Tuesday, May 31, 2011

Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan

24/05/2011 12:28pm


KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.


Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama

9 comments:

mpmn said...

tk faris atas maklumat. boleh buat perancangan cuti

Faris said...

Pirzan,
Perancangan cuti peribadi dan juga sekolah.

yusofsipan said...

dah bulan Jun dah tp cuti rehat msh berbaki 34 hari....huhuhu

tokek gekko said...

ybs...ini mesti cuti tak direkodkan....sengaja but ke?

ita said...

Salam semua,
I pun cuti ada banyak gak lagi and now tgh cuti 44 hari. Baru abis 20... 24 more to go! Dah mula boring lak. Minggu lepas baru berani buat keja2 umah yg ringan dan semalam mula masuk dapur. Em... depa bagi rehat panjang... maka berehatlah i dari segala kesesakan bekerja yg tak sudah2 tu.

tokek gekko said...

kesiiiaaan ita...u cuti apa ma?
cuti bersalin ka? nak tunggu lepas pantang ye, baru nak keje....?

yusofsipan said...

ita,
i doakan moga u cepat sembuh, berehat ler puas2 dan bekeje ler semula bila dah betul2 sihat nanti....

Faris said...

Rakan2,
Ingat semua bahawa kelayakan cuti mulai tahun 2010 hanyalah 25 hari sahaja. Kalau ditambah baki bawa ke depan, baru cuti tu banyak. Jangan nanti bila nak pencen, baru nak tolak hutang terlebih ambil cuti. Barulah masa tu kena potong gaji pula. Semak semula. TK.

jm said...

berehatlah ita..lagi pun u dah lama tak buat keje rumah kot..hehehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites