Logo Baru UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan UPSI Ketika Ini

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Bangunan Baru e-Learning

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Pintu Masuk

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Thursday, July 31, 2008

Hari-Hari Terakhir di UPSI

Salam kepada rakan2,

Minggu depan adalah hari-hari terakhir kita berada di UPSI. Pastinya kita sibuk dengan peperiksaan akhir yang akan membawa kita mendapat gelaran sebagai Guru Besar Siswazah. Apakah yang berada di pemikiran rakan2? Mungkin di antara kita tidak dapat menyatakan sesuatu yang terbuku atau terpendam di hati. Mungkin ada kekangan-kekangan yang tidak membenarkannya ia berlaku. Seperti mana rakan2 kita telah mendedahkan identiti mereka dalam majlis jamuan akhir, pastinya apa saja bicara dan tutur kata kita sudah tidak menjadi satu tutur kata yang akan mengguriskan lagi hati dan perasaan. So, di harap rakan2 akan dapat meluah dan menyatakan apa sahaja di ruangan topik ini.

Sekian, terima kasih.

Monday, July 28, 2008

Soalan Esei 2 Penyeliaan

Salam kepada rakan2,

Sila beri sumbangan kepada jawapan soalan ini.

Baca kajian kes di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya

Cikgu Rosemary seorang guru besar di SRK Hujung Benua. Sebagai seorang pentadbir yang baru dilantik ke jawatan tersebut, cikgu Rosemary berhadapan dengan pelbagai kerenah birokrasi di samping gelagat guru-guru dan staf sokongannya. Sebahagian besar guru-guru di SMK Hujung Benua tidak membuat persediaan mengajar. Bagaimanapun, kebanyakan guru baru didapati rajin membuat dan menghantar persediaan mengajar kepada penolong kanan. Tetapi setelah beberapa bulan, cikgu Rosemary mendapati terdapat segelintir daripada kumpulan guru baru ini sudah mula terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya tidak membuat persediaan mengajar. Sebagai pentadbir dan penyelia cikgu Rosemary perlu membina semula norma kendiri positif guru sekolahnya. Tetapi cikgu Rosemary tidak pasti bagaimana semua itu harus dimulakan. Apatah lagi tanpa sokongan penolong kanan yang menganggap mengubah tabiat tidak sihat yang disemai pentadbir lama sejak 15 tahun lalu adalah sia-sia. Sesetengah guru sudah mula menunjukkan pola pemikiran dan perlakuan menentang arahan cikgu Rosemary supaya buku persediaan mengajar dihantar sekali dalam sebulan. Cikgu Rosemary rasa bersendirian dalam usahanya.


1. Pada pandangan anda, bagaimanakah tindakan terbaik yang perlu cikgu Rosemary
lakukan dalam konteks peranannya sebagai pentadbir dan penyelia di sekolah?
Kaitkan jawapan anda dengan mana-mana TIGA (3) teknik dalam CoRT 1 atau teori pemikiran model konseptual penyeliaan pengajaran dan pembelajaran

Sekian, terima kasih.

Soalan Esei 1 Penyeliaan

Salam kepada rakan2,

Sesiapa yang boleh bantu beri jawapan ini, bolehlah reply kepada soalan ini.

1. Nyatakan LIMA (5) peringkat utama dalam model penyeliaan klinikal

2. Terangkan secara ringkas terminologi-terminologi berikut

(a) Pendekatan maklumat mengarah (the directive informational approach)

(b) SKPM

Sekian, terima kasih.

Friday, July 25, 2008

Persiapan Peperiksaan Akhir

Salam dan Selamat Sejahtera Rakan2,

Kuliah kita hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Selepas itu kita akan menghadapi peperiksaan akhir dan seterusnya menamatkan sesi pembelajaran kita selama 2 tahun di UPSI.

Bagaimana dengan persiapan? Dah ada tips2 terbaru? Dah ada soalan2 bocor? Diharap rakan2 dapat berkongsi bersama maklumat2 peperiksaan kita.

Terima kasih.

Friday, July 18, 2008

Cuti Berganti dan Peristiwa Hari Raya dan Deepavali

Salam Kepada Rakan2,

Dimaklumkan bahawa KPM telah mengeluarkan surat siaran berhubung cuti tersebut.

Bagi Cuti Berganti dan Peristiwa Hari Raya Aidil Fitri boleh merujuk kepada surat KP(BS/Dsr)201/001/19(IV) bertarikh 9 Julai 2008. Cuti berganti pada 26 Julai dan 9 Ogos 2008.

Bagi Cuti Berganti dan Peristiwa Deepavali boleh merujuk kepada surat KP(BS/Dsr)201/001/19(IO) 9 Julai 2008. Cuti berganti pada 6 September 2008

Untuk lebih kepastiannya boleh layari laman web KPM atau download surat tersebut yang telah saya letak dalam yahoo groups.

Terima kasih.

Thursday, July 17, 2008

THANATOS versus EROS

Salam rakan2 sekalian,

Pastinya rakan2 telah melihat, mendengar dan memerhati apa yang berlaku dalam kumpulan kita. Pastinya ada yang tersentak atau tersedar bahawa adakah hubungan kita selama ini adalah bersandarkan kepada realiti atau kepura-puraan semata2. Sudah tentu inilah masa untuk kita bermuhasabah sama ada hubungan dan semangat setiakawan akan berterusan selepas kita tamat UPSI nanti atau masing2 akan kembali ke dunia asal mereka seperti sebelum memasuki UPSI. Semoga rakan2 renungkanlah kerana ada di antara kita yang sering menunjukkan kepura-puraan kerana tidak berani untuk berhadapan tetapi berani bercakap di belakang.

Berilah pandangan dan komen anda tentang apa yang telah berlaku. Terima kasih.

Jamuan Akhir Kumpulan B



Salam,

Rakan2, jamuan akhir kita telah dipinda seperti maklumat berikut :

Tarikh : 30 Julai 2008 (Rabu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Proton City
Anggaran Bayaran : RM70

Jawatankuasa yang telah dilantik diharap dapat melaksanakan tugas2 mereka dengan semangat yang tinggi.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 15, 2008

Majlis Jamuan Akhir PPGB Kumpulan B

Rakan2,

Digariskan cadangan majlis yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 6 Ogos 2008 (Rabu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Shah Alam Golf Club

Tentatif Program:

6 Ogos 2008
2.00 ptg - bertolak ke Intekma, Shah Alam (check-in)
4.00 ptg - pertandingan bowling di Kompleks PKNS, Shah Alam
8.00 mlm - Jamuan di Kuala Lumpur Golf Club
11.30 mlm - majlis tamat

7 Ogos 2008
10.00 pg - check-out dan pulang ke rumah masing2.

Apa komen anda? Harapan semua JK agar semua dapat memberikan kerjasama dan komitmen untuk kali terakhir kita bersama meraikan kejayaan kita menamatkan zaman belajar di UPSI.

Terima kasih.

Monday, July 7, 2008

Bicara Julai 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan2,

Kita telah memasuki bulan Julai dan juga fasa 8. Tentu ia mengujakan kerana ini merupakan fasa terakhir kita. Fasa yang akan terus meninggalkan kenangan indah, manis dan pahit yang mengingatkan kita kepada sejarah dan kisah silam. Walau bagaimanapun kehidupan dan perjuangan perlu diteruskan. Usah patah semangat dan kecewa kerana itu adalah sifat orang yang lemah.

So, apa yang perlu dilakukan ialah terus berbicara di dalam blog ini supaya segala perbincangan akan menjadi suatu tempat percambahan fikiran.

Terima kasih.

Saturday, July 5, 2008

Pindaan/Ralat Kuliah Fasa 8

Salam Sejahtera Rakan2,

Adalah dimaklumkan bahawa Penghulu telah SMS kepada saya pada 5 Julai 2008 jam 2.15 petang menyatakan bahawa KULIAH SEBENAR BERMULA PADA PUKUL 9.00 PAGI PADA 7 JULAI 2008 setelah ada pindaan oleh pensyarah terlibat.
Oleh itu rakan2 diminta abaikan makluman awal sebelum ini. Segala kesulitan yang dihadapi, Penghulu memohon maaf.
Terima kasih.

Friday, July 4, 2008

Kuliah Fasa 8

Salam Sejahtera Rakan2,

Saya selaku penyimpan mohor besar gurubesar-gurubesar dan atas titahperintah yang mulia penghulu kita (CG Sabri) melalui SMS pada 4 Julai 2008 mengisytiharkan bahawa KULIAH PADA 7 JULAI 2008 AKAN BERMULA PADA PUKUL 2.00 PETANG.

Oleh itu jika sesiapa yang nak datang pada 7 Julai pagi tu, bolehlah.

Terima kasih.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites