Saya baru sahaja balik dari Ipoh dan dikesempatan itu sempat bertemu Kharudin dan Hj Jamaluddin pada hari semalam. Bila dah berjumpa dan tambahan pula rakan serumah, macam2 citer keluar dan termasuklah nostalgia kisah lalu. Kharudin datang mengambil aku di hotel dan kami terus menuju ke rumah Hj Jamaluddin. Terkejut juga punyalah selesa rumah Hj ni. Yang seronok kami diberi buah rambutan di halaman rumahnya dan kerana terlalu banyak, terus bawa balik ke Kajang.
Selepas itu kami menuju ke bandar dan menikmati Mee Rebus Ramli di pekan Ipoh yang terkenal dan disebut2 ramai. Memang sedap juga mee rebus tu. Pertemuan kami tamat sebaik sahaja waktu maghrib dan aku pulang semula ke hotel. Walaupun seketika namun ia mengingatkan kembali kisah silam dan mengetahui berita semasa rakan2. Yang agak menyedihkan kerana aku tak berpeluang mengambil gambar kami semua kerana telefon aku rosak dan dah seminggu masuk bengkel dan belum siap dibaiki lagi.
Terima kasih kepada Kharudin dan Haji Jamaludin yang sudi menemui saya dan membawa saya ke tempat tertentu dalam tempoh masa singkat di sebelah petang. Terima kasih sahabat2 yang budiman.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
2 comments:
Entri kali ini mengingatkan kembali kenangan saya bersama ta, aziz, bol dan normah semasa berkunjung ke rumah prof. Memang kawasan rumah beliau luas dan tenang dan banyak pokok buah-buahan.. ditambah pula dengan orang rumah prof yang peramah .. Kami juga berkesempatan ke rumah Din yang cantik, terutama bahagian anjung yang baru siap masa tu..
ipoh mali..syok ooo.
Post a Comment