Tuesday, November 30, 2010

BIROKRASI ATAU MALAS KERJA????

Sekali lagi saya mohon maaf dari admin blog ini. Tujuan saya mencoret kronologi ini adalah bukan untuk menunding jari mencari kesalahan sesiapa. Tetapi hanyalah untuk dijadikan panduan dan iktibar sekiranya hendak berurusan dgn sesiapa saja.

Seperti yang aku janjikan…aku mesti ke Putrajaya menyelesaikan masalah yang belum selesai. Mencari dimana punca sebenarnya masalah ini. Karenah birokrasi atau malas kerja.

Mengambil kesempatan setelah selesai majlis konvokesyen isteri di PWTC, pada 23 Nov. 2010 aku terus ke Putrajaya, bermalam dirumah anak saudara. Keesokan paginya dengan bantuan anak saudara ,dia telah menunjukkan komplek kerajaan dimana terletaknya pejabat SPP.

Kronologi pada hari tersebut.

- Mula2 ambil pas masuk dibilik kawalam keselamatan

- Kemudian (mcm rusa masuk kampung) mencari mana satu Pejabat SPP.

- Berjumpa pegawai dikaunter (mkn penyambut tetamu), menyatakan masalah dan ingin berjumpa dgn pegawai yg mengendalikan perlantikan DG41.

- Aku masih lagi coool.

- Pegawai tersebut menghubungi pegawai yg berkenaan....kemudian

- Dia memaklumkan kepada aku surat dan dokumen aku tak diterima oleh mereka.

- Masih boleh control cooooool lagi. Aku menerangkan kpdnya ini adalah surat dan dokumen kali kedua aku hantar spt mana yg mereka kehendaki dah sebulan aku hantar.(sambil menunjuk surat dari SPP). Kali pertama semua yg dikhendaki aku telah hantar..Kemudian kali kedua mereka nyatakan mereka tidak terima ” surat aku janji,surat penempatan dan kew 8”.

- Yang aku hilang sabar apabila pegawai dikaunter tersebut nyatakan mungkin surat tu belum sampai lagi, dlm perjalanan.

- Menyirap darah aku mendengarnya...dah sebulan hantar...surat tu tak sampai lagi..aku mula meninggikan suara..tak kan surat tu dibawa oleh kereta lembu kata ku.. aku terus mendesak pegawai itu supaya aku dapat berjumpa dengan pegawai yg bertanggungjawab.

- Lima minit kemudian pegawai itu mengatakan surat aku yang kali kedua telah diterima pada 22/10/10.

- Kenapa tak proses lagi kata aku,dah terima lebih sebulan dah.

- Pegawai itu memaklumkan mereka sibuk mengemas dokumen2 dan dimasukkan dlm kotak2 sebab nak pindah turun ke tingkat dua.

- Jawapan yg diterima membuat aku begitu ingin bersemuka dgn pegawai yg bertanggungjawab. Kalau dibiarkan mungkin dokumen aku akan jadi perkasam didlm kotak. Aku memohon bersungguh2 aku ingin berjumpa dgn pegawai yg bertanggungjawab,aku dtg dari jauh, aku mesti balik dgn berita yg boleh menyakinkan aku.

- Aku disuruh menunggu lagi . pegawai kaunter menghubungi seseorang sambil bercakap panjang lebar.(mungkin bercerita ttg aku kut)

- Sambil menunggu aku perhatikan dilobby kaunter ada 2 org guru sedang dilayani oleh 2 pegawai yg berpakaian kerja seperti biasa. Seorang tak dilantik hampir 3 tahun yg seorang tu membuat rayuan. Entah rayuan apa....????

- Hampir setengah jam datang seorang pegawai lelaki berkot tapi tidak bertali leher membawa satu fail.

- Siapa mz.......... bersuara agak keras menyebut nama penuh aku.. Saya ...,sahut aku……..

- Dgn nada yg lantang …katanya” kenapa JPN P.Pinang memberi tarikh 5 OKT bukan 2 OKT spt mana yg diarahkan.Saya tak dpt proses surat ini kerana tarikhnya.Ini semua salah JPN cikgu.

- Berdesing telinga aku mendengarnya…bukan salah aku…dari tadi aku banyak ishtifar..kerana aku tahu aku memang tidak dapat mengawal keadaan jika berlaku seperti ini. .Aku pasti pegawai ini memang hendak cover line dgn menyalahkan org lain. Berpakaian kot semata2 untuk menakut2kan orang…..aku peduli apa. Cuma pada hari itu aku berkopiah tapi masih berpakaian sopan,.mungkin pada anggapannya aku ni kolot.

- Pantang org meninggikan suara pada aku yg tak bersalah,automatik dgn sendiri tanpa kawalan aku suara aku juga meninggi.

- Bukan salah saya,jpn pun mesti dapat arahan ttg tarikh tersebut....dan bukan saya seorang yg dpt tarikh spt ini...kawan2 saya yg sama dgn saya pun dapat tarikh yg sama. Sekarang ini mereka dah dpt pun perlantikan dg 41 malah ada yg dapat seawal bulan Ogos lagi. Di Pulau Pinang bukan saya seorang, ada 5 lagi dan mereka dah pun dilantik....sergah aku. Macam mana boleh jadi begini? Siapa yg mengeluarkan surat perlantikan.? Soal aku kepada pegawai (en. S) tersebut.

- En S mula berlembut...begini cikgu...surat n dokumen cikgu baru kami terima… katanya yg cuba cover line lagi.

- Aku masih meninggi suara lagi...maklumla orang tak boleh kawal ni…bila terima surat dokumen yg kedua ni?

- Eer..eeerrr….sambil berfikir en S.

- Tanpa menanti jawapan dari nya aku bersuara ...kali pertama semua dokumen telah lengkap saya hantar ....tapi SPP kata saya tak hantar 3 dokumen, saya telah ambil tindakan tersebut. Surat kedua en terima pada 22/10/10 bukan?(aku dpt maklumat ni dikaunter tadi)

- Ya..Ya.. jawabnya yang mula perlahankan suaranya.

- Buat kerja apa mcm ni...lebih sebulan dah terima tapi tak dapat diproses. Bila boleh saya dapat surat perlantikan ni? Dgn nada sikit marah saya bertanya

- Saya janji dlm masa 2 minggu cikgu akan dapat surat perlantikan cikgu.kata en S.

- Betul 2 minggu ni...soal saya....boleh saya percaya kata2 ni...tanya saya lagi.

- InsyaAllah cikgu akan saya usahakan. En S cuba menyakinkan saya. Cikgu tak payah la datan lagi ke sini. Katanya.

- Alhamdulillah kata saya dgn nada yg lembut...tapi dlm masa 2 minggu...kalau tak ada juga saya terpaksa datang sekali lagi....saya dtg dari jauh...kali ni saya akan jumpa dgn pihak atasan.

Itulah janji yg diberikan kepada saya., rasa puas kerana dapat berurusan sendiri.. kepada kawan2 yg ada masalah kena lah datang berurusan sendiri. Pada saya ini bukan masalah birokrasi tetapi masalah malas melaksanakan tugas.Ingatlah tugas yang diamanah itu perlu dilaksanakan. Rezeki yg halal datang dari tugas yg kita laksanakan.

19 comments:

jm said...

Tahniah mz...dari perbualan kau tu menampakkan pegawai tak prihatin dengan tugas/tanggungjawab.suka melengah-lengahkan kerja. mungkin sudah biasa , mereka rasa tak bersalah.tapi kita yang mengalami..tuhan saja yang tahu.

Anonymous said...

Itulah sikap pegawai PTD. Nakkan jawatan di semua organisasi profesional lain tapi tak nak bekerja keras.
Aku rasa mereka akan lebih naik tocang kerana mantan KSU dah jadi Pengerusi SPP pula. Mana ada sejarah orang PTD jadi Pengerusi SPP? Itulah sikap PTD.

SABRI said...

SYABAS MZ......KITA KENA TUNJUKKAN JUGA KEBERANIAN DAN KEBENARAN KITA...JANGAN ASYIK DOK YES MEN SAHAJA....DAN SATU LAGI KITA JGN TAMBAHKAN LAGI MASALAH KITA...CUBALAH CARI JALAN PENYELESAIAN BERSAMA SECARA BAIK....INSYAALAH TUHAN MENYEBELAHI ORANG YANG BENAR...JANGAN CARI MASALAH.....SELESAIKAN MASALAH...JANGAN SALAHKAN SAPE2 DALAM HAL INI....SEMUANYA MANUSIA....KITA KEKADANG ADA JUGA SILAPNYA....RELEK BERDOOH LALU...HAHAHAHAHA. GURAU JUGA MZ

ybs said...

apa2 pon sebarang tindakan perlu berhikmah (bkn maknanye tak bole marah) dan banyak bersabar.....separuh drp iman tu!

hehe

Anonymous said...

MZ, lain kali bila berurusan dengan orang kementerian kamu pakailah formal pakaian kerja dan tali leher sekali .Barulah mereka layan kamu baik sikit sebab segak kamu sama dengan dia.Siap name tag dan baru dia tak pandang kita rendah. Walau bagaimana pun tahniah ,segala masalah kamu selesai hendaknya.Aku dah dapat rezeki DG41 dah. Jom aku belanja kamu....

mz said...

mekasih jm kerna memberi sokongan.

anonymous aku rasa bkn semua peg. ptd mcm tu...hanya segelintir shj.

sabri aku bkn nak menyalahkan sesiapa....cuma kekadang manusia ni ada peringkat kesabaran yg dia boleh sabar. gila seseorg bukan sama...heheee

ybs mmg aku dah sabar separuh...yg separuh lagi tu la yg aku luahkan...

anonymous... aku mmg berpakaian sopan..cuma bukan pakaian resmi pejabat aje.sebab pada aku ..masa tu aku sedang bercuti.kalu aku tahu nak jadi mcm ni..mesti aku berbaju melayu bersampin siap dgn keris dipinggang lagi.

apa pun kita orang malaysia sentiasa berhemah dan menghormati sesama sendiri.darjat seseorg bkn terletak pada pakaian yg dipakainya.bakkata perpatah..besar jgn disangka bapa,kecil jgn disangka anak.

jm said...

aku harap kau tak gila mz hahaha sebab kau sebut gila seseorang bukan sama...
minggu depan kau nak pakai baju melayu dengan keris ke mz..(kalau belum sattle.Sabri ada keris tp tak ada hulu..

mz said...

ye le semua org ada gilanya...tapi tak sama. mu pon gile juga.

harap2 masalah aku ni dpt disettlekan dgn sebaik2nya.

sebab aku tak nak gila dibuatnya. banyak lagi bende2 lain yg patut difikirkan.

mcmmana dgn perancangan persekolahan thn 2011..dah bersedia ke blm?????

jm said...

Alhamdulillah MZ .Dah cool sikit nampak.Baguslah. Kau kan bijak dalam bab deal ni.
Planning 2011 dalam proses. member kita yg lain dah siap gamaknya.senyap belaka tu dok buat planning kot.

noi said...

Salam,
Saya terus membaca komen dalam blog kita hampir setiap hari.
Untuk pengetahuan semua, buat masa sekarang sememangnya kita tidak boleh berjumpa pegawai di bilik mereka kecuali di tingkat bawah atau di kaunter.(kecuali saya...)

Ada hikmah di sebalik kesusahan. Saya juga belum terima gaji DG41. Bulan 3 tahun depan akan terima. Banyak lah terima tunggakan.

Saya dengar perancangan strategik ada yang terkini.(3 tahun sekali). Petang ini saya akan mendapatkan salinan perancangan itu di sebuah sekolah di Melaka.

mz said...

noi...TQ kerna respon kali ini walaupun setiap hari membaca blog.

masalah terima gaji dg 41 tu bukan lah masalahnya. lagi lambat lagi banyaklah yg terkumpul.

masalahnya surat perlantikan yg tak diproses/dikeluarkan walaupun dokumen yg dikhendaki telah dua kali dihantar.

jumpa pegawai dimana pun tak mengapa..dikaunter ke ditingkat bawah ke hatta sekali pun diwarong kedai mamak tak jadi masalah...janji masalah yg ada dpt diselesaikan dgn secara berhemah. tak gitu???

ko bole le jumpa dipej...tapi jumpa dirumah lebih baikkan? hehheeee.

Anonymous said...

MZ..
pegawai di kementerian pelajaran pun kena ada orang2 tertentu jgk boleh jumpa ye.Maknanya....faham-faham saje lah ye..

zalila said...

mz, tempoh 2 minggu dh cukup belum, bukan nak perhangat ..tapi kadang2 kena cm tu juga.heran juga dia salahkan jpn sb 5 oktober bkn 2.member kita yg lain pun 5 okt juga kan. saya buat rayuan tentang gred tanggagaji,( siap bagi salinan kew8 dga38- surat dan dokumen di serah tangan oleh kawan kita yang ke spp( kerana dokumen medical checkup kononnya tak di hantar walhal member hantar).harap2 tk jadi pekasam dlm kotak. hujung bulan nin kalau tk dpt nak kena turun sana kut.

mz said...

blm cukup tempoh 2 minggu lg.baru 12 hari aje.aku bagi chance sampai 15 dis ini.cukup haulnya kalu tak dpt juga....entah lah "apa nak jadi jadi lah".aku bertekad ni apabila berkata begini.

hang dan member hg kena pi juga kesana...aku bimbang dokumen hampa tu mereka masuk dlm kotak...mereka sedang berkemas nak pindah pejabat.kalu tak ada dlm kotak mungkin boleh jadi tercicir diatas mana2 meja maklum la bagi pun by hand pula.

aku bkn nak perangat hg cuma nak kasi ingat....ini bkn birokrasi lg tapi sistem malas keja ni!!!.

no excuse said...

kalau tak selesai kena pegi sana mz dan zalila.bkn nk suruh hangpa pi gaduh...aku pun pernah kena dulu.dok tunggu surat spp.lama bukan main. bila telefon die cek masih dlm fail.surat dah siap cuma tak hantar.die org buat keja tak de check list kot..ni tengah dok nk pindah lagi haru..

Anonymous said...

takkan nak tunggu walau lewat pun mz..tunggakan tu lewat tak pe.yg penting surat lantikan.nak minta jwt pengarah ke, timbalan ke..kena ada surat lantikan.di sekolah pun kita naik angin kalau cikgu lambat bertindak.hehehe

mz said...

kena tunggu juga anonymous..kerna kita pegang pada janji.2 minggu kena tunggu le 2 minggu.kalu selepas 2 minggu tak dpt baru ada point nak ambil tindakan. tak gitu?

mz said...

alhamdulillah...aku baru terima surat pengesahan perlantikan ni...syukur kpd Allah terima juga akhirnya spt yg dijanjikan.

terima sebagai PPPS gred DG41 P1T22.cuma nak tanya kawan2 yg dg34 P1 spt aku ni betul ke tangga gaji yg diberi ni.sebab aku dengar ada yg terima P1 T23.

jm said...

mz..alhamdulillah syukur dah dapat surat lantikan DG41. aku pun dapat P1T22. Member DGA38 dapat P1T25.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites