Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Monday, December 29, 2008

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7 Tahun 2008

Salam rakan2,

Diharap rakan2 peka dengan SPI 7/2008 ini berkaitan kutipan bagi sesi persekolahan 2009. Menurut SPI, hanya bayaran insurans boleh dikutip. PIBG perlu kelulusan mesyuarat agong. Bayaran pakej tak ada apa-apa keterangan. Bayaran2 bagi program sekolah perlu endorsement dari mesyuarat agong PIBG.

Memandangkan situasi ekonomi yang tidak menentu, pendekatan terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan awal tahun ibu bapa dalam menanggung beban perbelanjaan persekolahan perlu diambil kira.

2.1 Bermula tahun 2009 sebarang sumbangan kepada PIBG hendaklah dibuat mulai pertengahan tahun, setelah amaun sumbangan mendapat kelulusan Mesyuarat Agung PIBG.

2.2.6 Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) (SPI Bil.6/2006)

2.3 Bagi pelaksanaan bayaran2 lain persekolahan, pihak PIBG dan sekolah adalah digalakkan supaya mematuhi langkah2 seperti berikut :
2.3.1 Mengadakan mesyuarat di antara pihak pengurusan sekolah dengan AJK PIBG untuk menyediakan cadangan bayaran2 lain persekolahan
2.3.2 Cadangan bayaran2 lain perlu dibentang, dibincang dan diputuskan di dalam Mesyuarat Agong PIBG
2.3.3 Pihak sekolah hendaklah menyediakan surat makluman kepada ibu bapa mengenai jumlah bayaran2 lain yang telah dipersetujui
2.3.4 PIBG dan sekolah dikehendaki menggunakan budi bicara dengan memberi kelonggaran kepada ibu bapa yang tidak mampu
2.3.5 Semua bayaran yang dibuat oleh pihak ibu bapa hendaklah dimasukkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang SUWA atau Akaun Asrama Sekolah atau Akaun PIBG mengikut pecahan akaun yang betul.


Sebar2kan maklumat ini kerana SPI tersebut belum diterima melalui pos. Boleh download dari laman web MOE.

TK.

Sunday, December 28, 2008

Keputusan Peperiksaan Semester 4

Salam rakan2,

Keputusan peperiksaan semester 4 yang merangkumi fasa 7 & 8 telahpun diterima oleh sebahagian rakan2 kita. Diharap semua rakan2 dapat bersabar menanti keputusan tersebut.

Kepada mereka yang ingin berkongsi terutamanya PNGK / CGPA, bolehlah reply post ini atau email kepada saya di afarisj@yahoo.com bagi saya senaraikan dalam blog kita seperti blog kumpulan A. Jika sesiapa yang tidak mahu tu, terpulang atau terserahlah jika tidak mahu berkongsi.

Tahniah kepada mereka yang cemerlang. TK.

Friday, December 26, 2008

Hijrah - Selamat Menyambut Maal Hijrah

Salam kepada rakan2,

Sempena kedatangan tahun hijrah yang akan disambut pada 29 Disember ini, sama2lah kita memahami, mengerti dan menyelami maksud disebalik hijrah itu sendiri. Berikut adalah petikan daripada beberapa artikel yang dapat saya kongsi bersama dengan rakan2 sekalian.

1 MUHARAM merupakan detik permulaan dalam perkiraan tahun Islam. Detik ini menjadi sejarah dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w untuk menegak, mempertahan, dan mengembangkan agama yang suci ini.

Hijrah pada zaman Nabi bukanlah semudah yang disangka. Ia berlaku akibat ancaman daripada kaum Musyrikin yang menentang dakwah Islamiah Nabi dan juga mengancam nyawa orang yang mengikut ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

“Jangan takut dan jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.” Itulah kata-kata semangat yang diberi oleh Rasulullah s.a.w. kepada sahabat baginda, Abu Bakar as-Siddiq ketika berhadapan dengan pelbagai halangan dan ancaman dalam perjalanan dari kota Mekah ke kota Madinah. Sesungguhnya penghijrahan itu menuntut kesabaran dan keberanian yang tinggi.

Seperti konsep hijrah Rasulullah s.a.w, pastinya perlu dilakukan bersunguh-sunguh dan sanggup menempuh jalan yang penuh risiko disamping sentiasa memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah Taala.

Diantara konsep hijrah yang masih berlarutan:

Hijrah Iman - Iman para Anbiya tidak pernah surut malah sentiasa meningkat kerana saban waktu mereka berusaha keatas iman, sama ada untuk diri mahupun untuk menyampaikan pada orang lain, sementara iman kita sentiasa pasang-surut, dan terutamanya di zaman ini, lazimnya iman kita akan sentiasa surut kerana pengaruh duniawi, jadi untuk kita berhijrah ke arah keimanan yang lebih baik, hendaklah kita melalui usaha membersihkan sifat-sifat keji (mazmumah) dan berusaha mendapatkan sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) agar hati akan sentiasa disinari nur-nur hidayat.

Lantas usaha pertama ke arah itu adalah usaha dakwah (sebagaimana para-para Anbiya dan juga para-para Sahaba), mengajak ke arah kebaiakan dan mencegah kemungkaran mengikut kemampuan diri. Usaha yang banyak memperkatakan tentang kebesaran Allah, ciptaan-ciptaan Allah dialam-semesta. Usaha yang mengenal apa kehendak agama pada diri, keluarga dan seterusnya untuk seluruh alam.

Hijrah ilmu - sebagaimana yang diperkatakan oleh ahli hikmah, ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya. Kejahilan membawa padah yang buruk, kerana setiap muslim samaada lelaki atau wanita adalah diwajibkan untuk mendapatkan ilmu terutamanya ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Juga ilmu tentang kehidupan yang sehariannya, kerana dengan berilmu sahajalah, seseorang itu dapat meningkatkan kefahamannya tentang kebenaran. Ilmu yang benar adalah seperti cahaya yang menyuluh jalan di dalam kegelapan dan merupakan dalil untuk beramal.

Hijrah amal - dari amalan yang buruk kepada amalan yang baik, serta mentaati segala amalan yang diperintahkan oleh Allah seperti bersolat, berpuasa, berzakat dan seterusnya. Setiap detik hidup adalah merupakan peluang untuk melakukan amalan-amalan yang baik, kerana bilamana seseorang itu menghembuskan nafas terakhirnya, tiadalah dia berpeluang melakukan amal-solehan lagi, hatta untuk menyebut satu ayat `Subhanallah´ pun, sudah terlambat. Dan, sebaik-baik dalam melakukan amalan baik, adalah yang dilakukan beristiqamah (berkekalan). Bak kata falsafah Islam, istiqamah adalah lebih baik dari seribu karamah.

Hijrah nafsu - dari nafsu yang buruk berserakah atau nafsu yang liar kepada nafsu dapat ditundukkan dan dikawal. Nafsu adalah ibarat kuda yang liar, bila kita dapat menundukannya, dapatlah kita menunggangnya. Dari nafsu amarah bisu (nafsu liar dan jahat) kepada nafsu lawwamah dan seterusnya pada nafsu mutmainnah (nafsu yang tenang). Untuk ahli sufi, banyak peringkatnya seperti keperingkat nafsu kamilah (sempurna), tetapi kita berkata pada tahap biasa, seperti yang disebut di dalam Al- Quran, sesungguhnya mereka yang mencapai nafsu mutmainnah, mereka ini adalah termasuk golongan yang diredhai Allah dan akan dimasukkan kedalam syurgaNya.

Hijrah akhlak - dari tabiat atau berperangai buruk kepada berakhlak mulia seperti yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Iainya merangkumi segala aspek, dari sifat pemarah kepada sifat penyabar, dari sifat gopoh-gapah kepada sifat cermat. Begitu juga dari sifat-sifat atau tabiat buruk seperti rakus, hasad-dengki, menghasut atau mengumpat, tiada sikap bantu-membantu, hormat-menghormati dan lain-lain kepada cara-cara dan akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Begitulah konsep hijrah yang mana umat harus terus dalam konsep berhijrah ini sekiranya umat ini menginginkan kejayaan dunia dan akhirat. Wallahuallam.


Oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maal Hijrah dengan semangat dan azam yang baru.
Sekian, terima kasih.

Monday, December 22, 2008

Kursus IAB 2009

Salam kepada rakan2,

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada Yusof Sipan kerana telah memberikan maklumat tentang kursus anjuran IAB bagi tahun 2009. Rakan2 bolehlah memohon kursus2 tersebut secara online mulai sekarang.

Sila lawat di alamat berikut :

http://mail.iabu.moe.gov.my/permohonan_kursus_pilih.asp

Selamat memohon kursus. Untuk makluman setakat ini saya memohon kursus penyelesaian masalah di Sabah, Kajian Tindakan di Sarawak dan Designing Powerful Presentation using ICT di IAB Induk.

Terima kasih.

Saturday, December 20, 2008

Pengurusan Sumber Manusia Guru Baru

Salam kepada rakan2,

Tahun 2008 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi yang telah meninggalkan sejarah dan kenangan sama ada manis atau pahit. Kejayaan dan kegagalan yang ditempuhi sepanjang tahun 2008 perlu dijadikan iktibar agar boleh dibuat penambahbaikan dan pembetulan kepada kelemahan yang sedia ada.

Tahun 2009 yang bakal menjelma pastinya melibatkan tekad dan usaha yang berkobar-kobar untuk menempuh kejayaan yang lebih cemerlang. Tidak ketinggalan, jalan menuju kejayaan melibatkan sumber manusia yang berada di sekolah. Pastinya rakan2 akan menerima guru dan staf baru. Ingat lagi tak dengan Pengurusan Sumber Manusia yang dipelajari?

Empat (4) fungsi PSM ialah Orientasi, Sosialisasi, Latihan dan Pembangunan. Perlulah kita bersedia dengan dua fungsi utama iaitu orientasi dan sosialisasi untuk staf kita baik yang baru mahupun yang lama.
Orientas adalah bagi menyediakan maklumat latar belakang organisasi kepada kakitangan baru.
Sosialisasi ialah proses berterusan mewujudkan dalam diri setiap staf tentang sikap, piawai, nilai dan bentuk tingkah laku yang diharapkan daripada kakitangan oleh organisasi dan jabatan didalamnya.
Huraian dan maklumat lanjut tentunya ada pada rakan2. Ini adalah sekadar sepintas lalu bagi mengingatkan kembali peranan dan tugas kita.

Terima kasih.

Tuesday, December 16, 2008

Pak Pandir Beli Handphone

Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi namanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke sebuah kedai handphone. "Saya mahu beli handphone yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, handphone yang encik inginkan...tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin.

"Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ... baru boleh guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke kampungnya.

Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula.

"Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada signal encik".
"Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya sekali"

Monday, December 15, 2008

Maklumat Semasa Keputusan Fasa 7 & 8

Salam kepada rakan2,

Hari ini saya telah memulakan panggilan telefon kepada Dr. Che Mohd Zulkifli (Timbalan Dekan) untuk mengetahui status keputusan peperiksaan kita. Beliau menyatakan ia akan dimaklumkan dalam tempoh dua minggu lagi kerana keputusan itu baru diterima dari pihak Akademik.

Seterusnya saya menelefon pula kepada Dr. Khuan dan beliau menyatakan bahawa sepatutnya telah diterima kerana beliau telah dimaklumkan oleh Yusof bahawa telah terima. Saya nyatakan bahawa yang telah terima hanya kumpulan A tetapi tidak bagi kumpulan B. Beliau berjanji akan cuba menyemak dan memastikan kembali perkara ini.

Saya pun menelefon ke pejabat fakulti dan bercakap dengan En. Hasrey iaitu kerani yang bertanggungjawab dengan kumpulan PPGB ni. Beliau menyatakan bahawa keputusan baru diperoleh dari pihak Akademik dan beliau belum sempat menyemak dan mengeposnya kepada kita semua kerana sepanjang minggu ini beliau sibuk menjaga peperiksaan. Saya bertanya bagaimana kumpulan A dah dapat keputusan? Beliau kata mungkin pihak Akademik yang telah pos keputusan itu kerana pihak fakulti masih belum mengepos sebarang keputusan peperiksaan.

Oleh itu dapatlah saya buat rumusan di sini bahawa mungkin pihak Akademik telah mengepos lebih awal keputusan kumpulan A dan setelah menyedari kesilapan tersebut barulah keputusan itu diserahkan kepada pihak fakulti. Saya harap rakan-rakan dapat bersabar dan insya-Allah keputusan itu akan kita peroleh sebelum akhir Disember ini.

Jika ada rakan2 yang tidak sabar, bolehlah SMS nama, no. matrik, kumpulan A atau B dan kohort kepada En. Hasrey di talian 0173017081 untuk mengetahuinya lebih awal. Sabar itu separuh daripada iman...... Tahniah kepada yang cemerlang.

Saturday, December 13, 2008

Maklumat Umum Blue Ocean Strategy

Salam kepada rakan2,
Bersama-sama ini saya sertakan maklumat tentang Blue Ocean Strategy untuk pembacaan dan maklumat rakan2. Rakan2 juga boleh mengunjungi blog saya di afarisj@blogspot.com untuk maklumat2 lain.

Berikut adalah beberapa maklumat dan pengetahuan dalam Bahasa Melayu yang saya dapat dari internet.

Untuk berjaya dalam perniagaan perlu ada konsep atau arah tuju. Bercakap tentang konsep perniagaan, ramai yang menyentuh konsep Blue Ocean Strategy atau singkatannya BOS. Ia merupakan konsep yang pertama kali di perkenalkan oleh W.Chan Kim dan Renee Maurborgne yang tiba-tiba menjad popular di kalangan usahawan dunia dengan sebuah buku tulisan mereka.
Buku ini berusaha menjelaskan cara mencipta ruang pasaran baru tanpa pesaing dan tanpa kalangan pesaing yang tidak relevan. Buku ini juga menunjukkan jalan,bahawa sau-satunya cara untuk memenangkan pesaing adalah berhenti berusaha melawan pesaing. Kim dan Renee mendedahkan bahawa pasaran diantara dua laut iaitu Laut Merah dan Laut Biru. Laut Merah adalah pasaran yang sudah sesak,akibatnya keuntungan dan pertumbuhan akan berkurang.
Sebaliknya Laut Biru dikuasai oleh pasaran yang belum dijelajahi,menciptakan permintaan baru dan peluang pertumbuhan yang sangat menguntungkan. Dalam Laut Biru pesaing tidak lagi relevan kerana aturan mainnya sama sekali baru. Dalam buku Change!,Rhenald Kasali memperkatakan,pemimpin pasaran menentukan aturan permainan dalam pasaran yang sama sekali baru.
Prinsip
Blue Ocean Strategy ada yang menterjemahkannya sebagai Strategi Samudera Biru atau Strategi Laut Biru. Intipati bagaimana mencipta BOS, buku ini disediakan dalam enam langkah sebagai prinsip utamanya iaitu:
-How To Reconstruct Market Boundaries
-Focus On The Big Picture,Not The Number
-Reach Beyond Existing Demand
-Get The Strategic Sequence Right
-Overcome Key Organizational Hurdles
-Build Execution Into Strategy
Untuk lebih mempermudah makna definisi diatas, 3 contoh kukuh kejayaan BOS apabila sebuah perusahaan anggur dari Australiam (Casella Wine) menciptakan produk angguryang terkenal dengan jenama Yellow Tail dan berjaya masuk pasaran dan mengembangkan pasaran anggur di Amerika dengan terbukti ianya berjaya. Apakah kaedah yang digunakan?Sudah tentu dengan BOS dia mampu. Menciptakan atau memperbesar ruang pasaran anggur iaitu dengan menarik mereka yang sebelumnya para peminum arak dan minuman berkabonat menjadi peminum anggur, juga dalam acara-acara tidak formal, anggur sudah boleh dianggap sebagai minuman sosial seperti juga anggur yang diminum mereka sebelum itu.
Berkembang
Malah harganya murah dan rasanya trendy, juga kerana harganya mampu dimiliki oleh semua orang,ramai orang sering minum jus anggur tanpa mengira masa dan tempat,kerana itu pasarannya semakin berkembang. Dalam tempoh dua tahun sahaja, Yellow Tail telah mampu diterima dan menjadi minuman kegemaran ramai di Amerika dan menjadi anggur import terlaris jauh melewati jumlah anggur import yang sebelumnya didominasi anggur import dari Perancis dan Sepanyol.
Pada tahun 2003, Yellow Tail menjadi anggur merah terlaris yang dijual di Amerika Syarikat dan mengungguli produk tempatan sendiri yang selama ini didominasi para pengeluar California yang sangat terkenal.Kunci kejayaan Yellow Tail terletak pada kemampuannya melakukan strategi BOS iaitu dalam melaksanakan ‘Eliminate’,’Reduce’,’Raise’,dan ‘Create’ yang dijelaskan secara tersusun dan terperinci dalam buku tersebut. Kerangka utama BOS bertumpu pada 4 kerangka dasar iaitu eliminate-reduce-raise-create (ERRC). ELIMANATE bererti menghilangkan faktor-faktor pembiayaan modal yang selama ini sudah ‘taking for granted’ yang terjadi dalam industri tersebut. REDUCE bererti mengurangi pembiayaan-pembiayaan yang sudah ada ketika ini supaya boleh berada jauh di bawah pembiayaan dalam industri,RAISE pula berhubung kait dalam meningkatkan faktor-faktor atau ‘value’ yang diberikan supaya jauh melampaui standard industri yang sudah ada dan CREATE bererti menciptakan unsur baru yang selama ini belum terfikir akan dilaksanakan dalam industri tersebut.
Ada yang berpendapat jika telah berpuas hati dengan bisnes anda yang sekadar mampu bertahan, jangan membaca buku ini. Namun, jika anda ingin melakukan perubahan, menciptakan sebuah perniagaan dengan masa depan yang menguntungkan khususnya pelanggan, pekerja, pemegang saham atau orang ramai yang sentiasa mencari konsep baru, bacalah buku BOS yang berharga RM69.90 .
Kim dan Mauborgne telah memetakan ’satu jalur yang baru dan berani untuk memenangi masa depan’.Mereka menawarkan 6 prinsip yang dapat digunakan oleh setiap perusahaan untuk merumuskan dan menerapkan strategi samudera biru dengan sukses. BOS juga dianggap sebagai konsep dalam merebut nilai pembeli dan kos rendah untuk mencipta ruang pasaran baru. BOS bukan mengenai ‘mematikan’ persaingan, ia adalah mengenai membuat pertandingan dalam perniagaan, bukan menghapuskan pesaing perniagaan. Mempertimbangkan atau membina semula perniagaan dengan mewujudkan sempadan-sempadan dan struktur-struktur industri yang menguasai pemikiran pengurusan dalam industri setiap usahawan. Sempadan-sempadan dan struktur-struktur yang wujud tidak seharusnya menghalang usahawan daripada mengenal pasti cara-cara untuk mencipta permintaan yang baru.
Mengalihkan cara pemikiran usahawan daripada Supply kepada Demand! BOS mencabar kos industri. Mengajar usahawan bagaimana untuk menjadi peneraju dalam menurunkan kos industri dan mewujudkan permintaan yang baru dalam pasaran. Tidak dapat dinafikan ada para usahawan di luar sana tidak dilayani oleh industri untuk menjadi usahawan baru. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh beralih arah dalam menjelajah cara-cara untuk bertukar dan memasuki perniagaan yang boleh diterima pasaran.

Friday, December 12, 2008

Gantian Cuti Rehat Sebanyak 150 hari

Salam,

Rakan2 yang dihormati, Ketua Pengarah JPA telahpun mengunumkan dalam berita jam 8.00 malam dengan menyatakan bahawa gantian cuti rehat boleh dikumpul sebanyak 150 hari dibandingkan 120 hari sebelum ini. Oleh itu sesiapa yang dah kumpul 120 hari tu, bolehlah tambah lagi sebanyak 30 hari lagi yang bersamaan 5 bulan gaji faedahnya apabila bersara nanti.

Terima kasih.

Sistem Sekolah Rendah Dirombak

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Kementerian Pelajaran akan merombak pendidikan di peringkat sekolah rendah menjelang 2010 dengan mempertimbangkan kewajaran menjadikan sejarah sebagai salah satu mata pelajaran khusus.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu dilihat sejajar dengan usaha kerajaan menyemai dan mengukuhkan integrasi nasional di kalangan generasi muda.

Katanya, rombakan itu yang menjadi sebahagian agenda utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), akan diteliti secara holistik oleh pihak yang mempunyai kepakaran.

Beliau berkata, aspek penting lain yang perlu diberi penekanan ialah cara negara mencapai kemerdekaan dan gandingan rakyat pelbagai kaum dalam mengisi kemerdekaan.

‘‘Bagi mencapai hasrat ini, pembabitan agensi seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dalam usaha memperkasakan nilai murni dan semangat patriotisme amat penting dan kementerian akan memberi sokongan penuh.

‘‘Kita juga akan memperhebatkan usaha menyampaikan maklumat dan fakta sejarah yang betul kepada masyarakat. Sejarah tidak akan berubah dan tidak boleh dipolemikkan atau dipolitikkan kerana ia adalah fakta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Perjanjian Lama dan Dokumen Lama Malaysia (1791-1965) di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Buku tersebut yang diterbitkan oleh ITNM dilancarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Buku itu yang menghimpunkan 26 perjanjian serta dokumen penting negara diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris adalah penerbitan pertama di Malaysia dan keempat seumpamanya di dunia.

Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyarankan supaya Sejarah dijadikan subjek wajib di peringkat sekolah rendah untuk memastikan generasi muda mempunyai kefahaman mendalam tentang sejarah negara.

Menurut Abdullah, bagi tujuan itu juga, Kementerian Pelajaran perlu menjadikan pengajaran mata pelajaran Sejarah sebagai sebuah subjek yang menarik dan bukan dianggap oleh pelajar sesuatu yang membosankan.

Sementara itu, diminta mengulas pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, Hishammuddin berkata, kementerian mengekalkannya kerana keputusan itu diambil demi masa depan negara.

Katanya, kementerian sentiasa mengambil berat setiap aduan berkenaan program itu dan mengadakan mesyuarat dengan semua pihak bagi mempertimbang perubahan selain mengkajinya secara terperinci.

‘‘Oleh itu, ugutan membuat demonstrasi terhadap isu itu adalah pelik. Terserah kepada mereka kerana kita menelitinya demi masa depan negara. Bersandarkan akal rasional dan matang kita mendapati ia mekanisme yang tepat,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Hishammuddin berkata, buku Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia memperlihatkan bagaimana Raja Melayu di Semenanjung suatu ketika dulu diperdaya untuk menyerahkan kuasa atau menerima masuk penasihat Inggeris ke negeri Melayu.

‘‘Buku ini turut memuatkan Ordinan Darurat dan Perjanjian Persekutuan pada 1948 sehingga Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada 1965,” katanya.

Thursday, December 11, 2008

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2008

Cuti Kakitangan Awam Baru Dikurangkan

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru, kecuali polis, tentera, penguatkuasa maritim dan pegawai pelajaran, akan dikurangkan lima hari.

Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang, semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat akan diberikan opsyen untuk mengekalkan kelayakan mereka atau memilih kelayakan baru yang dikurangkan itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam.

“Borang opsyen akan dikeluarkan secepat mungkin kerana hari terakhir bagi membuat opsyen itu ialah 31 Disember.

“Mereka yang tidak mengembalikan borang opsyen itu menjelang tarikh itu akan dianggap memilih kelayakan sekarang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, CUEPACS akan mengadakan perjumpaan dengan Ismail esok untuk membincangkan perkara itu selain isu lain yang relevan.

Setiausaha agungnya Ahmad Shah Mohd Zin berkata kesatuan itu mahu tahu rasional kepada pengurangan itu.

Katanya adalah tidak adil untuk mengurangkan kelayakan itu kerana untuk jangka panjang kakitangan awam baru akan kerugian.

Sebagai contoh, Ahmad Shah berkata kemasukan baru ke dalam perkhidmatan awam yang berkhidmat selama 30 tahun, akan kerugian 150 hari yang bersamaan dengan lima bulan.

Beliau berkata CUEPACS akan memohon kakitangan terbabit diberikan pampasan. - Bernama

Wednesday, December 3, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam kepada semua rakan2 yang beragama Islam,

Kita sudahpun menghampiri Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut pada 8 November 2008. Kesempatan ini sama2lah kita mengucapkan selamat di antara satu sama lain dan yang paling penting ialah penghayatan ibadah korban itu sendiri. Bersama-sama ini disertakan beberapa soal jawab tentang ibadah korban untuk tujuan kita sama-sama mengingati sesama kita.



Ibadah korban dalam Islam

1. Apakah hukum melakukan ibadah korban?
J: Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.
Allah S.W.T berfirman;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar: ayat 2
Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
Wallahuaklam

2: Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah korban?
J: Dalil yang mensyariatkan ibadah korban ialah firman Allah S.W.T.;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar, ayat 2. Maksud solat ataupun sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban. Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut seperti berikut:
“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya”. Wallahuaklam

3: Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim. Wallahuaklam

4: Apakah hikmah korban?
J: Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;
1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.
Wallahuaklam

5: Adakah ibadah korban dilakukan pada zaman Nabi-nabi yang terdahulu dan bagaimana ia dilaksanakan?
J: Mengikut riwayat yang boleh kita perolehi amalan ibadah korban telah dilaksanakan dari zaman Nabi Adam A.S lagi sehingga zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Secara ringkasnya sejarah perlaksanaannya adalah seperti berikut;

Pada zaman Nabi Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27.
Maksud Ayat: “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: Aku pasti membunuhmu? Habil berkata: “Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa”.

Pada zaman Nabi Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban tersebut dibakar.

Manakala pada zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat, ayat 103-107.

Pada zaman Nabi Musa A.S, cara korban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk korban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.

Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging korban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi, Rom dan bangsa Mesir kuno. Wallahuaklam

6: Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan aqiqah?
J: Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan Hari Raya, maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja. Wallahualam

7: Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan korban?
J: Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut ialah;
Maksud hadis, “Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.” Wallahualam

8: Apakah jenis korban yang dilarang oleh Islam?
J: Korban yang diamalkan oleh seluruh umat Islam pada setiap tahun diniatkan hanya kerana Allah S.W.T, dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di samping mendapat ganjaran lain yang telah Allah S.W.T janjikan.. Oleh itu, mana-mana korban atau penyembelihan yang diniatkan kepada selain Allah S.W.T, seperti korban yang dilakukan untuk memuja sesuatu, atau untuk tujuan ilmu hitam, memuja syaitan dan sebagainya, serta tidak bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan ganjaran yang disediakan, maka ia adalah dilarang oleh Islam. Wallahualam

Monday, December 1, 2008

Keputusan Peperiksaan Fasa 7 & 8

Salam kepada rakan2,

Saya telah dimaklumkan menerusi SMS oleh Yusof Rompin (Kumpulan A) bahawa keputusan peperiksaan fasa 7 & 8 telahpun keluar. Ia dihantar melalui pos dan tak ada dalam portal UPSI. So, rakan2 semua tunggulah surat daripada UPSI untuk mengetahui keputusan masing2.

Jika ada yang nak berkongsi kegembiraan dan kesedihan apabila dapat keputusan nanti, bolehlah luahkannya di dalam blog kita ni. Kepada yang berjaya dengan cemerlang, terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kerana kita boleh. Kepada yang kurang berjaya, redhalah dengan kudrat dan iradat kita yang ada.

Terima kasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites