Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara



Salam rakan2,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua rakan2 sepengajian dan tidak lupa juga kepada semua warga pendidik yang telah bertungkus lumus dan membangunkan modal insan. Percayalah setiap kerja buat kita hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.

Bersama-sama ini disertakan perutusan dan buku program untuk rujukan rakan2.

1. Buku Program Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2011

2. Perutusan YAB Menteri Pelajaran

3. Perutusan Y.Bhg. Dato' KPPM

Diharap ianya dapat membantu rakan2.

Terima kasih.

9 comments:

ama said...

Salam sejahtera & Salam 1 M'sia.

Terima kasih Faris....juga diucapkan Selamat Hari Guru. Kepada rakan kalian juga diucapkan Selamat Menyambut Perayaan Hari Guru tahun ini, "Guru penjana transformasi pendidikan negara". Mudah-mudahan ada lagi berita gembira buat warga pendidik negara yg khabarnyaa akan diumumkan oleh YAB Timb Perd Menteri merangkap Menteri Pelajaran di Kuching pd Isnin 16 May nanti. Terima kasih.........Wassalam.

jm said...

Selamat Hari Guru kpd rakan-rakan semua...

yusofsipan said...

Selamat Hari Guru!!!

yusofsipan said...

dan selamat ulangtahun kelahiran aku yg ke 51.....hehehe

Faris said...

AMA, Jon dan Ucop,

Selamat Hari Guru juga. Kepada Ucop, Selamat Menyambut Hari Tua juga. Kah... kah... kah.... gurau2 aje Cop.

tokek gekko said...

SELAMAT HARI GURU.....

tokek gekko said...

DIA SEORANG GURU

dia seorg guru sebuah sekolah
penunggu setia penuh pasrah
bukan cuma ganjaran upah
tidak juga harap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaan menggengam satu amanah
yg mengangkat harga diri dan maruah
dgn berbekalkan keyakinan dan hikmah
dgn keikhlasan had dan pasrah
dgn tidak mengenal jemu dan penat lelah
yg diperkirakan kepuasan diri membangunkan ummah
berlandaskan paksi yg jelas dlm tuju arah
dia seorg guru pengganti ibu ayah
dia seorg guru pembentuk ummah
dia seorang guru pembina insan yg lemah
dia seorg guru pewaris tamaddun ilmiah
yg terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu....

SELAMAT HARI GURU
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.

yusofsipan said...

tokek gekko,
aku telah deklamasikan sajak tsb semasa sambutan hari guru di sekolah aku.....

hehe

tokek gekko said...

bukan apa ybs...cuma aku catat disini utk tatapan rakan2 yg tak dengor deklamasi ko tu. heheheee..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites