Wednesday, November 17, 2010

Sabah 14-16 November 2010

Selamat Datang ke Sabah


Saya berkesempatan ke Sabah bagi program lawatan bersama Pengarah BPSH bagi meraikan persaraannya. Sebaik tiba, saya menghubungi Anas dan beliau bersedia mengambil saya kerana ketika itu berada di Kota Kinabalu tetapi saya tidak dapat memenuhi permintaannya kerana telah dijemput oleh pegawai2 di JPN Sabah kerana atur cara disusun oleh mereka dan kami terpaksa terus bertolak ke Ranau pada 14 Nov tersebut. Terima kasih Anas.

Sebaik tiba di Ranau pada ketika itu jam sudah pukul 7 malam dan terpaksa bergegas untuk majlis jamuan makan malam. Di sini saya berkesempatan menemui Whinie tetapi disebabkan majlis adalah rasmi maka kami sempat berbual sebentar sahaja dan tambahan Whinie terpaksa pulang awal kerana beliau menumpang kenderaan kawannya. Nak bergambar pun tak sempat.

Rakan2 Sabah yang lain tak sempat saya hubungi. Walau apapun, terima kasih kepada rakan2 di Sabah walaupun kesempatan hanyalah seketika.


Menikmati makanan seafood yang dikatakan popular di Sabah iaitu di Restoran Gayang sewaktu tiba pada 14 Nov yang terletak hampir setengah jam perjalanan dari Kota Kinabalu menghala ke Kota Belud.


Juga menikmati makanan seafood di malam terakhir sebelum berangkat pulang di Restoran Nelayan, Kota Kinabalu.

13 comments:

jm said...

dalam sibuk2 dgn master tu sempat jgk kau ke hujung negara ye...pandai mencelah masa yg ada.

Faris said...

JM,
Sedang semester break lah. Pertengahan Disember ni baru nak mula semester 4 dan akhir. Tugas luar terpaksa juga digalas.

ybs said...

kalau diajak, aku pon aku nak ikot lbh2 lg kalau FOC......

hehe

Faris said...

Cop,
Nanti aku ajak kau, nak tak? Bila ada masa nak jelajah pendalaman Sabah dan Sarawak.

jm said...

best tu dapat jelajah pedalaman sabah sarawak.

Anonymous said...

Siapa pengganti bos you, faris?
Bukan apa, kalau orang senegeri, ada can lah....

tokek gekko said...

ari ni aku nak ke kl. lusa ada konvo di pwtc.misus yg konvo. ingat hari isnin nak ke putra jaya. nak mengamuk knape aku tak terima lagi surat perlantikan dg 41. pada hal aku dah pos apa yg mereka minta yg dikatakan aku tak antar.

siap le org yg berkenaan.....akan gegarlah putra jaya. faris ko ada ke ari insin ni?

Aida Ali said...

Saya nak gak ikut pedalaman Sabah Sarawak tu kalau ada ruang. Bukan jauh Putrajaya dgn Sepang hehe

jm said...

tokek..jangan2 nama kau tak masuk dalam list dg41.mgkin tak ckup peruntukan kot hehe. kau pegi lah .faris tolong tunjuk pintu masuk.

noris said...

Faris,U dapat bos baru ,pengarah kami Datuk Hj.Isa b.Hj Abu.Timbalan pengarah kami naik jadi pengarah .Itu pun tak lama.Dia nak bersara 6 bulan lagi.Kawan kita Noi tu nak ikut tak Datuk dia pindah ke Putrajaya.Sebelum Datuk Pengarah saya bertukar dia sempat buat pertukaran GB di tempat saya.Nama saya naik.Kenalah tukar sekolah.Walhal saya baru 11 bulan kat sekolah sekarang.Hai pening kepala.Tapi kita yang menurut perintah.apa nak kata.

jm said...

selamat bertugas di bawah boss baru faris..

Anonymous said...

Saya dah dapat surat perlantikan DG41 dan dah dapat gaji DG41 pun .Saya di tawarkan P1 T 25 dan dah dapat pun kenaikan T 26 tahun ni.Kenapa kawan-kawan ada yang lambat dapat.

jm said...

tahniah anony..p1t25. kau dga38 ye. tak tau lah kenapa masih ada yang tertinggal.tak berapa efisyen jgk lah ye...dg 41 pun dah lambat. nak dpt dg44 nt...lagi lah lama kot.apa pun bersabar lah ye .separuh iman tu.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites