KPLI yang posting di sekolah kita dan menghantar laporan pelaksanaannya kepada pihak PPD. Jika sebelum ini dilaksanakan oleh JPN tetapi nampaknya tanggungjawab itu telah diserahkan kepada pihak sekolah berserta dengan kertas kerja, kandungan program dan borang pelaporan serta dihantar sebelum 15 Januari 2010. Pelaksanaannya adalah di bawah tanggungjawab LADAP selama 1 hari.
Oleh itu, rakan2 jangan lupa masukkannya dalam SKT bagi LNPT tahun ini. Disinilah konsep permuafakatan sekolah boleh dilaksanakan dengan mengumpul guru2 baru KPLI dari beberapa sekolah untuk program tersebut. Ataupun rakan2 mempunyai idea2 lain yang lebih efektif. Semoga rakan2 boleh menjayakan program ini dengan sebaiknya.

Terima kasih.

Monday, January 4, 2010

Muktamad Penggal Persekolahan 2010

Salam rakan2,

Terdapat banyak kekeliruan yang berlaku berhubung dengan penggal persekolahan tahun 2010. Pada permulaannya surat pekeliling yang diwartakan 14 Ogos 2009 telah menetapkan penggal persekolahan tetapi telah dipinda melalui pekeliling bertarikh 7 Disember 2009.

Keputusan muktamad penggal persekolahan telah diwartakan mengikut pekeliling bertarikh 14 Ogos 2009 seperti pekeliling pembatalan pindaannya yang bertarikh 17 Disember 2009.

Sila rujuk surat yang dirangkaikan di bawah :

Surat Pekeliling Penggal Persekolahan

Apa yang hendak diutarakan di sini ialah betapa pentingnya seseorang pegawai yang berpengalaman perlu ditempatkan di sesuatu tempat mengikut pengalaman bertugas. Saya mengenali mereka yang ditempatkan di Unit Dasar, BPSH tu kebanyakannya adalah orang baru yang pengalaman mengajar baru setahun jagung, tidak pernah bertugas di PPD atau JPN, tidak pernah menjadi pentadbir, tidak pernah menguruskan sesuatu yang besar dan tidak pernah memikir implikasi. Pendek kata, pengalaman bertugas memainkan peranan penting ke arah keputusan yang tepat dan keputusan yang tepat terletak kepada nasihat pegawai2 berpengalaman kerana pihak atasan akan mendengar nasihat tersebut. Jika nasihat yang diberi adalah salah, maka natijahnya seperti yang ditempuhi sekarang. Oleh itu, rakan2 fikirkanlah.

Terima kasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites