Kepada kawan-kawan yg mengenali saya, mohon maaf kerana menggunakan blog ini terutamanya tuan blog ini .Sekali lagi saya Mohd.Zulkifli rakan sekuliah anda ingin memohon ribuan ampuan dan maaf sekiranya catatan saya selama ini mengguris hati rakan-rakan bloggers.
Diruangan ini saya mohon maaf daripada admin (faris) kerana menggunakan blog ini untuk membuat pendedahan atas nama-nama-nama tersebut, penggunaannya bukan untuk niat yang tidak baik ianya semata-mata untuk menghidupkan suasana respon merespon rakan-rakan sahaja.Mungkin tanpa saya sedari respon dari saya telah mengguris hati rakan-rakan.Ampun maaf dipinta.
Sejak akhir-akhir ini saya telah menggunakan nama-nama samaran seperti "binzain (mkn semua org dah tau kut) dan kebanyakkan saya menggunakan nama “zorro”.Tapi dlm ruang chat saya menggunakan nama “mamak”.Faris,Yusuf,Pirzan, Kak Kiah, Jony, Zalila, Non, Valar,Noris ,Azam dan anynomous aku mohon maaf sekiranya catatan aku menguris hati kalian begitu juga si teja .
Mohon doa dari kalian agar aku sekeluarga diberi kesihatan yang baik supaya dapat mengerjakan ibadah umrah dan diterima oleh Allah sebagai umrah yang mabrur.Aku berangkat pada 7 Jun 2010 dan dijangka pulang pada 20 Jun 2010.InsyaAllah.
Izinkan aku sekali lagi melafazkan pantun2 ini……...
SALAHKAH JIKA IBU DODOIKAN
TIDURKAN ANAK DIATAS PANGKUAN
SALAH DAN SILAP HAMBA LAKUKAN
AMPUN MAAF HAMBA POHONKAN.
BADANG KUAT BERTUBUH SASA
MENCABAR DIA ELOKLAH BERJAGA
TERSILAP KATA TERSASAR BAHASA
KESALAHAN HAMBA MAAFKAN JUA.
BULAN MENGAMBANG BINTANG BERKELIPAN
PUNGGUK MERINDUI AMAT MERAWAN
ANDAI MENYINGGUNG JUA MELUKAKAN
KU POHON MAAF DARIMU TUAN/PUAN.
CEKAP BERSAJAK DATUK PANGLIMA
GAGAH BERANI JUA PERKASA
ANDAI DIKAU TAK DAPAT MENERIMA
MOHON MAAF SEGALA DOSA
DITEPI PANTAI BERENANG-RENANG
TEBARKAN JALA TANGKAP GELAMA
JANGAN DISEBUT JUA DIKENANG
LUPAKAN SAJA SENGKETA LAMA
PUTERI BERSIRAM DITEPI PERIGI
MENCEDOK AIR BERHATI-HATI
IZINKAN HAMBA BERLALU PERGI
JANGAN ADA DENDAM DI HATI.
LABAIKALLAHHUMMALABAIK..LABAIKALLA.SYARIKALAKALABAIK....
INNALHAMDA.WANNI’MATA.....LAKAWAL MUR LA SYARIKALA............
12 comments:
Salam Zul,
Aku tahu dan dapat meneka. Mmg diharap ramai yang memeriahkan blog ini tetapi tak juga menjadi. Masing2 dah bawa haluan masing2. Apa kata kita tutup aje blog ini??????
Kepada saudara Haji Zul, selamat menunaikan umrah dan kembali ke tanah air. Moga dimurahkan rezeki lagi oleh Allah s.w.t.
selamat pergi, kerja dan kembali zul....ada rezeki kita jumpa lagi....zapppppp
selamat mengerjakan umrah, selamat pergi dan balik jugak....
amin!!!
seruan dh sampai kepengetahuan teja... ape pulak yg nk dimaafkan bukan ade buat salah apa2, gurauan dn usik-mengusik tu biasa la, tk penah teja simpan dlm hati...
teja doakan moga dpt menjalani ibadah dgn sempurna, kesihatan yang baik.... selamat pergi dn kembali ke tanahair.
Assalamualaikum.
Saya juga mohon ampun maaf kepada tuan haji atas apa jua salah silap saya kpd tuan sama ada semasa kita di IAB mahu pun di UPSI dan juga ketika ini serta di maya.........
Didoakaan tuan sekeluarga dipermu
dahkan urusan, selamat mengerjakan ibadah di tanah suci, selamat pergi dan selamat kembali. Semoga dimurahkan rezeki, panjang umur dan awet muda.........terima kasih.
terima kasih kepada rakan2 semua, diatas doa kalian.
faris,saya harap blog ini jgn ditutup,kalu sesiapa ada enteri kita harap sudi2 la menghantarnya. blog saya yg rasanya hendak ditutup.
KK...zaaappp tu akan jadi nostalgia bagi ku..entahlah selepas ni,apa pulak nak digunakan mkn zuuuppp kut.
TQ ybs....n ama sksb. kenapa awet muda pulak?awet power lagi best..
Teja,mmg saya selalu menyibuk saja membalas komen diblog teja...tanpa teja kenali saya...tapi sejak akhir2 ni mmg tak boleh nak masuk blog teja...tu sebab tiada komen.knape ye?
apapun TQ banyak2 kpd semua rakan2 bloggers. labaikallah humbalabaik...
yg berbahagia Tuan haji Zul.aku pun dah dpt agak nama yg kau gunakan tu.aku pun seronok gaya penulisan kau tu. tak terasa hati pun..seronok ade lah...
faris, blog ni tak payah lah kau tutup.biarkan je.kalau kau ade masa masuk je entry..
aku maafkan.sebenarnya tidak ada apa pun nak di maafkan.apa yang di tulis dlm blog/chat bagi akau biasaje gurau senda.selamat pergi untuk kau sekeluarga mengerjakan umrah.doakanlah kawan2 d sini
faris, jgn tutup blog ini, jgnwpn yang masok entri ciput je, at least ada juga berita dn gurau senda usik mengusik dri kawan2.biarlah wpn tngl 2 org yang lain saya rasa depa baca cuma nak membalas tu malsa atau tktau.saya pun mula2 tak tau nak hntr komen.terimakasih atas usaha ini.kepada Non dan suami juga di ucapkan selamat mengerjakan umrah.selamat pergi dn kembali.
harap hj zul tak zappp jgk kat mekah nanti..bahaya ji!
aaha la dia asyik nak zaaap je.jadi haji zul bawa bersabar di sana ye.
teja pun tk tau la nape tk leh komen, tp tk mengapa la coz blog pun dh tutup... main fb je skrg nih. nnt senang2 join la ye...
Post a Comment