Saturday, August 29, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52

TEMA : 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.



Kemerdekaan mempunyai pelbagai persepsi kepada semua orang. Jika ditanya kepada kanak2, jawapannya lain. Jika ditanya kepada orang dewasa, pastinya jawapannya lain juga. Jika ditanya kepada sesiapa sahaja baik sasterawan, negarawan, budayawan, jutawan, hartawan dan berbagai2 wan lagi tentu kita akan mendapat jawapan yang berbeza erti kemerdekaan bagi mereka semua.
Bagi diri kita sendiri, mesti mempunyai tafsiran tersendiri. Apa yang penting ialah pembentukan jati diri dan tidak mudah terpengaruh dengan orang lain. Mempunyai jati diri sama ertinya mempunyai pendirian diri yang utuh berasaskan prinsip2 agama kita dan siasah yang berlandasrkan hukum Allah s.w.t.
Apakah yang kita hajati dalam erti kemerdekaan pada ketika ini? Adakah senario2 semasa yang kita hadapi merupakan sesuatu yang kita hendak? Atau adakah cukup peranan yang telah kita mainkan sebagai salah seorang warganegara dan bertugas sebagai seorang guru? Banyak persoalan yang perlu kita jawab sendiri dan perlu kita terjemahkan dalam bentuk tindakan kita agar anak cucu dan generasi yang kita tinggalkan dapat mewarisi sesuatu yang boleh dibanggakan dan bukan sesuatu yang akan dicaci.

Rakan2 boleh download titah ucapan dan perutusan hari merdeka dengan klik hyperrangkadi di bawah :

Titah Ucapan SPB YDP Agong

Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia

Perutusan KPPM

Kesempatan ini diucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52 kepada semua rakan2 di seluruh negara.

21 comments:

rozita said...

Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah.. Hari Merdeka ke 52 tahun ini jatuh pada bulan Ramadan. Bersyukur kita kerana para pemimpin sedar dan mengambil ikhtibar dalam bulan Kemuliaan Ramadan ini tidak diadakan sambutan merdeka seperti tahun2 sebelumnya. Harapnya agar ianya dapat diteruskan pengharaman sambutan berbentuk hiburan yang tak membawa makna itu..mengundang kelekaan lagi ada dan tak menambah kejituan jati diri pun!!
Bebaskanlah minda dan jiwa kita dari belenggu jiwa penjajah yang mahu bangsa kita khususnya anak muda sentiasa berada dalam kealpaan dan goyah jiwa tanpa kekuatan rohani.
Alangkah baiknya jika sambutan memperingati kemerdekaan itu di hayati dengan program penghayatan dan kesuburan jiwa yang lebih relevan.
Salam Merdeka buat sahabat semua. Teringat pula masa kat IAB dulu dimana kita menyambut merdeka ye!!!
Hai..ropanya ramai yg berbakat... noi, noris, cop ..penyajak hebat!, Din dan anas.. evergreen singer kump kita..., I masa tu masuk koir! Masihkah kau ingat!!!!
Sedih lah pulak....rindu kat kalian semua!

atuk merdeka said...

aku pun teringat kat kau jugak, ita!!!

noris said...

Ita, baru dengar suara kamu.Salam merdeka dan selamat berpuasa.Semoga gembira di bulan Ramadan ini.

Aida Ali said...

Hi Zie,

Ni Rohaidah, gang Selangor PPGB UPSI Kohort 3. Baru jumpa blog U all ni. Syok baca cerita2 korang. Saya pun baru buat blog, ada masa jenguk-jenguklah. Kami konvo setahun lebih awal drp U all (Mac 2008). Semua dah dipanggil temuduga, tapi sampai la ni belum dapat surat pelantikan. Yang tertulis dalam internet tarikh surat tawaran tu maknanya surat tawaran SPP ke KPM, bukannya kepada kita - jangan silap! Surat tu SPP hantar ke BSM, kemudian BSM hantar ke Bhg Sek. Harian lepas tu ke JPN. JPN yang akan hantar surat pelantikan kepada kita. Setakat ini baru 3 orang group kami yang dah terima surat pelantikan dengan 3 tarikh berlainan.

Baru-baru ni, saya dan beberapa orang kawan telah berjumpa dengan pegawai BSM dan SPP bincang pasal masalah ini. Kami telah membuat surat mohon tarikh pelantikan awal sebab kami dah apply manual Mac, April, Mei tahun lepas lagi sebelum diarah online pada Oktober 2008. Tapi mereka nak surat secara individu, sayalah menghantarnya hari tu. So, kami sedang menunggu perkembangan terkini dari mereka. Harap-harap berjayalah hendaknya.

Salam Ramadan dan Salam Kemerdekaan. Calling-callinglah.

Faris said...

Saudari Aida,
Saya pasti saudari dari group yang sama dengan Kadir (GB SK Tg Malim). Saya ada bertemunya sewaktu kolokium hari Jumaat lalu kerana kami sama2 buat master sekarang. Dia pun cakap baru interview dan belum dapat surat perlantikan lagi.
Untuk makluman, group kami hampir 95% telahpun menjalani temuduga. Kami online hampir serentak sebaik selepas konvo. Panggilan temuduga juga hampir serentak. Insya-Allah, surat lantikan akan menyusul sebentar lagi. Kami juga telah menghantar permohonan ke SPP secara pukal (dalam satu group) setelah online. Kami juga telah menghantar semua salinan dokumen secara pukal juga ke BPSM. Pendek kata sepakat membawa berkat.
Semoga group you all akan dapat perlantikan secepat mungkin. TK.

rozita said...

Salam Aida.

Jauh u mengembara ye Aida sampai terjumpe blog kami... bagus..bagus.. boleh kita bertukar idea dan share pengalaman masing2 kat sini pula.

Mengenai tarikh perlantikan dari SPP tu nampaknya masih berulang masalah itu tak juga selesai2 dari kohort satu lagi kerana kwn zie dari klang uga menghadapi perkara yg sama mcm u alami dan last two weeks dengar khabarnya mereka pergi ke Putrajaya lagi.

Bagi Kump. kami pula ..everything kami buat secara onegroup management samada tindakan on-line maupun manual dan diurus selia oleh Faris dan Abu yg paling hampir dgn area pengurusan tersebut. Thankful to them and hopefully masalah tu tak berulang.

Kalau dilihat pada senario di sekolah, kebanyakan guru2 kita tidak berdepan dgn masalah kelewatan perlantikan... tak lama rasanya cuma 4 - 6 bulan je kot.

Apepun Aida.. keep on trying ur best for the sake of urself and the group.

Salam Berakah Ramadan dari Zie sekeluarga buat u. Do keep in touch!!

Aida Ali said...

Salam Faris,

Betullah tu saya memang satu group dengan Kadir. Sebenarnya sebelum kami ke SPP hari tu, Kadir dah ajukan masalah kami ni ke pengetahuan TPM merangkap Menteri Pelajaran kita. Kadir juga dah hantar ke ruangan forum Berita Harian - kelewatan pelantikan kami.

Masa permohonan manual dan online dulu pun, kami juga lakukan hampir serentak. Tapi kami tidak dapat bergerak secara satu kumpulan sebab kumpulan kami ini terdiri daripada GPK 32, GB 34 dan 38. Masing-masing ada misi masing-masing; nak tunggu 34lah, pengesahan 38lah dll.

Kami difahamkan oleh pegawai SPP, prinsip full time dan PJJ adalah berbeza. Memang full time dapat pelantikan cepat dan tarikh selepas konvo. Kita PJJ cuma ada 2 tarikh pelantikan setahun; biasanya selepas 2 bulan dari tarikh surat tawaran. Pegawai SPP tu ada bagi kami jadual tarikh tawaran pelantikan sebelum2nya. Apapun baguslah kalau dapat bergerak as a group. Insya Allah kita boleh share pengalaman dan bantu-membantu bila timbul masalah kelak.

Zie,

Yang U maksud gang Klang kohort 1 tu Lim ke? Saya ada join group diorang tu jumpa SPP pada tahun lepas. Masa tu mereka timbulkan masalah ramai tak dapat surat pelantikan dan tarikh yang berbeza-beza. Saya pula bawa misi group kami yang belum dipanggil temuduga. Panas juga perbincangan dengan TSU tu. Dan kali ini kumpulan kami mohon tarikh pelantikan awal s.k kepada TSU yang sama. Tak taulah bagaimana harapan kami.

Okaylah see you.

atuk merdeka said...

ita = zie yer? lbh romantis la guna panggilan zie tu....hehehe

azamboy said...

apesal org ramai tak gantung bendera???? apasal org tak kisahpun tentang merdeka?apesal dalam tv pun tak ada apa-apa, ?apesal tahun ni nampak suram???h1n1 kut...aku hairan wei...semua tempat ke cam tu?

noris said...

Bulan puasa Azam...semuanya penat nak gantung bendera.
Puasa didahulukan,Merdeka di ingatkan.
Atuk Merdeka pula ,jangan mula nak naik daun.bulan ramadan ni..banyakkan amalan.
Jangan marah semua.....

rozita said...

Salam sahabat 1 Malaysia.
Salam Merdeka dan Salam Ramadan.

Azam dan noris,
Dalam keasyikan kita beribadah di bulan Ramadan ni memang ada kelesuan dalam menyambut merdeka tahun ni. Tambah pula bagi kita dibidang pendidikan ini jiwa tambah gusar dan berdebar dgn persiapan akhir UPSR. Namun kalau diperhatikan dimana2pun, sekolah yg nampak ghairah menyambutnya dgn kibaran bendera. Di tempat atau agensi lain nampaknya suram... sesuram cuaca yg lembab je sekarang. Saya sendiri sampai terlupa gantung bendera kat rumah sehinggakan anak sulung yg balik bercuti menegur ayahnya. But kat rumah atuknya megah berkibar jalur gemiliang.

Aida,
Betullah kawan Zie tu Mr Lim Leong Chye. So .. u dah kenal dan tahu masalah mereka juga kan. Till now its not settle tau. Risau gak kalau2 effect juga kat kump kami ni.

Cop,
U nak panggil i zie pun tak ape...nama tu memang dah sebati dgn i sejak di bangku sekolah lagi. I sebenarnya ada byk nickname dan setiap satunya dpt menunjukkan era atau zon hubungan silaturahimnya. Contohnya, panggilan Zie digunakan oleh kwn2 dlm era persekolahan hingga maktab, then bila dah dewasa ramai yg panggil i dgn panggilan Ta atau Ita ...I terima aje. Secara formality pula Pn Hjh or Pn Rozita pula. But org kampung, saudara mara dan famili panggil lain pula. Kalau dtg kpg i u nak cari Rozita alamat tak jumpe ler.. So.. Kalau dlm sms atau panggilan dalam telefon digunakan panggilan Zie, Ta atau ___ , maka i tau lah kwn zaman sek, kwn kerja atau kerabat i. Anak2 I pun kadang confuse tau! But i seronok!

K, jumpe lagi .. nak masak nasi utk sahur. Selamat bersahur... ingat bersahur itu berkat.

Anonymous said...

hai Zie... ni jon . sedap nama .

NON said...

Hai Zie,
jealous kak.I pun nak tukar dari non ke mazlah..Ok tak ..Sop,Jgn marah ....Salam merdeka utk semua.Semalam I baru balik mesyuarat GB Cemerlang di RMC.Setiap dari kami kena jadi mento kepada GB junior yg ada diKL ini.Seminggu mereka akan berada Di sek senior dan seminggu kami pula akan berada di sek mereka.Ia dipanggil program IMMERSION kepengetuaan.
Just share pengalaman aje.

noi said...

Salam untuk semua rakan,
Salam 1 Malaysia,
Alhamdulillah, semuanya dah bangkit. Saya selalu meneroka blog kita tapi takut tak ada yang nak respon. Kadangkala tu... macam pilih orang saja. Sebab tu malas nak respon.
Non,
Program Immersion telah dijalankan di Melaka juga. Saya dapat seorang guru besar angkat. Dan kena beri sedikit info kepada gurubesar-guru besar baru pada 16 Sept. ini. Nor kena tajuk 'organisasi'. Buntu juga. Sebab sekarang lebih banyak fikirkan UPSR. GB dan guru-guru yang tension, murid-murid macam relax saja. Doa sajalah.

Salam kemerdekaan untuk semua.
Walaupun telah 52 tahun merdeka namun masih ada orang yang tak tahu untuk memerdekakan diri dari perkara yang dah lapuk. Contohnya, guru-guru kita tak nak berfikir secara kritis dan kreatif. Kalau nak berubah memang susah.Dunia pendidikan sentiasa bergerak ke hadapan tanpa meninggalkan yang lama unttuk dijadikan panduan dan pedoman. Lihatlah semula KBSR.

Bulan Ramadhan di sekolah sudah tentu banyak masa terluang. Namun saya dan gpk telah mula merancang untuk menyusun kerja dan ajk untuk tahun 2010. Prestasi 2009 juga telah hampir selesai. Kami dah bermesyuarat pada cuti yang lalu. Siapakah calon2 untuk APC tahun ini? Rakan2 bagaimana? Tentu ada yang sudah selesai.
Saya fikirkan tentu selepas ini banyak kerja pentadbiran yang perlu dibereskan sebelum sekolah tutup hujung tahun ini.

Bagaimana dengan rakan kita di Pantai Timur? Rohayah dan Faridah?
Rohayah tentu sibuk dengan persiapan perkahwinan untuk anak pada hujung tahun ini. So... pandai-pandailah membahagikan masa. Saya dah semakin sibuk juga hingga turun 2kg.berat badan saya.

Kak Kiah dah semakin rancak berbicara di blog. Tahniah. Tentu kita tak akan pernah lupa kenangan di IAB dab di UPSI. Memang rindu. Tambahan pula kita sendirian di tempat sendiri.

Maaf... jumpa lagi.

Tok Lebai said...

zam.tak gantung bendera tak semestinya tak patriotik.sama juga dgn gantung poster banyak2, ianya tak semestinya pasti menang (bkn mcm dulu2).buktinya pilihanraya pmtg pasir.

mat2 rempit dan mat2 motor pasang bendera besar2 berlarak dgn motosikalnya,apakah mereka lebih patriotik dari kita?atau pasang bendera besar melintang bonet kereta atawa pun hingga penuh bumbung kereta?lu fikirlah sendiri.

apa yg penting dibln yg mulia ini, sesetengah tempat buat majlis sambutan kemerdekaan dgn membaca tahlil, berdoa kesyukuran dan majlis tazkirah, ini lebih dirasakan kepuasannya.ini lebih patriotik kerana kita bersyukur kerana diberi satu negara yg merdeka dan makmur.harap2 trend sambutan kemerdekaan dibulan ramadan almubarak ini akan diteruskan ditahun2 mendatang.

Anonymous said...

Salam Non. Ingat tak kat saya? Kita sama-sama Kursus Pendidikan Khas kat IAB bulan April 2009 dulu. Cuba tengok gambar. Diorang kata dulu nak panggil lagi kita berkursus, tak ada pun. Selamat Berpuasa.

Noi, kenal saya lagi tak? Saya kat SK Jalan Selangor 2 dulu. GPK baru Noi, kak Zaharah tu kamceng saya kat UPSI dulu tu. Saya dan dia hairan gak macamana dia boleh tukar cepat sangat ke SK Bukit Baru tu sebab baru sangat di SK Sacred Heart. Tapi kak Zah tu memang rajin giler. Kalau boleh, saya pun nak bawa dia masuk sekolah saya tapi apakan daya. Untunglah Noi dapat dia. Kirim salam saya buat kak Zah tu, ya.

Cikgu Aziz lak apa khabar? Harap dah sembuh dari trauma H1N1. Patut-patut jumpa kat Konvensyen MGBM kat Seremban tapi dipanggil balik oleh Pengarah. 12hb ni pergi tak Mesyuarat Exco MGB Selangor kat De Palma Inn, Shah Alam? Best ke buka puasa kat situ? Macam tak best jer. Tapi orang dah belanja, banyak pulak songehnya. Ooopsss... Sorry Faris, lebih pulak saya. Jangan marah!

Aida Ali said...

Sorry Non, Noi dan cikgu Aziz.

Ali tu sayalah: Aida Ali @ Rohaidah Mohd Ali. Baru daftar gmail dah terkeluar nama ayah sayalah pulak.

Ok jumpa lagi.

noi said...

Salam untuk semua,
Apa kabar, Rohaida? Tentunya saya masih ingat kawan GB di Selangor,tambahan awak yang paling kecil di kalangan GB di Petaling. Kenangan di Petaling terutama di SK TTDIJ tak akan saya lupa hingga kini.
Tentang PK saya yang baru, Pn Zaharah, sebenarnya saya pun tak tahu. Lagipun saya tak kenal Pn. Zaharah sebelum ini. Sekarang dah kenallah. Kebetulan PK 1 saya ditukarkan ke sekolah naik, naik pangkat ke GB. So...JPM letak PK yang baik untuk sekolah isteri Pengarah. Itu saya tak campur. Sesiapapun saya terima asalkan boleh buat kerja. Alhamdulillah, nampaknya semua PK saya boleh buat kerja dan mantap kecuali guru-guru yang masih ditakuk lama. Macam budak-budak, nak kena ketuk baru bergerak.
Tahun hadapan sekolah nak dicalonkan ke sekolah cemerlang. Tentu banyak kerja. So... kami akan bergerak bersama selepas UPSR ini. Sepatutnya pada 14 Sept. ini kamai akan mengadakan persembahan Coral speaking dalam bahasa arab pada pert. katam alQuran peringkat Kebangsaan di Melaka. Tapi terpaksa ditunda kerana H!N!. Bagai nak rak guru melatih tiba-tiba tangguh. Kesihan...
Esok UPSR, semoga semua rakan memperoleh keputusan yang cemerlang berdasarkan kemampuan anak-anak kita jua. Insyaallah.

Aida Ali said...
This comment has been removed by the author.
Aida Ali said...

Salam Noi tq atas respons. (Non dan cikgu Aziz tak nak reply ke? hehe)
Noi yang saya kenal dah memang sedia seorang pemimpin yang bagus dimantapkan oleh GPK2 yang terbaik, Insya Allah saya doakan berjaya dalam perjuangan ke arah sekolah cemerlang. Saya tumpang gembira.
Yang sebenarnya saya ni adalah orang Melaka pure; nenek saya di Semabok, emak saya Kesang Tua. Kerabat-kerabat saya ramai di Melaka tu. Tapi saya tak pernah bersekolah atau mengajar di Melaka sebab ikut ayah kerja keretapi di K.Lipis, Pahang. Itu dulu-dululah, Siti Nurhaliza pun kecik lagi. Okaylah Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat Noi dan kawan-kawan PPGB 5B!

kak kiah said...

Noi, kau tengok blog kita jgn cerita kat teman katil kau..nanti malu 53 orang nanti. Tapi tulah kata bigshow ini ramalan cikgu kita, kalau kena...kenalah kalau tak..taklah tapi gusar juga kalau takada pokok manakan angin bergoyang. Wei tahniahlah sekolah awak banyak kemajuan..tahu dah kerja awak anak sulonglah katakan. Selamat berpuasa agar fasa yang ketiga ini memberi kemerdekaan untk semua dari semua segi..agar baru dan segar untuk membuat penambahbaikan..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites