Sunday, February 21, 2010

Setiap Pelajar Wajib Sertai Satu Jenis Sukan

BANDAR JENGKA, 21 Feb. — Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan diwajibkan menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sementara juga akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.

Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa yang sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak-anak mereka, katanya.

"Efektif tahun depan, tahun ini kita akan buat apa yang patut dahulu, sebab pihak sekolah perlu menyusun kembali jadual sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Pahang di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan telah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan. - Bernama

2 comments:

binzain said...

maklumlah...

"SEKALI AIR BAH,SEKALI PASIR BERUBAH"

mujur sekali shj,kalu banyak kali...aku ingat entah nak jadi apa haa....?

zalila said...

ntahla......sekejap ini sekejap itu, banyak kali bah, hancur habis

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites