Friday, September 19, 2008

Salam Aidil Fitri

Salam Kepada Semua Rakan2,

Aidil Fitri hampir menjelma. Pastinya semua sedang sibuk membuat persiapan. Diharap persiapan yang dibuat tidak mengandungi unsur2 pembaziran kerana pastinya bersederhana itu lebih baik. Sempena Aidil Fitri yang bakal menjelma, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin kepada semua rakan2 walau dimana jua berada.
Apa yang pasti raya tahun ini kita akan sambutnya dengan perasaan gembira kerana telah dapat menamatkan pengajian dan selesai menghantar projek 3. Jika sesiapa ada kesempatan atau buat rumah terbuka tu, beritahulah dan insya-Allah sesiapa rakan2 yang ada kelapangan akan hadir.

Terima kasih.

28 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum kawan2
Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri, Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan.Saya tahu saya memang banyak salah.Kalau tersalah kata dan menyinggung perasaan harap maaf banyak2.Kepada Usop, Pirzan, Azam, emzex dan lain-lain yang saya selalu ganggu.
Memang betul kata Faris ,janganlah kita membazir pada hari raya ini. Bagi saya ,saya akan buat open house untuk kawan2 dan semua staf saya seminggu selepas kita bercuti.Kalau sudi jemput datang semuanya.
Salam untuk semua.

Anonymous said...

salam kepada semua.
anonymous, terima kasih kerana jemput kita semua ke open house mu. tapi, wahai anonymous, siapakah dikau? macam mana nak datang kalau kita semua tak tau siapa yang menjemput!

pada pirzan, kalau ke JB nak ke rumah saya, silakanlah. tapi kena give a call dulu ye!

Anonymous said...

assalamualaikum,

anonymous ni ajak2 ayam ke? nama dan alamat tak diberi macam mana kami nak pi ooii!!

kepada faris, kalau ada alamat email kawan2 tlg email kat saya.

kalau kawan2 datang ke Sg. Petani, saya jemput kawan2 ke rumah saya itu pun selepas raya ke 4.give a call dulu. saya rasa tak payah memperkenalkan siapa saya, tentu blogger kenal sapa lagi yg tinggal di SP.

Anonymous said...

Emzex,
Alamat email kawan2 boleh diperoleh daripada Yahoo Groups.
TK.

Anonymous said...

TQ Faris, saya lupa pulak.
why be as hang dok buat apa, senyap saja. dok betapa ka.elok lah tu nak suluk ke atau berkhalwat ke tapi jangan lupa tanggungjawab kepada keluarga.
azamboy sibuk nampak, tengah tembak tupai2 ke.kome banyangkan kalau kome jadi tupai,dema tembak kamu,macam mana kome rase.

Anonymous said...

kalu jadi tupai,aku akan jadi tupai yang bersopan santun,tak curi buah buah,,nak aku mintak,,kalau ada buah lebih,,aku bagi kat dia sebagai tuan nya..ni tak,,,ada semua aku bantai,,tak kira..patutlah tupai ini ditembak sebagai balasannya.heheheh..kenapa kita pulak nak jadi tupai???? kan tak logik secara fitrahnya

yusofsipan said...

emzex,
hang terasa jugak na kalu aku takdak post komen kat sini, awatnya...hang rindu ka kat aku??? hehehe...

Badan hang masih bulat lagi ka wp ramadhan dah hampir ke penghujung? Berat aku pun turun sikit ja.. kita bulan posa ni bukan kurang sangat makan kan, kita tukaq ja waktu makan, betui ka emzex??? Lagu tu ka???

Kekawan semua, selamat hari raya, datang ler beraya ke muar, kalau kuih dah abis aku bawak pi makan mee bandung muar ler atau pun asam pedas parit jawa... Aku mlm raya di rumah sendiri (malam bahagi dua), hari pertama lepas2 zohor ke balik rumah mertua di temerloh, pahang, dua tiga la kot kat sana nanti.

p/s: aku guna 'why be as' tu saja nak test market jer...

Anonymous said...

assalamualaikum,

semalam aku berbuka puasa di surau al falah tmn. bertam permai.tmn ni didiami oleh kebanyakkan golongan elite.pengerusi suraunya dr.wan riduan dari fakulti geografi usm pp.aku dijemput bersama-sama dengan anak-anak yatim & murid2 miskin dari sekolah aku seramai 30 org.mereka semua gembira dapat duit raya rm200 seorang dan juga kuih-muih serta kain baju raya.

sebelum aku dijemput menyampaikan ucapan, seorang ustaz menyampaikan tazkirah ramadan.sungguh berkesan.....

kisahnya bagaimana seorang tukang kasut mendapat pahala haji mabrur sedangkan beliau tidak ke mekah pun.

tentu rakan2 nak tahu ceritnya kan. aku cuba ringkaskan..kisahnya bermula dengan seorang tukang kasut yang bercita2 untuk menunaikan haji,tetapi dia miskin.walaubagaimana pun dia bekerja keras mengumpulkan wang sehingga suatu hari dia dapat menggumpul sebanyak 300 dirham cukup untuk menunaikan haji.

dia mempunyai seorang isteri yang sedang mengandung.satu hari sang isteri itu terhidu bau masakan yang sungguh enak dari rumah jirannya.biasalah orang mengandung,pirzan tentu faham kan..mengidam laa..sang suami yang sayangkan isteri ini terpaksa tebalkan muka ke rumah jiran untuk meminta sedikit masakan jiran tadi.

apa kata jirannya....? bagi suspen sikit.beginilah wahai jiranku (aku terlupa lak siapa nama situkang kasut tu)kata jirannya.saya terpaksa menceritakan hal yg sebenarnya.kamu tidak halal memakan makanan tersebut.kenapa lak? kata situkang kasut.aku terpaksa memasak sebahagian bangkai kaldai yang aku jumpa ditengah jalan tadi untuk menggalas perut 6 orang anak2 aku yang sedang tidur dalam kelaparan tu.kami tidak makan beberapa hari ni kerana tiada wang untuk membeli makanan.mereka anak2 yatim.

alangkah terkejutnya situkang kasut itu.sedih mendengar cerita dari ibu tunggal tu.dengan hati yang luhur dia pun memberi kesemua wang yang dikumpul untuk mengerjakan haji pada tahun itu kepada perempuan itu.

Allah maha mengetahui,betapa besarnya kebajikan yang dilakukan oleh tukang kasut tadi.maka diberi pahala haji sama seperti orang yang ke mekah mengerjakan haji.

moral of the story,mari lah kita beramai2 membuat kebajikan untuk anak2 yatim dan orang yang miskin.

aku memang ada cita2 dari dulu lagi untuk membuka rumah anak2 yatim apabila ada kesempatan.rakan2doakan lah supaya cita2 aku itu termakbul oleh Allah snt.

Anonymous said...

assalamualaikum
usup kalau hg tak tulis komen tsk syok aku nak respon,hg pun tahu kan.

dalam bulan posa ni berat badan aku turun 8 kg.semua seluar dah longgar.slimlah aku nanti...

pembahagian untuk sang isteri perlu dibahagikan dgn adil. keADILan perlu perlu diberi priority, kan usup.

tu la nak kawin dua lagi ,la ni pening la kepala.nasib baik isteri2hg tak belah dua badan hg.tapi aku percaya hg boleh berlaku adil.kalu mpmn belum tentu lagi....

Anonymous said...

emzek..terima kasih dgn cerita kamu tu...atleast kita dapat sama2 ikhtibarnya...aku tak ada cerita,,cuma setakat minggu ni aku tgk misus buat kuih,,almond ,,biskut coklat,tart nenas..tu aje..aku pulak mungkin order dodol,tempeyek dan kuih sepit,,jadi le..sop..kamu ok ke? projek 4..aku rasa aku nak join le...tapi sapa sapa nak,,aku boleh uruskan di Betong,Thailand..rm2000.00, semua siap dan beres..

yusofsipan said...

azam,

Aku ok, macam biasa.... tapi nak raya ni memang pening jugak la, wives selalu tak sihat pulak, khasnya yg nombor dua. Eh zam, urusan tu dah naik harga ke???, dulu RM1000 jer, tahun 2003 dulu ler.... minyak naik harga, urusan tu pun naik jugak ye...hehehe

Anonymous said...

Azam dan Ucop,
Kalau ye pun projek 4, janganlah sampai kena gi ke Thailand. Kena gentlemen lah sikit. Bukannya marah.... nasihat.... he he....
Jangan cerita banyak2 sangat pasal projek 4, ada rakan2 kita yang tak suka. Nanti sunyi balik blog kita ni kalau ada yang sensitif.
Saya ada menonton sebuah drama TV3 bertajuk IHSAN. Apabila menjelang hari raya ni, terasa pilu dan sayu bila menghayati cerita kisah anak yang derhaka kepada ibu bapa. Oleh itu, sempena kehadiran Syawal pada tahun ini, sama-samalah kita tidak melupakan mereka kerana mereka sentiasa menanti kepulangan kita. Walaupun kesedihan mereka tidak mereka luahkan. Renung-renungkanlah.
Terima kasih.

Anonymous said...

ni ada sikit petua

43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21 tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Anonymous said...

faris,

haah la, aku pun perasaan jugak hari tu ada member yg beri peringatan supaya jangan citer2 sgt ttg projek 4 tu. Oklah, kita akur la demi menjaga keharmonian kita bersama. So aku minta maaf la jika perkara itu telah atau akan menyinggung hati dan perasaan sesapa....

Anonymous said...

assalamualaikum,

wah azam banyaknya lu punya nonya buat kuih. jangan lupa itu orang2 susah, derma sama mereka juga ma.

SELAMAT HARI IDULFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.

kawan2 saya dah emailkan kad raya kepada kawan2 yang ada alamat email kat saya.yg lain nanti saya lihat dalam yahoo group kita.

Anonymous said...

emzex,

aku lom dapat laa.....bagi aku yg cantik2 tau!!!

Anonymous said...

Hai Azam,
terima kasih dengan petua2 kamu yang banyak tu. Tapi satu lagi kau lupa .bagaimana kalau orang yang tak suka pakai underware ,murah rezeki ke tak. he, he,he,........
Usop,
memang elok kamu tutup cerita projek 4 kamu.kan kita nak raya.Wife kita sibuk2 dengan persiapan untuk raya ,untuk kebahagian kita sekeluarga kamu pula ajak masuk projek 4.Apalah kamu ni...........
emzex,
aku setuju dengan kamu .nak raya ni ingat2lah orang yang susah.banyakkan sedekah.dan ingat2 ibu bapa yang kat kampung tu.Tapi aku sedih sebab dua2 orang tua aku dah tak ada.
Selamat Hari Raya kawan2,Maaf Zahir batin.

Anonymous said...

mana kamu tahu aku tak pakai underwea4r?????cis,,berani kau meneroka kehidupan seni aku???jangan kamu sebut lagi pasal tak pakai anu tu,,sebab takut nanti berjangkit dan kamu tidak berdaya menolak kelazatannya,,bertapa free,, bertapa seronok dan lapang dada kerana tiada yang menyekatnya..ooooo..selamat hari raya..aku buat khurma kambing hari ini..misus pergi town..kata dia nak beli cabinet simpan mangkok dan pinggan..dia ajak aku pergi tapi aku malas,,jadi aku masak khurma kambing,,baunya amat enak,,rasa belum tahu...heheheheh aku enjoy cooking.

yusofsipan said...

anonymous ni tak reti2 lagi ke nak guna nama sendiri, menyampah lah aku... (tak marah pun....)

azam, apa agaknye rasa masakan kau tu ye??? Anyway aku terindu ler pulak kat nasi seperti yg kau masak ketika di kolej dulu dan telur separuh masak kau.... saat2 yang manis dan indah kan....

Anonymous said...

assalamualaikum,
usup kalu nak yg cantik2 ,hg kena bgi alamat email hg la. aku malas nak cari dalam yahoo group tu.

azam kome masak kurma kambing ke?
biar betul kome bolehka masak?teman nak tanye kome, bahagian mana pada kambing yang sedaaaap.kurma kambing kalu dimakan dgn nasi briyani,waduh terangkat lo.

ditempat aku ada satu kedai menjual nasi briyani,style perniagaan dia mcm kedai nasi ayam kpg di tg.malim.waktu perniagaan dibln puasa 4.30 pm hingga 6.00pm.punya la ramai orang queue nak bebeli.tapi memang sedap betul terutama kurma kambing nya.

kalu kome buat kurma tupai macam mana? agak2 sedap tak?heheheheh!

Anonymous said...

emzex,

Ni aku punya email: yusofsipan@yahoo.com

Cepat2 ler hantar kad tu na, dah hampir nak raya dah ni....

Anonymous said...

bahagian kambing yang paling seap di buah khurma ialah daging lemushornya..kalau nak bertulang,, boleh cuba tulang rusuknya atau tulang belikatnya..khurma aku sdap tuhan ya rabbi kerena semua juadah berbuka sangat sedap apabila kita lapar..ayor sejukpun sedap..khurma aku ,,kuahnya pakai santan dan susu ideal,,tambah kismis hitam..bawang besar ,kentang dan cili merah sebagai hiasan..semasa makan,,tersedu sedu aku menangis kerana nikmat dan lazatnya tuhan yang tahu.tupai x sedap di masak sebagai mana yang disarankan..dia sedap di buat bubur sepertimana kita buat bubur anak lebah..bubur tupai kena banayk pakai gula merah atau gula kabung..dagingnya yang putih sedap di cecah dgn cencalok melaka..lebihkan limau dan bawang serta cili apai..wowowowo sedap di makan..heheheheheh yuaaaaaaaaaakkkkkkkkkkk

Anonymous said...

azamboy,
kamu ni nak bagi resepi untuk raya ke.Kalau usop heboh dengan projek 4 kamu heboh dengan resepi kambing kamu.Kamu biyo betul.perut kamu selalu mengagam.kamu lantak macam2 nanti tak raya kamu sakit perut.Aku nak bagi petua.Telo kambing jantan digoreng dan beri makan kepada mereka yang selalu bergaduh adik beradik tapi kes yang berat lah.Kalau gaduh sikit2 itu biasalah.
apa komen emzex...Jangan marah...
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

Anonymous said...

assalamualaikum,
anonymous dan azam, bahagian kambing yang orang lain akan rasa sedaaaappp ialah bahagian kelopak matanya. azam tak kan kome dah lupa lak. kome yang bagi tahu teman tempoh hari dulu.bukan setakat buat kurmah, buat apa pun sedaaaappp. hehehehehe!

tentang telo kambing tu aku tak tahu.rasanya kalau telo tu pecah dalam masakan akan bau hamis kambing la masakan tu.engkau ni anonymous yang tu pun kau sedap.piraaaahhh.

kawan2 ada maklumat terbaru mengenai resolusi konvension pendidikan ke -14. dlm resolusi tersebut GMGBM memohon penstrukturan perjawatan di semua sek. ren. gb siswazah hakiki dg41,44 & keatas.gb diploma dg40,dg38,dg36 & pk hakiki dg34. elaun gb drpd rm100 dinaikkan ke rm500, elaun keraian dari 5% ke 10%.satu lagi yg baru ialah elaun tgjawab gb mengikut enrolmen murid. spt: 500 murid ke bawah rm250,
501 murid hingga 1000 rm 350
dan 1001 ke atas rm 500.

kita sama2 lah berdoa semoga kerajaan menerima resolusi tersebut.tak lama lagi tak akan ada gb sekolah yg ramai murid akan merungut beban kerja.akan ada juga gb yg akan melobi ketua unit supaya ditukarkan ke sekolah yg ramai murid.

Anonymous said...

emzex,
bagus juga resolusi yang dicadangkan itu.Tapi walau apapun biarlah kita kerja jadi GB ni ikhlas. bukan sebab wang yang banyak dapat dari elaun2 tu.Kalau kerja jujur dan ikhlas, rezeki kita dapat berkat, buat tanggung keluarga kita .disamping itu kita rasa puas kerja bukan nak harap gaji beribu-ribu.Moga2 Tuhan limpahkan lagi rezeki dalam kehidupan kita .Amin.........
emzex, semoga umur hang panjang untuk rasa semua itu...

Anonymous said...

aku mengemas rumah hari ni, terutama di bahagian luar. aku dah lama tak membelek pokok2 bunga aku, kesian.... banyak yg nampak macam tak bermaya. pokok2 bunga ni kalau selalu di'belai' baru ler dia subur dan cantik, kalau yg ada bunga baru ler dia nak berbunga... jika setakat siram air jer hari2, memang ler pokok2 bunga kelihatan tidak menarik....

Anonymous said...

telahan aku,anonymous ini ialah saupi...hehehehehe baik kamu mengaku,,,aku dah dapat agak sebab perkataan "biasalah" selalu disebutnya bila dia belabun dgn aku..dia juga tahu aku tak pakai undrewear,,,saupi,,saupi,,saupi,,kalu betul kabo betul...

aku balik dari penang,ambil anak di usm dan anak di bayan lepas,,balik dari sarawak..seronok betul aku sebab semua anak anak balik,,makan jadi kuat dan tenaga jadi banyak..habih keliling rumah aku tebas...posa tetap posa..sabri mana kamu,,usup,,bak sambal tumis sikit.wazir dah kaya aku jumpa baru ni..elaun aje rm1000.00.

yusofsipan said...

apa la kau ni azam, raya2 ni mana ler ada orang makan sambal tumis bilis.... sambal kacang ada la... Kau datang ler rumah aku azam, boleh aku jamu kau dgn sambal tumis bilis tu, hehehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites