Wednesday, May 5, 2010

Reunion di Pulau Redang
























Salam rakan2,
Dalam survey yang dibuat dalam blog kita, hampir semuanya bersetuju untuk program ini diadakan di Pulau Redang semasa cuti sekolah ini. Oleh itu saya minta bantuan saudara Joni untuk menentukan tempat di Pulau Redang bagi tujuan penginapan, makan dan minum, acara2 yang sesuai dan lain2. Bagi mereka yang nak menyertai, sila maklumkan.

Tarikh : 13 hingga 15 Jun 2010

Aturcara :
13.06.2010 - 12.00 tgh hari - berkumpul di jeti Kuala Terengganu
13.06.2010 - 1.00 petang -menaiki bot ke Pulau Redang
13.06.2010 - 3.00 petang - check-in dan santai
13.06.2010 - 8.00 malam - dinner
14.06.2010 - 8.00 pagi - acara sukaneka/game
14.06.2010 - 1.30 petang - melawat pulau
14.06.2010 - 4.00 petang - snorkeling
14.06.2010 - 8.00 malam - dinner dan majlis tahlil
15.06.2010 - 8.00 pagi - packing dan santai
15.06.2010 - 12.00 tengah hari - check-out
15.06.2010 - 2.00 petang - menaiki bot ke Kuala Terengganu
15.06.2010 - 4.00 petang - tiba di Kuala Terengganu dan bertolak pulang


Tindakan :

1. Saudara Joni - minta tolong untuk mencari pakej makan dan penginapan dan sebutkan harganya serta bot
2. Saudara Joni - maklumkan kadar yang diperoleh
3. Saudara Joni - menguruskan perjalanan bot
4. Saudara Joni, Ismail, Jah (Kuala Berang), Jah (Kemaman), Sabri - penyambut tetamu
5. Rakan2 - sila buat pembayaran dengan bank-in ke akaun saudara Joni.

Jika setuju, sila reply dalam komen blog ini. Terima kasih.

23 comments:

mpmn said...

bestnya kalau dpt gi. kalau tak ada aral melintang aku akan join. tp rasanya aku seorg diri je.

jm said...

minta ismail uruskan parking kat kuala Terengganu.kat mana sesuai nak letak kerete kawan2. cuaca agak tidak menentu sikit walau dah masuk mei..tp kalau berombak pun sari dua je..kalau kebetulan jer

jm said...

aku cuba tanya kat laguna redang resort..

Faris said...

JM,
Selain dari pakej makan dan penginapan, tanya juga jika sewa bilik aje sebab mungkin rakan2 kita nak bawa family ramai2 dan makan di luar. Yang penting juga, di luar ada gerai/warung/restoran.
Minta tolong contact Mail sekali untuk parking.

Anonymous said...

Youlah buat tarikh l gi umrah so tak boleh nak joinlah.Tentu bestkan. Semuga yang hadir dapat merapatkan lagi hubungan kita. Mohon maaf untuk semua.
NON

Anonymous said...

Ye lah non,meka buat time kita g umrah, tak dapat la join meka semua.

bila nengok gambar pulau tu, teringat saya cerita fantasi island.

"the plane...the plane..." tak dpt bayangkan jah,sabri,jon n mail kalungkan bunga malai.(mekakan penyambut tetamu).Mail akan sebut "the boat...the boat"(sebab geng kitakan naik bot).

apapun selamat reunion kepada member yg akan kesana...saya mohon maaf kerna tak dpt sertai kerna panggilan umrah mula kedengaran sayup2.

Doakan semoga saya sekeluarga selamat mengerjakan umrah.non saya doakan semoga kita sekeluarga selamat mengerjakan ibadat umrah.

Anonymous said...

Yalah zul,betullah u kata.Semuga mereka happy selepas lama stress menunggu dg41.Mesti macam2 cerita yg keluar.Kalau susah2 berkhemah aje di sek joni.
Zul, panjang umur, murah rezeki kita bertemu di mekah.Insyallah.
NON

Anonymous said...

non, cadangan yg baik tu.jimat lagi belanja.

tidur saja disekolah joni tu.apa yg penting "kejaaa sama" bukan2 dapat bersama reunion la.

mpmn knape nak pergi seorg.bawa la bersama2 anak bini tu.kesiaaan mereka.

tidur disekolah joni,buat barbe-Q pada mlm hari. wah tentu meriahkan?

jm said...

faris..semua resort sediakan pakej termasuk makan,bilik dan aktiviti snokerling. kat area resort tak de kedai/warung...Resort2 terpisah dari perkampungan.hanya melalui laut je.
kawan2..aku tak tergamak nak biar kau org tido di sekolah..GB 41 pulak tu.

Anonymous said...

smlm tak sempat uruskan resort sb ada kat majlis anugerah NILAM peringkat negeri.Ada jumpa rasli .mail tak ada.

zalila said...

insyallah, tkda aral saya turut serta, tk package, jika dlm budget bolehla mami bawa anak2 g sama.seronok kalau dpt jumpa kwn2.tidor di sekolah pn tk kisah best juga mlm2, barbecue, bakar udang sotong ketam dll.

Faris said...

JM,
Alternatif, kalau ada yang sanggup dan setuju tidur di sekolah atau pusat kokurikulum pun ok juga. Bukannya nak bermewah tapi berseronok dan menghilangkan tension. Depa ni semua belum DG41 lagi, jadi taklah jatuh standard tu. He he he ....
Malam boleh barbeque, good idea juga. Tapi kena beli udang, sotong, ikan, ketam dll simpan dulu.

zorro said...

sotong boleh dicandat...musim sotong ke jon?

makan banyak2 makanan laut...yg kena penyakit gout tu sedar2 la sikit.

sekali sekala tidur dlm khemah apasalahnya. tiap2 keluarga bawa khemah masing2.

kalu mlm jgn silap masuk khemah sudah la. heheheeheeeeeee.

syok juga kalu boleh zaaaaaaaappppp sotong ni. tak gitu jon?

ybs said...

aku setuju sgt kalau tido kat masjid eh eh silap, kat sekolah la, bwk khemah, yg lelaki bole tido dlm khemah tp kalau dia takleh berenggang dgn bini bagi ler dia sebilik kelas dgn bini dia....hehe

cuma aku ade masalah sikit la, aku akan dapat keluarga baru awal jun ni.... bkn bini aku la yg nak bersalin!!! anak sulung aku tu akan melahirkan anak kedua, cucu kedua aku ler, sekarang dah lbh seminggu berada kat rumah aku, tengok ler mcm mane, mmg teringin sgt nak join!

mpmn said...

anoy ...

aku gi sorg diri kerana org rumah aku gi belajar. anak2 sure tok seh gi sbb ibunya tak ada.

seronok gak aku jln sorg diri.

ada tapi gak...

aku musim2 cuti sek ni biasanya akan masuk berkhalwat. so...mungkin aku akan sedih kerana tak dpt join.

mungkin Allah akan mengizinkan aku ke sana. aku yg teruja sangat tu sbb nak menyelam sambil tgk ikan yg cantik2 n batu karang.

sop... ttg cucu kau tu biarlah ayah dia jaga. pandai beranak pandailah jaga anak n bini. cukuplah jaga cucu sulung kerana masa tu dia org belum berpengalaman lagi.

zorro said...

atuk ybs bole bawa sekali cucu tu...member2 yg blm jadi atuk boleh tlg jaga cucu tu...mereka bole practise jadi atuk n nenek. heheeeeee

mpmn nak pergi berkhalwat ke? berkhalwat yg dihalalkan tak pe jgn berkhalwat sampai kena tangkap basah udah le.....malu....malu....

mcm baru2 ni org tua yg kena tangkap berkhalwat dgn budak ipta tu. dah tua gayut n nak mampus pun tak sedar diri lagi. kesian...kesian kat dia.......

last2 kena zaaaaaaaapppppppp. heheheeeeee.

jm said...

Laguna Resort dah penuh sepanjang cuti sekolah(jun).aku dah tanya pusat ko kalau ada kosong.tunggu jwp.sb katanya ada program maritim jpnt.tp lom confirm lg.
kalau resort besar penuh..kita lepak je kat resort kecik ye..kat sekolah aku anytime je..free!

Faris said...

JM,
Kau carilah mana yang sesuai. Dah confirm nanti baru kita maklumkan kepada kawan2. TK.

Anonymous said...

dalam khemah pun bole lah.......

Anonymous said...

anon,
ttg tido dlm khemah tu kan dah ade yg cadangkan....

apakate kita tido beralaskan tanah dan berbumbungkan langit jer, sanggup???

jm said...

faris..ada beberapa cadangan:
1. redang lagoon di area resort.jauh dari kampung.pakej rm280/sorang.makan minum disediakan oleh resort.pakej 3 hari 2 malam.

2. pusat kokurikulum (dikampung)
hanya bayar dobi cadar rm2 dan makan rm20 sehari seorang disediakan oleh kantin. Tido dlm dorm.kalau yg bw isteri/anak2 boleh tinggal di
3. Penginapan TNB. sewa sebuah rumah ada 3 bilik rm100/sehari.makan di pusat ko.
skrg kena confirm cepat sb resort bolehdikatakan penuh.

jm said...

faris kau miss cal no. hp kau..no aku 017-9705645

pusat ko aku minta jurulatih cek ada ke tak sekolah/program jabatan masuk.kalau hanya sekolah akan masuk diberi keutamaan kpd kita.

jm said...

penginapan TNM aku rasa boleh disikan 3 keluarga setiap rumah.boleh ke..?maknanya 3 keluarga bayar rm100 je untuk sehari..sekarang ni kena pastikan berapa keluarga, dan berapa yg solo atau hanya bw ank je kot..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites