Salam rakan2,
Nampaknya debaran semakin kuat kerana kita semua sedang menunggu keputusan peperiksaan UPSR sekolah masing2. Bagaimana agaknya? Adakah akan berlaku peningkatan? Ataupun penurunan? Apa yang pasti kita telahpun melakukan pelbagai usaha ke arah kecemerlangan sekolah dan sekarang masanya kita berserah kepada takdir. Bagi mereka yang menerima pengiktirafan sebagai GB Cemerlang, ini merupakan satu cabaran yang paling hebat dalam usaha membuktikan kecemerlangan masing2 supaya tidak diperlekehkan oleh orang lain. Debaran demi debaran akan tetap terus mendatang. Difahamkan keputusan tersebut akan diumumkan pada 19 Nov 2009 ataupun lebih awal tetapi yang pasti ianya pada minggu hadapan.
Kepada rakan2 yang berjaya meningkatkan kecemerlangan, tahniah diucapkan dan kepada yang gagal menunjukkan peningkatan, usaha lagi di tahun akan datang kerana penurunan keputusan bukan disebabkan kegagalan pengurusan kita tetapi mungkin disebabkan beberapa faktor lain yang boleh dikenalpasti setelah post-mortem.
mesyuarat pengurusan mgb bil. 1 tahun 2018
6 years ago
6 comments:
Semoga semuanya cemerlang dan membanggakan.
Faris, l pun naik risau tunggu keputusan cos, last year sekolah l dah buat lompatan saujana.Harap2 program this year menjadilah. tadi l baru mengadakan majlis graduasi Thn enam .lepas itu terus lunch di One world hotel. Wah meriah nya dan tak sangka anak syed Sobri dan Amir UKAY sgt berbakat sebagai guitarist.Parents pun happy tgk konsert murid.Masing ucap tahniah. Harap2 kemenjadian murid terus terserlah this year.So all the best utk semua.I dah semak SPP.Dah ada tarikh pelantikan.all the best to u all.NON
semoga berjaya.insyaallah
Sengaja memetik dan meminjam beberapa penulisan dari Blog Kumpulan A untuk renungan dan titipan bersama..
(Boleh ya Kembara Kelana, Aida dan Che Hassan....)
Blogger Kembara Kelana said...
blog ni memerlukan tenaga, tenaga dari semua orang..yang sayangkan kemandiriannya. kalau hingga entri aku sorang je yang tulis ianya amat memenatkan, kalau kunan dan che hassan bantu maka ada pelbagai berita untuk share...kalau ramai orang tulis...maka lagi bermakna..tu maksud aku.
tenaga kedua ialah shout...jeritan di ruang comment..itu pun ok. tenaga tu meransang penulis kerana itu bukti sokongan...adakah terlalu mahal jarijari tu nak mengetuk key board?
tenaga ketiga ialah dari rakan yang baik hati dari pengunjung dan kawan kawan kita, umpama faris and the geng...[ kump B ] pn aida dll yang datang berkunjung dan memberikan suntikan berita dan bicara...[ terima kasih banyak banyak ]
bagi ahli blog ini...kau orang ada dua saja pilihan ..masukkan entri atau berikan komen...sumbangan ini amat bermakna pada menentukan kesegaran blog ini.
pada aku..blog ni akan lesu jika tiada 3 sumbangan tenaga ini..ini soal sikap...adakah kita lebih suka bersikap memnerima saja...bilakah pula kita nak bersikap memberi..
blog akan terus ada. dont worri..
tapi blog kita akan lesu dan tak bermaya...seterusnya dimanakah sikap kita , bagaimana komitmen kita, siapa kita dalam group kita....sebenarnya akan terukir dalam arca yang terbentuk di cerminkan oleh blog ini.
[ maaf kan aku...aku tak ada niat memaksa dan memerintah sesiapa...tapi cuba fikir fikirkan ]
Wednesday, November 11, 2009
Blogger Aida Ali said...
Tkasih masuk nama saya. sebagai budak baru belajar, saya dah mula faham maksud KK tu. Tiap-tiap kali buka blog, kita nak tengok ada tak perubahan komen. Kalau ada, tersangatlah teruja. Kalau tak ada yang komen atau shout, sedikit sebanyak frust juga rasanya. Tapi apa nak kata, kita bukan boleh paksa orang... Apapun teruskan berblog.
Wednesday, November 11, 2009
Blogger chehassan said...
Memang hebat gambar tu, boleh dijadikan kenangan yang sangat bermakna. Sop, aku tak kesempatan nak bagi entry di sini, tapi kawan2 boleh jenguk2 blog aku juga untuk berkongsi idea. Jangan kecil hati Sop, benar kata Tengku tu. Kita teruskan
anony,
aku merenung dah malah melayan rasa jugak....
Anonymous...pendapat anda sgt baik.tapi tulis lah nama...
Post a Comment