Wednesday, February 17, 2010

Ziarah Azam di Kuala Kangsar

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Utara, saya sekeluarga keluar melalui tol Changkat Jering kerana lebuh raya sesak teruk. Kami lalui jalan ke Kuala Kangsar dan terniat untuk menikmati laksa kuala, jadi telefon saudara Azam untuk bertanyakan tempatnya. Lantas saya dijemput singgah di rumahnya, tidak mahu menghampakan saudara Azam dan tambahan lama pula tak berjumpanya maka saya mengambil keputusan untuk singgah.
Alhamdulillah kerana saudara Azam dahpun sihat dan lihat sahajalah badan dia yang dah kembali normal sewaktu bertemu di IAB dulu (2005).

Saya dan saudara Azam bersama senapang anginnya. Sempat tengok demo dia tembak tupai.


Saudara Azam bersama isteri dan saya bersama isteri di rumahnya.


Seronok bercerita tentang hal semasa kerana minatnya kini ialah mengumpul parang. Terima kasih juga diucapkan kerana saya telah dihadiahkan dengan sebilah parang olehnya. Siapa yang tak kenal Azam, bab bercerita memang tak putus2. Termasuklah diselit cerita2 lawak.

Dalam urusan sewaktu Tahun Baru Cina ini, dapatlah saya berjumpa dengan dua (2) orang rakan kita semua. Maaf kepada saudari Mahani Rahim, saudara Zul dan saudara Che Hassan kerana tak dapat berkunjung ke rumah mereka. Insya-Allah di kesempatan lain dapat kita bertemu.

Didoakan semoga semua rakan2 dapat menikmati kegembiraan di tahun 2010 ini. Terima kasih.

20 comments:

jon said...

kau singgah rumah raja lawak kum B, faris. sejak bila si azam mengidam tupai.... azam beg plastik tu simpan..buat kenangan.

azamboy said...

mana ade pake dah beg tu..kencing pun dah jauh.anyhow,thanks Faris kerana jenguk aku..suka juga tgk rofidah dah sihat..anak aku ada kat pondok th haji saleh. sik..belajaq agama..heheheh.moga2 sejuk kubur aku nanti.best le faris...jadi utusan da jenguk kawan2.sekurang kurangnya ada perkembangan baru kawan2..pisau tu hang buat sembnelih lembu.kambing,ayam..hang jgn semlih orang..heheheheheheh

Faris said...

Jon,
Memang betul tu, Raja Lawak kump B. Seronok pergi rumah Azam, seronok kerana suasana kampungnya.

Faris said...

Azam,
Nanti bila anak kau dah habis mengaji pondok, kau boleh belajar lagi dengan dia lebih mendalam. Kau kikis lidah kau tu dengan cincin macam kikis lidah burung kakak tua supaya pandai bercakap tapi kau supaya lebih pandai mengaji. He he he... gurau Azam.
Pisau kau beri tu, aku rasa nak sembelih oranglah. Geram betul aku hari ini, dahlah penat2 balik dari perjalanan jauh dengan kesesakan lalu lintas (sampai rumah jam 1.30 pagi), hari ni dapat berita cikgu aku kena tangkap khalwat. Jenuh aku buat laporan ringkas, pergi PPD, pergi pejabat agama, dapatkan segala maklumat dan telefon pengarah. Takut2 keluar akhbar front page atau berita TV. Tu yang rasa nak sembelih orang dengan pisau kau tu, menyusahkan aku aje.

jon said...

kau nak sembelih tang mana tu cikgu kau tu faris...hehehe. nak buat camne.bapaknya keluar anak buat hal ye...sabo faris.

jon said...

alhamdulillah..dpt jg kau hantar ank kau belajar pondok.tahniah azam.

jon said...

Faris,
gambar ke3..aku tengok kau macam sedang terima anugerah dari mahaguru azam. hehehe. ilmu apa tu..

noris said...

Sejak bila pula Azam berminat dengan pisau dan parang.Dulu asyik dengan badik,tupai dan senapang.
Azam jangan lupa asah parang kamu tajam2 supaya senang nak guna hari2
tak de le tumpul.Tapi aku nak ingatkan kamu,kamu jangan tak pantang makan,nanti sakit lagi perut kamu tu.aku tengok gambar kamu dengan Faris tu dah gemuk.Harap2 gemuk sihat.....

Faris said...

Jon,
Terima anugerah ilmu .......

Faris said...

Noris,
Memang kami berdua nampak gemuk. Hajat hati nak kurus tapi apakan daya, senang hati.

azamboy said...

kamu kena mandi kan dia dgn limau setiap malam jumaat faris...kalau takpun mandikan dgn darah cikgu tu heheheheheh,,yang jantannya..yg betina tu kita mandikan dia heheheheh

binzain said...

faris, maaf kerana kau call aku tak jawab.hp hari tu ada ditingkat atas rumah,sehari suntuk aku tak bawa hp,maklumlah aku ada dirumah.aku sedar ada miss call masa tengah malam itupun apabila nak set jam loceng,malas pula nak call lagi pun tengah mlm pula.

nanti bila dtg sekali lagi,call lebih awal lagi...mesti singgah rumah aku .aku belanja makan nasi beryani sg.petani..best giler.

pisau yg azam beri tu..kau potong saja anu cikgu kau tu..gatal sangat nak berkhalwat.jsnda ke,duda ke atau anak teruna dara?

hati2 dgn pisau azam tu ,aku takut ada sakanya...hahahaaah.

jon said...

faris...sekolah kau dah buat rekod upsr... sekali sekala buat rekod lain pulak ye hahaha. gurau je faris.

jon said...

binzain...aku rasa budak tu baru je nak cuba belajar berkawad...

binzain said...

berkawad tak pe...apa la kau ni jon.eh,jadi ke buat reunion kat pulau kau tu jon.

azamboy said...

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Istericurang_suamipitam/Article
ini kes yg kamu cakap tu ke

kak kiah said...

Faris, Zam dan isteri-isteri. Nampak cantik dan bersemangat je merpati dua sejoli ini..Tahniah dapat merapatkan kekeluargaan Kohort 5B..

jon said...

binzain..tak tau lah jadi ke tak reunion kat sini.skrg ni resort belum buka.laut gelora!buka nanti baru dapat survey lagi rege..cuma kawan kawan kenalah tahan sikit dgn keadaan laut yang tak menentu.tak spt laut sebelah langkawi... skrg ni ppd pun belum jengok sekolah aku..

binzain said...

laut bergelora tak apa,jangan orang bernafsu gelora.

mabuk laut pun tak apa,sebab mabuk halal....bukan mabuk haram.

jon said...

binzain...aku bimbang jg kat sini banyak sangat benda bergelora hahaha.benda tu halal..tapi kita tengok je haraaaaaam ...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites