Wednesday, October 21, 2009

Tawaran Perlantikan DG41

Salam rakan2,
Saya dihubungi oleh Saudara Haji Sabri yang memaklumkan bahawa tarikh surat tawaran perlantikan ke DG41 adalah pada 30 November 2009. Lantas saya menyemak dan ianya sama dengan Haji Sabri. Paparan semakan adalah seperti di bawah.


Rakan2 boleh melakukan semakan dengan klik hyperlink di bawah.

Semakan Permohonan Melalui e-permohonan

Ribuan terima kasih di atas kesetiaan Haji Sabri menyemak saban hari siang dan malam tanpa mengenal jemu. Haji Sabri kirim salam kepada semua rakan2. Jangan marah ye Haji Sabri.

Saya juga telah bertanya dengan BPSM, KPM dalam entri terawal sebelum ini dan kemungkinan besar tarikh perlantikan rasmi kita adalah pada 1 Oktober 2009. Tahniah kepada kita semua kerana ada kohort lebih awal dari kita masih terumbang ambing.

TQ

22 comments:

noris said...

Faris ,kenapa saya klik tak ada respon pun.Adakah orang yang interview lambat pun lantikannya sama?

anas sabah said...

Noris, jan ko risau bah.adalah tu nanti. Aku dah semak. ok ja

jon said...

Hj Sabri memang dah AJK Perlantikan DG41... terima kasih tuan haji.

azamboy said...

aku dah check aku punya..alhamdulillah..ada jugak nama aku

Aida Ali said...

Maksud tarikh surat tawaran pelantikan itu adalah tarikh surat SPP memperakukan kita lulus temuduga kepada BPSM. Banyak lagi proses lepas tu. BPSM akan bagi surat kepada BPSH, kemudian BPSH akan bagi surat lagi ke JPN. Then baru JPN bagi surat kat kita dengan tajuk "Penempatan PPPLD Secara PJJ sebagai PPPS" bukannya "Pelantikan...." Tarikh pelantikan group U all adalah sekitar Februari, Mac 2010 kalau ikut handout zon yang saya dapat dari SPP (kalau tak ada perubahanlah). Sorry ye mencelah. Tq

Faris said...

Aida,
Saya dah semak dengan SPP sebelum raya tempoh hari. Perlantikan utk PJJ dua kali setahun iaitu Jun dan Disember. Saya dah juga bertanya di BPSM, apabila mereka terima dari SPP (jika benar Dis) maka pelantikan rasmi boleh dibuat 1 Okt 2009 (berdasarkan tarikh pelantikan 4 kali setahun iaitu Jan/Apr/Julai/Okt). Cuma proses surat menyurat tu yang akan berlarutan sehingga Jan/Feb 2010. Your group dah selesai semuanya ke? Kalau dah selesai, tahniah.

Aida Ali said...

Our group belum selesai lagi. Tapi rayuan kami untuk mohon backdated sedang dilayan. Saya difahamkan memang cuma ada 2 tarikh saja pelantikan PJJ dalam setahun tapi tak semestinya Januari dan Disember berdasarkan pelantikan tahun-tahun lepas. Dan tentang pelantikan rasmi 4 kali setahun tu, saya tak pernah dengar pulak. Kalau cikgu Faris nak handout zon pelantikan PJJ sebelum ni yang saya peroleh dari SPP, bagikanlah address emel cikgu kepada saya, nanti saya send emel tu. Saja share.

Faris said...

Aida,
That's good. You can email to me at afarisj@yahoo.com
Terima kasih banyak2.

Aida Ali said...

Sama-sama. tapi hari ini saya dapat berita baru pulak. Kata kawan kami di JPN, ada surat pelantikan kami dari BPSM yang akan disampaikan dalam satu majlis yang belum ditetapkan oleh JPN. Katanya tarikh pelantikan kami : 31.12.2008. Maknanya betullah prinsip pelantikan Jan / Dis tu. Tapi, kami tak faham kenapa BSM masih nak layan rayuan kami mohon lantik 3.2.09 tu??? Takkan mereka tak tau yang surat kami dah siap? Apapun saya akan emel kat cikgu handout yang saya dapat dari SPP tu. Tkasih.

Faris said...

Tahniah Cikgu Aida. Kami harap kumpulan kami juga tidak akan menghadapi masalah nanti.

rozita said...

TQ Aida for sharing lots of info dgn kami. Pengalaman yg u lalui mungkin dpt membantu kami on track dan panduan juga kpd kami.
Anyway tahniah kerana perjuangan utk mendapatkan surat perlantikan tu dah hampir berjaya dan menjadi kenyataan dengan backdated tarikh lebih awal dari yg u all perjuangkan lagi.
Kami tumpang gembira dan doakan perjalanan kami juga lancar ye.
ZIE Klang.

Aida Ali said...

Hi Zie, memang macam-macam rintangan semasa menunggu pelantikanni. Masa yang diambil pun teramatlah panjang. Lepas dapat surat nanti pun, ada lagi yang merancang untuk buat rayuan. Sebabnya, ada yang jadi GB selepas tarikh lantik, ada yang nak minta tarikh lepas tarikh 38, dan ada yang nak tangguh sampai jadi GB. Harap BPSM tak serik melayan kami.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
amboi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Aida Ali said...

Tak marah tapi kecik hati je. Tak apalah dia pakai nama anonymous tupun maknanya dia ada masalah dengan identiti dia. Prinsip saya ialah; kalau kita ada masalah dengan seseorang tu, biasanya orang lain pun ada masalah dengan dia. So, jangan ambil hati. Saya akui memang group saya tak ada blog. Kami senior setahun dari U all, zaman tu blog ni tak famous lagi. Sekarang ni pun kawan-kawan saya mula berkomunikasi secara menggunakan blog saya yang tak seberapa tu. Selama ni kami bersms dan calling2 aje. Memang banyak bil saya memanjangkan berita-berita pasal pelantikan kami, tapi saya tak kisah. Apa sangat nilai duit berbanding hubungan kami. Tapi saya tak rasa mereka tumpang semangkuk, saya rasa seronok pula sebab bertambah meriah. Kalau anony tak suka, tak apa saya boleh aje tarik diri. Saya sedar siapa saya (hehe merajuklah pulak bunyinya). Tapi Zie, Aziz, Noi memang kawan lama saya. Non saya jumpa kat kursus. Ybs, Faris saya mula nak buat gang. Harap kita terus berkawan. Jenguk-jenguklah blog saya. Sorry.

Faris said...

Saudari Aida,
Diharap tidak berkecil hati dengan tutur kata rakan2 saya atau sesiapa saja yang menggunakan anony tu. Sama ada betul anony dari rakan kami atau tidak, itu tidak pasti. Mungkin juga orang lain kerana sesiapa saja boleh mengemukakan komen di ruangan blog ini.
Sesiapa saja yang membaca komen ini mungkin sedikit sebanyak boleh merenung entri saya di
http://afarisj.blogspot.com/2009/10/etika-berbicara.html
sebagai renungan dan perkongsian maklumat. Jauh sekali untuk mengajar orang lain. Ilmu yang baik sama2 kita manfaatkan.
Terima kasih. Sering2lah berkunjung lagi cikgu Aida. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Sekecil2 negeri Selangor, negara Malaysia kami persembahkan. 1Malaysia.

Aida Ali said...

Faris, sebenarnya saya tak kecil hati pun. Saya faham sesiapa saja boleh komen. Jangan risau. Saya masih mahu berkawan dengan group UPSI 5B. Tahniah atas usaha Faris tu. Kebetulan mulai hari ni sekolah saya buat Kem 1 Malaysia....

noi said...

Salam untuk penjenguk blog.
Aida, saya terpanggil apabila membaca coretan Aida. Banyak maklumat tentang pelantikan DG41. TK. Member kita (PK HEM saya) dah berangkat ke Mekah.
Sekolah saya sedang sibuk membuat persiapan bagi pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Melaka. Dan ambil kesempatan untuk merasmikan PSS Kasturi sekolah oleh Ketua Menteri Melaka. Esok pertandingan Kalam Jamaie peringkat kawasan dan saya harap dapat mempertahankan kejuaraan hingga ke peringkat negeri. Minggu lalu pasukan saya mempersembahkan kalam jamaie di majlis anugerah cemerlang sek.men.
Boleh layari laman web JPM. Ada berita terbaru.
TK jumpa lagi.

Faris said...

Cikgu Aida,
Baguslah kerana itu menunjukkan kematangan kita.
Sekolah saya juga telah memulakan perkhemahan 1Malaysia pada hari ini (salah sebuah dari 5 buah sekolah dlm daerah saya). Diharap segala peralatan yang ditinggalkan di sekolah dapat dimanfaatkan utk perkhemahan peringkat sekolah pada tahun depan.
Mana Zie ni, sonyap aje....

yusofsipan said...

eh nama aku pun ade disebut dlm perbincangan korang ye, bagus2....hehehe

aku suka berkawan dan juga melayan rasa tp kena la berhati2 dlm berbicara jgn sampai ada hati yg terluka!

jon said...

baguslah tu. jadikan blog ni untuk kita bertukar2 fikiran dan eratkan silatulrahim.1 malaysia.

ZIETA said...

Hai faris dan geng semua.. Aida pun masuk geng gak!

I ada kat sini cuma entah kenapa sejak ahad ari tu ade problem tak dapat akses internet kat umah. Mlm tadi hubby tolong selesaikan masalah bila tgk anak2 bising nak cari bhn utk folio mereka... ni lah baru dpt menjelma kembali.

Aida u are always welcome to joint in. Bloggers tegar kump ni pun semua bagi green light. Eloklah kita berkongsi masalah, pendapat dan cerita dalam zon kita juga kan. Kalau different zon pun tak jadi masalah jika serasi. Yg penting bak kata faris pandai berbicara dlm etika yg sihat.

I dah semak SPP, tarikh tu sama iaitu 30 Nov..alhamdulillah. Moga geng lain pun sama. Bukan ape takut gak..kan ari tu i ketinggalan masa interview zon tengah.

Hey kwn.. Fida masih kurang sihat dan kini bercuti sakit di umah hingga akhir 19 Nov. Doakan dia cepat sembuh... rasanya dia perlukan byk sokongan moral dari kita.

Pages 381234 »

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites