2011/05/16
KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang dibuat guru.
Najib berkata, sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.
"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," katanya.
Najib berkata, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
Katanya, kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya.
"Pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.
Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.
"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Najib berkata, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.
Beliau berkata, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.
"Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang membabitkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan.
"Manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan," katanya.
Najib berkata, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang membabitkan sejumlah 99 jawatan.
"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA
11 comments:
aku rasa mgb elok dibubarkan aje. tak ada peranan apa2. pendapat, pandangan, perjuangan engkau org tak dipandang langsung. kalau aku ada semasa sidang video tu, terus aku bla je. tanda protes. lepas tu ajak semua gb lain balik je. sesekali kena berani. jgn jadi pak angguk je.
kesatuan guru yg ada buat ugutan sikit pd pm n tpm (men.pelajaran). "kami akan menyeru semua guru di sekolah rendah mengundi pakatan pd pru13 nanti".
Syukur, suatu kata yang sangat berbobot dan memberikan makna yang tidak terhingga. Allah telah menjamin dalam Al Quran, barang siapa yang bersyukur maka Allah akan menambah nikmat kepada orang tersebut. Sudahkan Anda bersyukur? Sudahkah Anda merasakan tambahan nikmat atas syukur Anda? Apakah Anda ingin mendapatkan nikmat yang lebih besar lagi? Lupakan mengeluh, mulailah perbanyak syukur.
Ada dua manfaat besar dari bersyukur. Kedua manfaat ini akan mengubah hidup kita jika kita mendapatkannya.
1. Pahala dari Allah. Jelas, bersyukur adalah perintah Allah, kita akan mendapatkan pahala jika kita bersyukur dengan ikhlas.
2. Menciptakan Feeling Good. Dengan bersyukur akan membuat kita lebih bahagia. Perasaan kita menjadi lebih enak dan nyaman dengan bersyukur. Bagaimana tidak, pikiran kita akan fokus pada berbagai kebaikan yang kita terima.
anoy..
ini bkn soal tak tahu bersyukur dgn apa yg kita ada. tapi ini soal keadilan. engkau ada anak 10 orang. 3 org anak kau beri satay yg lain melopong. adil ke engkau pd anak yg lain. kecualilah engkau beri bersyarat, siapa yg mesin rumput keliling rumah, ayah akan belanja makan satay. balik pd kerajaan yg diibaratkan sebagai bapa kita, kalau nak beri biar semua org merasa jgn pilih2 bulu. engkau faham ke apa yg aku maksudkan ni?
yelah kenaikan pangkat semuanya diberi kepada guru sekolah menengah.Sekolah rendah hanya GPK sekolah kluster aje.Negeri saya sek kluster boleh bilang dengan jari aje.tak banyak. Jadi kita sekolah rendah dan Guru Besar apa yang dapat.Tak apelah .....mungkin belum sampai rezeki kita.Kita kerjalah dengan ikhlas supaya dapat balasan yang lebih di akhirat nanti. Insyaallah.......
aku rasa2lah..PM tertinggal 1 kertas nak umumkan kpd guru2 sr..trtinggal kat rumah agaknya...
satu helai kertas tu ada...ada dlm beg tangan rosmah le.....heheheee
apa pun aku setuju dgn emosi pejuang keadilan tu dan juga pendapat anonymous yg cuba menyejukkan hati sendiri.
kita golongan majoriti sentiasa dipinggirkan tidak seperti golongan PTD.
MGB tak patut dibubarkan...banyak yg diperjuangkan..dah pun dinikmati oleh kita dan anak2 buah kita.perjuangan MGB bkn utk GB sahaja tapi utk warga pendidikan.
mkn bukan masa utk kaum kita lagi...apa pun kita mesti istiqamah dan redho dgn ketentuan ini.
kin panas jee.habuk pun tara...mana keadilan?
kin panas jee.habuk pun tara...mana keadilan?
mestilah mrk pilih dan beri kpd minoriti..budget pun kecik..
Kenapa kita membuat pilihan untuk menjadi guru? Apakah nawaitu kita sewaktu mula2 menjejakkan kaki ke maktab perguruan? Untuk dapat kerja? Untuk dapat pahala? Untuk dapatkan kedudukan tinggi? Lahir dari nawaitu kita itulah yang akan mempengaruhi emosi kita ketika ini. Tidak dinafikan kita perlukan imbuhan demi imbuhan. Tapi apa peranan kita? Sepatutnya kita perlu fikirkan apa yang boleh kita lakukan menerusi tindakan yang agresif. Ayuh, bangun dan bangkit, tidak hanya sekadar idea dan pemikiran tetapi tidak disertakan dengan tindakan. Ayuh kawan2.
Post a Comment