Hari ini saya mengambil cuti rehat dengan tujuan untuk merehatkan badan dan melegakan kepenatan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Disamping itu saya mengambil kesempatan untuk menyelesaikan beberapa urusan baik peribadi mahupun yang berkaitan dengan kumpulan.
Langkah 1 - Pergi ke SPP
- Jumpa Pn Murni di SPP (Unit Pengambilan Guru)
- Dimaklumkan surat tawaran perlantikan yang bertarikh 30 November 2009 telah dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM
- Jumpa Cik Rosaliza di BPSM
- Dimaklumkan bahawa baru seminggu terima surat tersebut dari SPP belum sempat diproses
- Alasan yang diberi sedang sibuk menguruskan tawaran untuk mereka yang ditawarkan pada 19 Jun 2009. Persoalannya kenapa masih tak selesai lagi? Sudah berapa bulan? Inikah kerja PTD yang diuar-uarkan cekap dan efisien dan mahir dalam pengurusan?
- Jawapan juga diberi bahawa kumpulan kita akan dibuat setelah selesai kumpulan bulan Jun. Juga akan dilaraskan dengan BPSH bagi menentukan kekosongan jawatan PJJ. Jika tak ada kosong, mungkin akan dilantik pada tahun 2010. Adakah BPSM masih tak ada angka atau unjuran kekosongan? Sehingga sekarang masih nak tanya dengan BPSH?
- Masih belum berkesempatan. Insya-Allah kalau ada kelapangan di lain masa.
13 comments:
TQ Faris atas daya usaha ko utk menyelesaikan masalah ini.nama saja cuti, tapi ko mcm bertugas juga, kerana tak lekat dirumah bersama keluarga.
mcm mana masalah ni kalau kita masuk dlm paper?
faris,
TQVM, moga Allah swt membalas segala kebaikan ko tu dgn sebaik2 ganjaran!
ko lbh maklum keadaan di kpm tu kan, mana2 yg patut, ko belasah jer la....hehehe
cikgu aku,interview bulan lapan.dah dapat surat tawaran utk dg41.???mana silap kita agaknya.
Binzain,
Masuk paper? Agak2nya boleh ke nak buat macam tu? Apa pandangan rakan2 semua?
YBS,
Nanti aku belasah sorang demi sorang. Bior dia orang rasa. Tunggu aku dapatkan maklumat untuk langkah 3 nanti.
Azamboy,
Status kita PJJ. Cikgu kau tu mungkin fresh grad maka dia akan dilantik mengikut tarikh temuduga atau konvo. Kita kena ikut kekosongan perjawatan.
Terima kasih semua.
ok..pahamle aku
faris
aku amat berterima kasih atas egala usaha kau, kau memang ada advantage utk tu semua dekat dan tau kat mana nak tuju...semoga kau dirahmati Allah.
Aku rasa dgn cara diplomasi dan kalau buntu jumpa jer pembesar negara yang kau tau KPPM ke atau TKPPM, kau sembang sambil dia makan aku rasa sekali dia orang berdehem dalam tipon, mamat dan minah tu akan cepat...sebab sistem kita ni kalau dari atas...cepat, kalau dari bawah atau setara...senyum jer dia orang. ..
maaf faris, akau tak berapa setuju cara masukkan dalam paper, sebab natijah akhirnya tidak berapa elok. Sealgi boleh nego kau negolah dulu..kau memang ada skill nego tu, kaua jangan ajak sobri atau sopi..dua mamat ni kalau salah cakap....dia orang belasah. hahahaha maaf gurau je saobri dan sopi...lama tak bergurau dgn kau orang
faris
selamat menyambut tahun baru..
Yalah Faris...Betul kata Azam, cikgu kak kiah 2 org pun dah dapat surat pelantikan. Kita dulu sebln untuk interview ari tu. Jelous juga bila nak pjgkn srt tu... Tapi syukurlah sekurang2nya cikgu2 tahu kita buat kerja.
pasal apa dia nak tengok keksgn. bknkah kita dah ada pos msg2. aku tak fahamlah faris. cuba kau jelaskan lagi. lainlah kalau kita tak ada pos. tptkan sajalah di sekolah kita sekrg. kau kenyitlah sikit sambil selak2 rambut. baru dia cepat buat keje.
Kami dah rasa dah masalah ni. Tak faham tapi itulah dia - PJJ perlu surat penempatan dari JPN (KPM) dulu. Saya sampai sekarang belum dapat surat pelantikan DG41 lagi walaupun konvo bulan Mac 2008. Sabor jelah.
MPMN,
Bagi guru PJJ macam kita ni, kekosongan adalah berdasarkan ABM Perjawatan B41 untuk sekolah rendah berdasarkan unjuran 50% guru siswazah di sekolah rendah. Perjawatan tu dipohon oleh BPSM dengan JPA. Seterusnya dimaklumkan kepada BPSH. Sebab itu saya musykil bila BPSM kata kena tanya kekosongan di BPSH. Seperkara lagi yang mungkin menyebabkan tragedi ini kerana perjawatan DG41 tu diambil untuk lantikan guru-guru baru berkuatkuasa 1 Dis 2009 kerana mereka tak boleh dilantik pada 2010 sebab tiada perjawatan baru.
Aida,
Seperkara perlu diingat iaitu apabila kita dilantik, kita perlu mengembalikan segala borang dan maklumat pakej setuju terima. Kalau tak kembalikan, memang tak akan dilantik.
Sekian untuk makluman. TK
aku tak tahu sejauhmana mgb memperjuangkan perkara ni. jika ada disuarakan, adakah ia berupa pertanyaan, permintaan atau satu desakan yg tidak mengenal takut.
kalau dah begitu, kena ambil jln 'kurang ajar' pulak. suara mcm mana yg biasa didgr oleh org atas? msk tv, msk akhbar, htr memorundum ke menteri pelajaran dll.
sesekali kita ni jgn terlalu asyik yes sir je. kononnya kita org yg beradap, bersopan santun dll. suara yg mendesak perlu ada. jika tidak, pencen putih mata jelah.
tq tq tq tq faris...
bukan tak de kekosongan jan, tak de budget la tu...
Post a Comment