Sunday, August 9, 2009

Kes Naya

Rakan2,
Saya sempat berbual dengan Muntasir (rakan kohort 7 UPSI) untuk bertanyakan konvokesyen mereka. Mereka dah habis bulan Jun lagi dan ingatkan sempat konvo pada 14 Ogos ini. Bila ditanya, mereka tak sempat. Ini disebabkan kecuaian penyelaras program dan kepekaan mereka untuk sentiasa mengingatkan penyelaras. Alkisahnya mereka tidak cukup kredit untuk diluluskan oleh senat sebagai graduan. Oleh itu mereka dimasukkan ke dalam kes khas iaitu terpaksa mengambil 1 paper lagi (3 kredit) pada bulan Ramadhan nanti selama 2 hari penuh (pagi hingga malam), rehat sehari dan seterusnya exam.
Itulah kes naya yang terpaksa dihadapi oleh rakan2 kohort 7 dan alhamdulillahnya ia tidak berlaku kepada kumpulan kita. Pengajaran yang boleh diambil, setiap orang perlu memainkan peranan masing2 dan bukan setakat menjadi pengikut aje. Ada kalanya pemimpin juga ada kelemahannya. Kepekaan adalah penting, jangan jadikan dia sebagai satu perkara mudah sehinggakan bom meletup di sebelah pun tak sedar. Maklumat perlulah sahih dan bukan setakat mendengar cerita orang lain. Siasat segala maklumat terutamanya senario maklumat dari blog yang tidak dapat kita tentukan kesahihannya.
Terima kasih.

18 comments:

mpmn said...

aku setuju dgn pdpt ko faris. satu je yg aku tak setuju iaitu bom meletup sebelah kita tak dgr. hya org yg hlg pdgrn je tak tahu bom meletup tp dia nmpk kesannya iaitu dia sendri jadi mangsa bom itu.

Faris said...

Pirzan,
Itu bahasa kiasanlah. Bom meletup sebelah tak dengar tu diibaratkan apa sahaja yang berlaku di persekitarannya walaupun ia melibatkan kepentingannya sendiri tetapi tidak dipedulikan. Itulah ibaratnya. TK.

ybs said...

kalau bom meletup kat sebelah org tu kan..., bkn shj kesedaran dan kepedulian org tu tiada bahkan dgn org2 tu sekali hilang!!! hehehe

noris said...

Hai semua,
sekolah di negeri saya dah 49 buah yang di tutup sebab H1N1 termasuk sek Noi.sekolah saya masih bertahan.semua guru berusaha pastikan murid demam dihantar pulang.Minta Allah jauhkan bala ini.amin.

mpmn said...

sebagai org islam kita dianjurkan membaca doa khusus utk dihindarkan dari wabak spt ini. di spg itu kita kena berusaha mencari ubat yg boleh mencegah dari terkena wabak tersebut. siapa berminat nak ubatnya hbgi aku. sayangi nyawa org yg tersyg.

noris said...

Sesiapa yang baca Metro hari ni,berita depan mengenai GB melaka tu jangan cepat buat persepsi kerana berita tu kurang tepat.Ada sikit salah faham antara GPK Koku (perempuan) dengan GB nya (GB Baru sek.tu).Nak tahu berita lanjut tanya NOI.

Anonymous said...

Citerlah sikit Normah. Serba ringkas aje. Berdasarkan berita mesti berlaku di SK Kandang. Betul ke? Tentu ada krisis di antara mereka berdua tu.

noris said...

bukan Sk .Kandang lah usop.yang tak sedapnya guru perempuan tu nak ugut pengarah pulak.tak jalan lah...tanya kawan kita tu...noi.

Anonymous said...

amboi noi pun nak berahsia juga ye... ceritalah sikit macam ne kejadian tu...

Anonymous said...

49 buah sekolah melaka dah tutup ye..noris kena ready tu mgkin ke 50 sekolah hang.. Tak apa kalau dah disyaki tutup je lah jalan selamat.
GB miang ni pe hal...betul ke org melaka.atau ada juga sedikit unsur-unsur tambah menambah..modify ke...Hanya org melaka yg tau manikam...

azamboy said...

aku tunggu aje,,bila sekolah aku nak tutup?

noi said...

Salam untuk semua rakan yang rajin melayari blog ini,

Saya terpanggil untuk menerangkan apa yang telah tersiar di dalam akhbar Metro dan Berita Harian. Sebagai isteri Pengarah JPMelaka, saya memang banyak menyimpan rahsia yang terpaksa ditanggung oleh seorang Pengarah. Menjawat jawatan yang lebih tinggi , lebih banyak cabaran dan dugaan. Alhamdulillah, suami saya seorang yang beriman, sering bermunajat sejak menjawat jawatan tersebut. Sebagai isteri sentiasa memberi sokongan dan motivasi. Kadangkala sedih dan menitis juga airmata saya melihat suami diperlakukan oleh orang bawahan. (Surat layang dah ada 6 pucuk surat. Nak simpan jadi warisan waktu pencen nanti).Dan sukarnya jadi isteri pengarah ialah orang lain (Guru Besar tak mahu berkawan dengan isteri pengarah, tapi bila ada masalah tahu cari isteri untuk mendapat laluan singkat). Sebab itu saya duduk diam sahaja. Buat kerja untuk sekolah sendiri.Semoga ALLAH membantu umatnya yang kerdil ini.

Cerita tentang peristiwa Guru Besar miang, memang ada tokok tambah. Itu tak dinafikan. Nak popular.GB tersebut baru saja dipindahkan sekolah tersebut. PK Koku tersebut seorang perempuan yang tak memakai tudung dan isteri kpd penyelia sek rendah di JPM. GB ini suka bergurau, mengusik PK ini dengan kata-kata dia lawa dll. Tidak ada sentuhan langsung. Bila PK itu buat laporan bertulis, Pengarah dan pegawai tertinggi telah memanggil GB tersebut dan sudah diberi warning. GB itu telah memohon maaf kpd kedua2 suami isteri tersebut. Tapi orang ada agenda tersendiri. Dia minta GB itu ditukarkan atau dia bertukar ke sek lain yang dipilih sendiri dan naik pangkat GB. Siap ajar JPM tukar pk lain lagi. Demand!...
Oleh krn tak dapat apa yang diminta, mereka reportlah. Polis kata boleh selesai di luar shj tapi manusia yg tak tahu malu, nak terus juga. Kadangkala mereka menunjukkan kebodohan sendiri.
Suami nya telah memohon keluar dari JPM. Kena hantar ke sekolah lah.(suaminya bekas guru saya semasa saya jadi PK 1 di SK Pernu 1995-2000 dan dah tahu perangainya).
Mengapalah nak jadi GB sangat. Tanggungjawab yang kita pegang amat berat dan sukar.Nak glamour bolehlah!

Sekolah saya dah tutup sejak hari rabu lepas. Hari ini kami bergotong-royong membersih kelas dengan detol. Alhamdulillah guru-guru saya semakin menerima saya. Mereka sudah boleh selangkah memajukan sekolah. Insyaallah.
Itulah cerita saya. Sukarnya jadi saya ialah asyik2 mereka kata lihatlah sekolah isteri Pengarah. Sakit juga hati ini. Orang tak tahu saya terpaksa bekerja keras untuk meningkatkan prestasi sekolah dan menarik tangan guru-guru kerana mereka dah lama selesa dan murid2nya tak sama dengan murid elit. Tapi saya seronok kerana cabaran mematang dan sentiasa kreatif.
Selalu baca blog kita.

Khalil said...

Rakan2,
Maklumat penting!
Tuan2 n puan2 yang telah menjalani temuduga boleh menyemak keputusan layak diperakukan @ tidak dengan mengakses spp mulai sekarang.Saya dah melihat keputusannya.Tk.

mpmn said...

noi mana2 pemimpin di dunia ni tak lekang dari diuji, difitnah, ditomah dll. cuma sabar jelah dan serah je pd Allah. Semua yg berlaku dgn izinNya. Lagi tinggi pangkat seseorg lg besar cabaran n ujiannya sebagaimana nabi Muhamad saw.

pengajarannya pd member semua khususnya gb lelaki jgn nak puji2 bini org. puji bini sendiri sudahlah. bini sendri tak nak puji. kalau nak puji juga cari anak dara mudah2an sangkut. ybs hati2. hehehe

azamboy said...

bodo punya gb,,kalu dah gatai tu gatai juga,,agaknya cuba usik,cuba pancing,,kut kena...rupa rupa jadi lain...bila kena panggil ke pejabat.. ,,byk alasan,,punggung mula hangat pijar,,org nak lemas,,,daun hanyutpun cuba berpaut,,nasib baik menyebelahi diri..boleh lepas...sipompuan tu satu hal juga,,,,suami pompuan tu satu hal juga..jumlah semua dua hal lah..ok..noi..cakap kat suami kamu,,sipompuan tu tukor ke sekolah aku...bio aku jaga..gerenti selamat...Kome hairan ke???? segatai gatai aku,,tak pernah lagi cikgu komplen aku ngenyit mata dengan dema...betul kata mpmn...Di tempat aku lagi syok..Pengetua pompuan dah gila bercinta,,hangat beb,,selama hari ini tak pernah bahagia dgn suami,,cerai saja...udah bergerek kesana kemari dgn jantan...pengetuanya tak le lawa,,tapi jantan yg tgk dia tu nampak RMnya lawa.si pengetua mungkin 2 tahun lagi habis minyak hitamnya...oooiiii syok nenguk org tua bercinta kome..main golg sama sama..pakai jeans ketat...ooooooooooo syoknya...noi tolong kabo kat suami kamu tentang pesan aku tadi ye.hehehehheehhehehhe

Anonymous said...

Sabarlah nor...
itu dugaan namanya.Kadang2 orang nampak yang buruk aje.Yang baik dah tenggelam.Kalau kita di pihak yang benar, insyallah allah akan bersama kita.
NON KL

Anonymous said...

SABO SAJELAH PUAN NOI...BUAT PEKAK JE..DAH LAMA MEREKA PUN JEMU NAK NGATA..TAPI KENALAH TAHAN..ANGGAPLAH SEMUA ITU UJIAN ALLAH.

Anonymous said...

Kata orang bergurau berpada-pada.maklum sajelah manusia ni ada yg suka bergurau, ada yg tak suka.tapi aku kat sekolah tak sedap pula kalau tak dapat bergurau/usik2 staff / guru. macam tension... tapi berpada-padalah kan. tengok cuaca hehehe. Azam..hang memang master pasal usik2 ni..(lama dah tak dengar loyar buruk hang kat kelas)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites