Thursday, December 10, 2009

Mesyuarat Pertama Sesi Persekolahan 2010

Setiap kita mempunyai pendirian dan pendapat yang berbeza. Dari sini lahirlah pelbagai pendekatan. Pendekatan yang diambil akan melibatkan perancangan. Perancangan mestilah strategik. Perancangan yang strategik akan membantuk pelaksanaan yang berkesan.

Menurut Dennis D. McDonald (2007) :

"Some organizations develop strategies for adopting social media and social networking based on an informal process that proceeds spontaneously and with minimal central coordination. Others prefer a more formalized process, especially in situations where management recognizes the potential for impacting so many different corporate functions".

Deskripsi lain atau rumusan Dennis ialah :

"A strategic planning process delivers a set of defined initiatives (projects) that achieve a desired set of business goals. The planning process involves a definition of these business goals, an assessment of the resources available for meeting these goals, and the definition of specific plans (initiatives) that are designed to achieve the goals. The process usually incorporates a ranking exercise that identifies the highest priority initiatives".

Peluang ini kita ambil bersama untuk saling bertukar pandangan dan pendapat. Kita semua berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing2. Kepada rakan2 yang tidak berjaya, mereka memerlukan perkongsian idea kita. Oleh itu sama2lah kita berikan pendapat dan pandangan masing2 dalam menghadapi mesyuarat pertama sesi 2010 sebelum sekolah dibuka. Pandangan boleh meliputi :

(a) Apakah perkara2 yang akan disampaikan dalam mesyuarat pertama?
(b) Apakah program terbaik yang rakan2 telah laksanakan sepanjang 2009 yang telah memberi impak kejayaan?
(c) Apakah strategi dan tindakan dalam menangani perkara2 yang melibatkan penyelesaian masalah semasa yang timbul?

Selainnya apa sahaja boleh kita bincangkan disini. Sumbangan rakan2 walaupun sebaris ayat akan membantu rakan2 yang lain.

Terima kasih.

12 comments:

yusofsipan said...

bagus jugak tu faris, nt kemudian aku post lg komen kat entri ni....hehe

Faris said...

Rakan2,
Apa yang penting dan amat perlu ialah peraturan sekolah kerana setiap sekolah kita mempunyai peraturan yang berbeza kecuali peraturan yang telah ditetapkan melalui SPI dan PP.
Apabila telah dimaklumkan secara lisan dalam mesyuarat pertama maka ia dianggap sebagai amaran lisan sebelum berlaku kesalahan seterusnya yang boleh kita beri amaran bertulis.
Keduanya adalah dasar2 semasa kerajaan yang perlu guru-guru hayati dan patuhi demi mencapai hasrat dasar tersebut. Dalam contoh terkini ialah NKRA dan KPI.
Itu tips pertama yang saya rasa perlu.
TK.

mpmn said...

lagi cantik faris kalau ko mskkan power point yg ko buat. jelas dan terang.

valar said...

1.visi n misi - sejauh mana telah
capai, kekangan yg telah n akn
hadapi.
2.NKRA & 6 KPI
3.Program LINUS N kpi sek
4.peraturan sek yg penting cth
kehadiran, pakaian dll
5.tatacara perhimpunan pertama
4.1.10
6.tatacara kutipan bayaran tambahan
7.tugas & tanjjbw guru kelas n
bilik2 khas
Beri peluang kpd pk1, pkhem dan pkkk cakap ttg portfolio masing2
ini idea sy sbgai gb 13 thn di sek yg sama. kalau ada lagi tambahlah

ama said...

Salam & Slmt Sejahtera.

Tk Faris atas seruan anda.

Biasanya ini takwim ringkas sek saya utk mghadapi th 2010;
28 Dis 09 - Mesy. AJK Kuriku Sek 1
29 hb - Mesy AJK HEM Sek 1
30 hb - Mesy AJK Koku Sek 1 dan pd 31 Dis 09- Mesy guru & staf sek kali pertama.
Prog Taklimat parens Th 1 dan Oreintasi/Diagnostik Test dah buat pd 14 Nov lps-senarai murid dah susun. 4 Jan mula P&P dan Tarnsisi-Ujian Pelepasan KIA2M Th1 akan menentukan streaming kelas.
Aturcara & Agenda Mesy Pertama:
1.Ucapan alu-aluan GB
2.Bacaan Doa oleh GB atau Ust pilihan
3.Ikrar Perkhidmatan Awam dan Ikrar Intergriti Perkhid Awam.
4.Panduan Tugas Guru & Staf serta Perancangan Strategik sek ( sek aku ni sehingga 2011-direview semula)2010 - oleh GB (nanti aku cuba emailkan kat ko Faris).
5.Terangkan sikit tentang Takwim 2010-akt/prog penting sepjg 2010 oleh GB.
6.Taklimat oleh PK-PK didahului oleh PK Pentadbiran, lps tu PKHHEM, PK Koku, PK Pdk Khas dan PK Ptg. Diaorg akan fokus kpd bidang masing2. Apa lagi GB gulung ajelah dan minta semua guru&staf serius take note (buku catatan pastikan dah edar-percuma lagi gitu).7. Hal-hal lain- beri peluang guru2 dan staf respons atau nak beri cadangan. Beri je peluang dan rasionalkan.....Ok latu. Dah ok tutuplah dgn Surah Al-Ash ke atau apa2 yg sesuai. Lps tu apa lagi jaumuan lah sbb lps tu Kelab Guru & Staf pulak mesy agung....ok. Tk. Waslm.

mpmn said...

bagus2lah idea kau org. lagi sape nak bagi idea. ita/noi/non/noris dll takkan diam je.

ramai lg yg hebat2 tu. aku nak kutip idea mana2 yg boleh aku guna n praktikan. silalah.

Faris said...

AMA,
TK atas perkongsian. Setakat ni sek saya yang mula awal. Saya bermula dengan :
21 Dis - mesyuarat guru 1
22 Dis - LADAP 1 & 2 (Perancangan strategik dan Instrumen Pencerapan SKPM)
23 Dis - Mesyuarat JK Perancangan sekolah & mesyuarat JK pendaftaran dan orientasi tahun 1, prasekolah dan hari terbuka
24 Dis - mesyuarat2 panitia
28 Dis - mesyuarat JK Kecil HEM, Kokurikulum dan Kurikulum
29 Dis - Mesyuarat JK Kurikulum (membentangkan aktiviti dan perancangan strategik JK Kecil masing2)
30 Dis - Mesyuarat JK HEM dan Kokurikulum (membentangkan aktiviti dan perancangan strategik JK Kecil masing2)
31 Dis - mengemas dan membersihkan kelas, persiapan hari pendaftaran dan segala2 tugas2 P&P
2 Jan 2010 - Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah serta Hari Terbuka

Begitulah secara kasar jadual aktiviti sekolah saya yang akan bermula minggu depan.
Powerpoint sedang dibuat dan harap2 siap sebelum 21 Dis ni.
Rakan2 lain bagaimana?

emzex said...

assalamualaikum kwn2.

rindu rasanya tak jengok blog ni,dah hampir 2 bln.banyak enteri yg ana mis.

baguih juga cadangan kawan2, kalu dpt berikan pendapat apa yg nak disampaikan semasa mesy. kali pertama ni.mungkin yg luarbiasa sikit bkn yg selalu setiap thn.

ana baru saja tiba pd 8 hb dis. semuanya sihat2 belaka.terima kasih kerana doa kawan2, ana sekeluarga selamat menjalankan ibadah haji.

seronok kalu dapat pergi semasa tenaga masih kuat.ibadat haji ni memerlukan tenaga untuk praktikal bukan setakat teori sahaja.

ybs said...

alhamdulillah emzex, ko dah selamat kembali, tahniah!

salam maal hijrah, moga kita sentiasa menjadi bertambah baik....

Faris said...

Emzex,
Selamat kembali ke tanah air. Semoga apa yang aku suruh kau doakan di depan kaabah tu akan termakbul. Amin. Selamat menyambut maal hijrah Emzex.

mpmn said...

mz..

selmt kembali, hg dah guna title hj. mesti janggut hg skrg dah lebih pjg dr janggut ybs. tahniah pd hg

faris...

aku tempah dulu p.point yg ko buat. aku tgk hg ni byk idea. aku dah buntulah. bantu kami tlg kami....

noi said...

Salam,
Nampaknya kawan-kawan mempunyai idea yang baik, cuma di Melaka kami kena memperdengarkan perutusan daripada Pengarah JPM (vcd dibekalkan). GB kena memperhalusi perutusan tersebut. Kandungannya termasuklah kpi, nkra, target JPM, dll.

Saya akan mula bermesyuarat pada 23 Dis. ini. Sepatutnya pada 21 Dis. tetapi nak melepasi hari lahir saya pada 22 Dis. Selepas itu setiap hari mesyuarat akan berlangsung. Minit semua saya suruh setiausaha siapkan pada 28 Dis. untuk disimpan dan dipamerkan pada JPM yang akan melawat pada minggu pertama.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites