Thursday, October 15, 2009

Panggilan Haji Tiba Lagi



Salam,
Musim haji tiba lagi pada tahun ini. Kepada mereka yang telah tertunai hajat untuk menunaikan fardhu haji pada tahun ini dan telah bersiap sedia, semoga selamat pergi dan kembali. Doa-doakanlah kami di sini supaya terpilih menjadi tetamu Allah di tahun2 akan datang.

Tetamu Allah pada tahun ini setakat yang saya tahu ialah :

1. Mohd Zulkifli bin Md Zain
2. Khatijah Sulaiman
3. Abdullah (PPGB5A)

Kalau ada sesiapa yang tahu siapa lagi yang akan menunaikan haji, bolehlah dimasukkan ke dalam komen ini. TK.

7 comments:

noris said...

Kepada semua yang di izinkan Allah menyahut panggilan haji tahun ini, Selamat mengerjakan Rukun Islam kelima .Semoga dapat haji yang mabrur.Di doakan selamat dan sihat sepanjang mengerjakan haji.sampaikan salam kami di makan Rasullullah .Assalamualaikum.

emzex said...

saya akat berlepas dari lapangan terbang bayan lepas p.pg pada 21 okt. ini jam 7.30 am.

saya mohon ampun dan maaf,sekiranya ada tersilap kata yg menguris hati kalian dan juga tersalah makan dan minum minta dihalalkan.doakan semoga saya sekeluarga dapat mengerjakan haji dengan mudah dan mendapat haji yg mabrur.

InsyAllah akan saya sampaikan salam tuan / puan kepada rasulullah saw.maaf dipohon.

aisyah said...

salam. kepada rakan-rakan yang akan menunaikan fardu haji, selamat berangkat dan selamat menunaikan haji. semoga sentiasa dipermudahkan Allah segala urusan.

ybs said...

selamat pergi dan selamat kembali dengan beroleh haji yg mabrur, amin!!!

kharuddin said...

Saya doakan anda semua yang mengerjakan haji tahun ini selamat, sihat dan berbahagia sepanjang masa.Doakanlah juga kesejahteraan kepada kumpulan kita.Persaudaraan akan terus berkekalan dan dapat Haji Mabrur.
Saya dah rindu nak gi(tgk tv 1 kul 6.30ptg), tapi ikut giliran 2014.

emzex said...

din, InsyaAllah kalu dah rindu sangat2 tu akan termakbul juga.jgn risau ttg tahun yg diberikantu. kalu dah ada rezeki dan tercatit akan ke sana jua.

niat yg suci tu akan mengatasi segala2nya.InsyaAllah

azamboy said...

aku doakan kome,kome dah doakan aku dari sakit kembali sihat.teringat aku pada rofidah,,dapat juga aku bercakap dgn dia.dia sakit.so pada zul,dollah,katijah..aku doakan kome selamat menunaikan farhu haji dankembali ke tanah air dgn sihat dan selamat..tahniah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites