Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Rakan2,
Untuk makluman semua saya telah menelefon ke Fakulti Perniagaan dan Ekonomi dan dimaklumkan surat telah dihantar pada hari Rabu minggu lepas. Mungkin pada minggu ini surat itu sampai ke tangan kita.
Tarikh fasa 7 kita bermula pada 11 Mei 2008 dan dijangka tamat pada 13 Jun 2008. Oleh itu, rakan2 semua diharap bersedia untuk ke UPSI dan bawalah apa saja bahan yang patut.
Cadangan saya adalah supaya kita mengatur satu program lawatan kerja ke luar negara jika rakan2 berminat kerana ada kumpulan di UKM telah mengadakan lawatan kerja ke luar negara. So, kumpulan kita bila lagi?
OK, jumpa di UPSI.
Terima kasih.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
15 comments:
salam sejahtera. terima kasih kepada faris kerana telah memberi maklumat itu. fasal lawatan ke luar negara tu, nanti kita bincanglah ye dengan rakan -rakan lain masa kat upsi. tk
Faris,
Agaknya apakah subjek yang akan kita pelajari dalam fasa 7 nie. Saya teruja sangat nak ke sana sebab dah boring dah dokkat sekolah kali ni, panjang sangat. Kalau dah nak buat lawatan keluar negara tu, lagilah best. Selalunya kalau kita survey sapa nak pergi, mesti ramai yang tak nak. Tapi kali ni biarlah semuanya sporting sikit sebab hanya dua bulan saja lagi kita nak bersama. Tempat yang kita nak pi tu, biarlah lebih maju dari negara kita. jangan pula pi tempat yang lagi teruk sudahlah!
Aslam & Selamat sejahtera rkn2.
Faris-tk atas info bkenaan. Bgmana ye dgn hal Projek 3, nampaknya kenalah kt bersedia dgn prmasalahan spt mana Fasa yg melibatkn Projek 1 dan 2 dulu....
Ttg cadangan lawatan ke luar negara tu,insyaAllah kt bincang & dptkn prsetujuan drp rkn2 kump kt di upsi nanti di Fasa 7.
Faris amcm ttg MTQ hr Ahad smlm-tak nampak pun ko dan Ita. Murid sy tu yg mwakili daerah tu dpt Johan dan akan mewakli negeri ke Ksaan di Melaka nanti( Bercerita BM kisah nabi ), alhamdulillah numpang tuah murid2 & kegigihan gurunya yg melatih......Ok kwn2 selamat........Cgu Usop tentu tgh sibuk merencana hal ehwal khenduri nyambut menantu.Apa pun didoakan semoga semuanya selamat & diberkati Allah sbhwtla.Tk Wasslm.
Salam buat semua.
Nampaknya tak sampai 2 minggu lagi berkampunglah kita semula di Upsi ye. I dah dapat surat panggilan tu jam 3.00pm tadi.
Tentang cadangan lawatan tu elok juga.. tapi nanti mesti corumnya tak penuh, tu yg tak bestnya! Kadang heran juga ye..nampak macam kita sekepala dan sepakat tapi nak ke Ipoh ari tu pun haru!!
Tentang subjek fasa ni ialah perundangan, kaunseling dan teknologi maklumat.
Esok sek I jadi tuan rumah pertandingan sajak dan syair peringkat zon A dan penyertaan diterima dari 20 buah sek bagi setiap ptandingn. Pada 6 mei depan jadi pengelola peringkat daerah pula. Tadi i pulang hampir maghrib meninjau persiapan akhir 2 vanue pertandingan yg disediakan tu.
Minggu lepas sibuk dgn pencerapan 21 orang guru PPSMI. Minggu ni hingga minggu depan pencerapan untuk 44 guru lain pula.Hai..sibuk semanjang kita ni ye!
Hari ni dalam sibuk menyibuk i terpaksa settlekan 2 kes.
1. Guru i di sergah oleh kerani hingga menangis pasal tak puas hati dengan potongan income taxnya. Hiss.. Pt ni satu...cakap le elok2, i juga kena jadi org tengah utk redakan keadaan.
2. Aduan bapa murid, guru menampar anaknya hingga lebam dan pecah bibir. Dia telah mendptkan rawatan doktor dan bercadang nak buat report polis. Cikgu i tu pnrma APC tahun ni dan masa tu tgh demam. I cuba rationalkan keadaan, nmpak mcm ok. Setelah soal siasat cikgu tu dan berbincang kami cuba hubunginya hingga ke petang tak dpt2. Esok kami cadang nak ke rumahnya. Hai serabut juga kepala i dibuatnya tapi i cool je depan semua smpai jam 4 tak lalu makan.
Bila begini.... rasa nak cepat2 masuk Upsi...bukan nak lari tapi cuma nak beralih angin.
Untuk Ucop.. sorri cannot make it krn nak ambil anak di temerloh. Smoga semua berjalan lancar. Tahniah dapat menantu.
Adios semua11
Assalamualaikum semua,
Saya hairan juga tarikh masuk upsi kali ni lebih sebulan ke .Biasanya jika 11 Mei habisnya 11 Jun tapi lebih pulak hingga 13 Jun.Macam ada yang tak kena pulak .Mintak penghulu tanyakan nanti Dr.Norlia.Apa pun tak kisahlah tarikh tu. Minta kelas kita nanti ,siapa-siapa yang ada nota perundangan di sekolah, Kaunseling dan teknologi maklumat tu kongsi-kongsilah. Aku takada nota langsung.Satu lagi aku nak minta kawan2 kalau ada soalan pengesanan UPSR yang dibuat di sekolah tu bawalah ke UPSI boleh kita tukar2 untuk murid2 tahun 6 sekolah kita.Kita ke Fasa 7 tapi otak tak lupa persediaan UPSR di sekolah. ok jumpa di upsi nanti.
Salam sejahtera semua,
Nampaknya meriah semula blog kita ni bila ada berita terbaru. Untuk makluman Fidah,betul seperti yang Ita kata iaitu 3 subjek yang akan kita pelajari.
Buat Aziz, kedua2 murid aku tewas dalam pertandingan itu. Aku tak dapat hadir kerana balik kampung ada kenduri doa selamat ayah aku yang pulih dari sakit. tahniah kerana murid kau telah berjaya.
Tentang tarikh tu, memang betul kerana ia cukup 5 minggu kerana bulan Mei sampai 31hb. Kalau terlebih tu, berehat ajelah dirumah.
Bagi Ita, kemampuan kita memang teruji bila berhadapan dengan kes-kes sebegitu. Jadikan ia kajian kes untuk dikongsi bersama. Saya juga sedang berhadapan dengan dua kes iaitu :
1. Guru yang diberi APC bagi tahun lepas (2006) tiba2 lama tak datang sekolah. Habis cuti rehat, habis kuota cuti swasta 15 hari dan sekarang cuti sakit kerajaan. Saya suruh dia ambil dan minta cuti lebih dari 28 hari supaya boleh ambil guru ganti dan alhamdulillah boleh ambil guru ganti mulai 24 April. Dia kata sakit kena buatan orang. Kes ini berulang kali kedua kerana kali pertama di sekolah lama sebelum bertukar ke sekolah saya. Niat di sebaliknya dia nak bertukar kerana guru ini guru yang kecewa kerana dulunya PK HEM lantikan sekolah tetapi bila masuk yang hakiki, kena jadi guru biasa. Sekarang dah DG41 tapi tak ada niat nak berubah. Sesekali menyesal juga bagi APC kepada dia dulu, tapi masa tu kerja dia okey je.
2. Murid tahun 6 sekolah saya telah ditangkap polis kerana memecah masuk ke rumah guru di kuarters guru. Murid ini memang kerap mencuri dan terbiar kerana ibu bapa tak ambil kisah. Sejak tahun lepas suruh parents datang tapi tak datang. Hari ni bila anak di balai polis, bapanya datang nangis2 minta sekolah tak hantar laporan disiplin anaknya. Polis dah minta laporan tersebut. Saya tak beri peluang kerana anaknya akan jadi lebih baik jika dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak.
So, rasanya subjek perundangan amat berguna bagi fasa 7 ini.
Esok terpaksa menghadiri Seminar Memperkasakan SK pada sebelah pagi manakala sebelah petang ada mesyuarat agong MGB daerah.
Okeylah. Kalau ada cerita lain, lain kali kita kongsi lagi. Dah terlalu panjang pula.
Terima kasih.
Assalamualaikum & Slmt Sejahtera.
Kwn2 diucapkan selamat menyambut hari pekerja 1 May....ada makluman penting oleh PM mungkin ttg had umur persaraan wajib kktgn kjaan. Dgrnya 58 th aje dan hanya utk expertise shj-cont jk guru hanya GB Cemerlang atau Pengetua Cemerlang dan para penjawat jawatan tertinggi.....Kita ni tumpu pd fasa 7 & 8 ajelah semoga tercapai segala impian kt dpt DG41 jadilah.......InsyaAllah. Faris tk atas ingatan tu....mudah2an murud tu akan terus berjaya di peringkat Ksaan nanti. Cgu Moes boleh dtg tak pd Sabtu ni utk tengok2an wyreless sek aku tu....problem skt ttg talian yg putus2 minta nasihat dia apa patut buat lagi. Ita sabar ajelah dan kuatkan semangat ttg permasalahan tu. InsyaAllah semua tu ada hikmahnya. Selamat rkn2 smua tutama Cgu Usop yg ketika ini tentu sdg sibuk mengurus majlis walimatul urus anaknya...TK Wslm.
salam sejahtera wahai rakan sekuliah.. apa khabar anda di sana. aku di sini sihat2 aje adanya.
cdgan nak ke l/ngri 2 bagus. aku cdgkan ke sumatera aje dulu. kosnya tdklah terlalu tinggi. makanan islam pun mudah nak cari, masjid pun mudah, jika berhajat nak cari calon seorg lagipun bisa diurskan.
usop tahniah kerana akan naik taraf wali. jgn lupa pakai baju melayu yg poketnya diluar. sng nak simpan apa2 dlm poket. balik upsi nanti bawalah daging salai dan kuih muih utk dikongsi sama. jgn beri pd org perempuan aje hga tak nampak member lelaki. telur jgn bawa, bkn apa, kalau kentut nanti bau telur.
ama tahniahlah mrd ko spi ke k'saan. kalau guru ko tu ada cd panduan ke atau apa aje kaedah utk melatih budak, tlg bawa ke upsi nanti. cg aku tak pandai latih.
pd ita dan faris, masalah sebagai pentadbir ni perkara biasa aje. hadapilah dgn jiwa yg tenang n fkrn yg jernih. aku ingat kita ni kena tulis semua masalah yg dihadapi dgn detail n kita bukukan. bleh jadi panduan akan dtg.
wassalam. aku nak terbang kembali
selamat hari buruh geng semua..
aku nak tanya soalan berkaitan etika berpakaian. boleh atau tidak guru lelaki guna baju mcm raihan guna. ada pekeliling atau tidak. siapa boleh jawab. cg aku ckp dia pernah terbaca pekeliling yg membenarkan pakaian separa Islam. aku suruh dia cari pekeliling tersebut. kalau ada beri pada aku.
Untuk makluman Rajawali memang ada pekeliling tentang boleh pakai baju ala raihan tu. Saya dah baca pekeliling perkhidmatan tu tetapi tak ingat bil berapa tetapi tahun lepas punya. Cuba cari dalam laman web JPA.
Saudara Rajawali, pembetulan sedikit iaitu boleh dirujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2006 dalam laman web JPA berkaitan fesyen pakaian alternatif dan acara rasmi.
Sila cuba di hyperlink berikut :
http://www.jpa.gov.my/pekeliling/spp06/bil01/spp0106.pdf
Terima kasih.
vanakam geng
tk nandri faris. tak sia2 kepakaran hg dlm ict ni.
mcm mana caranya pula aku nak pautkan laman web sek aku dlm blog ni. aku nak komen yg konstraktif dari member2 yg hebat2 belaka.
Saudara Rajawali,
Tidak menjadi masalah untuk pautkan laman web sekolah kau tu di blog ini. Just give your URL web address and I'll create the hyperlink for U.
Thanks.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kekawan semua, lama juga dah aku tak berkesempatan menjengah blog ini. Nak kata sibuk tak ler sibuk sangat tapi beberapa hari kebelakangan ni memang sibuk sgt. Ahad aku ke KL kerana Isnin 28/4 ada temujanji utk wife kat IJN. Terima kasih Faris kerana pelawaan utk makan satey kajang tapi takde peluang, lain kali la ye... Lepas pulang dari IJN aku terus ke Mersing kerana menghadiri mesyuarat pengurusan GB daerah Muar hingga hari Rabu. Semalam 1 Mei, lepak, kepenatan. Dua tiga orang sedaramara dah mula datang semalam, boleh ler juga membantu. Tak banyak kerja sangat kerana jamuan aku 'cater' je, pengusaha kantin aku yg sediakan. Ada kesempatan korang datang ler, mak aku sumbangkan telur pindang, kalau ada berbaki nanti aku bawa ke upsi, biasanya telur tu tahan lama. Aku pun memang dah lama juga terasa rindu utk kembali bersama kalian, sehingga berjumpa di upsi, salam persaudaraan buat semua, wassalam.
p/s: aku target utk dapat 'datuk' tahun depan... hehehe
salam sejahtera
berapa kali nak belajar teknologi maklumat. engkau org ni salah maklumatlah aku rasa
Post a Comment