Wednesday, December 2, 2009

Pertukaran dan Penempatan Guru

Sebelum pembukaan sesi persekolahan tahun 2010, pertukaran keluar dan masuk guru-guru akan dan telah berlaku. Begitu juga dengan penempatan guru-guru baru. Apa yang penting untuk kebajikan mereka ialah segala tuntutan perjalanan atau perpindahan perlu diselesaikan segera pada tahun 2009 juga kerana tiada peruntukan pada tahun 2010. Sebab itu penempatan dan pertukaran mereka berkuatkuasa pada 1 Disember.
Dalam menerima mereka di sekolah kita, apa yang pasti rakan2 rujuk kembali konsep pengurusan sumber manusia yang dipelajari sewaktu di UPSI yang melibatkan proses orientasi, sosialisasi dan seterusnya.
Selamat Merancang Bagi Tahun 2010

22 comments:

noris said...

Assalamualaikum
Sekolah saya juga ada guru baru yang masuk.Masalahnya sekarang guru dah berlebih 2 orang.Saya beritahu PPD ,dia kata tumpangkan dulu sementara ada sekolah baru yang akan dibuka pada Jun nanti.Ini yang pening nak buatkan jadual.

yusofsipan said...

aku dpt seorang GSTT siswazah, dia sepatutnya lapor diri pd 16 nov, dia dah dtg tp masa tu surat lom ada. Apabila surat dah ada dia sedang ikuti KDC pulak....

Faris said...

Noris dan Cop,
Begitulah dalam musim hujung tahun ni. Sekolah saya pula setakat ni 3 orang guru bertukar keluar dan 16 orang (8 dari luar negeri dan 8 dalam daerah) guru bertukar masuk. Ini mungkin bermakna permohonan buka 9 kelas lagi lulus agaknya walaupun tak ada hitam putih dari PPD lagi. Nanti guru saya akan menjadi 90 orang daripada 75 orang sekarang. Banyak kerja nak kena buat ni.

yusofsipan said...

ramai guru ko tu faris, ko boleh ingat ke semua nama diorang tu? ke yg nama guru2 pompuan jer yg ko ingat? hahaha.... aritu kan ko kata guru sekolah ko ramai pompuan kan kan

Faris said...

Cop,
Ramai tu memang ramai. Guru yang dah lama tu memang dah boleh ingat namanya. Cuma guru-guru baru aje yang susah sikit nak ingat tak kira lelaki atau perempuan. Tak ada gender bias Cop.

mpmn said...

sape dah buat p.point utk mesy awal th? aku nak pinjam. terutamanya dari gb yg telah menghasilkan kptsn cemerlang.

Anonymous said...

MPMN, mintalah dari GB Cemerlang yang telah diiktiraf sebelum ini. Kalau masih tidak dilantik sebagai GB Cemerlang, orang kata tak ada umph lagi.
Wahai GB Cemerlang, bantulah kami yang tak diiktiraf cemerlang ni.

kak kiah said...

Faris,
cikgu kita yang keluar boleh klim kat sekolah kita ke atau sekolah baru mereka...?

Faris said...

Kak Kiah,
Cikgu yang bertukar keluar, prosedur kewangan adalah klim melalui peruntukan ibu pejabat asal. Ini bermakna dia klim di sekolah asal mereka. Salah satu sebab kenapa tarikh pertukaran berkuatkuasa 1 Disember ialah bagi membolehkan klim dibuat pada tahun ini juga kerana dijangka peruntukan tahun depan tak ada atau berkurangan. Bagi guru yang dipostingkan, klim dia di sekolah yang dipostingkan.
Terima kasih.

valar said...

saya dah 13 thn di sek ini dan minta pertukaran cos i need a change ke sek baru yg dekat dgn rumah tapi semua guru dtg ke bilik sy dan menangis dan minta sy tinggal di sek ini shj. sy blm terima surat kalau lembaga pengurus tahu mereka pun mesti rasa sedih. sy rasa serba salah.di sek ini sy ini di comfort zone. pls give ur opinion.

yusofsipan said...

valar,
kalau berdasarkan kpd tempoh masa yg sudah agak lama di situ, sewajarnyalah u mohon bertukar ke sekolah lain.... beritahu pd semua yg sgt syg kat u tu, "kalau kamu betol2 syg kat sy, kamu kena rela melepaskan sy bertukar!"

mpmn said...

valar...

lama sangat tu. jemu lama2. eloklah tukar. biar seribu org melutut pd u n menangis tak berhenti, kptsn utk bertkr mesti tetap tak berganjak.

tapi... tahniah. org syg pd u. vivikananda adalah sek yg i praktikal selama 2 minggu.

mpmn said...

faris...

bila nak dpt pelantikan kita ni. cuba kau teropong sikit.

ita/noi/non/noris/kby dll...

pinjam le p.point utk mesy guru. aku tak de idealah.

Faris said...

Valar,
I think U better transfer to another school. 13 years is to long. Pekeliling JPA mencadangkan job rotation must should done setiap 5 tahun. Suggestion I adalah U pergi ke sekolah yang berprestasi rendah dan bangunkan semula sekolah tersebut sebagai cabaran kepimpinan kita. Thats all my opinion Valar. Good luck to you.

Faris said...

Pirzan,
Aku dah letih nak teropong. Harap2 bersabar ajelah.

noris said...

mpmn,mesy guru pertama kamu terangkan tentang NKRA.aku ada power point yang diberi masa kursus GB.6 perkara NKRA .Target KPM 2010.

mpmn said...

noris...

tlg email kat aku. blh aku studi ape bendenya nkra tu. tak le nanti aku terlopong kalau ditya org.

noris said...

mpmn,takkan JPN kamu tak terangkan lagi kepada semua GB tentang NKRA.Ini misi negara.KPM nak capai mulai 2010.

noi said...

Salam,
Untuk Valar. lebih baik bertukar semasa orang sayangkan kita dan masa kegemilangan. Ini adalah cara terbaik untuk kita keluar cara yang terhormat. Jika dah dibenci tentu kita malu untuk meninggalkan mereka dan untuk melepaskan diri dari masalah. Carilah tempat yang lebih mencabar seperti kata mpmn. Berkata berdasarkan pengalaman.

Untuk rakan-rakan yang lain selamat bercuti tapi kerja makin banyak kerana sekolah semakin hampir untuk bermula sesi 2010. Tahniah semua...

yusofsipan said...

aku setuju noi, apa omputih kata tu, " better stop while the iron is still hot...." hehehe

valar said...

terima ksih kawan-kawan. sy pun ingin perubahan harap akan terima surat.
happy holidays

mpmn said...

mana pegi kekasih aku aiyang dah lama tak nampak?

noi apa yg patut kongsi dgn aku tu, pas2 le.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites